Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bilangan virus, worm dan trojan yang berlegar-legar dalam komputer sekarang telah melebihi satu juta. Ini telah didedahkan oleh sebuah firma sekuriti iaitu Symantec dalam edisi terbaru Laporan Ancaman Sekuriti Internet dwi-tahunannya.
Penjenayah-penjenayah cyber mengeluarkan malware yang berfungsi untuk memperbodohkan program antivirus yang menjadikan virus tersebut sebagai suatu watak yang telah pun dilihat oleh program antivirus tadi.

 

Sepanjang tahun 2007 sahaja, Symantec telah dapat mengesan lebih dari 711,912 ancaman-ancaman baru yang memberikan jumlah keseluruhan yang dapat dikesan oleh mereka sebanyak 1,122,311. Dan laporan itu menyatakan, hampir 2/3 ancaman-ancaman itu dicipta dalam tahun 2007. 

Majoriti besar virus-virus ini ditujukan kepada pengguna-pengguna Microsoft Windows. Symantec berkata, sebahagian dari kenaikan adalah ke bawah untuk penjenayah-penjenayah menggunakan trojans seperti satu “beachhead” untuk mendapatkan akses ke sebuah PC dan kemudiannya menggunakan laluan itu untuk muat turun dan menginstall pelbagai program-program malicious yang lain.

Installasi program malicious yang popular termasuklah key loggers yang akan aktif apabila laman-laman web tertentu dilawati atau program-program tertentu, seperti apabila permainan dalam talian (online games) dimulakan.

Olahan dari berita BBC News, 10 April 2008