Salaaam alaikum w.b.t… Secara ringkasnya , ilmu Kristologi adalah suatu ilmu yang membincangkan perihal agama Kristian. Mengapa tajuk di atas menyebut perlu dipelajari? Kerana ia sememangnya amat penting diketahui umum agar kita dapat membandingkan mana yang benar dan mana yang bathil. Tujuan-tujuannya akan diterangkan di bawah nanti.

Maka amat lah perlu kita semua mengetahui perbezaan antara Kristian dan Islam dan yang mana satu benar dan mana satu bathil. Bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi demi kebenaran hakiki yang perlu di ketahui oleh semua manusia di muka bumi ALLAh S.w.t ini.

Kita mesti mengambil tahu bahawa terdapat gerakan Kristianisasi yang cenderung menyerang Islam dengan teknik mencari kesalahan-kesalahan yang diajar dalam Islam yang sebenarnya hanya rekaan mereka semata-mata untuk mengelirukan orang-orang Islam, terutamanya orang-orang Islam yang kurang arif tentang agama. Teknik-teknik ini digunakan kerana mereka tahu mereka tidak mampu berhujjah dengan Islam dan sebenarnya tiada apa pun untuk mereka buktikan, maka mereka cuba menggunakan jalan penipuan dan memutar belitkan fakta untuk mempengaruhi orang Islam.

“Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya.” Surah Aali Imran : ayat 69

Maka ini lah antara peluang untuk kita menyeru manusia kepada menyembah kepada Tuhan yang satu, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud , “Ajaklah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah An Nahl : ayat 125.

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: “Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri”. “ Surah Al-Ankabuut : ayat 46.

Daripada kita sibuk membaca novel-novel cinta, komik-komik, majalah-majalah mengarut dan sebagainya, adalah lebih baik kita mendalami agama kita dan mempelajari Kristologi ini. Daripada kita duduk berbalah sesama sendiri dan kebanyakannya tentang perkara fadhilat. Tuan-tuan dan puan-puan, perkara-perkara fadhilat itu tidak perlu diperbalahkan, ada lagi perkara utama yang perlu dititik-berat iaitu MENGAJAK MANUSIA KEPADA MENGENAL ALLAH DAN MENGAKUI ALLAH SEBAGAI TUHAN DAN TIADA DUA, TIGA DAN SEBAGAINYA. Berbillion lagi manusia yang tidak mengenal ALLAH dan tidak mengakui “Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu Rasulullah”.

Set kan di kepala kita, bahawa tujuan aku adalah untuk memberi faham kepada manusia yang masih tidak faham walau siapa pun aku ini. Tak kira lah aku ini engineer ke, mekanik ke, cikgu ke, polis ke, siapa ke aku, tetapi aku tetap seorang hamba ALLAH dan aku telah dikurniakan nikmat yang terbesar iaitu Islam. Maka adalah perlu untuk aku melaksanakan tanggungjawab untuk mengajak manusia menjadi hamba ALLAH juga di muka bumi ALLAH ini dan berkongsi nikmat yang aku kecapi selama ini dengan manusia lain. Adakah anda tidak merasa malu apabila anda mempunyai satu nikmat tetapi kedekut untuk berkongsi dengan orang lain? Para nabi semua sebarkan agama ALLAH, adakah kita hanya akan simpankannya dalam almari untuk kita sahaja? Fikir-fikirkan lah wahai saudara semua.

Secara ringkasnya biar saya terangkan di sini mengapa ilmu kristologi ini sangat penting dipelajari;

1. Kerana semakin ramai umat Islam yang jahil , tidak diasuh dengan Islam betul-betul dari kecil , yang lemah lahir dan batin telah MURTAD (terutamanya ke dalam agama Kristian) di Malaysia sekarang. Oleh itu pemahaman yang jitu perlu diberikan agar umat Islam tidak tertipu dengan dakyah Kristian.

2. Untuk mengelakkan terjadinya seperti di negara Indonesia, iaitu Islam dan Kristian boleh berkahwin dan tinggal serumah. Yang bathil telah bercampur dengan yang hak, maka ini dapat mengundang bala dari Allah S.w.t. Bak kata nabi yang bermaksud , “Mencegah adalah lebih baik dari merawat”. Maka adalah lebih afdhal kita berusaha untuk mencegah gejala itu dari berlaku sebelum ia menular dan memeningkan kita untuk merawatnya.

3. Agar kita semakin yakin untuk berdakwah dan menyebarkan Islam yang tercinta ke pelusuk dunia. Hujjah-hujjah perlu dikemas-kinikan dan boleh dikeluarkan bila-bila masa yang diperlukan.

4. Supaya tidak wujud tuduhan melulu pada agama lain terutamanya Kristian. Kita tidak disuruh menipu atau memfitnah walaupun dengan niat untuk berdakwah, tetapi guna lah hujjah-hujjah yang bernas dan menggunakan akal fikiran yang jelas.

5. Apabila kita tahu serba sedikit tentang Kristian, bermakna mereka tidak boleh menipu kita dan kita dapat menerangkan di mana silap mereka. Dengan ini kebenaran akan tetap terserlah dan kebathilan akan dapat dikalahkan.

6. Dapat menguatkan aqidah umat Islam dengan melihat bukti-bukti konkrit kepalsuan dan penyelewengan dalam Bible.

7. Mencari keredhaan Allah dengan membela kebenaran dan mencegah kemungkaran. Amar makruf nahi mungkar dan mengajak manusia agar beriman kepada Allah yang satu adalah satu perintah Allah. Seperti ayat yang bermaksud , “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma′ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” Surah Aali Imran : Ayat 110

Dalam kitab Bible sendiri pun ada menyebutkan tentang Allah itu Esa / Satu. Tetapi yang peliknya, mereka masih berpegang kepada konsep Trinity yang diagung-agungkan mereka selama ini. Contoh yang disebutkan adalah seperti dalam Ulangan 6 ayat 4 :

“Dengarlah, hai orang Israel: ALLAH itu Tuhan kita, ALLAH itu Esa!”

Ia telah disahkan oleh Sayidina Isa di dalam Injil, Markus 12:29, “Jawab Isa Al-Masih :

“Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.”

Dalam Kitab Yakobus 2:19 ada menyebut, “Engkau percaya, bahawa hanya ada satu Allah saja? Itu memang benar! Kerana iblis dan syaitan pun mengakui hakikat ini dengan menggeletar.”

Dalam soal pokok ini pun umat Kristian mengalami percanggahan pendapat dan begitu berbeza sekali antara satu sama lain. Ada 3 konsep yang dipegang oleh mereka terutama dalam Katolik iaitu sama ada ;

1. Jesus 100% Allah, 100% manusia – Tuhan Bapa adalah Tuhan, anak (Jesus) adalah Tuhan dan Roh Kudus juga adalah Tuhan, namun bukan bermakna 3 Tuhan melainkan 1.
2. Jesus 50% Allah, 50% manusia
3. Jesus hanya nabi, Allah adalah Allah

Ini perkara paling utama, iaitu soal Ketuhanan yang melibatkan masalah aqidah. Jika soal yang paling pokok dan utama begini pun sudah bercelaru, macam mana dengan soal-soal lain yang bawah-bawah tu? Di sini pun kita dapat fikir dengan akal betapa tidak kukuhnya pegangan umat Kristian.

Sepintas lalu berkenaan Kristologi

Terlebih dahulu mari lah kita tahu sedikit asas dalam agama Kristian. Agama Kristian sekarang ini mempunyai lebih kurang 20 mazhab dan ada 3 mazhab besar iaitu Kristian Katolik, Kristian Ortodoks dan Kristian Protestan, yang mana ketiga-tiga mereka mempunyai banyak pendapat yang bercanggah antara satu sama lain. Jika digabungkan kesemua mazhab dalam agama itu, maka bilangan mereka adalah terbesar di dunia iaitu kira-kira 2.1 billion penganut (1 pertiga penduduk dunia).

Kita mesti ambil tahu bahawa kandungan kitab-kitab suci (termasuklah Bible) sebelum AlQuran sudah banyak berlaku perubahan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.

1. Banyak ayat yang sudah diubah-suai (sama ada ditambah atau dikurangkan) – Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud, “Sebahagian dari orang-orang Yahudi mengubah kalimah-kalimah Allah dari tempatnya.” Surah An-Nisaa : ayat 46.

Dan ini disertakan dengan bukti dari kitab mereka sendiri dengan contoh-contoh ayat yang telah diubah iaitu;

Nabi Isa as mengajarkan Tauhid, Tuhan Allah itu Esa (Markus 12:29 dan Yohanes 17: 3) dan dirinya hanyalah seorang rasul untuk kaum Bani Israil yang telah sesat (Matius 10 :5-6, dan Matius 15 :24) Tetapi para ahli theologi Kristian mengajarkan Triniti, bahawa Tuhan itu ada tiga oknum, iaitu Allah Bapa, Putera dan Roh kudus, yang ketiga-tiganya adalah sama, serupa dan satu hakikat, iaitu hakikat Ilahi.

Menurut Paulus di dalam Roma 9 : 5 “Mereka adalah keturunan bapa-bapa leluhur, yang menurunkan Mesiah dalam keadaannya sebagai manusia, yang ada di atas segala sesuatu, Ia (Jesus) adalah Allah yang harus dipuji sampai selama-lamanya, amin.” “Sebab untuk itulah Kristus telah mati dan hidup kembali, SUPAYA IA MENJADI TUHAN, baik atas orang-orang mati, mahupun atas orang-orang hidup.” Roma 14 : 9)

Kesalahan ini telah ditegur dalam Al-Quran surah Al-Maaidah, ayat 72 dan 73: “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Almasih putera Maryam, padahal Almasih (sendiri) berkata: Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu .…”

2. Banyak ayat yang disembunyikan – seperti yang disebut dalam Al Quran “Dan mereka tidak memuliakan Allah SWT dengan kemuliaan yang sebenarnya ketika mereka berkata, Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun kepada manusia…“ ( Al-An’am 91 ).

Contoh ayat-ayat yang disembunyikan; nubuwwah kedatangan Nabi Muhammad Saw dalam Taurat dan Injil (QS. As-Shaff 6, Al-A’raaf 157 dan Injil Yohanes 16 : 7-14, Taurat (Ulangan 18: 8-19). Peristiwa kedatangan Nabi Muhammad S.a.w sebagai seorang rasul ada tercatat dalam Injil Barnabas. Tetapi Injil Barnabas ini pula tidak diakui dan dikatakan palsu terutamanya oleh Kristian Katolik. Injil Barnabas berbeza dari kandungan Kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru atau lebih dikenali sebagai Bible. InsyaAllah akan diulas lanjut dalam bahagian 2 nanti.

3. Adanya ayat-ayat palsu yang tidak beretika – yang dikatakan mereka ayat-ayat firman Tuhan, seperti;

Ayat-ayat yang memperlecehkan Allah

Roh Allah melayang–layang di atas permukaan air (Kitab Kejadian 1 : 1-2 )

Ketika dilihat Tuhan, bahawa kejahatan manusia besar di bumi dan bahawa segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan semata. Maka menyesallah Tuhan, bahawa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati- Nya. (Kitab kejadian 6 : 5-6)

Dan menyesallah Tuhan kerana malapetaka yang dirancang-Nya atas umatnya. (Kitab Keluaran 32: 14 )

Dan banyak lagi ayat-ayat yang melecehkan Allah, astaghfirullah.

Ayat-ayat yang memperlecehkan nabi-nabi seperti ;

Nabi Nuh mabuk-mabuk sampai telanjang bulat di khemahnya (Kitab Kejadian 9 : 18-27 ).

Nabi Luth menghamili kedua puteri kandungnya sendiri dalam dua malam secara bergiliran (Kitab Kejadian 19 : 30-38)

Nabi Daud melakukan skandal seks dengan isteri Uria iaitu Batseba (Kitab Mazmur / Jabur 51 : 2 dan selengkapnya diterangkan dalam kitab II Samuel 11 : 2 – 25)

Nabi Sulaiman (Solomon) tidak taat kepada Tuhan kerana lebih mencintai 700 isteri dan 300 gundiknya. (Kitab 1 Raja-raja 11 : 3).

Nabi Harun membuat dan menyembah patung anak sapi dari emas. (Kitab Keluaran 32 : 2-4).

Ayat-ayat porno yang tidak beretika seperti;

Ulangan 23 : 1-2: “Orang yang hancur buah pelirnya atau yang terpotong kemaluannya, janganlah masuk jemaah Tuhan.”

Kidung Agung 7 : 6-13 (KENIKMATAN CINTA ): “Betapa cantik, betapa jelita engkau, hai tercinta di antara segala yang disenangi. Susuk tubuhmu seumpama pohon kurma dan buah dadamu gugusannya.
Kataku: “Aku ingin memanjat pohon kurma itu dan memegang gugusan-gugusan-nya, kiranya buah dadamu seperti gugusan anggur dan nafas hidungmu seperti buah epal. Kata-katamu manis bagaikan anggur!“ Ya, anggur itu mengalir kepada kekasihku dengan tak putus-putusnya, melimpah ke bibir orang-orang yang sedang tidur! Kepunyaan kekasihku aku, kepadaku ghairahnya tertuju…”

Yehezkiel 23 : 1- 23. “Datanglah firman Tuhan kepadaku: Hai anak manusia, ada dua orang perempuan,
anak dari satu ibu. Mereka bersundal di Mesir, mereka bersundal pada masa mudanya, di sana susunya dijamah-jamah dan dada keperawanannya dipegang-pegang… Ia berahi kepada kawan-kawannya bersundal, yang auratnya seperti aurat keledai dan zakarnya seperti zakar kuda. Engkau menginginkan
kemesuman masa mudamu, waktu orang Mesir memegang-megang dadamu dan menjamah-jamah susu kegadisanmu…”

Kejadian 38 : 8-9 “Lalu berkatalah Yehuda kepada ONAN: Hampirilah isteri kakakmu itu, kahwinlah
dengan dia sebagai ganti kakakmu dan bangkitkanlah keturunan bagi kakakmu. Tetapi ONAN tahu, bahawa bukan ia yang empunya keturunannya nanti, sebab itu setiap kali ia menghampiri isteri kakaknya itu, ia membiarkan maninya terbuang, supaya ia jangan memberi keturunan kepada kakaknya”.

Dan banyak juga yang dapat ditemui dalam kandungan Bible yang terdapat kontradiksi ataupun percanggahan dalam satu ayat dengan ayat yang lainnya. Ini menunjukkan kandungannya telah diubah-ubah dan tidak mempunyai pegangan yang kukuh. Ditambah lagi dengan pelbagai versi Bible yang dicetak dari dulu. Jika sesuatu buku itu mempunyai VERSI, bermakna ada penambahan, maka di sini pun kita sudah dapat menggunakan akal kita bahawa kitab Bible telah ditokok tambah sendiri oleh manusia kebelakangan ini dan bukannya ajaran asal dari Nabi isa a.s / Jesus.

Dan sebagai penutup kepada bahagian pertama ini, saya sertakan beberapa terjemahan firman Allah S.w.t ini dari AlQuran;

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

“Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israil dan telah Kami angkat di antara mereka 12 orang pemimpin dan Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku beserta kamu, sesungguhnya jika kamu mendirikan shalat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasul-Ku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik sesungguhnya Aku akan menutupi dosa-dosamu. Dan sesungguhnya kamu akan Ku masukkan ke dalam syurga yang mengalir air didalamnya sungai-sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah itu, sesungguhnya ia telah tersesat dari jalan yang lurus.

(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya , dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Dan diantara orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani”, ada yang telah kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan.

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan

Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam”. Katakanlah: “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?”. Kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: “Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya”. Katakanlah: “Maka mengapa Allah menyiksa kamu kerana dosa-dosamu?” (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia (biasa) diantara orang-orang yang diciptakan-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Kepunyaan Allah-lah kerajaan antara keduanya. Dan kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu).

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan (syari′at Kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan: “Tidak ada datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira mahupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” Surah Al-Maidah : Ayat 12 – 19

” Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.

Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.

Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya ?. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu).

Katakanlah: “Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfa′at ?” Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus”.” Surah Al-Maidah : ayat 72 – 77

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani”. Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.

Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur′an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur′an dan kenabian Muhammad s.a.w.).” Surah Al-Maidah : Ayat 82 – 83

Wallahu a’lam 🙂

Bersambung ke Kajian Kristologi perlu dipelajari bagi mengelakkan kerosakan aqidah – Bahagian 2

…….

Bacaan berkaitan:

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Jesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit