Assalaamu’alaikum w.b.t……  Adakah anda mahu tahu mana pemimpin yang betul2 ikhlas menjadi pemimpin dan menjadi pemimpin betul-betul kerana Allah?  Silakan beri gaji kepada pemimpin itu sama nilainya dengan gaji seorang pekerja biasa ataupun seorang kuli, nescaya akan terserlah lah nanti siapa yang betul-betul boleh menjadi pemimpin atau siapa yang menjadi pemimpin kerana pangkat dan harta (dunia) hehe.

Siapa tidak mahu menjadi pemimpin? Hari-hari kerja mengarah dan menyuruh orang tanpa ada orang arahkan kita , tambah lagi gajinya besar. Tetapi itu lah, tanggung jawab amat berat di akhirat nanti untuk menjawab segala persoalan berkenaan dengan permasalahan rakyat jelata. Permasalahan penderitaan rakyat, ketidakadilan dalam pemerintahan, kebengangan rakyat, kemiskinan rakyat, ketidak bahagiaan rakyat dan sebagainya akan disoal nanti, tidak takut ke eh?  Is is is

Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya mahu nyatakan di sini saya bukan menderhaka kepada pemimpin di sini. Ada lagi orang yang salah faham antara menderhaka dengan menegur. Saya sekarang sedang menegur pemimpin, dengan kata lain nasihat, mereka nak dengar atau tidak terpulang kepada mereka. Saya hanya sekadar kasihankan mereka dan mahu agar mereka berfikir. Mereka adalah pemimpin saya juga dan merangkap saudara sesama Islam saya juga (kepada yang Islam). Maka adalah kita sesama Islam adalah bersaudara, ingat tuu.

“Siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran maka ia harus mengubah dengan tangannya. Jika ia tidak dapat maka ia harus mengubah dengan lidahnya. Jika ia tidak dapat maka ia harus mengubah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Ahmad, Abu Dawud, dan lainnya.)

Mengapa apabila menjadi pemimpin sahaja biasanya bergelumang dengan main golf, menginap di hotel-hotel mewah, makan di majlis jamuan besar-besaran, berpesta, mesyuarat di tempat-tempat ada class dan sebagainya, sedangkan rakyat ada yang kelaparan, menderita penyakit, kesusahan hati , tidur di bawah atap yang bocor dan sebagainya. Cuba bayangkan kalau kita jadi pemimpin, sanggup ke kita berseronok dan bermewah-mewah sedangkan ramai rakyat tanggungan kita yang menderita? Pemimpin adalah ibarat seorang AYAH dan rakyat adalah ANAK-ANAKnya. Itu lah konsep kepemimpinan yang sejati, sentiasa susah hati jika anak-anaknya susah, bukan berseronok tetapi anak-anak kesusahan, fikirlah anda wahai pemimpin, tidak kira parti apa pun anda.

Ingatlah bahawa Nabi Muhammad S.a.w, para khalifah semuanya berhabis harta kerana agama dan rakyat. Mereka tidak sekali-kali mengumpulkan harta dan hidup dalam kemewahan, sedangkan anda sekarang ini bermewah dan bergaji berpuluhan ribu sebulan. Adakah anda lebih mulia dari nabi dan sahabat? Fikir-fikirkan wahai pemimpin yang disayangi. Fikirkan lah nasib kita di akhirat nanti, itulah kehidupan yang kekal, bukannya di dunia yang fana ini.

Maka jika rakyat mahu melihat siapa pemimpin yang betul-betul ikhlas demi kerana agama dan membela nasib rakyat , syorkan lah agar GAJI para pemimpin tidak lebih dari gaji seorang kerani, seorang pekerja pejabat, seorang guru, itu pun sudah cukup mewah jika dibandingkan dengan jawatan pemimpinnya yang banyak mengarah dari membuat sendiri. Ingat lah wahai pemimpin, kamu bersenang lenang dengan wang dari hasil keringat dan penderitaan rakyat, sepatutnya kamu prihatin dan hidup sama seperti rakyat, tiada jurang beza kekayaan. Ini dah jauh terpesong, kamu yang lebih jauh kaya dari rakyat. Setakat yang saya tahu, pemimpin yang jauh kaya dari rakyat adalah Firaun dan pemimpin-pemimpin negara penjajah. Hehe jangan pula nanti anda kata saya mengatakan pemimpin itu Firaun, itu analogi sahaja wahai pemimpin dan sesungguhnya itulah KEBENARAN. Nabi dan para khalifah yang amanah dan jujur dahulu tidak kaya dan mewah jauh dari rakyat melainkan mereka hidup sama seperti rakyat.

Nabi SAW bersabda , maksudnya: “Sesungguhnya dunia itu cantik dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi maka akan diperhatikan bagaimanakah akan kamu lakukan, takutlah kamu kepada dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah yang disebabkan oleh) wanita.”

Kita mesti ingat, bahawa TUJUAN ASAL politik dalam Islam ialah untuk menyuruh membuat kebaikan dan melarang membuat maksiat.

Allah SWT berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 104: Maksudnya: “dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.”

Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu ubahlah dengan hatinya, yang demikian itu paling lemah imannya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Tetapi wahai pemimpin, memang banyak kamu menyuruh rakyat kamu membuat kebaikan, tetapi mengapa banyak lagi maksiat yang kamu tidak cegah dan larang? Mengapa kamu tidak tumpukan kepada melarang perkara mungkar yang sememangnya terlalu banyak terbiar sekarang tanpa larangan darimu? Tambah lagi, ramai di kalangan kamu sendiri yang melakukan korupsi, penyalahgunaan wang rakyat, mengambil komisyen berjuta-juta, menabur fitnah kepada golongan yang menegurmu, mempengaruhi media-media utama agar hanya memujimu dan menghina orang yang menegurmu dan sebagainya. iIu yang menjadi persoalannya sekarang. Sehingga kamu masih boleh bergelak ketawa dan menganjurkan banyak pesta-pesta tanpa rasa resah dan gelisah, is is is.

Hukum berPOLITIK adalah FARDHU KIFAYAH, ingat ya saudara, FARDHU KIFAYAH. Oleh itu kepada sesiapa yang masih mengatakan politik itu kotor, maka hati-hatilah dengan lidah anda, kerana yang kotor itu adalah orang yang berpolitik tak betul itu, bukannya POLITIK yang kotor. POLITIK dalam isitilah Islam namanya As-Siasah. Dan HUKUM ALLAh itu termasuk dalam bab POLITIK, bukannya bab Sains Rumatangga. Harap tidak salah faham di situ yerr

Nabi Muhammad S.a.w bersabda yang bermaksud : “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (HR Bukhari).

Dalam hadis daripada Abu Zar katanya yang bermaksud: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (HR Muslim)

Wallahu a’lam 🙂