Salaam alaikum w.b.t…… Tertanya-tanya juga saya tentang iklan ini , adakah ianya betul dari LEGO? Takkanlah LEGO dengan mudah mahu jualan mereka jatuh dan menanggung kerugian akibat kemarahan umat Islam? Kerana mungkin ada pesaing LEGO yang sakit hati dengan LEGO atau mahu menjatuhkan LEGO dan membuat fitnah sebegini. Kerana gambar sebegitu boleh direka dengan mudah. Dan kita perlu juga tahu, musuh-musuh Islam juga mahu tengok umat Islam melepaskan kemarahan membabi-buta, melakukan tuduhan tanpa bukti kukuh dan memfitnah orang lain.

Dan mungkin juga ianya benar, wallahu a’lam. Tetapi yang nyatanya orang yang membuat gambar di bawah ini memang terlalu biadab dan menghina Islam!

Maka jika ada yang arif tentang hal ini, sila kemukakan fakta yang betul. Kerana saya telah cuba semak laman web rasmi LEGO, tiada pun kelihatan produk ini. Dan gambar ini pun tidak disertakan dari mana sumbernya. Jika ianya benar, maka adalah kewajipan umat Islam untuk memboikot produk tersebut.