Assalaamu’alaikum w.b.t…… Hhhhhmmm, seperti yang telah dijangka, harga petrol melambung lagi, tetapi kali ini pada kadar yang tertinggi dalam sejarah (kalau tidak silap saya) iaitu dengan kenaikan sebanyak 40%. Setelah tidak berapa lama dulu, harga emas pun melambung naik. Dan selepas ini mungkin akan naik lagi harga emas, kerana harga emas biasanya mengikut kenaikan harga petrol, walaupun harga emas ada turun dan naik.
Pak saudara saya ada seorang yang jadi tukang emas. Menurut beliau, dalam 2 atau 3 tahun yang lalu harga emas satu amas (kiraan orang2 melayu) atau 2.551 gram hanya dalam seratus ringgit lebih. Tetapi harga terbaru sekarang adalah RM260 lebih. Dan kenaikannya memang mendadak pada akhir-akhir ini juga.
Dan kenaikan harga barang terutamanya dua barang mahal ini sememangnya boleh menimbulkan kucar-kacir. Cuma diharapkan kita semua bertenang dan jangan mengambil tindakan yang terlampau drastik. Kalau masing-masing ikutkan emosi , sudah tentu keadaan akan menjadi huru-hara. Sama-samalah menyelesaikan apa jua masalah dengan tenang dan berhikmah, kerana Allah tidak suka kepada orang yang merosakkan muka bumi ini.
Dan tentang galian-galian ini pula ada disentuh oleh Rasulullah S.a.w dalam hadith yang bermaksud, “Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.
Nampak kita di situ betapa hasil galian pada akhir zaman akan diuruskan oleh orang-orang yang gilakan dunia semata dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain. Dan benar sekali maksud dari hadith tersebut kerana telah ternyata setelah Amerika menakluki Iraq, minyak dan emas naik begitu drastik sekali. Dan ditambah lagi dengan banyak syarikat minyak adalah milik Freemasons.
Di bawah ini saya senaraikan logo syarikat minyak yang ada kaitan dengan Freemasons. Dan ini bukan andaian saya semata, tetapi merupakan hasil kajian dari golongan yang mengkaji tentang Freemasons sendiri. Dan ketahuilah, syarikat-syarikat milik Freemasons itu memakai golongan pekerja yang bukan orang-orang mereka, tetapi pekerja-pekerja termasuklah orang-orang Melayu kita. Dengan kata lain, kita diperkudakan oleh mereka yang hanya mengaut keuntungan dari kesusahan pekerja-pekerja menggali minyak dan mengedarkannya. Dan perhatikan logo-logo tersebut ada kaitan dengan matahari dan bintang yang mengandungi unsur segitiga.
Logo di atas ini bukan hanya menunjukkan kulit kerang semata-mata, tetapi ia juga bermaksud matahari terbit. Shell adalah milik Britain, beribu pejabat di Hague, Netherlands. Dengan pejabat berdaftar di London dan United Kingdom.
Syarikat BP juga telah menukar logo lamanya kepada logo yang seperti matahari. BP diambil dari perkataan asal British Petroleum. Beribu pejabat di London, England dan UK.
.
Caltex pula diambil dari nama asalnya California Texas Oil Company. Ia adalah joint-venture syarikat di Texas iaitu The Texas Company yang kemudian dikenali sebagai Texaco dengan Standard Oil of California yang kemudian dikenali sebagai Chevron.
Logo-logo di atas hanya logo syarikat minyak yang juga ada di Malaysia, tidak lagi dicampur dengan logo syarikat minyak yang di luar negara. Sungguh pandai mereka menguasai pasaran minyak untuk menguasai dunia suatu hari nanti. Dan yang pasti, mereka tidak hanya perlu menggunakan kekuatan tentera untuk menguasai dunia, tetapi mereka hanya kuasai ekonomi dan mengucar-kacirkan ekonomi negara lain agar rakyat negara-negara itu bertelingkah sesama sendiri.
Tidak kah anda merasa hairan, bagaimana banyak syarikat minyak yang ada di negara kita adalah milik orang barat? Bagaimana mereka dapat memperolehi lesen berniaga minyak di sini? Siapa yang membenarkan mereka? Mengapa tidak diberikan orang Malaysia sahaja yang menjual minyak di tempat kita sendiri ini? Sedangkan kita tahu minyak dapat memberi pengaruh besar kepada ekonomi dunia dan negara kita sendiri. Ini semua ada kaitan dengan penjajahan British di tanah air kita dulu dan mengapa kita mendapat kemerdekaan dengan begitu mudah, tidak seperti beberapa negara lain yang menumpahkan darah menghalau penjajah, fikir-fikirkanlah. Wallahu a’lam
.
.
Bacaan berkaitan :
Logo-logo korporat Illuminati
Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain
Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno
Syarikat-syarikat automobil milik Illuminati
Rahsia sebalik jenama NIKE
Rahsia di sebalik simbol Recycle
Rahsia di sebalik simbol BioHazard
Pemerintah-pemerintah baru dunia
Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia
Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati
Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us
Black magic (sihir) dan Illuminati
Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2
Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons
Pemerintahan khilafah VS New World Order
Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan
George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones
Harga minyak dan emas melambung naik
Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal
Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIS dan Illuminati
Kronologi New World Order – Bahagian 1
Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?
Mengejar kemajuan kebendaan semata – agenda Illuminati
Video The Arrivals versi terjemahan Bahasa Melayu dan Indonesia
Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer (PC Games)
.
Mahmud Shah
Jun 05, 2008 @ 14:52:36
Assalammu’laikum wbt. Harga minyak melambung naik!!! 40% daripada 1.92 per liter dah jadi 2.70 seliter. Rakyat mengeluh. Apala nak jadi dengan negara kita ini?? Ntahlah.
Seharusnya sebagai pemerintah, kerajaan Malaysia mampu untuk menyekat kenaikan harga minyak ini. Kononnya kenaikan ini adalah permintaan minyak yang tinggi serta untuk meng-cover pembayaran subsidi petroleum. Apakah itu benar? Saya tidak fikir begitu. Kita lihatlah. Negara kita ada banyak pelantar minyak menggali minyak. Kenapa perlu pula kita import minyak dari luar? Mengapa kita tidak gunakan minyak yang ada untuk kegunaan rakyat?
Yelah, isunya minyak kita harga tinggi. Sebanyak manapun keuntungan dari minyak itu kalau dieksport? Kerajaan mampu untuk bendung hal ini. Mengapa tidak bendung? Dahulu semasa pilihanraya dijanjikan bahawa harga minyak tidak akan turun. Mana janji2 itu?
Rakyat Malaysia sudah diperkotak katikkan. Entahlah. Pada firasat saya, selagi pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen ini dilaksanakan di Malaysia, selagi itulah isu2 sebegini tidak kan kunjung padam. Selepas ini kita kaan tengok pula kenaikan harga barang2 asas. Kenaikan barang2 dapur. Makanan, penganagkutan, tol, dsb. Semuanya akan meningkat naik.
Kadang2 terfikir juga, alangkah indahnya hidup ini jika kita tidak terlalu bergantung pada kemudahan2 yang dicipta untuk manusia ini (seperti kereta, kenderaan dsb). Kan lebih beruntung jika kita jadikan benda hidup sebagai kenderaan. Contoh terbaik ialah kuda. Pastilah hidup ini lebih baik agaknya….
Hari nak Qiamat…
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Hikmatun
Jun 05, 2008 @ 20:32:32
Setuju 100% dengan saudaraku Mahmud Shah, jazaakallahu khoirol jazaaa’. Dan dunia ini pun dah terlampau uzur dan sudah dekat ke penghujungnya.
Apa yang saya nampak kan, orang barat mencipta masalah dan mereka sediakan servis untuk menyelesaikan masalah. Kita semua juga yang terpedaya. Contoh macam kenderaan kereta dan motor, kononnya untuk mencepatkan kerja, sedangkan kita tengok hari2 orang mati dan cedera parah kerana ACCIDENT. Itu kerana mereka buat METER tu tinggi sangat, dah perangai manusia ni asyik nak cepat, den dia pecut lah laju2 dan makin laju.
Nabi ada bersabda yang bermaksud, “Gopoh gapah itu adalah dari syaitan, dan ketenangan itu dari ALLAH.” Sebab itu lah hari ini kita bukan hanya tengok orang berlumba kat litar, tetapi juga berlumba kat jalan raya hehe
Mereka cipta kenderaan dulu kala dan menggesa kita supaya menggunanya agar menjadi cepat kerja tanpa kita fikir kesan darinya. tetapi sekarang apakan daya, dah dunia semua dah guna, terpaksa lah kita guna, kalau tidak nanti tak jadi kerja terus, lain lah kalau kita semua berpakat pakai kuda, kaldai dan unta balik 🙂
Contoh lain pula pada komputer yang kita guna hari2 ini. Selalu sahaja mereka UPGRADE, tambah power, makin laju dan laju, <<- Tak tahu apa yang sebenarnya mereka ajak kita kejar. Cuma apa yang saya nampak, dunia akan semakin menjadi berlumba-lumba, bersaing siapa cepat dia dapat, dan x mustahil akan lahirlah generasi manusia yang sentiasa terburu2, hidup tiada ketenangan, dan masa untuk diluangkan bersama TUHAN juga semakin sempit. Saya tak kata kata orang lain je, saya sendiri pun disibukkan dengan masa kerana dunia jugak, is is is.
Maka adakah kebahagiaan di sebalik terburu2 dan kerja yang sentiasa berkejar-kejar? Di mana ketenangan yang dimahukan kalau manusia sentiasa nak berlumba dan bertanding2? 🙂
Mahmud Shah
Jun 06, 2008 @ 16:45:53
Betul tu Saudara Hikmatun. Kadang-kala kita ini sebagai manusia perlukan semua kebendaan itu kononnya untuk mencapai bahagia. Tapi benarkah kebendaan itu yang dinamai bahagia? Saya ingin menyentuh sedikit isi kandungan khutbah Jum’at yang saya dengar tadi berkenaan isu ini. Agak terkesan untuk diri saya memikirkannya.
“Sesungguhnya apa yang berlaku di Malaysia baru-baru ini adalah salah satu kifarah dan balasan Allah kepada rakyat Malaysia amnya. Allah mahu ajar kita supaya berjimat cermat. Allah mahu uji keimanan kita yang sudah lama Islam ini dengan ujian yang getir ini. Negara lain ada macam2 ujian. Bala bencana, pembunuhan, rusuhan dsb. Malaysia ujiannya adalah ekonomi. Adakah kamu kira ‘kami beriman’ hanya dengan bersenang lenang? Sesungguhnya orang-orang yang beriman akan diuji sejauh mana kesabaran mereka menghadapi ujian Allah.
Ini baru sedikit. Ujian hanya dari segi ekonomi. Pada akhir zaman kelak, Kerajaan Dajjal akan memerintah pula selama 40 hari. Di situ nanti org2 yang beriman tak dapat makanan. Siapa mahu makan perlu murtad dahulu. Jadi hanya org beriman yang betul2 beriman sahaja mampu menahan ujian ini di mana makanan mereka hanyalah zikrullah. Ketika zaman itu org2 beriman akan ditangkap dan dibunuh pula. Marilah kita kenangkan bala ini yang didatangkan adalah untuk menjadikan kita bertambah-tambah keimanan dan ketakwaan kita pada Kudrat dan Irodat Allah SWT”
Semoga mendapat manfaat.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
Al Hikam
Jun 06, 2008 @ 22:45:34
Salaam pada semua.
Berdiri bulu roma…. tapi itu lah kenyataan..
Semuga Allah memelihara dan melindungi kita semua di bawah naungan Nya…. Amiin..
SFR
Jun 11, 2008 @ 04:53:40
Assalamualaikum wbt….. 🙂
saya nak kongsi ape yg saya baca…so, copy paste je eh…. :D…
Dari : http://www.zaharuddin.net
Kenaikan harga minyak petrol dan diesel bermula 5 Jun 2008 dan tariff elektrik mulai 1 Julai 2008 menyebabkan rakyat Malaysia ramai yang mencarut, memaki dan marah, hal ini dapat dilihat di sana sini.
Ada yang tidak boleh tidur memikirkan cara mengurus belanjawan baru keluarga. Bagi keluarga yang berpendapatan jenis ‘cukup-cukup makan sebulan’ pasti semakin resah dan marah, sedih dan rasa terzalim.
Di Malaysia kita ini, sebenarnya banyak isu selain kenaikkan harga-harga ini, kita ada isu murtad, riba, syirik, bomoh, tangkal, zina, maksiat, culik, sumbang mahram dan pelbagai lagi.
Namun dari banyak-banyak isu, isu kenaikan harga beras dan minyak ini yang paling meriah sambutannya dari masyarakat. Hiruk pikuk dari segenap blog dan media.Kenapa??!!
Inilah realiti masyarakat kita, kehidupan dunia sangat memberi kesan kepada minda dan hati. Berbanding kenaikan pelbagai masalah berkaitan agama yang hanya mendapat sambutan beberapa kerat kumpulan masyarakat sahaja. Malah tidak dipedulikan oleh majoritinya.
Mudahnya, apabila perut sendiri tergugat dan libatkan dunianya yang DIKASIHI barulah ramai mahu bising dan protes. Selagi belum mengenai mereka dan hanya mengugat hal ghaib akhirat sahaja, JARANG DIHIRAUKANNYA.
Kita patut bimbang dengan iman kita sekarang ini, sangat patut bimbang. Kelihatan pengaruh dunia sangat mendalam kesannya dalam jiwa.
Jika sekiranya kedua-dua jenis isu dunia dan akhirat mendapat perhatian anda sejak sekian lama. Tahniah saya ucapkan, teruskan menjaga imanmu tersebut wahai teman.
selanjutnya…..http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=720&Itemid=72
Hikmatun
Jun 11, 2008 @ 16:08:46
Salaam. Alhamdulillah, bagus artikel Ustaz Zaharuddin tuu hehe. Dulu saya banyak juga tak bersetuju dengan Ustaz Zaharuddin, hingga pernah marah kat laman web dia agar JANGAN membela sangat kerajaan dan menekan RAKYAT hehe. Alhamdulillah, artikel2 dia skrg menyedarkan dan menginsafkan dan banyak mengingatkan KEMATIAN dan KESEDARAN, ALHAMDULILLAH 🙂
mie
Jan 21, 2010 @ 23:23:35
Ini ada lagi berita gempar yg akan berlaku bulan May nanti mengenai minyak
PUTRAJAYA, Jan 8 – The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.
“From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97, while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00.” he said.
The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect.
Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.
Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota.
– SkyNet News Asia
mie
Jan 21, 2010 @ 23:34:28
Harga Emas akan meningkat lagi kerana duit kertas yg menurun dr segi kuasa beli. Inilah dikatakan inflasi kerana emas adalah sebenarnya matawang.
Duit kertas adalah duit yg tidak mempunyai nilai, sudah lama manusia ditipu.Ini kerana semua transaksi Import & eksport adalah dlm US Dollar.
Kesudahannya, byk negara mempunyai US Dollar yg makin terhakis nilainya. Ramai manusia telah ditipu kerana beranggapan diri kaya kerana mempunyai duit kertas.
Faktanya:
1. Mereka memenuhkan dunia dgn duit dollar. Kebanyakkan duit dollar beredar diluar
Amerika.
2. Pemegang Rizab Emas terbesar di dunia ialah Amerika.
3. Mereka sekian lama membendung harga emas dr meningkat bg menunjukkan emas tidak
berharga tetapi hakikatnya mereka pengumpul emas terbesar.
4. satu hari nanti duit kertas tidak akan bernilai sama sekali spt maksud hadis
dibawah:-
Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.” (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)
Mahmud Shah
Jan 22, 2010 @ 15:08:12
masaelah masaelah. Minyak naik sampai RM 3.7. Yang susah bertambah susah. Barang mesti melambung naik. Apa nak jadilah… Pakai basikal la nampaknya… huhu…
…di mana aku berada di sana ada DIA…
kamarul
Jan 22, 2010 @ 15:54:02
Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.” (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Kerajaan menjual minyak mentah negara sendiri ke luar bagi mendapatkan wang tapi wang itu adalah dalam US Dollar…!
Bagi kegunaan rakyat, kerajaan membeli pula petrol yang telah diproses dari luar negara dengan harga yang ditetapkan oleh AS….cuba anda bayangkan. Kenapa mereka mahukan US Dollar kekal dalam setiap negara…
Jelaslah sistem yang ada sekarang merupakan pemusnah kepada sistem yang baik sepertimana yang ada pada zaman kerajaan Melayu dahulu (penggunaan sistem dinar emas) Mereka (Illuminati) yakin dengan penghapusan sistem ini akan dapat menguasai mana2 negara yang ingin mereka kuasai kerana Dollar telah pun merebak ke seluruh dunia…..jadi tidak hairanlah.
kegemilangan sistem Islam kini tinggal sejarah….
Orang bukan Islam bukannya nak mengerti…..dengan sistem Islam harga barang tidak akan naik melainkan ada orang yang sengaja menaikkannya…
ASPEND
Jul 15, 2010 @ 17:38:42
kita hapuskan sistem berpolitik di Malaysia dan mari kita berpanjikan satu parti iaitu “laillah ha’illawallah,muhammad da’rasulullah”.tidak ada lagi BN,PAS,PKR dan sebagainya di dalam negara ini kerana parti ini dari pengaruh inggeris sahaja untuk membeza-bezakan agama dan bangsa sekaligus bertelingkah sesama sendiri.Kita sebenarnya di cerobohi dan dijajah dengan sistem barat walaupun mereka(British) telah membenarkan kemerdekaan kita
Ahmad Nizam
Jul 15, 2010 @ 22:22:34
Salamun alaikum w.b.t….. Ada pihak yang mengatakan kita xble berPOLITIK, dan x ble menjalani proses PILIHANRAYA kerana itu semua BUATAN org2 kafir.
Maka saya tanya mereka balik, hari2 mereka pergi kerja, pergi masjid guna apa?? Guna kereta ke tidak?? Guna motosikal ke tidak??
Maka saya bgtau di sini biar jelas, syarikat2 pembuat kereta dan motor itu dipunyai oleh Illuminati / Dajjal
Maka jika kamu tidak mahu melalui proses PILIHANRAYA, kamu sepatutnya TIDAK BOLEH guna kereta dan motosikal tu, kerana konsepnya sama sahaja 🙂
Sebab itu Allah suruh ajak ke jalanNya dengan HIKMAH / BIJAKSANA
Maka kena guna AKAL dengan bijaksana. Cara yang bijak untuk kembali menegakkan Islam di sini adalah dengan meletakkan juga sebuah parti untuk merampas kerusi pemerintahan
Jika sudah berjaya nanti, barulah Undang2 Islam boleh cuba dilaksanakan dengaan beransur2 insyaAllah
Panjang lebar lagi untuk dibahaskan. Saya sedia berbincang lagi jika saudara ASPEND sudi berbincang di sini 🙂
rizal aditya
Okt 11, 2011 @ 16:27:38
Assalamu’alaikum… Saya dari Indonesia.. Ternyata di Malaysia, harga BBM(Bahan Bakar Minyak), Petrol = Premium, Diesel = Solar, harganya sama2 naik.. Semuanya mengeluhkan pemerintah yang tidak berpihak pada rakyat… Salam blog dari Indonesia… http://Www.blogwongjowo.blogspot.com….
Ikan Goreng ~
Sep 04, 2013 @ 16:40:34
Assalamualaikum… saya nak status hadith yang digunakan dalam post ini~ .. adakah sahih atau hassan?