Salaaam alaikum w.b.t….. Adalah penting juga untuk kita mengetahui tentang mazhab-mazhab lain dalam Islam, agar nanti kita tidak akan menjadi bercampur aduk dan pening. Di sini saya sertakan video ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di masjid Rusila, Marang, Terengganu. Ianya berkenaan sejarah salah satu dari pecahan mazhab Syiah iaitu Sejarah Syiah Imamiyyah. Tuan guru telah menerangkannya secara detail, diharap kita dapat mengambil pengajaran darinya.