Berita ini adalah sebuah berita lama, tetapi sekadar peringatan kembali dan info kepada yang masih tidak tahu. Sama ada akan berlaku atau tidak, NASA telah meramalkan bahawa Bumi ini akan musnah pada 1 Februari 2019. Sekumpulan saintis yang menggelarkan mereka LINEAR team telah menemui asteroid bernama 2002 NT7 pada 9 Julai 2002. Ukur lilitnya sebesar 1.24 batu dan kekuatan hentamannya lebih kurang 1 juta megaton letupan, cukup untuk memusnahkan sebuah benua.

Pemerhatian terus dibuat terhadap asteroid ini dan ianya mungkin akan dilaporkan dari semasa ke semasa. Walaubagaimana pun tahun 2019 masih jauh di hadapan, ada lagi yang perlu dibimbangkan iaitu George W.Bush atau Korea Utara atau mana-mana negara memulakan Perang Nuklear.

Apa-apa pun hanya Allah S.w.t Yang Maha Mengetahui. Saintis-saintis hanya meramalkan hentaman dari asteroid itu mengikut ujikaji semasa dan mungkin akan berlaku dan mungkin tidak. Jangan percaya bulat-bulat kepada sesuatu ramalan melainkan apa yang diramalkan oleh Nabi Muhammad S.a.w sahaja. Semoga ianya menjadi tanda peringatan kepada diri kita yang sentiasa lalai dengan kehidupan dunia.