<– Pancaran radio dari sistem HLTau menunjukkan planet tersebut (atas kanan)

Sebuah planet embrionik telah dikesan di luar Sistem Suria kita yang umurnya kurang daripada 2,000 tahun, kata para ahli astronomi. Bola debu dan udara itu , yang adalah dalam proses berubah ke dalam bentuk besar seperti Musytari, telah dikesan sekitar bintang HL Tau, oleh sekumpulan ahli astronomi dari UK.

Ahli-ahli sains telah mengkaji sekeping cakera udara dan zarah-zarah berbatu batan sekitar HL Tau, yang jaraknya 520 tahun cahaya dalam buruj Taurus dan difikirkan kurang daripada 100,000 tahun usianya.

Cakera itu adalah luar biasa besar dan cerahnya, membuatnya satu kedudukan unggul untuk mencari tanda-tanda planet-planet yang dalam proses pembentukan. Kata penyelidik-penyelidik, gambar mereka adalah salah sebuah proto-planet yang masih tertanam dalam bahan kelahirannya .

Diolah dari BBC News