Salaam alaikum w.b.t… Menurut satu laporan akhbar dari Vatican City bertarikh 30 Mac 2008 lalu iaitu L’Osservatore Romano, untuk pertama kalinya dalam sejarah, bilangan umat Islam telah memotong bilangan pemegang rekod sebelum ini iaitu Roman Katolik. Laporan asalnya anda boleh baca di bawah tajuk ini – Muslims more numerous than Catholics.

Pengikut-pengikut Katolik sekarang telah turun kepada 17.4% , manakala umat Islam telah menjangkau 19.2% dari jumlah penduduk dunia. Saya yakin mesti ada banyak pendapat berkenaan dengan hal ini. Tetapi itu semua hakikatnya betapa Islam semakin tersebar luas dan sesuai dengan apa yang Nabi Muhammad beritahu dulu bahawa Islam akan kembali gemilang di akhir zaman. Tetapi kuantiti tidak semestinya bagus, yang penting kualitinya.

Tetapi populasi itu jika dikumpulkan umat Kristian kesemuanya, mereka masih lagi paling ramai iaitu berada pada 33%.