Salaaam alaikum w.b.t….. NASA telah pun meramalkan bahawa Bumi ini akan musnah dihentam asteroid pada 1 Februari 2019. Sekumpulan saintis yang menggelarkan mereka LINEAR team telah menemui asteroid bernama 2002 NT7 pada 9 Julai 2002. Ukur lilitnya sebesar 1.24 batu dan kekuatan hentamannya lebih kurang 1 juta megaton letupan, cukup untuk memusnahkan sebuah benua.

Manakala di suatu sudut lain pula, George W.Bush, Korea Utara atau Iran bila-bila masa boleh memulakan Perang Nuklear. Maka timbul suatu tanda tanya di sini, yang mana satu mungkin berlaku dulu dan berapa lama lagi agak-agaknya umur Bumi ini? Hehe, memang tak ada siapa pun yang akan dapat jawab melainkan pencipta Bumi sendiri iaitu Allah S.w.t.

Cuma kalau direnungkan, mengapa masih ramai lagi manusia yang berusaha sedaya upaya untuk menimbun harta, merampas hak orang lain, membunuh manusia lain demi anak cucu sendiri dan sebagainya? Ya betul! Kerana manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada, diberi betis nak pula peha, diberi penumbuk baru pada muka😀

Macam sekarang, orang dah tak akan hormat pada manusia yang tidak berharta, malah orang hanya akan hormat pada manusia yang berpangkat dan berharta. Tetapi hakikatnya itu bukan hormat namanya, itu sandiwara lapuk yang menjadi santapan mereka yang berharta itu. Sampai tak sedar sebenarnya bukan orang hormat dia , tapi orang ampu jer. Kerana pengampu itu juga mempunyai matlamat dan visi tersendiri untuk menjadi seorang hartawan dan hidup senang-lenang juga.

Bermakna hormat yang ditunjuk itu hanya lakonan dan main-main sahaja. Dan sememangnya itulah kebiasaan di atas dunia ini, semuanya adalah lakonan dan permainan semata. Bak seperti firman Allah S.w.t yang bermaksud, “Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” Surah Ar-Rum : Ayat 64 ).

Ramai manusia yang berpura-pura di muka bumi ini. Dan ramai yang berkawan semata-mata mahu senang bersama sahaja, susah bersama tidak mahu. Hanya segelintir yang berkawan dengan ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Tetapi jangan pula kita pandang buruk belaka kepada kawan-kawan kita hehe, jangan begitu dong! Cuma ini sekadar peringatan agar kita ini tidak menjadi orang yang berkawan dengan orang hanya untuk kepentingan peribadi kita sahaja.

Bercakap tentang kemusnahan dunia, ada satu lagi perang besar yang sememangnya akan menjadi peperangan terbesar sepanjang zaman, iaitu Perang Armageddon. Perang ini dinanti-nantikan oleh semua orang terutamanya oleh orang-orang Islam dan Kristian. Orang-orang Islam menantikan Nabi Isa a.s turun dari langit dan menegakkan kalimah tauhid dan membunuh semua babi di muka bumi ini serta menegakkan kembali Islam yang tercinta. Manakala orang-orang Kristian menantikan Nabi Isa a.s untuk membantu agama mereka. Maka kita akan lihat lah nanti siapa yang benar di antara 2 agama besar dunia ini. Dan saat itu, bersiap sedialah Dajjal Laknatullah untuk dipenggal kepalanya oleh Nabi Isa a.s.