Seekor katak telah ditemui dalam satu kawasan terpencil di Indonesia yang tidak mempunyai paru-paru dan bernafas melalui kulitnya, satu penemuan yang mana penyelidik-penyelidik berkata hari Khamis lalu boleh menyediakan pengertian ke dalam apa yang menyebabkan evolusi ke atas spesies-spesies tertentu.
“Katak akuatik Barbourula kalimantanensis itu telah dijumpai dalam satu kawasan terpencil di Kalimantan, Indonesia wilayah pulau Borneo semasa satu ekspedisi pada bulan Ogos 2007” kata David Bickford, seorang ahli biologi evolusi di universiti kebangsaan Singapura.

Katanya lagi, “Spesies itu adalah katak pertama yang diketahui untuk sains tanpa paru-paru dan menyertai satu senarai pendek amfibia dengan sifat luar biasa ini, termasuk beberapa spesies salamander dan satu makhluk ‘seperti cacing’ yang dikenali sebagai caecilian.

Olahan dari berita oleh AP , 11 April 2008