Salaam alaikum w.b.t….. Adalah benar sekali dakwah yang mula-mula sekali adalah dakwah kepada tauhid. Bermakna aqidah terlebih dahulu perlu ditekankan dan diberi kefahaman sebelum menjalankan syariat. Dan ini diajar dan ditunjuk sendiri oleh baginda Rasulullah S.a.w. Ya betul, hamba pun bersetuju , hamba tidak menyanggah sedikit pun.

Tetapi cuba lah kita fikirkan, Islam berkembang di Malaysia kita ini sudah berapa puluh tahun? Baru sebulan dua ke? Sampaikan orang2 bukan Islam pun sudah amat mengenali perkataan Tauhid sekarang ini dan ada yang faham serba sedikit tentangnya. Maka rasionalnya, kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan syariat ALLAH aka HUKUM ALLAH? Ulamak-ulamak dari dulu lagi telah berdakwah bermula dengan Tauhid. Maka kita telah buat semua ajaran nabi itu. Tinggal sekarang kita perlu laksanakan syariat ALLAH sahaja.

Tiada alasan dah sebenarnya sekarang untuk tidak menjalankan HUKUM ALLAH secara beransur-ansur. Ada sesetengah pihak atau jemaah yang masih lagi mahu menumpukan kepada dakwah Tauhid. Ya betul, ajarlah Ilmu Tauhid kepada semua orang. Perkenalkan lah ilmu Aqidah dengan mendalam. Tetapi kena ingat, kita sudah menerima Islam sudah berpuluh tahun dan Ilmu tauhid sudah lama diperkenalkan walaupun sekarang ini masih ramai yang tidak faham betul-betul.

Maka kita nak tunggu sampai bila untuk menjalankan HUKUM ALLAH? Nak tunggu sampai 100% rakyat Malaysia faham Tauhid dulu baru nak jalankan?

Kita perlu ingat, semasa zaman nabi dan sahabat jalankan Undang-undang ALLAH, waktu itu masih ramai sangat lagi orang-orang musyrikin dan bukan Islam. Tetapi tetap HUKUM ALLAH boleh ditegakkan. Maka apa lagi alasan kita sekarang untuk tidak secara perlahan-lahan menegakkan HUKUM tersebut? Sedangkan Hukum ini adalah untuk keamanan, untuk membasmi jenayah dari terus banyak berleluasa. Yang islam wajib ikut, yang bukan Islam diberi pilihan sama ada mahu ikut atau tidak. Kita tidak boleh memaksa mereka.

Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai umat Islam di Malaysia ini murtad belaka dulu?

Sesetengah jemaah perjuangkan untuk mendakwah tauhid dan memisahkan politik. Tetapi nampak kah kita sekarang? Aqidah umat Islam di Malaysia sekarang semakin meningkat atau semakin jatuh merudum? Sudah beratus ribu orang Islam di Malaysia murtad, maka masih mahu membiarkannya lagi? Ambil jalan mudah dan malas dengan asyik kata tunggu, dan tunggu dan tunggu. Itulah perangai orang2 Melayu, suka tunggu dan tunggu dan tunggu tanpa mengambil langkah drastik dan berhikmah.

Peranan media massa terlalu kuat sekarang. Rakyat banyak sangat terpengaruh dengan Tv dan Radio. Hiburan-hiburan berleluasa dan anak-anak kita terpengaruh tanpa pengawasan yang rapi. Sepatutnya tugas pemimpin adalah untuk menasihati golongan-golongan yang sentiasa berhibur tanpa batasan itu agar kawal diri dan membatas kan diri. Tetapi pemimpin-pemimpin yang masih ramai yang hormati itu membiarkan sahaja mereka berfoya-foya dan berseronok tanpa memikirkan masa depan nanti bagaimana. Tidak kasihankah pada mereka yang hanyut dibuai mimpi duniawi itu? Sepatutnya pemimpin mesti ada rasa tanggungjawab tentang ini, bukan membiarkan mereka kerana sayangkan undi dari mereka, mahukan sokongan dari mereka dalam pilihanraya. Maka perbuatan itu adakah kerana ALLAH, atau kerana apa?

Kesian jugak pemimpin yaa, banyak kena tegur. Haaa itu lah, siapa suruh beriya-riya sangat jadi pemimpin? Ingat pemimpin ni jawatan untuk berseronok-seronok ke? Maka berani mahu jadi pemimpin, kena berani lah kena tanggung risikonya. Dan tanggung-jawabnya bukan mudah tu, kena jawab belaka nanti soalan tentang rakyat-rakyat yang dipimpinnya. Aduhai seksanyaaaaa, sama-sama lah kita doakan semua pemimpin kita dapat hidayah dan menjalankan tugasnya berpandukan kepada HUKUM ALLAH.

Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai umat Islam berperang sesama sendiri?

Sila lah baca hadith dari Sunan Ibnu Maajah ini baik-baik. “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah”. Tidak yakin kah lagi dengan maksud hadith tersebut? Tidak nampak kah lagi sekarang kita di Malaysia bahawa umat Islamnya duduk bertelagah sesama sendiri?

Maka jika HUKUM ALLAH masih lagi tidak tertegak dan cuba ditegakkan, tak mustahil suatu hari nanti akan berlaku perang saudara di Malaysia, na’uzubillah. Kita mintak jauh dari perkara itu semua, sebab itu lah kena kembali kepada Allah dan Rasul, bukannya dengan mengikut sistem-sistem barat yang semakin meruntuhkan akhlaq dan tamaddun kemanusiaan. Tubuh tidak dapat hidup tanpa makanan dan air. Begitu lah jasmani kita ini tidak dapat hidup dengan baik tanpa rohani yang baik. Setiap makhluk dijadikan berpasangan, maka jasmani pasangannya adalah rohani, maka kedua-duanya perlu dijaga dengan baik.

Maka bagaimana untuk menjaga rohani dengan baik? Mesti lah ada satu peraturan hidup yang baik yang telah digariskan oleh Raja sekelian alam iaitu ALLAH Yang Maha Berkuasa. Peraturan ini lah yang akan dipatuhi oleh rohani dan membuatkan rohani terkawal. Jika rohani mematuhi peraturan selain dari yang digariskan oleh ALLAH, maka rohani ini boleh sedikit demi sedikit akan terpesong. Rohani dan jasmani kita dibuat oleh ALLAH, maka peraturan yang ALLAH buat sahajalah yang paling sesuai untuknya.

Islam is The Way of Life. Bila mana ia disebut “Cara hidup”, maka ia mestilah terlibat dengan semua perkara dalam kehidupan kita , dari berak , kencing, makan , minum , hinggalah kepada pemerintahan dalam sesebuah negara (politik). Semuanya mesti berlandaskan kepada Islam, baru hidup kita selamat dunia akhirat insyaALlah.

Nak tunggu sampai bila lagi? Nak tunggu sampai bermacam-macam bala besar seperti Tsunami , Tsunamu, Tsunamat dan camam2 datang lagi?

Jika kehidupan sudah bercampur aduk, hiburan tanpa batasan sudah berleluasa, aurat sudah menjadi perkara remeh, jenayah2 semakin banyak dan sebagainya, maka tak mustahil bumi ini akan dibolak-balikkan oleh ALlah untuk membersih dari dosa dan nista. Maka di kala itu nanti, barulah kita semua akan menyesal, tetapi sesal dahulu pendapatan sesal kemudian sudah tiada gunanya.

Maka atas alasan apa lagi kita sebagai umat Islam tidak mahu menjalankan syariat atau HUKUM ALLAH? Tepuk dada tanya iman kita, jazaakumullahu khoir 🙂

Bacaan berkaitan

Berhentilah perjuangkan perkauman aka asobiyyah

Ku rindukan hukum Allah tertegak di muka bumi kembali

Hukum Islam telah dijalankan di zaman dahulu di Tanah Melayu

Mengapa Hukum Islam terabai!