Para pengkaji ribut taufan pada hari Rabu lalu telah meramalkan bahawa kenaikan suhu air di Atlantik akan menyebabkan peningkatan musim ribut taufan pada tahun ini, termasuklah 4 ribut paling besar. Ramalan terkini oleh pasukan William Gray di Colorado State University memberitahu tentang 15 ribut yang telah diberi nama di Atlantik dalam tahun ini. Dan juga terdapat peluang purata yang lebih cerah yang sekurang-kurangnya satu taufan yang besar akan menghentam Amerika Syarikat.

Purata 5.9 taufan telah terbentuk di Atlantik pada setiap tahun. Gray telah menjadi peramal bagi taufan sudah lebih dari 20 tahun. Tetapi dia dan kumpulannya kebelakangan ini telah banyak dikritik kerana ramalan-ramalan yang tidak tepat. Kata kumpulan Gray, ramalan yang sentiasa tepat adalah mustahil. Ada betul juga katanya itu.

Musim Atlantik 2007 telah dapat melihat sebanyak 15 ribut yang telah diberikan nama, yang mana 6 darinya adalah taufan. Dan 2 adalah ribut paling besar.

Sebelum musim Jun-November, saintis kerajaan Amerika telah meramalkan 13 hingga 17 ribut yang bernama dan 6 taufan, 3 ke 5 yang paling besar. Manakala Gray lebih lagi iaitu meramalkan 17 ribut yang bernama, termasuk 9 taufan, dan 5 dari mereka adalah yang paling besar.

Olahan dari laporan asal Associated Press