Salaaam alaikum w.b.t… Betapa banyak sungguh khabar angin yang tersebar sekarang. Dan kita juga yang terpengaruh untuk menyebarnya , sedangkan kita masih tidak pasti bukti nya kukuh atau tidak. Dan khabar-khabar angin itu pula kebanyakannya menyebut kalau kita tak sampaikannya maka kita tak jalankan kewajipan sebagai muslim la, kita tak hendak pahala la, nampak macam mengugut orang pulak, isy7. Sebenarnya, kalau kita nak sebarkan kebaikan sebar sahaja lah, tak payah lah nak ugut orang itu ini, dah jadi macam kes paksa pula. Terpulang pada individu untuk menyebarkannya atau tidak berdasarkan pada pengamatan masing-masing. Dah lah berita yang kita sebar tu tak pasti sahihnya, jika itu adalah berita palsu maka tak ke kita dah jadi pembuat orang lain mengedarkan berita palsu? Kalau kita tak suruh sebarkan lain lah sikit, ke guaner? Hehe

Saya pun sebelum ini tidak suka sebar khabar-khabar angin ni menerusi internet. Tetapi ntah kenapa tersebar juga pada posting yang sebelum ini, hinggakan terjadinya silap fakta berkenaan air Kickapoo tu. Nama syarikat tersebut lebih kurang sama dengan nama sebuah syarikat ARAK, tetapi sebenarnya ia merupakan syarikat yang berlainan. Kesian, syarikat pembuat air Kickapoo juga yang menjadi mangsa,  isy isy isy isy isy.

http://www.monarch-beverage.com/ <– Ini laman web syarikat arak

http://www.monarchbeverage.com/ <– Ini laman web pembuat Kickapoo

Tetapi tak tahu lah kalau-kalau di sebalik tabirnya kedua-dua syarikat itu adalah adik beradik ke apa. Cuma menerusi laman web mereka, kedua syarikat itu adalah berlainan. Maka bukti untuk mengatakan Kickapoo adalah dari syarikat pembuat arak masih lagi lemah. Dan terima kasih kepada blog http://erisar.blogspot.com/2008/04/kickapoo-bukan-keluaran-syarikat-arak.html kerana melakukan kaji selidik tentang hal ini.

Kesimpulan di sini, saya nak peringatkan diri saya dan sesiapa sahaja dengan pesanan Nabi Muhammad S.a.w yang berbunyi, “ittaquu mawaadhi’at tuhm” yang bermaksud, “berhati-hatilah dari tempat yang menimbulkan tuduhan”. Wallahu a’lam 🙂