Perkataan fosil berasal daripada bahasa Latin fossa yang bermaksud sesuatu yang digali / galian.  adalah sisa-sisa atau bekas-bekas makhluk hidup yang menjadi batu atau mineral. Untuk menjadi fosil, sisa-sisa haiwan atau tanaman ini harus segera tertutup sedimen. Oleh para pakar dibezakan beberapa jenis fosil. Ada fosil batu biasa, fosil yang terbentuk dalam batu ambar, fosil ter, seperti yang terbentuk di sumur ter La Brea di California. Haiwan atau tumbuhan yang dikira sudah rosak tetapi ternyata masih ada disebut fosil hidup. Ilmu yang mempelajari tentang fosil disebut sebagai paleontologi.

Melalui kajian fosil inilah proses evolusi kehidupan telah dikesan. Kajian ini juga menunjukkan hubungan di antara kumpulan-kumpulan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, sama ada yang masih hidup atau yang telah pupus.

Organisma-organisma fosil boleh ditemukan dalam pelbagai peringkat pengawetan. Tetapi biasanya fosil tidak terdapat dalam bentuk yang lengkap. Yang ada hanyalah bahagian-bahagian yang keras yang masih kekal bentuk asalnya. Ataupun mungkin bentuknya sahaja yang tertanam pada bahan-bahan yang lain.

Di antara fosil-fosil yang luar biasa ialah ‘gastroliths’ dan ‘coprolites’. ‘Gastroliths’ ialah batu yang bulat dan licin yang sering dijumpai pada tulang rusuk dinasour dan reptilia yang berenang. Batu-batu ini ditelan oleh binatang-binatang tersebut bagi membantunya mengisar makanan dalam perutnya.

Coprolites pula ialah tahi binatang yang telah menjadi fosil, yang dihubungkan dengan mamalia peringkat ketiga dan ikan-ikan karboniferus. Setiap fosil memberikan maklumat-maklumat yang berharga tentang pemakanan dan kelakuan haiwan-haiwan yang telah pupus.

Rujukan:

1 – Majalah Dewan Siswa, Februari 1992

2 – http://id.wikipedia.org/wiki/Fosil