Planet terkecil di luar Sistem suria telah ditemui oleh saintis-saintis Sepanyol. Planet berbatu itu yang radiusnya kira-kira 50 peratus lebih besar dari Bumi, melingkari bintang Red Dwarf 30 Tahun cahaya dari buruj Leo, kata saintis dari Superior Council for Scientific Investigations (CSIC), Sepanyol.

Planet itu dikenali sebagai GJ 436c, telah ditemui dengan menganalisa herotan-herotan dalam orbit planet yang lain, planet yang lebih besar dari GJ 436, satu teknik serupa yang digunakan 100 tahun dahulu untuk mengesan planet Neptun.

Dengan jisimnya yang 5 kali berat Bumi, menjadikannya planet terkecil yang dijumpai di luar dari Sistem suria. Kata mereka, dengan teknik-teknik yang semakin diperelokkan maka akan membuka jalan untuk menjelajah dunia-dunia lain yang seakan dunia kita.

Kata ketua kajian itu iaitu Ignasi Ribas, dalam masa terdekat ini kita mungkin akan berupaya untuk melihat planet yang mempunyai jisim yang sama dengan Bumi.

Kebanyakan dari 280 planet yang dijumpai di luar Sistem suria sehingga sekarang adalah planet bergas yang besar seperti Musytari. Para saintis telah menambahkan usaha untuk mencari dunia berbatu yang kecil di mana mereka sedar bahawa sistem-sistem planet adalah tersangat biasa dalam bintang-bintang sekitar galaksi kita.

Penemuan ini telah dilaporkan dalam Astrophysical Journal Letters

Olahan dari laporan Reuters,9 April 2008