<– Patung kuarza yang dijumpai dari makam Seti I.

Para ahli arkeologi Mesir telah mendapati bahawa makam Firaun Seti I – iaitu makam terbesar di Lembah Diraja – adalah lebih besar dari yang dijangkakan. Kumpulan pengkaji itu mendapati ia sepanjang 446 kaki (136 meter). Giovanni Battista Belzoni yang sebelum ini menjumpai makam tersebut pada tahun 1817 , mengatakan ianya sepanjang 328 kaki (100 meter).

Penemuan ini menjadikan ianya adalah makam yang terbesar dan terowong yang terpanjang pernah dijumpai di Lembah Diraja Mesir. Seti I itu telah memerintah Mesir dari tahun 1292 hingga 1313. Ianya bukan sahaja dikagumi pada saiznya, tetapi juga seni pada dinding-dindingnya.

Orang-orang Mesir purba biasanya tidak mendirikan sesuatu tanpa sebab. Dan terowong itu dipercayai menghala ke suatu tempat yang penting. Beberapa artifak lain turut ditemui dalam makam itu.

Lembah Diraja Mesir mempunyai banyak lagi misteri dan banyak lagi usaha penggalian akan dilakukan untuk membongkar makam-makam diraja……. Wallahu a’lam