Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh

BAB 3

IKTIQAD ASAS AGAMA KRISTIAN

MANUSIA MEWARISI DOSA ADAM (ORIGINAL SIN) DAN PENYALIBAN JESUS ADALAH UNTUK MENEBUS DOSA WARISAN ITU.

Secara rengkas Bible menerangkan bahawa Tuhan telah menjadikan sepasang manusia pertama iaitu Adam dan isterinya Hawa. Mereka berdua adalah merupakan nenek moyang umat manusia. Kemudian Tuhan menjadikan syurga sebagai tempat tinggal keduanya. Adam dan Hawa dibenarkan memakan semua jenis makanan di syurga melainkan buah dari pohon larangan. Namun ular, binatang yang paling pintar telah berjaya memperdayakan Hawa menyebabkan ia memakan buah dari pohon tersebut. Adam juga turut memakannya. Akibat dari pelanggaran arahan Tuhan itu, Tuhan telah menghukum mereka sebagai berdosa dan kemudian diusir ke luar dari syurga dan turun menjadi  penghuni dunia (Kejadian 2: 1-25, 3: 1-24).

Adapun dosa yang ditanggung oleh Adam kemudiannya ditanggung pula oleh seluruh umat manusia kemudiannya bermula dari bayi hinggalah kepada orang tua, “Dosa telah masuk ke dunia melalui satu orang. Akibatnya maut menjangkiti setiap manusia kerana semua orang berdosa” (Roma 5: 12-13). Namun Tuhan seolah-olah menjadi keliru. Ia bersifat kasih maka Ia tidak mahu menghukum Adam dan manusia. Tetapi Ia juga bersifat adil yakni Ia juga mesti menjatuhkan hukuman kepada Adam yang telah melanggar perintahNya. Kemudian atas sifat RahmatNya, ALLah mengirimkan Jesus ke dunia untuk menyelamatkan manusia dari dosa warisan itu, “ALLah mengasihi orang di dunia ini hingga Dia memberikan anakNya yang Tunggal supaya setiap orang yang mempercayainya memperoleh hidup yang sejati dan kekal” (Yohanes 3: 16).  Dan dosa warisan yang ditanggung oleh manusia itu dihapuskan dengan kematian Jesus (di kayu salib), “Tetapi ALLah telah menunjukkan betapa besar kasihNya kepada kepada kita, kerana Kristus mati ketika kita masih berdosa, malalui kematian Kristus kita berbaik semula dengan ALLah…” (Roma 5: 8-9), “Oleh itu sebagaimana umat manusia dihukum kerana dosa satu orang, dengan cara yang sama semua orang dibebaskan dari kesalahan dengan diberikan hidup, kerana perbuatan satu orang yang melakukan kehendak ALLah” (Roma 5: 18), “Untuk menyelamatkan kita dari zaman yang jahat ini, Kristus telah menyerahkan dirinya sebagai korban bagi dosa-dosa kita… (Galatia 1: 4). Oleh itu Jesus merupakan puncak kasih sayang Tuhan kepada manusia, iaitu dengan mengorbankan AnakNya demi mensucikan manusia. Kemudian Jesus bangkit semula untuk mengajarkan satu cara hidup baru. Dengan erti yang lain jika tiada penyaliban manusia akan terus berada di dalam kehinaan dosa.

Jika kita merenung dengan mendalam, kesimpulan yang dapat dibuat ialah Adam telah dijatuhkan ALLah ke dalam membuat dosa supaya seluruh manusia mendapat dosa warisan secara automatik. Dengan ini barulah ALLah dapat mengirimkan AnakNya yang tunggal (mengikut pendapat rakan penganut mazhab Anglican dan Seven-day, ALLah sendiri turun ke dunia dalam rupa anak manusia keseluruhannya) ke dunia  untuk menebus dosa warisan itu. Maka jika Adam tidak dijatuhkan ALLah kedalam dosa, maka ALLah tiada alasan untuk mengirimkan AnakNya ke dunia (atau Dia sendiri turun megikut pendapat penganut Anglican itu) kerana tiada dosa warisan dan agama Kristian tidak akan ujud di dunia.

Penilaian semula dosa warisan

Dosa  warisan bukan ajaran Jesus

Jika diteliti dengan sempurna tidak terdapat perkataan yang tegas dari Jesus bahawa manusia mewaris dosa Adam. Jesus mengajar bahawa setiap manusia hanya bertanggung jawab ke atas perbuatan mereka masing-masing. Dalil-dalil dari Bible telah yang menyatakan hal ini diantaranya ialah, “Ibu bapa tidak boleh dihukum mati kerana jenyah yang dilakukan oleh anak mereka, dan anak juga tidak boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tiap-tiap orang hanya boleh dihukum mati kerana jenayah yang dilakukannya sendiri” (Ulangan 24: 16). Dan lagi, “Orang jahat dijerat oleh kata-katanya sendiri tetapi orang baik menyelamatkan diri dari kesukaran. Balasan seseorang bergantung kepada perkataan dan perbuatannya sendiri, dia akan mendapat balasan yang setimpal” (Amsal 12: 13-14). Dan lagi,, “Tetapi sesiapa yang makan buah anggur yang masam, dia sendirilah yang akan merasa ngilu (masamnya). Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri” (Yeremia 31: 30). Dan lagi, “…seorang anak tidak usah menganggung akibat dari dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak usah menanggung dosa dari anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran dari kebaikannya dan seorang yang jahat akan menanggung akibat dari kejahatannya” (Yehezkiel 18: 20). Dan lagi, “Anak manusia sudah hampir tiba bersama para MalaikatNya dan kemuliaan BapaNya. Pada masa itu Dia (Jesus datang) untuk membalas tiap-tiap orang mengikut perbuatan mereka sendiri” ( Matius 16: 27). Dan lagi, “Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila ALLah menyatakan kemurkaanNya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal yang demikian itu adalah kerana ALLah akan membalas setiap orang setimpal dengan perbuatannya sendiri” (Roma 2: 5-6).

Adalah jelas sekali bahawa dosa warisan disanggah oleh Bible. Adam telah berdosa kerana melanggar tegahan ALLah dari memakan buah dari pokok pengetahuan. Kerana itu Adam dan Hawa dihukum dengan diusir keluar dari syurga turun ke dunia. Mereka dikenakan azab dengan berkerja keras untuk hidup berbanding dengan kesenangan di dalam syurga, “…engkau mesti berkerja keras agar tanah ini agar tanah ini menghasilkan makanan yang cukup. Tanah akan menghasilkan semak dan duri, tumbuhan liar akan menjadi makananmu. Engkau akan berkerja keras sampai berpeluh untuk membuat tanah ini menghasilkan sesuatu…(Adam dan Hawa terpaksa membanting tulang berkerja berbanding tidak perlu bersusah payah di dalam syurga)” (Kejadian 3: 17-19). Jelas sekali Adam yang berdosa maka ia juga yang menerima hukuman. Inilah keadilan Tuhan.

Namun yang pasti, penganut Kristian akan menyanggah pula dengan berkata ayat-ayat perjanjian baru jelas menunjukkan adanya dosa warisan (Lihat ayat-ayat hujah dosa warisan di atas). Namun ayat Roma 2: 5-6 adalah ayat Perjanjian Baru yang jelas menyatakan tiadanya dosa warisan. Maka  nyata sekali bahawa kedua-dua bentuk ayat di atas menunjukkan pertentangan yang sangat jelas, yang menuntut ketentuan yang mana benar dan yang mana salah.

Percanggahan ayat-ayat berkenaan dosa warisan

Jelas sekali ayat-ayat di atas terutama Sabda Jesus  sangat  bercanggah dengan fatwa Paulus (Roma 5: 12-13) di atas yang mengatakan dosa Jesus menyebabkan semua manusia berdosa. Persoalan yang harus difikirkan semula dengan serius ialah perkataan siapakah yang lebih utama diikut, adakah Sabda Jesus ataupun fatwa Paulus? Logiknya mesti Sabda Jesus kerana mengikut kepercayaan Kristian Ia adalah Tuhan, Tuhan yang menurunkan Sabda kepada RasulNya. Mengapakah Sabda Tuhan yang keluar dari mulutNya bercanggah dengan SabdaNya yang keluar dari mulut RasulNya? Mengikut peraturan akal dan kesinambungan kesucian kitab, mana-mana perkataan Rasul yang saling bercanggah, dan bercanggah dengan Sabda Tuhan  maka ia adalah tertolak. Maka mengikut keutamaan, jelaslah bahawa Jesus mengajar bahawa dosa sesorang tidak dapat diwariskan kepada orang lain dan pendapat dosa warisan ini adalah ajaran Paulus yang menyongsang ajaran Jesus.

Kemudian kita lihat ayat-ayat Bible yang menyatakan cara untuk mensucikan diri dari dosa, “Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepadaMu, dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku” (Mazmur 32: 5), “Apabila orang salih berseru, Tuhan mendengar dan menyelamatkan mereka dari kesusahan. Tuhan dekat kepada orang yang tawar hati, Dia menyelamatkan mereka dari putus asa” (Mazmur 34:18-19) Dan lagi, “Kerana Engkau mengabulkan doa, semua orang akan datang kepadaMu. Kerana mereka berdosa. Dosa-dosa kami terlalu berat bagi kami tetapi engkau mengampunkan dosa kami” (Mazmur 3-4). Dan lagi, “Tuhan berfirman kepadaku (Nabi Yehezkiel): Hai manusia yang fana, ulangilah kata-kata umat Israel kepada mereka: Kami merana kerana kami menanggung beban dosa dan kesalahan kami, bagaimanakah kami dapat hidup? Beritahu mereka demi Aku Tuhan ALLah Raja yang hidup, Aku tidak suka melihat manusia orang berdosa mati. Aku lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup…” (Yehezkiel 33: 10-11). Dan lagi, “…kesihanilah kami walaupun Engkau murka” (Habakuk 3: 2). Dan lagi,  “Aku telah membuat perjanjian dengan kamu: Aku telah memberi kuasaKu dan ajaranKu (hukum Taurat) untuk menjadi milik kamu selama-lamanya. Dan mulai sekarang hendaklah kamu taat kepadaKu, dan mengajar anak serta keturunan kamu supaya taat kepadaKu selama-lamanya” (Yesaya 59: 20-21). Dan lagi, “Tuhan berfirman: Tetapi sekarang bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh dan kembalilah kepadaKu dengan berpuasa, menangis dan meratap” (Yoel 2: 12). Dan lagi “Pada ketika Yohanes Pembabtis tiba di padang gurun di Yudea dan memberitahu: Bertaubatlah dari dosa kamu” (Matius 3: 1-2). Dan lagi, “Demikian Yohanes muncul di padang gurun, dia membabtis orang dan mengisytiharkan kepada orang: bertaubatlah dari dosa kamu dan hendaklah kamu dibaptis supaya ALLah mengampunkan dosa kamu” (Markus 1: 4, Lukas 3: 3).

Ayat-ayat di atas ditulis dengan bahasa yang  sangat mudah dan simple. Ia menerangkan untuk menyucikan dosa seseorang itu mestilah, pertama mengakui dosa-dosa yang telah dilakukan, kedua merendahkan diri kepada Tuhan, ketiga bertaubat yakni berhenti terus dari melakukan dosa dan keempat memohon kepada Tuhan agar mengampunkan dosanya. Dan yang terakhir mentaati segala suruhan Tuhan (Lihat keseluruhan Amsal, Mazmur, kata-kata hikmat Solomon dan lain-lain). Hukum ini adalah kekal tidak berubah sehingga hari Qiamat (Matius 5: 17-20).

Melalui penglihatan mata hati yang jernih, kita mendapati betapa seriusnya pertentangan antara ayat-ayat Bible. Ayat-ayat Perjanjian Lama (hingga kepada Lukas) yang menyatakan dosa manusia hanya dapat disucikan dengan bertaubat dan memohon keampunan dari ALLah dengan diikuti mentaati segala perintahNya. Tetapi pada perkataan Paulus kepada Jemaah Roma dan pada perkataan Yohanes pula menyatakan bahawa penyaliban Jesus adalah cara mensucikan dosa. Yang manakah antara dua pendapat ini benar? Jika kita kembali kepada prinsip Hukum Fitrah Akal (Lihat smula bab 1: fungsi akal) jika terdapat dua keterangan yang bercanggah maka satu darinya mesti salah. Dan kesalahan bukanlah perbuatan Tuhan melainkan perbuatan manusia yang lemah. Maka jika ia berlaku kepada sesebuah kitab suci, maka ia bukanlah dari Tuhan. Maka kesuciannya wajib diragui dimana kandungannya telah bercampur aduk dengan pendapat manusia.

Kenalan Anglican berkata dosa Adam sahaja yang diwariskan kepada manusia, dan ia dihapuskan dengan penyaliban Jesus. Taubat hanya untuk menghapuskan dosa yang dilakukan kemudian semasa hidup. Katanya lagi penyaliban adalah menghapuskan dosa warisan yang ditanggung oleh manusia selepas Jesus. Apabila penulis menyimpulkan dosa warisan manusia sebelum Jesus tidak terhapus (dari hujahnya itu), ia berkata pula penyaliban hanyalah sebagai pelengkap nubuwah sahaja, sedangkan dosa manusia sebelum ia lahir telah diampunkan. Namun hujahnya tetap memperlihatkan percanggahan dengan ayat, “Tetapi ALLah telah menunjukkan betapa besar kasihNya kepada kepada kita, kerana Kristus mati ketika kita masih berdosa, melalui kematian Kristus kita berbaik semula dengan ALLah…” (Roma 5: 8-9). Jika dikatakan penyaliban hanya untuk menghapus dosa manusia selepas Jesus, maka ia tidak memberi erti dan amatlah malang bagi manusia sebelum Jesus kerana tidak tertebus dosanya dan Tuhan tidak adil sama sekali jika ini berlaku.

Tetapi yang paling mengejutkan terdapat seorang paderi di Semenanjung Malaysia mengatakan original sin itu bukanlah dosa warisan Adam tetapi kecenderungan untuk membuat dosa. Pendapat ini jika diterima pakai akan merobohkan dasar tujuan penyaliban Jesus dan dengan sendirinya iktiqad bahawa kematian Jesus di kayu salib untuk menebus dosa manusia adalah tertolak. Jika penganut Kristian yang merasa dosanya warisannya telah terhapus  masih cenderung berbuat dosa, maka fungsi Jesus disalib untuk menebus dosa adalah terbatal samasekali.

Jesus menolak iktiqad penghapusan dosa melalui penyalibannya

Rakan Kristian Seven-day sangat gembira apabila penulis mengajukan kenyataan bahawa Bible adalah kitab yang mengandungi pengajaran secara nyata dan juga secara simbolik. Dia juga mengakui fungsi akal seperti yang tertulis dalam Amsal. Marilah kita lihat apakah pengajaran simbolik yang dapat difahami dalam ayat-ayat di bawah.

Jika diteliti dengan penuh cermat, terdapat maksud tersirat di dalam ayat-ayat penyaliban. Ia menunjukkan Jesus tidaklah rela disalib dimana Ia telah mengherdik orang-orang Yahudi, dengan kataNya, “Bukankah Musa telah memberikan Taurat kepada kamu? Tetapi tidak seorang pun dari kamu yang mentaati Taurat itu. Mengapakah kamu mahu membunuh Aku?” (Yohanes 7: 19). Dan lagi, “Aku tahu kamu keturunan Abraham, tetapi kamu berusaha untuk membunuh aku kerana kamu tidak mahu menurut ajaranku” (Yohanes 8: 37). Dan lagi, “ Mengapa kamu tidak memahami apa yang aku katakan…Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, iblis itu pembunuh” (Yohanes 8: 44). Demikian juga Jesus telah mengherdik Pilatus yang menangkapNya, “Kamu tidak berkuasa keatasKu, kecuali ALLah yang memberi kuasa kepadamu. Oleh itu orang yang menyerahkan aku kepadamu lebih besar dosanya dari dosamu” (Yohanes 19: 11). Bukan setakat mengherdik tetapi Jesus juga melarikan diri untuk mengelak dari ditangkap, “Bangunlah, mari kita pergi. Lihatlah orang yang mengkhianati aku sudah datang” (Markus 14: 42).

Persoalan yang harus dijawab ialah, jika benar kedatangan Jesus ke dunia untuk disalib, mengapakah Ia mengherdik orang yang hendak membunuhnya dan mengapa ia melarikan diri? Adakah  Jesus dan sahabat-sahabatNya melarikan diri dari perintah Tuhan?

Paulus

Siapakah Paulus?

Paulus dianggap seorang Rasul. Ia mempunyai kedudukan terpenting didalam agama Kristian. Risalahnya adalah yang terbanyak daripada Rasul-Rasul yang lain. Disini kita perlu memahami peribadi dan ajaran-ajarannya kerana beliaulah yang mencorakkan sebahagian besar kepercayaaan dan dasar-dasar agama Kristian.

Namun bagi mereka yang membaca Bible dengan teliti, Paulus tidak tersenarai didalam dua belas Rasul yang menjadi murid langsung kepada Jesus (Kesah Rasul-Rasul 1: 13). Ia juga tidak tersenarai didalam tujuh orang penolong Rasul (Kesah Rasul-Rasul 6: 5). Kemudian seorang Rasul bernama Saul telah dilantik (Kesah Rasul-Rasul 13: 1-2). Disebutkan  bahawa Saul adalah Paulus (Kesah Rasul-Rasul 13: 7-9)  Paulus asalnya adalah seorang yang sangat memusuhi murid-murid Jesus dan menganiyai mereka (Lihat Kesah Rasul-Rasul 8: 1-3). Tetapi dalam perjalanannya ke Damsyik untuk menangkap pengikut Jesus, ia  menerima perkhabaran kebenaran dari Tuhan (mendengar suara Jesus yang didakwanya suara Tuhan), menyebabkan ia mempercayai dan menjadi pengikut ajaran Jesus (Kesah Rasul-Rasul  9: 3-19).

Kepercayaan kepada dewa-dewa adalah kepercayaan orang Rumawi dan Yunani kuno. Demikian juga penyembahan berhala bagi orang Farsi. Mereka ini tidak dapat menerima ajaran Paulus yang mempertuhankan Jesus. Penentangan mereka menyebabkan Paulus beberapa kali ditangkap (Kesah Rasul-Rasul 21: 27-34, 22: 30, 24: 1). Namun demikian dikalangan orang Rumawi terdapat kecenderungan terhadap agama yang mengajarkan satu Tuhan dan satu-satunya agama itu ialah agama Yahudi. Namun agama Yahudi menutup pintunya kepada orang bukan Israel (Yahudi). Dan lagi banyak ajarannya dianggap menyusahkan seperti terpaksa bersunat, diharamkan makan babi, diharamkan berzina dan lain-lain. Semua ini dianggap berat oleh orang Rumawi dan Yunani. Orang Rumawi juga memandang rendah orang Yahudi dan jika memeluk agama Yahudi bererti merendahkan martabat diri sendiri

Ketika ini Paulus tampil dengan mengaku orang Yahudi di hadapan orang Yahudi (Kesah Rasul-Rasul 21: 39) dan mengaku pula sebagai orang Farsi di hadapan orang Farsi (Kesah Rasul-Rasul 23: 6) dan mengaku sebagai warga negara Rome pula di hadapan orang Rumawi (Kesah Rasul-Rasul 22 : 7). Jelaslah ia telah berdusta dan ini adalah strateginya supaya ajarannya diterima oleh orang Farsi dan Rumawi, dan untuk mengelakkan dirinya dari ditentang oleh orang Yahudi. Kemudian Paulus mendakwa mendapat perintah Tuhan supaya menyebarkan ajarannya kepada orang yang bukan Bani Israel. Ini disebabkan orang Yahudi enggan menerima ajarannya yakni ajaran Jesus Anak ALLah (Kesah Rasul-Rasul 22: 18).

Paulus adalah orang yang mula-mula mengajarkan kepercayaan Jesus Anak ALLah (Kesah Rasul-Rasul 9: 30) sewaktu di Damsyik. Tetapi kepercayaan tersebut tidak diterima oleh orang Yahudi. Sewaktu di Filippi (Makedonia- jajahan Rome) ajarannya juga tidak diterima  oleh orang Rome kerana menganggap ajaran Paulus adalah adat resam yang asing dari adat resam mereka. Disitu dia dipenjarakan tetapi dapat melepaskan diri dengan bantuan ketua penjara yang mempercayainya (Kesah Rasul-Rasul 16: 21-36). Walaupun ditentang hebat, ajaran-ajaran Paulus semakin mendapat sokongan ramai (Kesah Rasul-Rasul 19: 18-20) meskipun masih ramai juga orang yang menentang hebat ajarannya sehingga menyebabkan rusuhan, terutama mereka yang masih mempertahankan ajaran mempertuhankan dewa dan berhala (Kesah Rasul-Rasul 19: 26-34). Kemudian Paulus pergi ke Rome untuk cuba menyebarkan ajarannya dengan harapan ia diterima (Kesah Rasul-Rasul 27: 1-30). Untuk mendapatkan kepercayaan orang Rome, ia mengajarkan dokrin dosa warisan dan kelahiran semula yang berbeza dari ajaran Taurat

Paulus pencipta iktiqad dosa warisan dan kelahiran semula

.

Paulus mengajarkan bahawa kebaikan apabila telah menguasai diri, ia lebih bermakna dari  menurut ajaran tertulis Taurat (Roma 2: 17-29). Baginya kepercayaan kepada kematian Jesus adalah untuk menebus dosa  dan memberi keselamatan kepada manusia adalah lebih utama dari mengikut undang-undang dan hukum Taurat. Taurat hanya mengajar hukum-hakam dosa dan pahala, tetapi manusia tetap membuat dosa. Maka dari itu undang-undang Taurat hanyalah bagi orang yang selalu membuat dosa. Mentaati Taurat adalah tabiat manusia yang membawa kematian. Sewaktu dibaptis manusia dipersatukan dengan Jesus bererti bersatu dengan kematian dan dikuburkan bersamaNya secara rohani. Dan bila Jesus bangkit semula bererti manusia juga bangkit secara rohani  (1 Korintus15: 42-44) untuk memasuki satu cara hidup baru, (Roma 6: 3-4) yang bebas dari dosa (Roma 6: 15-18)  yang bebas dari hukum Taurat (Roma 7: 4-6, 8: 1-10). Mentaati hukum Taurat tidak akan dapat keselamatan kerana ia bergantung kepada usaha manusia dan ia tidak bererti jika manusia masih berbuat dosa dan perkara yang dilarang Taurat. Maka  untuk mencapai keselamatan hanyalah dengan mempercayai Jesus, mati bersama Jesus dan bangkit semula bersamaNya dengan cara hidup baru dengan bimbingan Roh ALLah yang  bebas  dari hukum Taurat. Oleh kerana manusia sentiasa dibimbing  Roh ALLah, fikirannya akan dikuasai Roh ALLah (Roma 8: 6) yang menunjukkan peraturan rohani hidup baru, dimana manusia secara simbolik adalah bersatu dengan Roh ALLah (Efesus 4:3).

Kemuncaknya ajaran Paulus ialah apabila  ia mengisytiharkan telah bebas dari hukum Taurat dan hidup dengan peraturan baru  tetapi ia tidak membiarkan dirinya hanyut dengan cara hidup baru itu (1 Korintus: 6: 12-20). Selepas perisytiharan itu, beliau mengajarkan apa-apa hukum yang dilarang Taurat yang melibatkan hukum dzahir boleh dilakukan (seperti makan babi dan tidak bersunat). Manusia hendaklah hidup tanpa dikuasai nafsu kejahatan yang membangkitkan kemurkaan ALLah. Manusia tidak boleh dengki, caci mencaci, berdusta dan sebagainya kerana manusia telah meninggalkan cara hidup lama (Cara hidup diikat hukum dzahir). Manusia hendaklah sentiasa sabar, saling memaafkan, kasih mengasihi, anak-anak mentaati ibu bapa, ibu bapa mengasihi anak-anak, ikhlas. Jelasnya cara hidup baru ini adalah hukum fundamental bukan hukum larangan dan suruhan. Dengan cara hidup baru ini semua manusia adalah sama tanpa ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dan bukan Yahudi (Kolose 3: 1-25) dan manusia ibarat Malaikat yang berjalan di muka bumi. Inilah intipati doktrin ajaran Kristian yang diajar oleh Paulus, yang dinamakan kelahiran semula. Doktrin ini bukan sahaja diajar kepada Jemaah Roma tetapi diulang-ulang kepada jemaah-jemaah yang lain (Lihat semua surat-surat kiriman Paulus yang ada di dalam Perjanjian Baru).

Demikianlah, kenyataan di atas sangatlah terang seterang matahari terik bagi mereka yang mempunyai akal yang sihat dan mempunyai kehendak untuk menggunakannya. Konsep keselamatan yang diajar oleh Paulus adalah berdasarkan kepercayaan kepada Jesus, kepercayaan bahawa kematiannya adalah membawa keselamatan dan kebangkitannya semula bagi membawa cara hidup baru kepada manusia, cara hidup yang bebas dari hukum Taurat. Orang yang berbahagia dan selamat adalah orang yang percaya kepada Jesus, mereka adalah bersatu dengan Roh ALLah (dibawah bimbingan ALLah dalam hidupnya). Ternyata konsep ini tidak diterima oleh orang Yahudi yang berpegang kepada hukum-hakam Taurat. Dengan maksud yang lain untuk mendapatkan sokongan orang bukan Yahudi, Paulus telah membawa satu konsep atau doktrin baru tentang keselamatan dan kehidupan.

Konsep baru ini mendapat sokongan dan minat daripada orang Rome. Seperti yang telah disebutkan bahawa orang-orang Rome mempunyai kecenderungan untuk menyembah satu Tuhan. tetapi agama Yahudi menutup pintu kepada orang bukan Yahudi dan memeluk agama Yahudi bererti merendahkan martabat diri. Apabila Paulus datang dengan prinsip atau doktrin baru yakni dengan meyakini Jesus secara automatik memperolehi keselamatan tanpa perlu mengikut ajaran Taurat, ini sangat menyenangkan orang-orang Rome. Dengan itu mereka memberikan sokongan kepada Paulus. Kemuncak kejayaan Paulus ialah apabila Maharaja Rom, Konstantine memeluk agama Kristian dengan resminya dan mengarahkan doktrin Paulus menjadi dotrin resmi Kristian. Bermula dari sini ajaran Kristian dengan resminya disebar kepada umum atau Kathos. Dari perkataan Kathos itu kemudian menjadi Katholik, dari Rome menjadi Roman, dan seterusnya menjadi Roman Katholik.

Paulus menyanggah suruhan Jesus

Jika kita membaca Bible dengan teliti, kita akan dengan mudah dapat memahami bahawa Paulus telah menyanggah suruhan Jesus. Jesus dengan jelas telah mengatakan bahawa ia hanyalah diutus kepada bani Israel sahaja, “Jangan kamu menganggap aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan Nabi-Nabi, …tetapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku. Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik dan huruf terkecil pun dalam Taurat tidak akan dihapuskan semuanya (ajaran Taurat) belum berlaku. Oleh itu sesiapa melanggar hukum yang tidak penting sekalipun dia akan menjadi orang yang tidak penting antara orang yang menikmati pemerintahan ALLah (kedudukannya paling rendah dalam syurga)….ingatlah bahawa kamu hanya akan menikmati pemerintahan ALLah jika kamu lebih setia (taat) dari guru Taurat…” (Matius 5: 17-20). Dan lagi, “Jesus mengutus dua belas Rasul dengan pertunjuk seperti berikut: janganlah kamu pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau ke bandar orang Samaria. Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat” (Matius 10: 5-6). Dan lagi, “…seorang wanita Kanaan yang tinggal di kawasan itu datang dan berseru kepada Jesus: hai anak Daud…anak saya dirasuk roh jahat…Jesus berkata kepada wanita itu: Aku diutus hanya kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat” (Matius 15:22-24).

Ayat di atas jelas menunjukkan kedatangan Jesus hanyalah untuk memberi pertunjuk agama kepada bani Israel sahaja. Namun Paulus telah menyebarkan satu doktrin baru (doktrin kelahiran semula) menyebabkan bani Israel menolaknya. Apabila doktrinnya tidak diterima oleh orang Yahudi ia menyebarkan kepada orang Rome dan Yunani.

Namun penulis tetap bersikap adil. Terdapat ayat yang menyatakan Jesus menyuruh pengikutNya menyebarkan ajaranNya kepada bukan bangsa Israel setelah kebangkitanNya. “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka semua pengikutKu” (Matius 28: 19, Markus 15: 15). Dan kita mengakui bahawa dasar-dasar ajaran Paulus adalah menjurus kearah kebaikan. Namun apa yang perlu di nilai dan difikirkan semula ialah ajarannya tentang keimanan telah melencong jauh dari sabda Jesus tentang wajibnya mentaati hukum Taurat. Bahkan ia juga telah mengajarkan iktiqad mempertuhankan Jesus sedangkan Jesus sendiri tidak pernah mengaku diriNya Tuhan (Lihat bab 3 seterusnya: TRINITI: Penilaian semula Triniti: Jesus tidak pernah mengaku dirinya Tuhan).

Perkataan siapakah yang mesti diikuti? Mengikut keutamaan seharusnya perkataan Jesuslah yang mesti diikut kerana Ia dianggap Tuhan sedangkan Paulus hanya RasulNya, dan mana-mana perkataan orang walau Rasul sekalipun yang bercanggah dengan perkataan Tuhan wajib ditolak. Yang jelas yang menjadi ikutan sekarang ialah perkataan Paulus kerana sekarang penganut Kristian majoritinya orang bukan Yahudi. Paulus mengatakan ia menerima wahyu Tuhan yang memerintahkan ia menyebarkan ajaran Jesus (sebenarnya doktrin barunya kelahiran semula) kepada orang bukan Yahudi (Kesah Rasul-Rasul 22: 18-21). Namun siapakah Tuhan? Jesuskah atau Paulus?

Mengajarkankan doktrin anti falsafah

Dalam semua surat-surat kiriman Paulus, jelas sekali ia menolak falsafah yakni menolak penggunaan akal dalam menilai ajaran agama. Ini terbukti apabila ia mengeluarkan pendapat-pendapat yang bertentangan dengan arahan Jesus seperti tidak menyebarkan ajaranNya kepada selain daripada bani Israel dan menolak hukum Taurat. Ia berkata,  “Yeyasa lebih berani lagi ketika Ia berkata: ALLah telah berfirman: Aku dijumpai oleh mereka yang tidak mencari Aku, Aku menampakkan diri kepada mereka yang tidak bertanya tentang Aku” (Roma 10: 20). Di sini Ia telah menolak fungsi dan kemuliaan akal seperti yang disebut dalam Amsal 1: 4-7, 4: 5-7, 20: 5, dan Markus 12: 30 dahulu (Lihat bab 1: Tujuan hidup manusia untuk mencapai kebahagiaan dan keselamatan: Alat dan cara mengenal Tuhan). Adakah dakwaannya itu terdapat dalam Yeyasa? Dan apabila diteliti kitab Yeyasa, tidak terdapat ayat yang didakwanya itu. Seharusnya jika perkataannya adalah kebenaran, dakwaannya mestilah terdapat di dalam Yeyasa. Jika tidak, bermakna ia telah menfitnah Yeyasa. Adakah Paulus mereka mencipta Firman dan menisbahkannya kepada Yeyasa?

Kemudian Paulus berbicara lagi, “Bagi orang yang menuju kebinasaan, berita tentang kematian Jesus tidak bererti apa-apa. Tetapi bagi kita yang diselamatkan oleh ALLah berita itu menunjukkan kekuasaan ALLah. Dalam al-Kitab ada tertulis ALLah berfirman: kebijaksanaan orang bijak Aku musnahkan dan pengertian orang berilmu akan Aku lenyapkan” (1 Korintus 1:18). Kemudian ia berkata lagi, “Tentu kamu tahu bahawa kamu tempat kediaman ALLah kerana Roh ALLah tinggal di dalam kamu…Jika sesiapa yang menganggap dirinya bijak menurut penilaian dunia, biarlah ia menjadi bodoh supaya dia benar-benar bijaksana. Hal itu kerana apa yang dianggap oleh dunia satu kebijaksanaan sebenarnya adalah satu kebodohan di sisi ALLah. Dalam al-Kitab ada tertulis: ALLah memerangkap orang yang bijak dengan kepintaran mereka sendiri. Ada tertulis juga: Tuhan tahu bahawa fikiran orang yang bijak itu sia-sia” (1 Korintus 3: 16-20). Dan ia berkata lagi, “Berwaspadalah supaya tidak seorang pun yang memperhambakan kamu dengan falsafah manusia, yang tidak berguna dan menyesatkan. Ajaran itu bukanlah dari Kristus melainkan ajaran manusia yang diturunkan dari generasi ke generasi dan ajaran dari roh-roh yang menguasai alam semesta” (Kolose2: 8).

Jika dihubungkaitkan ayat Amsal 1: 4-7, , 20: 5, 2: 1-5, 4: 5-7, 20: 5 dan Markus 12: 30 jelas sekali Paulus telah menolak fungsi kejadian akal. Amsal jelas menganjurkan ilmu pengetahuan dan penyelidikan didalam memahami ajaran agama. Namun Paulus telah membuat fatwa baru dengan menolak fungsi akal. Namun ia tidak menghairankan kerana untuk mengajarkan doktrin baru yang bercanggah dengan seruan Jesus, ia terpaksa mengatakan akal adalah suatu yang tidak berguna dan orang yang bijak adalah sebenarnya orang yang bodoh atas nama al-Kitab. Al-Kitab yang mana? Dalam Bible tidak ada! Apakah kesimpulannya yang boleh didapati bagi orang yang berfikir di sini? Iaitu Paulus menolak falsafah supaya penganut Keristian tidak mempertikai ajarannya, kerana jika kaedah logika digunakan untuk menilai Bible sudah pasti beberapa ajaran asas Kristian akan roboh. Maka untuk mengelakkan ajarannya dipertikaikan ia menggunakan pula kaedah  falsafah. Cara hidup baru kelahiran semula yang diajarkannya jelas menunjukkan ia menggunakan kaedah falsafah hinggakan ada penganut Keristian berkata orang yang mengkritik Paulus dikatakan tidak memahami maksud ajarannya.

Paulus sungguh genius sehingga tidak seorang pun penganut Kristian menyedari haqiqat ini. Geniusnya melebihi Yohanes!

Mengajarkankan doktrin matlamat menghalalkan cara

Kemudian Paulus berkata lagi (Terjemahan al-Kitab Berita Baik cetakan The Bible Societ of Malaysia), “Tetapi jika kejahatan kita menjadikan keadilan ALLah semakin nyata, apakah yang dapat kita katakan? Adakah ALLah tidak adil apabila Dia menghukum kita? Sekali-kali tidak! Jika ALLah tidak adil, bagaimanakah Dia dapat menghakimi dunia. Jika perbuatanku yang tidak benar (dustaku-Bible terjemahan Lembaga al-Kitab Indonesia) menyebabkan apa yang benar tentang ALLah semakin nyata (Kemuliaan ALLah semakin melimpah-Bible terjemahan Lembaga al-Kitab Indonesia), mengapa aku disalahkan sebagai orang berdosa?” (Roma 3: 5-6).

Apakah yang dapat dipelajari dari kenyataan di atas? Ayat tersebut menunjukkan Paulus mengajarkan satu doktrin matlamat adalah menghalalkan cara. Tidak mengapa berdusta atas nama agama jika ia menghasilkan kebaikan. Tidaklah menghairankan jika ia mengajarkan ajaran cara hidup baru yang menolak hukum Taurat dengan alasan cara hidup baru adalah ajaran yang universal yang menyamaratakan semua bangsa tidak mengira Yahudi dan bukan Yahudi.

Rakan Kristian penulis, seorang Roman Katholik dan seorang seven-day berkata bahawa al-Kitab tidak boleh difahami secara kutipan tetapi secara menyeluruh. Kita akur dengan saranan mereka, maka penulis kutip pula ayat berikut untuk menunjukkan fungsi akal, “Fikiran manusia seperti air di perigi yang dalam, tetapi orang yang berpengertian (mempergunakan akal untuk berfikir dan memahami) dapat menimbanya” (Amsal 20: 5). Dan lagi, “Cintailah Tuhan ALLahmu dengan sepenuh hati, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu dan dengan segala kekuatanmu” (Markus 12: 30). Apakah yang dapat dipelajari dari dua ayat tersebut? Dengan begitu mudah kita dapat fahami bahawa ayat tersebut menunjukkan akal sememangnya berfungsi untuk berfikir dan mentafsir.

Fitnah Paulus yang tidak disedari

Paulus menyatakan orang yang tidak menjalankan hukum Taurat adalah dikutuk ALLah (Galatia 3: 10). Maka Jesus melepaskan manusia dari kutukan itu melalui penyalibannya. Kemudian ia menyatakan bahawa dalam al-kitab ada menyebut “Terkutuklah orang yang mati tergantung pada pokok (kayu)” (Galatia 3: 11). Adakah ia mengutuk Jesus? Jika benar, ternyata ia telah memfitnah Jesus dengan membabitkan al-Kitab. Tetapi jika diselidiki dalam Bible tidak ada satu ayat pun yang menyatakan Jesus telah terkutuk melainkan perkataannya sendiri di atas. Adakah al-kitab yang disebut itu bukan Bible atau adakah al-Kitab yang lain selain dari Bible?

Kemudian Paulus berkata lagi, “Mereka yang bergantung kepada Taurat  hidup di bawah kutukan. Di dalam al-kitab ada tertulis: Orang yang tidak melakukan semua hukum Taurat dikutuk ALLah. Hal ini tertulis di dalam al-Kitab: Hanya orang yang percaya dengan ALLah  hingga hubungannya dengan ALLah baik semula akan hidup. Tetapi Taurat tidak berdasarkan iman. Hal ini tertulis dalam al-Kitab: Orang yang melakukan semua hukum Taurat akan hidup kerana Taurat itu” (Galatia 3: 10-12).

Ayat sebelumnya menyebutkan, “…Di dalam al-kitab ada tertulis: Orang yang tidak melakukan semua yang tertulis di dalam Taurat, dikutuk oleh ALLah…Hal ini tertulis dalam al-Kitab: Orang yang percaya kepada Allah hingga hubungannya dengan Allah menjadi baik semula, akan hidup” (Galatia 3: 10-11). Apakah hubungan kenyataan ini dengan ayat yang lain dalam konteks Jesus? Jesus telah berkata, “Jangan kamu menganggap aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan Nabi-Nabi, …tetapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku…ingatlah, kamu hanya dapat menikmati pemerintahan ALLah hanya jika kamu lebih setia dari guru Taurat  dan orang Farisi dalam usaha melakukan kehendak ALLah” (Matius 5: 17-20). Jesus telah menekankan betapa pentingnya mentaati hukum Taurat, dan secara simboliknya mentaati Taurat adalah perintah Allah. Yang jelas secara logika orang yang mentaati perintah ALLah itulah orang yang beriman kepadaNya. Maka bukanlah mentaati Taurat itu terkutuk tetapi satu kemuliaan. Di sini jelas berlaku percanggahan yang sangat nyata antara Paulus dan Jesus dalam menentukan jalan untuk mendapatkan kemuliaan dari ALLah. Tetapi Paulus akan menyandarkan ajarannya kepada al-Kitab tetapi al-Kitab yang manakah yang dimaksudkannya, adakah Bible Matius, Markus, Lukas atau Yohanes? Namun tiada kenyataan yang jelas di dalam Bible Kanotik itu perkataan-perkataannya itu. Namun Paulus terselamat dengan kenyataannya kerana para penganut Kristian telah mempercayai bahawa Bible masakini itulah al-Kitab. Fahamkah anda?

Namun di dalam Bible terdapat kenyataan menyebut, “Di situ dia disalibkan. Dua orang lain juga disalibkan bersama Jesus, seorang di sebelah kiri, seorang di sebelah kanan dan Jesus di tengah” (Yohanes 19: 18). Rakan Kristian Seven-day berkata yang dimaksudkan oleh Paulus adalah dua orang yang lain itu bukannya Jesus. Namun kenyataannya adalah tidak benar kerana perkataan kutukan Paulus jelas menyatakan kenyataan umum setiap orang yang tergantung pada kayu.

Percanggahan pendapat Paulus dengan Rasul yang lain

Seperti yang telah dijelaskan, Paulus berpendapat apabila manusia telah berbaik semula dengan ALLah melalui kepercayaan kepada Jesus, maka tidaklah perlu lagi mengamalkan hukum Taurat. Tetapi pendapat Paulus ini bercanggah pula dengan Yakobus, yang berpendapat iman tanpa dibuktikan dengan perbuatan tidaklah dapat menyelamatkan manusia (Yakobus 2: 14-18). Yakobus berpendapat iman mestilah dibuktikan dengan perbuatan dan amalan, dan dengan amalan itulah ALLah berkenan kepada seseorang manusia itu. Walaupun seseorang itu pelacur tetapi jika ia berbuat baik maka ALLah akan redha kepadanya. Iman tanpa perbuatan adalah sia-sia sebagaimana tubuh tanpa roh (Yakobus 2: 26-26).

Disini kita akan memikirkan fatwa yang mana yang harus diikuti oleh penganut Kristian kerana dua fatwa ini saling bertentangan. Pertentangan ini pula melibatkan perkara pokok agama. Yang jelas adalah kedua-dua Rasul ini dipercayai berkata-kata dengan bimbingan Roh ALLah. Jika benar mereka berkata dengan bimbingan Roh Allah, kedua-dua fatwa mereka mestilah selari dan tidak bercanggah. Jika diteliti urutan mereka, fatwa Yakobus adalah kemudian daripada Paulus. Maka secara logiknya, jika Paulus yang datang kemudian telah membatalkan hukum Taurat, maka fatwa Paulus yang membatalkan hukum Taurat, telah terbatal dengan fatwa baru dari Yakobus.  Tetapi yang jelas pendapat Paulus diikuti oleh mazhab Roman Katholik dan pendapat Yakobus diikuti oleh mazhab Seven-day.

Kemudian terdapat perkataan Yakobus yang menyatakan pentingnya kebijaksanaan, “Jika ada sesiapa antara kamu yang kurang bijaksana, hendaklah ia memohon kepada ALLah supaya ALLah memberikan kebijaksanaan kepadanya…” (Yakobus 1: 5). Satu perbezaan pendapat yang tidak diterima oleh pengikut fatwa kelahiran semula Paulus, yang bertentangan dengan ayat 1 Korintus 3: 16-20.

Paulus bukanlah maksum

Paulus pernah berkata, “Aku tidak menerima perintah daripada Tuhan tentang orang yang belum berkahwin. Tetapi biarlah aku menasihati kamu, kerana oleh belas kasihan Tuhan, aku patut dipercayai”(Korintus 7: 25).

Perkataan yang sangat simple menjelaskan bukanlah semua kata-kata Paulus diilhamkan oleh Roh ALLah. Terlalu banyak bukti seperti yang telah dijelaskan bahwa perkataan Paulus bercanggah dengan ajaran Jesus. Percanggahan-percanggahan tersebut membuktikan ia bukanlah Firman Tuhan melainkan keluar dari akal Paulus sendiri. Dan ia telah menisbahkan semua perkataannya itu kepada al-Kitab dan Roh ALLah. Namun amatlah malang kerana penganut Keristian gagal melihat haqiqat ini dan enggan menilai semula ajaran-ajaran Paulus kerana bimbang dituduh telah rosak imannya. Seharusnya penganut Kristian dapat melihat bahawa perkataan Paulus di atas adalah dalil bahawa semua atau sesetengah perkataannya yang tidak menepati logika akal yang waras, harus dinilai semula.

Perincian semula peristiwa penyaliban

Menurut Paulus, pokok dari ajaran Kristian yang ditawarkan kepada manusia tidak ada yang lain melainkan darah dan nyawa Jesus. Seorang sarjana Kristian Profesor Jurgen Moltmann berkata “Kematian Jesus di kayu salib adalah pokok semua ajaran Kristian…semua ajaran Kristian tentang Tuhan, makhluk, dosa dan kematian mempunyai hubungan yang erat dengan kebangkitan Jesus. Semua ajaran Kristian tentang sejarah, masa depan, gereja, keyakinan dan kepercayaan semuanya berasal dari kebangkitan Jesus.” Kesimpulannya jika Jesus tidak mati dan tidak bangkit semula, tidak ada keselamatan di dalam agama Kristian, “Dan segala kesalihan kami seperti kain kotor” (Yesaya 64: 6), “Tetapi andaikata Jesus tidak dibangkitkan maka sia-sialah pemberitaan kami dan sia-sialah kepercayaan kamu” (1 Korintus 15: 14). Selanjutnya dalam erti yang lebih jauh jika menerima Jesus sebagai penyelamat melalui darah dan kebangkitanNya, maka manusia bagaikan Malaikat berupa manusia yang suci dari dosa dan noda.

Adakah penyaliban dan kebangkitan semula satu realiti, atau hanya metos?

Mengajukan soalan di atas kepada penganut Kristian umpama menyerahkan tengkuk anda untuk dipancung. Penganut Kristian mungkin akan mencabut pedang dan memenggal leher anda tanpa memperdulikan ayat menyuruh bersabar dalam menghadapi karenah pertanyaan orang bukan Krisitian (1 Petrus 3: 15-16) ke dalam lori sampah. Untuk itu penulis akan mengambil perisai dari tangan mereka sendiri iaitu komentar sarjana Kristian tentang kesah penyaliban ini.

Garner Ted Amstrong, wakil presiden dan penerbit majalah Plain Truth sebuah majalah Kristian yang tersebar luas menjawab persoalan di atas di dalam bukunya bertajuk Kebangkitan Itu Satu Ucapan Kosong, dengan katanya “Kebangkitan Christ dari Nazaret merupakan kenyataan sejarah yang sangat hebat dan juga satu penipuan yang sangat licik kepada penganut Kristian”. Josh McDowell dalam bukunya Faktor Kebangkitan Semula berkata “Saya terpaksa menyimpulkan bahawa kebangkitan Christ merupakan satu kejadian yang paling jahat, tidak masuk akal dan menipu fikiran umat Kristian. Tetapi ia juga satu kenyataan sejarah yang paling mengagumkan”

Major Yeast Brown dalam bukunya yang bertajuk Life of a Bengal Lancer berkata “Tidak ada satupun suku kafir yang membuat cerita yang sangat aneh yang penuh dengan dugaan bahawa manusia lahir dengan membawa dosa nenek moyangnya. Dan dosa pembawaan itu perlu ditebus, dan Maha Pencipta alam semesta telah mengorbankan satu-satu puteraNya untuk menebus kutukan misteri itu”

Kata-kata sarjana Kerisitia di atas menyampaikan mesej yang terang bahawa peristiwa penyaliban adalah satu metos. Namun kata-kata yang selalu dipakai oleh penganut dan rakan Kristan terhadap perkatan seperti di atas ialah “Anda tidak faham tentang al-Kitab kerana anda tidak mendapat bimbingan Ruh ALLah”. Maka apakah nama-nama besar itu tidak memahami al-Kitab dan mereka orang-orang yang bodoh dan sesat, yang tidak mendapat perhatian dari Roh ALLah walau sebelah mata?

Menerima cabaran pembuktian

Tiada dari empat penulis Perjanjian Baru yang menyaksikan penyaliban Jesus

Peristiwa penyaliban Jesus disebut dengan jelas di dalam Bible Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Mereka menyebutkan peristiwa itu seolah-olah mereka menyaksikannya dengan mata kepala mereka sendiri. Diantara empat penulis Bible tersebut hanya Matius dan Yohanes dikatakan murid Jesus. Tiada bukti menunjukkan Markus dan Lukas adalah murid Jesus.

Namun Bible telah menyatakan tiada seorang pun dari keempat-empat penulis Bible itu menyaksikan Jesus disalib yakni tiada saksi mata dari mereka. Ini kerana ketika Jesus ditangkap oleh orang Yahudi dengan bantuan askar Rumawi, semua pengikutNya telah melarikan diri. Bible Markus telah menyatakan hal ini, “Lalu semua murid-murid itu meninggalkan Dia dan melarikan diri” (Markus 14: 50).

Apakah erti perkataan semua dalam bahasa melayu, all dalam bahasa Inggeris dan kamemon dalam bahasa Bajau, atau Kulli dalam bahasa Arab? Semuanya memberi erti semua sekali tiada yang terkecuali. Maka Bible telah membuktikan tiada saksi mata yang melihat Jesus dinaikkan ke kayu salib. Namun penganut Kristian pasti akan berkata kesaksian empat penulis Bible itu diterima kerana sumpah mereka dan kerana bimbingan Roh ALLah kepada mereka. Lagi-lagi percanggahan ayat disebut sebagai wahyu dari Roh ALLAh!

Dalam perbicaraan atau pemberitaan, sumpah adalah pengakuan awal untuk membuktikan sesuatu perkara. Sumpah semata-mata tanpa pembuktian akan menyebabkan pemberitaan atau kesaksian tidak dipercayai. Sering kali orang yang benar didapati bersalah kerana gagal memberikan pembuktian walaupun ia telah bersumpah dengan menjunjung kitab suci. Inilah reality dan fitrah kehidupan untuk mengesahkan kebenaran. Demikian juga dokumen yang tidak disertakan hujah tidak bernilai dari sudut ilmiah.

Kronologi penyaliban

Pengkhianatan Yudas

Harta kekayaan adalah punca yang mendorong Yudas untuk mengkhianati Jesus. Ia merasakan tidak cukup dengan apa yang diberikan oleh orang Nasrani kepadanya walaupun dia antara murid pilihan Yesus. Dia dan kaum Yahudi tidak senang dengan kedatangan Jesus yang dianggap untuk membena kerajaan ALLah yang baru yang akan merosakkan tamadun bangsa mereka. Lalu mereka menghakimi Jesus dan sepakat untuk menghapuskanNya, “Lebih berguna bagimu jika seorang mati untuk bangsa kita, dari seluruh bangsa kita ini binasa” (Yohanes 11: 50).

Jesus tidak memerlukan Roh ALLah untuk memberitahuNya tentang rancangan Yudas. Tindak tanduknya yang mencurigakan sahaja telah disedari Jesus lalu Ia memecat Yudas pada makan malam terakhir sebelum dikepung askar Rumawi dengan katanya, “apa yang engkau hendak perbuat, perbuatlah dengan segera” (Yohanes 13: 27).

Jesus enggan mati dan merancang berjihad

Jesus tidak mahu mati katak dan dia merancang strategi untuk menghadapi kaum Yahudi. Ia memberi semangat kepada murid-muridnya supaya tidak ketakutan dengan katanya “Ketika aku mengutus kamu dengan tiada membawa pundi-pundi, bekal dan kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa? Jawab mereka: Sesuatu pun tidak. Kata Jesus kepada mereka: Tetapi sekarang ini sesiapa yang tiada pundi-pundi hendaklah membawanya, demikian juga yang tiada membawa bekal. Dan barangsiapa yang tidak mempunyainya hendaklah dia menjual jubahnya dan membeli pedang” (Lukas 22: 35-36). Jadi mereka tidak mahu meniggalkan Galilea tanpa senjata. “Tuhan, ini dua pedang. Kata Jesus: sudah cukup” (Lukas 22: 38). Mengapa hanya dua pedang untuk melawan tentera Rome yang ramai? Kerana semua murid-murid Jesus orang Gelilea yang mempunyai sejarah penentangan yang hebat dan berani terhadap kerajaan Rome, yang  bersedia  mati membelaNya, “Petrus berkata kepada Jesus: Meskipun semua yang lain meninggalkan guru, saya tidak akan berbuat demikian (walau pun demikian, pengakuan ini tidak dipercayai Jesus)…meskipun saya terpaksa mati bersama Guru” (Matius 33-35).

Misionari membela Jesus dari anggapan-anggapan bersifat provokasi. Untuk itu mereka mengatakan pedang adalah roti dan jubah bererti jiwa. Ini adalah takwil membuta tuli kerana pedang jiwa tidak akan dapat memutuskan telinga, “Tetapi seorang dari mereka yang menyertai Jesus menghulurkan tangan, menghunuskan pedang dan meletakkan kepada hamba Imam Besar hingga putus telinganya” (Matius 26: 51). Ternyata Bible telah menyangkal dakwaan misionari dan  menyerlahkan sikap mereka yang suka mentafsir Bible mengikut hawa nafsu.

Mengapa Jesus mengubah pendekatannya sedangkan Ia pernah menasihati murid-muridnya supaya hidup aman damai, dengan katanya “Lihat, aku mengutus kamu seperti kambing ditengah serigala. Sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati” (Matius 10: 16). Jawabannya ia enggan disalib. Jadi apakah erti kenyataan Bible yang mengatakan Ia rela disalib bagi menyelamatkan manusia (Markus 10: 33)? Jelas sekali kenyataan Jesus rela disalib boleh dipertikaikan.

Merancang strategi, meratap dan berdoa memohon pertolongan dari Tuhan

Kemudian pada satu malam mereka pergi ke taman Gatsemani sebuah kebun zaitun, dengan bangunan berdinding batu sejauh lima batu dari kota untuk merancang strategi. Jesus menempatkan murid-muridNya di pintu kota. Dengan penuh ratapan kesedihan “Jesus mengajak Petrus dan kedua anak Zabedues bersamaNya. Dia sangat sedih dan gelisah. Ia berkata: HatiKu sedih sekali hingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjaga-jagalah denganKu” (Matius 26: 37-38).

Kemudian Ia menelungkupkan badanNya ke tanah dan berdoa “…Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaanKu ini dariKu. Tetapi janganlah turut kehendakKu melainkan kehendak Bapa sahaja” (Matius 26: 39). Ia berdoa dengan penuh kegementaran, air mata dan darah yang bercucuran, “Kerana berat penderitaanNya, Jesus semakin tekun berdoa sehingga peluhNya kelihatan seperti darah bercucuran ke tanah” (Lukas 22: 43).

Mengapakah Jesus meratap? Adakah kerana luka di badan? Tidak. Ia menangis kerana umatNya. Jika ia tertangkap dan terbunuh, umat Yahudi akan menjadikan pembunuhanNya sebagai bukti pembohongan Ia sebagai Tuhan. Ratapan Jesus Jelas sekali memberi pertunjuk bahawa Ia tidak mengetahui sedikit pun ia telah mengikat kontrek dengan Tuhan untuk menyerahkan diriNya bagi menebus dosa manusia yang diwarisi dari leluhurNya Adam. Jika ini rencana Tuhan dari sejak azali, maka ternyata Tuhan salah memilih calon kerana calonNya enggan menerima arahanNya.

Cubaan awal, murid-muridNya lalai

Ketika Jesus bangkit dari berdoa, dilihat murid-muridnya sedang tidur. Ini menambahkan lagi kekecewaanNya, “Tidak dapatkah kamu berjaga-jaga denganKu selama satu jam?” (Matius 26: 40). Kemudian Ia pergi berdoa untuk kali kedua, dan apabila Ia kembali didapatinya mereka masih tidur, Ia berkata “Masihkah kamu tidur dan berehat” (Matius 26: 45). Jesus amat kecewa dengan kelalaian murid-muridNya sehingga mereka tidak dapat memberi alasan, “Mereka tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada Jesus (walaupun tertidur kerana terlalu mengantuk)” (Markus 14: 40).

Perubahan strategi

Jesus bagi penganut Kristian adalah seorang yang sangat penyayang, yang tidak pernah melakukan kekerasan. Namun Jesus sebagai manusia biasa mempunyai naluri mempertahankan diri jika diserang musuh walaupun antara anak dan bapa, “Janganlah kamu menyangka Aku datang membawa perdamaian ke dunia ini,…tetapi pertentangan. Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapanya, anak perempuan melawan ibunya dan menantu perempuan melawan mertuanya. Demikianlah musuh terbesar ialah keluarganya sendiri” (Matius 10: 34-36). Ketika tertangkap, murid-muridnya amat mengingati amanatNya itu lalu berkata “Tuhan, biarkan kami menyerang mereka dengan pedang (Lukas 22: 49), bahkan seorang dari muridNya memukul hamba Imam Agung dan mengerat telinganya dengan pedang” (Lukas 22: 49).

Namun keadaan sudah berubah. Strategi yang dirangka tidak berjaya dan Jesus memahami bahawa sangkaannya dengan dua bilah pedang dapat melawan sejumlah tentera Rumawi  hanyalah tindakan membunuh diri. Dengan itu Jesus mengalah, “Jesus berkata kepada pengikutNya: Sarungkanlah kembali pedangmu kerana orang yang menggunakan pedang akan terbunuh dengan pedang” (Matius 26: 52).

Murid-murid yang pengecut dan memalukan

Tatkala Jesus dalam keadaan terancam, murid-muridNya yang bersumpah untuk mati bersamaNya telah menunjukkan sifat pengecut. Markus, yang tidak berada di situ tetapi dikatakan saksi mata dalam kejadian itu telah berkata, “Lalu semua pengikutnya meninggalkan Dia” (Markus 14: 50). Ternyata Jesus telah mengalami pembelotan sebanyak dua kali.

Profesor Momerie, seorang sarjana Kristian telah membuat kesimpulan terhadap murid-murid Jesus itu dengan katanya “Murid-murid Jesus selalu salah tanggapan terhadap diriNya. Mereka menginginkan Dia menjadi raja Yahudi, memanggil api dari syurga, menginginkan Tuhan dapat dilihat secara nyata, iaitu sesuatu yang tidak sesuai dengan rencanaNya. Inilah gambaran bagaimana mereka memperlakukanNya sehinggalah keakhir hayatNya”

Penangkapan Yudas yang disangka Jesus

Bibel telah menjelaskan bahawa  Jesus akan diselamatkan ALLah. Ia telah bernubuah bahawa perancang pembunuhan beliau akan dihapuskan oleh Tuhan. “Pada malam ini juga kamu semua akan meninggalkan aku, kerana dalam al-Kitab telah tertulis: ALLah akan membunuh gembala (Ketua perancang) itu dan kawanan (Baruanya) nya akan bercerai berai. …Ingatlah sebelum ayam jantan berkokok pada malam ini, tiga kali kamu akan berkata kamu tidak mengenal aku” (Matius 26: 31-34, Markus 14: 27-30). Dan lagi, “…Ketahuilah sebelum ayam jantan berkokok, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal aku” (Yohanes 13: 38). Mengapakah mereka berkata demikian? Kerana ketika itu ALLah akan menyamarkan rupa Judas (Gembala itu) mirip kepada rupa Jesus dan ia akan dibunuh oleh askar Rumawi yang menyangka ia adalah Jesus.

Pada malam hari, askar-askar Rumawi bergerak untuk mengepung dan menangkap Jesus. Ketika melihat bayangan askar itulah semua pengikut-pengikut Jesus yang hipokrit itu telah melarikan diri. Ketika itu suasana adalah gelap malam. Tidak seorang pun dari askar-askar Rome yang mengenali Jesus atau dapat mengecam wajahnya. Sejak dari mula perancangan menangkap Jesus lagi Yudas telah memberi isyarat kepada askar-askar Rome bahawa orang yang akan diciumnya itulah Jesus. Namun Yudas tidak sempat mencium Jesus kerana Jesus menyedarinya lalu berkata “Yudas, adakah dengan ciuman kamu, kamu mengkhianati anak manusia?” (Lukas 22: 48).

Namun Tuhan telah menjalankan rencanaNya. Ia tidak mahu Jesus dihina dan dipermalukan. Ia telah mendengarkan semua doa dan ratap tangis Jesus. ALLah telah memberiNya keyakinan, “Malaikat turun dari syurga dan menguatkan Dia” (Lukas 22: 43). “Semasa Jesus hidup di muka bumi, Dia berdoa dan memohon dengan seruan dan tangisan kepada ALLah Yang Berkuasa menyelamatkannya dari kematian. Oleh sebab Ia merendahkan diri dan taat kepada ALLah, ALLah mendengarkan permintaanNya” (Ibrani 5: 7).

Dalam keributan itu, “Jesus menghampiri mereka lalu bertanya: Siapakah yang kamu cari? Jawab mereka: Jesus orang Nazaret. Yudas si pengkhianat itu berdiri dengan mereka. Apabila Jesus menjawab: Akulah Dia (yang kamu cari). Mereka semua undur dan rebah ke tanah” (Yohanes 18: 4-6). Mengapa mereka rebah? Mereka rebah tunggang langgang kerana mukjizat kebesaran Jesus akibat doanya yang tidak putus-putus dan penuh harapan. ALLah mendengarkan dan mengabulkan DoaNya. Kerana munajatNya, Nur Ilahi telah memancar kepada wajahnya, “Sedang Jesus berdoa, muka berubah dan pakaiannya menjadi putih berkilauan”. (Beliau memasuki alam Malaikat) hingga menjelma Nabi Musa dan Elyas di hadapanNya” (Lukas 929-30) Nur Ilahi itu menyebabkan orang yang hendak menangkapnya jatuh tesungkur.

Mengikut Dr. Sale seorang penterjemah al-Quran ke bahasa Inggeris, wajah Yudas adalah mirip dan hampir serupa dengan wajah Jesus. Dalam kegelapan malam dan dengan obor suluhan yang suram mereka tersungkur kerana mukjizat Jesus, dan ketika itulah Jesus diselamatkan oleh ALLah ke tempat yang lain. Lalu Jesus bersabda “Bahawa aku sudah mengalahkan dunia ini (ALLah telah mengalahkan orang-orang yang khianat kepadaku)” (Yohanes 16: 33). Dan Ia menyambung lagi “Jika orang mengenal Engkau ALLah satu-satunya, dan Jesus Kristus yang Engkau suruhkan itu, maka mereka mendapat kehidupan yang sejati dan kekal” (Yohanes 17: 3). Tinggallah Yudas tegak berdiri kebingungan. Ketika itulah dia ditangkap oleh askar Rumawi.

Yudas kemudian diheret oleh tangan-tangan kasar askar Rumawi dan disalib. Dia diperhinakan, ditikam dengan tombak dan kemudian mati.

Mayat Yudas dicuri dari dalam kubur

Penulis telah menbentangkan perbezaan jumlah dan nama orang-orang yang mengunjungi kubur Yudas setelah tiga hari dia dikuburkan, kerana ia termasuk dalam perbincangan asli atau palsunya Bible. Penulis tinggalkannya menjadi persoalan hingga hari Qiamat.

Pada hari ketiga itu Maria Magdalena pergi kekubur Jesus. Dilihatnya batu penutup kubur telah dibuka. Kemudian ia memberitahu hal itu kepada Petrus dan pengikut yang lain dengan katanya, “Jenazah Tuhan telah diambil (dicuri) dari kubur dan kami tidak tahu dimana ia diletakkan” (Yohanes 20: 1-2). Maria Magdalena tidak mengatahui bahawa yang disaliib adalah Yudas. Kemudian Petrus dan pengikut lain pergi kekubur dan apabila melihat kain-kain kafan telah berselerakan mereka pun percaya pengaduan Magdalena (walaupun demikian mereka masih tidak memahami mengapa harus ada kebangkitan semula) (Yohanes 20: 8-9).

Siapakah yang mencuri mayat Yudas?

Orang Yahudi sememangnya merasa ragu adakah yang disalib itu benar-benar Jesus. Ini kerana pengejaran mereka terhadap Jesus adalah di waktu malam,  mereka sendiri rebah tunggang langgang akibat mukjizat Jesus Tentunya obor penyuluh mereka terpelanting dan padam. Seharusnya penentuan samada “Jesus” mati atau tidak mestilah ditentukan dengan pemeriksaan teliti, tidak hanya dengan cara melihat sahaja, “ (Yohanes 19: 33). Demikian juga mereka sangsi kerana keizinan menurunkan mayat itu diberikan dengan begitu mudah oleh Pilatus untuk mengambil mayat ‘”Jesus (Yohanes 19: 38).

Pada waktu yang tidak diketahui, orang-orang Yahudi pun mencuri mayat Yudas. Dalam keadaan meragui kesahihan Jesus yang disalib, mereka juga merasa kemungkinan perkataan Jesus bahawa Dia akan bangkit pada hari ketiga akan menjadi kenyataan (Tidak mustahil perkataan Jesus sampai kependengaran orang Yahudi) (Markus 9: 31). Apabila Jesus menampakkan diri (Lihat tajuk pertemuan dengan Jesus sebenar di pagi ahad selanjutnya) mereka merasa begitu malu kerana perancangan mereka gagal, lalu mereka berunding dan mengambil keputusan untuk merasuah askar-askar Rumawi untuk mengatakan mereka tertidur ketika menjaga kubur “Jesus”, menyebabkan murid-murid Jesus berjaya mencuri “mayatNya”. Haqiqat ini dinyatakan sendiri oleh Bible, “Sementara wanita-wanita itu meneruskan perjalanan, askar yang megawal kubur pergi ke kota memberitahu ketua-ketua imam apa yang telah berlaku (Jesus menampakkan diri). Mereka mengambil keputusan untuk memberikan wang yang banyak kepada askar-askar itu. Mereka berkata kepada askar-askar itu: Kamu harus mengatakan bahawa pengikut-pengikut Jesus datang mencuri mayat Jesus di malam hari ketika kamu tidur. Jika kedengaran kepada pemerintah, kami akan meyakinkan mereka bahawa kamu tidak bersalah” (MAtius 28: 11-14).

Pertemuan dengan Jesus yang sebenar di pagi ahad

Petrus dan pengikut yang lain meninggalkan Maria Magdalena di kubur. Rupanya Jesus sedang memerhatikannya sedang menangis, lalu berkata “Puan, kenapa menangis?” (Yohanes 20: 13). Maria menjawab, “Jenazah Tuhan saya telah diambil dan saya tidak tahu dimana Dia diletakkan” (Yohanes 20: 23). Maria menyangka Dia penjaga taman. Mengapa Jesus bertanya soalan seolah-olah Dia tidak mengenali Maria? Sebab dia masih hidup dan dia kelihatan seperti penjaga taman sebab takutkan orang Yahudi. Jesus takut kerana dia belum mati. Jika Jesus telah mati dia tidak akan takut lagi. Roh tidak akan takut kerana mati hanya sekali sahaja tidak dua kali, “Semua orang mesti mati satu kali, dan setelah itu dihakimi ALLah” (Ibrani 9: 27).

Jesus kemudian menyapa lagi, “Maria” (Yohanes 20: 16). Maria berpaling kerana dia mengenali bahawa cara sapaan itu dari Jesus. Dia terlalu gembira dan ingin memegang Jesus tetapi Jesus mengelak, “Jangan pegang Aku, kerana aku belum pergi kepada Bapa (belum mati)” (Yohanes 20: 17).

Pada pagi itu juga Jesus menampakkan diriNya kepada dua muridnya dahulu. Mereka tidak mengenali Jesus. Tetapi sewaktu makan bersama-sama mereka mengenaliNya kerana “…Dia mengambil roti, mengucapkan syukur, mengambil roti dan mambahagi-bahagikan kepada mereka” (Lukas 24: 30). Mereka mengenali cara Jesus membahagi-bahagikan dan makan roti. Kemudian Jesus melarikan diri lagi, “Tetapi Jesus lenyap dari pandangan mereka” (Lukas 24: 30). Kemudian keduanya kembali memberitahu rakan-rakan mereka yang lain, “…tetapi mereka tidak percaya” (Markus 16: 13). Mereka tidak percaya Jesus masih hidup. Mereka mungkin lebih percaya jika hantu Jesus yang bangkit kerana mereka pernah melihat ruh Jahat keluar dari tubuh Magdalena dahulu. Maka untuk membuktikan lagi Ia belum mati Jesus berkata kepada mereka “Lihatlah tangan dan kakiku ini. Inilah aku, peganglah aku, maka kamu akan tahu bahwa aku bukan hantu (ruh) kerana hantu tidak mempunyai daging dan tulang, sedangkan aku masih mempunyainya. Jesus berkata demikian sambil menunjukkan tangan dan kakinya kepada mereka” (Lukas 24: 39-40).

“Akhirnya, “Kemudian Jesus diangkat ke Syurga dan duduk di sebelah kanan ALLah” (Markus 16: 19).

Meneliti dengan penuh cermat

Jesus belum mati dan tiada kebangkitan semula

Bukti-bukti bahawa Jesus belum mati di atas adalah dari Bible sendiri. Bahkan Jesus sendiri juga membuktikan demikian. “Sedang mereka bercerita, tiba-tiba Jesus berdiri di terngah-tengah mereka dan berkata: Sejahteralah kamu” (Lukas 24: 36). Murid-muridNya ketakutan. Tetapi Jesus meyakinkan mereka bahawa Dia sebenarnya masih hidup, “Mengapa kamu takut? Mengapa hati kamu ragu-ragu? Lihatlah tangan dan kakiKu. Inilah Aku, jamahlah Aku. Maka kamu akan tahu bahawa Aku bukan hantu kerana hantu tiada daging atau tulang. Sedangkan Aku mempunyainya” (Lukas 24: 39). Jelasnya Jesus tidaklah bangkit dari kubur kerana orang yang mati akan bangkit menjadi hantu, dan Jesus ketika itu bukanlah hantu. Mereka masih tidak percaya sehingga Jesus terpaksa pula membuktikannya dengan makan, “…Jesus mengambil ikan itu dan memakannya” (Lukas 24: 42). Apabila Jesus tidak mati, ia tentulah tidak bangkit semula kerana mati hanya sekali, “Semua orang mesti mati satu kali…” (Ibrani 9: 27).

Bukti Perjanjian Lama Yudas yang disalib

Penyaliban Yudas telah disebut di dalam Perjanjian Lama, cuma mungkin penganut Kristian tidak memerhatikannya dengan teliti. Ini tidak menghairankan kerana mereka hanya mengimani apa sahaja yang diperkatakan oleh pendita mereka. Hal ini kebanyakannya berlaku kepada penganut bawahan yang kurang mengkaji, tetapi tidak kepada mereka yang digelar sarjana. Sarjana-sarjana Kristian mengkaji dan meneliti hingga menyebabkan pendapat-pendapat mereka seringkali menyalahi pendapat gereja (Lihat tajuk Pendapat Sarjana Kristian)

Yudas adalah seorang pengkhianat. Kerana wang tiga puluh perak sahaja ia sanggup bersekongkol dengan orang Yahudi. Tetapi ALLah Taala Maha Kuasa, Ia telah menyelamatkan Jesus bahkan Yudas ditukar ganti, kerana ALLah Maha Adil dan Ia tidak akan membiarkan Jesus dikhianati tanpa balasan. Mazmur telah menyebutkan hal ini dengan ayat, “Pujilah Tuhan yang memerintah di Sion, beritakanlah perbuatannya kepada setiap bangsa. ALLah ingat kepada mereka yang menderita. Dia akan menghukum (membalas) orang yang berlaku kejam terhadap mereka”(Mazmur 9: 12-13).

Yudas sangat menyesal kerana mengkhianati Jesus. Ia meratap tangis ketika dipaku oleh orang Yahudi di kayu salib, menyesali diri dan memohon Tuhan memelihara Jesus. Yudas adalah pembawa celaka yang besar kepada umat manusia kerana jika niatnya terlaksana ajaran Tuhan akan terhapus dengan matinya RasulNya. Inilah yang menyebabkan Yudas menyedari bahawa dirinya sangat berdosa hingga merasa dirinya begitu hina sehina cacing yang menjijikkan. Bible telah menyebutkan hal ini, “ALLah ku, ya ALLah ku, mengapa engkau meninggalkan aku. Aku berseru tetapi engkau tetap jauh tidak menolongku. Pada siang hari aku berseru kepada engkau tidak menyahut dan pada malam hari aku aku juga berseru tetapi tidak juga mendapat ketenteraman…KepadaMu nenek moyang kami percaya, mereka percaya kepadaMu dan Engkau menyelamatkan mereka. Tetapi aku ini ulat bukan manusia yang dihina dan dicaci semua orang. Semua orang menghina aku (mempermainkan dan menjelirkan lidah). Mereka berkata (memperolok-olokkan): Kamu percaya kepada Tuhan tetapi mengapa Dia tidak menyelamatkan kamu? Jika Tuhan mengasihi kamu mengapa Dia tidak menolong kamu?” (Mazmur 22: 2-9).

Jelaslah kata-kata di atas adalah perkataan Yudas bukanlah Jesus. Jika Jesus yang di salib tentulah Ia akan menyebut perkataan BapaKu bukan ALLahKu. Jesus telah diselamatkan ALLah Taala dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Ini samalah dengan kaedah kematian Musa dimana Ia meninggalkan pengikutnya dan naik ke gunung Moab, meninggal di sana dan dikuburkan di satu tempat rahsia (Ulangan 34: 1-6). Ayat Bible Ibrani 5: 7 telah menyebutkan ALLah telah mendengar (menyelamatkan) Jesus. Maka jika Jesus yang disalib maka sekali lagi Bible menunjukkan pertentangan ayat bagi membuktikan ia bukan firman Tuhan.

Dan lagi jika Jesus disalib Jelaslah Ia teraniaya. Tuhan memikulkan kesalahan Adam kepada manusia, kemudian Ia menghukum kemanusiaan Jesus untuk menghapus dosa warisan itu.

Paulus sekali lagi menjadi bahan persoalan

Dalam Markus 16: 14, dinyatakan bahawa Jesus bertemu dengan sebelas muridnya. Ini adalah kerana seorang dari muridnya yang belot iaitu Judas, telah membunuh diri, “Apabila Judas sipengkhianat mengetahui Jesus telah dihukum mati, ia menyesal…kemudian ia pergi menggantung diri” (Matius 27: 3-5). Jelaslah bahawa jumlah murid-murid Jesus dalam pertemuan mereka ialah sebelas orang.

Paulus sememangnya seorang yang suka membuat kejutan. Sejarah lampau telah membuktikan bahawa ia jugalah yang mengembangkan iktiqad mempertuhankan Jesus dengan cara undian (Lihat bab 5: Fakta-fakta yang harus diketahui: Fahaman-fahaman kaum Masehi). Kali ini Paulus membuat kejutan lagi, “Kemudian Dia (Jesus) menampakkan diri kepada Petrus dan kemudian kepada dua belas orang Rasul” (1 Korintus 15: 5).

Hairan! Sekali lagi Roh ALLah mengilhamkan angka yang mendatangkan kesusahan kepada penyembahNya untuk menjelaskan kenyataan Paulus ini. Jelaslah Paulus telah menggabungkan dirinya kedalam kelompok murid-murid Jesus, dan bersama-sama mereka pada pagi ahad tersebut. Hairankah anda? Tuhan Bapa mampu mengangkat Jesus ke langit (Markus 16: 19).Tidak sekali-kali hal ini mendatangkan kehairanan, kerana Roh ALLah mampu menjadikan Paulus berada didalam dua zaman! Seperti Roh ALLah mengilhamkan dua salasilah Jesus yang sangat berbeza. Percayakah anda? Sebagai penganut Kristian, anda harus mempercayainya kerana “Aku hanya akan didapati oleh mereka yang tidak bertanya tentang Aku”.

Satu kezaliman Tuhan

Sesungguhnya amatlah malang bagi Jesus. Ia tidak ada kena mengena dengan dosa warisan Adam, tetapi ia harus menjadi korban. Tidak dapat ditakwil lagi ini merupakan  kezaliman iaitu menjatuhkan Tuhan ke dalam sifat yang zalim.

Namun penganut Keristian akan menyebutkan kembali ayat Bible yang mengatakan tujuan Jesus diturunkan ke dunia adalah untuk disalib bagi menebus dosa manusia. Dan hal ini telah dinubuahkan kepada Jesus dengan ayat Bible, “…tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan kepada manusia. Dia akan dibunuh dan pada hari ketiga Dia akan bangkit semula” (Matius 17: 22-23). Dan lagi, “…Anak Manusia akan diserahkan kepada kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh tetapi pada hari ketiga Dia akan bangkit semula” (Markus 9: 31). Terdapat juga di dalam Lukas dan Yohanes dalam nada yang sama.

Namun kita tidak akan menerima secara melulu kenyataan ini sebelum diuji, kerana seharusnya Bible sebagai kitab yang dipercayai suci, ia harus tahan diuji. Adakah perkataan yang keluar dari jasad Jesus itu adalah dari kemanusiaan atau ketuhananNya? Jika Jesus adalah Tuhan dalam bentuk manusia 100 % dan ia memang untuk disalib bagi menebus dosa warisan Adam, seharusnya ketuhanannya tidak meninggalkan jasad kemanusiaannya ketika Jesus disalib dan dipermalukan. Tetapi apabila Jesus dinaikkan ke kayu salib, ketuhanannya telah meninggalkan jasad kemanusiaannya dan jasad kemanusiaannya menderita di kayu salib.

Telah dijelaskan Jesus tidak rela disalib. Ia telah melarikan diri dan berdoa supaya ALLah melepaskan dirinya dari penderitaan itu (Lihat kronology penyaliban: Jesus tidak rela disalib). Tuhan  turun sebagai manusia (Jesus) tetapi membiarkan kemanusiaan Jesus menderita. Mengapa ketuhanannya melarikan diri jika sememangnya Ia datang ke dunia untuk menghinakan diriNya di kayu salib bagi melepaskan manusia dari dosa warisan Adam? Inikah keadilan dan belas kasihan ALLah pada pandangan umat Kristian? Ia begitu adil untuk membalas kedurhakaan Adam tetapi Ia juga begitu belas kasihan, maka Ia sendiri menjadi manusia turun ke dunia untuk disalib. Tetapi Ia dinaikkan ke kayu salib, Ia meninggalkan jasad kemanusiaannya untuk menanggung derita! Ini bukanlah satu keadilan dan belas kasihan tetapi satu kezaliman.

Benarkah Tuhan zalim? Tidak sekali-kali. Tetapi kronologi penyaliban telah menjelaskan bahawa ia suatu kezaliman. Ia dilukiskan sebagai satu keadilan dan belas kasihan Tuhan, dan penganut Keristian telah didoktrinkan bahawa setiap pertanyaan kepada ajaran Keristian adalah suatu kebodohan dan sebarang sikap kritikal adalah merosakkan keimanan kepada ketuhanan Jesus. Siapakah yang mencipta ajaran keadilan dan belas kasihan yang mengandungi kezaliman yang tersembunyi ini? Tidak lain tidak bukan melainkan Paulus.

Jalan keselamatan sebenar mengikut Jesus

Jalan keselamatan yang sebenar mengikut ajaran Jesus bukanlah kepercayaan bahawa Jesus adalah juru selamat yang menyelamatkan manusia dari dosa dengan penyaliban semula. Jesus tidak pernah mengatakan demikian secara tegas. Tetapi Tuhan akan mengurniakan keselamatan apabila mentaati sekelian hukum dan perintahNya. “Patuhilah dengan setia segala hukum yang sudah Aku berikan kepada kamu: Kasihilah Tuhan ALLah kamu, laksanakanlah segala perintahNya dan setialah kepadaNya” (Ulangan 11: 22).

Tuhan juga mencipta akal untuk berfikir dan memilih antara baik dan taat, dan buruk dan engkar yang mana jika taat akan memperoleh berkat dan jika engkar akan dikutuk (siksa), “Pada hari ini Aku memberi kamu pilihan antara berkat dan kutuk. Berkat jika kamu taat kepada perintah Tuhan ALLah kamu yang Aku berikan kepada kamu pada hari ini. Atau kutuk jika kamu tidak taat kepada perintah itu, dan berpaling menyembah kepada Tuhan-Tuhan yang tidak pernah kamu puja” (Ulangan 11: 26-28). Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan hukum dan perintah yang dimaksudkan Tuhan itu? Iaitulah mentaati hukum-hukum Taurat (Taurat- mengikut Kristian- adalah sebahagian Perjanjian Lama) seperti yang ditegaskan oleh Jesus sendiri iaitu “Jangan kamu menganggap aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan Nabi-Nabi, …tetapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku. Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik dan huruf terkecil pun dalam Taurat tidak akan dihapuskan selagi semuanya (ajaran Taurat) belum berlaku. Oleh itu sesiapa melanggar hukum yang tidak penting sekalipun dia akan menjadi orang yang tidak penting antara orang yang menikmati pemerintahan ALLah (kedudukannya paling rendah dalam syurga)….ingatlah bahawa kamu hanya akan menikmati pemerintahan ALLah jika kamu lebih setia (taat) dari guru Taurat…” (Matius 5: 17-20).

Orang yang tidak mentaati ajaran Taurat tiada jaminan untuk mendapat keselamatan walaupun setiap saat ia menyeru, menyebut dan mempersucikan Jesus. Bahkan orang yang meninggalkan hukum Taurat tetapi menggantikan dengan peraturan-peraturan lain yang bercanggah dengan arahan Jesus, dan tidak akan mendapat tempat di sisi Tuhan. “Tidak semua orang yang memanggil Aku: Ya Tuhan ya Tuhan, akan menikmati pemerintahan ALLah tetapi hanya orang yang melakukan kehendak BapaKu di syurga. Pada hari Qiamat banyak orang berkata kepadaKu: Ya Tuhan ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami memberitakan perkhabaran ALLah, bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir roh jahat serta melakukan banyak mu’jizat? Tetapi Aku akan menjawab: Aku tidak mengenal kamu, pergilah kamu dari sini, hai kamu yang tidak mentaati ALLah” (Matius: 7: 21-23). Yang jelas, orang yang mengubah perintah Jesus dan menganjurkan peraturan hidup cara yang lain ialah Paulus (Lihat Iktiqad Asas Kristian: Paulus mencipta iktiqad dosa warisan dan kelahiran semula).

Nampaknya di sini mazhab Seven-day lebih mendekati saranan-saranan Jesus. Menurut rakan Seven-day, mereka mentaati ajaran Perjanjian Lama kerana ia adalah arahan Jesus. Walau pun demikian mereka tetap tercari-cari cara untuk mendamaikan antara ayat-ayat Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang saling bercanggah terutama dari hal keesaan Tuhan.

Bagi mazhab Katholik adalah berlainan pula. Menurut rakan Katholik, mereka menjadikan Perjanjian Lama hanyalah sebagai peringatan semata-mata. Kerana hukum-hukum Taurat hanyalah untuk bangsa Israel.

TRINITY

Penganut Kristian mempercayai bahawa Tuhan yang satu menyingkapkan diriNya kepada tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus (juga disebut Roh ALLah). Tuhan Bapa ialah sumber pertama, punca segala sesuatu dan puncak kasih sayang antara Tuhan dan manusia. Sebagai tanda untuk menunjukkan kasih sayangNya kepada manusia, Ia mengirimkan AnakNya Jesus ke dunia untuk disalib bagi menebus dosa manusia. Ertinya Tuhan Anak adalah penyambung kasih Tuhan Bapa dengan manusia. Manakal Roh ALLah pula ialah Roh Tuhan yang menjadi sumber kekuatan segala yang ada dan juga manusia. Walaupun begitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh ALLah bukanlah tiga Tuhan tetapi adalah Tuhan yang satu.

Paderi Dummelow yang juga seorang sarjana berkata tentang triniti, “Dimana sahaja Anak berada Bapa juga harus ada di sana demikian juga Roh Kudus (Roh ALLah) sebab tiga adalah satu, menjadi bentuk yang berbeza dari penghidupan dan perwujudan dari safa ketuhanan yang sama. Bahagian ini menggambarkan bahawa  individu-individu dari triniti yang suci ini tidak dapa dipisahkan dan berisi satu sama lain”.

Hujah dan dalil kepercayaan Trinity penganut Kristian

Kepercayaan tentang trinity yakni satu dalam tiga Tuhan ini berdasarkan ayat-ayat khusus berikut dalam Bible, antaranya ialah, “Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar melitupi mereka dan terdengar suara dari awan yang berkata: Inilah AnakKu yang Ku kasihi. Dia menyenangkan hatiKu. Dengarkanlah Dia” (Matius 17: 5). Dan lagi, “Lalu awan melitupi mereka dan terdengar suara awan: Inilah AnakKu yang Ku kasihi. Dengarkanlah Dia. Mereka melihat keliling tetapi tidak nampak sesiapa kecuali Jesus” (Markus 9: 7-8). Dan lagi, “Yohanes memberi kesaksian ini: Dahulu aku belum mengetahui siapa Dia itu…Engkau akan nampak Roh ALLah turun lalu tinggal di atas seseorang. Dialah akan membaptis orang dengan Roh ALLah. Aku nampak Roh ALLah turun seperti burung merpati dari langit lalu tinggal di atasNya…kata Yohanes: dan aku memberitahu kamu bahawa Dialah Anak ALLah” (Yohanes 1: 32-33).

Kemudian terdapat juga hujah-hujah umum yang dijadikan dalil ketuhanan Jesus. Antaranya ialah tentang perkara luar biasa yang dilakukan Jesus. Antaranya, “Lalu seorang yang berpenyakit kulit yang mengerikan datang berlutut di hadapanNya. Dia berkata: Jika Tuan sudi , tuan dapat menyembuhkan saya. Jesus menghulurkan tanganNya dan menjamah dia dan berkata: Aku mahu, sembuhlah. Ketika itu juga penyakitnya tiada lagi (Matius 8: 2-3 dan Lukas 5: 12-15). Dan lagi, “Jesus menaiki perahu bersama pengikutNya, tiba-tiba ribut dan ombak besar melanda…Lalu Jesus bangun dan menengking angin dan ombak itu. Dengan segera tasik itu menjadi tenang (Matius 8: 23-25 dan Markus 4: 35-41). Dan lagi, “Jesus tiba di seberang tasik daerah Gadara, Dia didatangi orang yang dirasuk roh jahat…kata Jesus: pergilah (engkau masuk kedalam kawanan babi). Dengan segera roh jahat meninggalkan orang itu dan masuk kedalam kawanan babi (Matius 8: 28-32 dan Markus 5: 1-20 dan Lukas 4: 31-36). Dan lagi, “Jesus menaiki perahu …lalu kembali ke tempat tingggalnya. Di sana beberapa orang membawa seorang lumpuh terbaring di atas tikar kepada Jesus…Lalu Jesus berkata kepada orang lumpuh itu: Bangunlah, angkat tikarmu dan pulanglah. Orang lumpuh itu bangun lalu pulang ke rumah” (Matius 9: 1-7). Dan lagi, “Jesus sangat terharu lalu Dia pergi ke kubur Lazarus…setelah Ia berkata demikian, ia berseru dengan kuat: Lazarus keluar. Lazarus pun keluar dari kubur” (Yohanes 11: 38-44). Keluarbiasaan Jesus itu menurut rakan Keristian Seven-day,  membuktikan bahawa Jesus adalah Tuhan, kerana Tuhan sahajalah yang berkuasa berbuat demikian.

Penilaian semula kepercayaan Trinity

Jesus tidak pernah mengaku diriNya Tuhan

Sesungguhnya Jesus tidak pernah mengaku dirinya Tuhan. Tidak terdapat di dalam mana-mana Bible di dunia pengakuan Jesus yang mengatakan “Akulah Tuhan yang Maha Tinggi dan  Maha Mulia, maka sembahlah aku”. Yang pasti peluang diberikan seluas-luasnya kepada penganut Kristian untuk membuktikannya kerana jika ada ia merupakan hujah yang terkuat bagi penganut Krsitian untuk membuktikan Jesus itu Tuhan.

Perkataan yang paling hampir ialah ayat yang menyatakan “Akulah yang pertama dan yang terakhir. Firman Tuhan, ALLah Yang Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada dan yang akan datang” (Wahyu 1: 8). Tetapi yang berkata demikian adalah ALLah bukan Jesus. Penulis akan membuktikan di dalam tajuk yang seterusnya bahawa kepercayaan Jesus adalah Tuhan adalah kepercayaan yang boleh dipertikaikan.

Kalimah Anak hanyalah kiasan bukan haqiqi

Kita mengajak penganut Kristian memerhatikan Bible dengan penuh teliti. Persoalan awal ialah adakah semata-mata Bible menggunakan perkataan Anak ALLah maka Jesus dianggap Anak Tuhan? Dan adakah maksud anak itu maksud haqiqi atau sebagai kiasan?

Sebenarnya kalimah Anak hanyalah sebagai kiasan semata-mata. Bible telah menyebutkannya haqiqat ini dengan secara simbolik. Penganut Kristian mengatakan mereka memahami Bible dengan pimpinan Roh ALLah. Namun mereka gagal memahami perbandingan dan hubungan antara ayat-ayat Bible. Ini samalah dengan kalimah Tuhan yang terdapat di dalam beberapa ayat Bible bukanlah Tuhan dalam maksud haqiqi. Contohnya, “Jesus berkata kepada mereka: Bukankah tertulis dalam Taurat kamu: ALLah berfirman: Kamu Tuhan? Kita tahu segala yang tertulis dalam al-Kitab berlaku untuk selama-lamanya. ALLah menyebut, orang-orang yang menerima firmanNya sebagai Ilahi. Aku dipilih dan diutus oleh Bapa ke dunia. Adakah kamu mengkufuri ALLah semata-mata aku mengatakan aku Anak ALLah? (Sedangkan kamu yang menerima firman ALLah dipanggil Ilahi-Tuhan)” (Yohanes 10: 34-36). Oleh itu secara simbolik ayat di atas menyatakan bahawa Jesus memberitahu bahawa Ia bukanlah Anak Allah kerana haqiqat Ilahi yang disebut kepada orang Yahudi samalah dengan haqiqat  Anak, hanyalah gelaran semata-mata. Haqiqat ini diperkuatkan lagi dengan ayat-ayat lain berikut, “Tuhan berfirman kepada Musa: Dengarlah, Aku akan menjadikan engkau Tuhan di depan Firaun, dan Harun sebagai Nabimu” (Keluaran 7: 1). Dan lagi, “Aku berkata bahawa kamu semua Tuhan, bahawa kamu semua Anak Yang Maha Tinggi” (Mazmur 82: 60). dan lagi, “ Jesus berkata kepada mereka: Bukankah telah tertulis dalam Taurat kamu bahawa ALLah telah berfirman: Kamu adalah Tuhan?” (Yohanes 10: 34). Dan lagi, “…Iblis adalah Tuhan pada zaman ini” (2 Korintus 4: 4).

Dengan sederhana ditanyakan, adakah Tuhan dan Ilahi yang disebut oleh ayat di atas bermaksud haqiqi? Tentu jawabannya ialah tidak. Jika jawabannya tidak ia bermakna kalimah Anak juga bukan bermaksud haqiqi melainkan hanya kiasan semata-mata.

Tuhan adalah satu

Erti Esa ialah satu atau tunggal. Makna ini terdapat dalam semua kamus yang terdapat di dalam dunia. Tidak terdapat walau sebuah pun kamus  yang mengertikan sebaliknya.

Dalam Bible terdapat ayat-ayat menyatakan Tuhan adalah Esa. Antaranya, “Jesus menjawab: Inilah perintah yang paling utama, dengarlah hai bangsa Israel, Tuhan ALLah kita, dialah Tuhan yang Esa…” (Markus 12: 29). Dan lagi, “Guru Taurat berkata kepada Jesus: Bagus Guru, memang benar apa yang guru katakan, Tuhan ALLah yang Esa tiada yang lain” (Markus 12: 32).

Ayat di atas jelas menunjukkan Tuhan adalah satu. Namun Jesus telah dikatakan sebagai Tuhan semata-mata kerana Ia disebut dengan kalimah anak. Untuk tujuan ini penganut Kristian telah berhempas pulas menghubungkan pertentangan kenyataan kalimah Esa dan dua dengan mengatakan di dalam jasad Jesus terdapat unsur ketuhanan dan kemanusiaan.

Berapa ramaikah Anak Tuhan agama Kristian?

Di dalam Bible terdapat banyak ayat-ayat yang mengandungi kalimah anak. Antara ayat-ayat tersebut ialah, “Apabila manusia bertambah banyak hingga bercerai berai keseluruh dunia, maka anak-anak perempuan dilahirkan. Nampaklah anak-anak ALLah (dalam Bible Berita Baik cetakan Malaysia diubah kepada Makhluk-Makhluk Ilahi. Apakah tujuan perubahan ini?) nampaklah gadis-gadis cantik, mereka mengahwini gadis-gadis yang disukai mereka” (Kejadian 6: 1-3). Dan lagi, “Berbahagialah orang yang membawa perdamaian antara manusia, ALLah anak menyebut mereka sebagai anak-anakNya” (Matius 5: 9). Dan lagi, “Tetapi sekarang ALLah berkata kepada kamu: kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang memusuhi kamu. Dengan demikian kamu akan menjadi anak-anak Bapamu di syurga” (Matius 5: 44-45). Dan lagi, “… tetapi Jesus berkata pula: hai anak-anakKu, memang susah untuk menikmati pemerintahan ALLah” (Markus 10: 27). Dan lagi, “…menurut pendapat orang…Dia (Jesus) anak Yusuf, anak Eli, anak Matat…anak Set, anak Adam, anak ALLah” (Lukas 3: 38). Dan lagi, “…beberapa penyair saudara semua juga berkata: kita semua AnakNya…” (Kesah Rasul-Rasul 17: 28). Dan Lagi. “Orang yang dipimpin oleh Roh Allah, mereka itu seperti anak-anak ALLah” (Roma 8: 14). Maka jika anak disini dimaksudkan anak haqiqi, berapa ramaikah anak ALLah dan mengapa semua yang disebut anak tersebut  tidak pula dianggap Tuhan Anak.

Bible juga menyebutkan, “… Aku, Tuhan berfirman begini: Israel anakKu yang sulung. Aku memerintah engkau supaya AnakKu itu pergi menyembah Aku…” (Keluaran 4: 22-23). Dan juga, “… Efrahim adalah anakKu yang sulung” (Yeremia :31 9). Antara dua ayat ini siapakah sebenarnya Anak sulung Tuhan? Kemudian mengapakah Israel dan Efrahim tidak diakui sebgai Tuhan Anak sedangkan ia begitu nyata disebut Anak? Apakah maksud anak pada ayat-ayat tersebut? Jika dikatakan kalimah anak bermaksud orang yang disayangi, maka kalimah Anak Tuhan jika boleh diertikan demikian.

Penganut Kristian akan berkata pula bahawa Jesus adalah Tuhan atau Anak Tuhan kerana ia lahir dengan cara berlainan dari manusia biasa, ia lahir dengan kuasa Roh ALLah (Matius 1: 20). Namun hujah ini juga sangat lemah kerana ayat di atas jelas mengatakan Jesus adalah lahir tanpa bapa dengan kekuasaan ALLah yang mampu mencipta kelahiran yang ajaib itu.

Jesus mengaku Ia adalah anak manusia yang mempunyai kelemahan

Dalam masa Jesus sebagai Anak Tuhan (atau Tuhan dalam bentuk manusia), terdapat pula ayat-ayat yang secara jelas mengatakan Jesus adalah manusia, antaranya “Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang tetapi anak manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat” (Matius 8: 20). Dan lagi, “Anak manusia sudah hampir tiba bersama para MalaikatNya dengan kemuliaan BapaNya…” (Matius 16: 27). Dan lagi, “Apabila semua pengikut Jesus berkumpul di Geliles, Jesus berkata: tidak lama lagi anak manusia akan diserah kedalam kekuasaan manusia” (Matius 17: 22).

Namun penganut Kristian akan berkata bahawa Jesus disebut anak manusia kerana kerendahan hatinya, seperti juga ia menghinakankan diriNya lahir dengan diselaputi kekotoran, dan juga sanggup dihina ketika disalib. Namun kita sekali lagi mengulangi dan meminta penganut Kristian menunjukkan ayat yang jelas dan tegas dalam Bible yang menyatakan “Jesus berkata: hai manusia, akulah Tuhan yang maha mulia, maka sembahlah aku”.

Sebagai anak manusia, Jesus mempunyai banyak kelemahan. Terdapat ayat-ayat Bible yang menunjukkan kelemahan Jesus, yang menunjukkan Ia adalah manusia biasa. Antaranya, “Meskipun demikian, tidak seorangpun mengetahui hari atau waktunya, samada Malaikat-Malaikat di syurga ataupun Anak, hanya Bapa yang tahu” (Matius 24: 36). Ayat di atas jelas menunjukkan Jesus tidak mengetahui tarikh dan masa akan berlakunya Qiamat. Mustahil seorang yang dianggap Tuhan tidak mengetahui sesuatu yang diciptanya sendiri. Dan lagi, “Kemudian Jesus berkata: Duduklah di sini sementara Aku ke sana untuk berdoa…Jesus berkata kepada pengikut-pengikutNya: Hati Ku sedih sekali hingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjaga-jagalah dengan Ku” (Matius 26: 36-38). Peristiwa penyaliban Jesus (sebenarnya Yudas) merupakan bukti yang sangat terang menunjukkan jesus adalah manusia biasa yang lemah. Bahkan orang Yahudi telah mencabar ketuhanan Jesus dengan berkata, “Jika engkau Anak ALLah, turunlah dari salib itu…orang yang diselamatkan tetapi dia sendiri tidak dapat menyelamatkan dirinya” (Matius 27: 40-42). Apabila Jesus tidak dapat menyelamatkan dirinya dari kayu salib (untuk memenuhi cabaran orang Yahudi), dengan penuh kecewa Ia menyeru dengan kuat kepada Tuhan, “Ketika jam tiga berserulah Jesus: Eli Eli, lama sabakhtani. Yang bererti, ya ALLah ku mengapa engkau tinggalkan aku?” (Markus 15: 33).

Jelaslah dalil ketuhanan Jesus berdasarkan perkara-perkara luar biasa yang dilakukan Jesus bukanlah mutlak, ayat-ayat di atas telah membuktikan sebaliknya. Apakah yang mahu diperkatakan tentangnya dan bagaimanakah untuk memperhubungkan ayat-ayat yang menceritakan keluarbiasaan dengan ayat-ayat kelemahan Jesus? Yang pasti jawabannya menurut rakan Anglican dan Seven-day ialah, di dalam tubuh Jesus terdapat unsur ketuhanan dan kemanusiaan dimana kelemahannya adalah sifat kemanusiaannya 100%. Dan yang jelas lagi Paulus telah mengeluarkan fatwa mematikan fungsi akal penganut Kristian dimana akal tidak berfungsi untuk memahami bible.

Jesus hanyalah seorang Nabi

Jesus hanyalah seorang manusia biasa dan berpangkat sebagai Nabi yang diutus ALLah kepada manusia (hanya kepada orang Yahudi). Bible ada menyebutkan, “Barang siapa yang tidak menghormati Anak, ia juga tidak menghormati Bapa yang mengutus akan dia…aku berkata sesungguhnya sesiapa yang mendengar perkataanku dan percaya Dia yang mengutus aku” (Yohanes 5: 23-24). Dan lagi, “Jesus menjawab: Yang Aku ajarkan ini bukan ajaranku, melainkan ajaran Dia yang mengutus Aku” (Yohanes 7: 16). Dan lagi, “Aku (Jesus) memberikan kesaksian tentang diriku sendiri, dan Bapa yang mengutus Aku pun memberi kesaksian tentang diriKu” (Yohanes 8: 18).

Oleh yang demikian jika kalimah Anak diguna pakai, maka ia adalah satu pertentangan yang jelas di dalam Bible.

Perbuatan luar biasa Jesus hanyalah mukjizat

Rakan Seven-day telah menyatakan kepada penulis, bahawa Jesus telah menghidupkan orang mati (Yohanes 11: 38-44) sebagai sebagai bukti ketuhananNya. Namun kenyataan rakan penulis itu ternyata terbit dari keghairahannya untuk mempertahankan Bible semata-mata. Penulis yakin Ia mengetahui bahawa di dalam Bible juga ada menyebutkan seorang individu lain yang mampu menghidupkan orang mati. Tetapi penulis kurang pasti kenapa Ia tidak menyebutkannya kepada penulis. Adakah Ia takut hujah ketuhanan Jesus kerana menghidupkan orang mati terpukul oleh Bible sendiri atau ia sedar jika ia mengakuinya maka hujah ketuhanan Jesusnya akan roboh?

Apabila dilihat dengan teliti kesah Jesus menghidupkan Lazarus, kita akan dapati dengan jelas bukanlah Jesus menghidupkan Lazarus dengan kuasaNya tetapi dengan Kuasa ALLah. Buktinya Jesus telah berdoa kepada ALLah, “…lalu Jesus mengadah ke langit dan berkata: Aku bersyukur kepada engkau ya Bapa, kerana engkau mendengar permintaanku. Aku tahu bahawa engkau sentiasa mendengar permintaanku. Aku berkata demikian untuk kebaikan semua orang di sini supaya mereka percaya engkaulah yang mengutus aku. Setelah Jesus berkata demikian Ia pun berseru dengan kuat: Lazarus, Keluar! Lazarus pun keluar…”” (Yohanes 11: 41-44). Demikian pula Bible menyatakan lagi, “Oleh itu orang Farisi dan ketua imam mengadakan mesyuarat degan ketua agama. Mereka berkata: apakah yang harus kita lakukan? Lihatlah, orang ini banyak melakukan mu’jizat” (Yohanes 11: 47). Jadi ayat tersebut membuktikan bahawa Lazarus dihidupkan semula dengan Kuasa ALLah atas permohonan Jesus dan Jesus tiada kuasa untuk menghidupkan manusia lain. Orang Farisi dan Imam Yahudi juga mengaku ia hanya mu’jizat. Penulis sangat pasti penganut Kristian akan menyanggah dan mengatakan bahawa pengakuan orang Farisi dan Yahudi itu tidak diterima kerana mereka orang yang tidak mempercayai Jesus. Tetapi ketika Jesus menghalau Iblis yang merasuk seorang lelaki, Iblis telah berkata, “…Hai, Anak ALLah yang Maha Tinggi, apa yang hendak engkau lakukan kepada ku?” (Lukas 8: 28). Jika dilihat, martabat orang Farisi dan Yahudi, dengan Iblis adalah sama sahaja iaitu makhluk yang menentang Jesus. Bible adalah kitab suci agama Kristian yang mana mengikut kepercayaan penganutnya ia ditulis dengan bimbingan Roh ALLah. Jadi mengapakah pengakuan Iblis diterima sedangkan pengakuan orang Farisi dan Yahudi ditolak? Jadi atas hujah ini jelaslah keluarbiasaan Jesus hanya mu’jizat.

Bukanlah satu keajaiban jika Jesus menghidupkan orang mati dengan izin ALLah. Ia samalah juga dengan Elia yang menghidupkan anak kecil, “…Elia menelungkupkan badannya di atas anak itu tiga kali dan berdoa: Ya tuhan ALLahku, hidupkanlah semula anak ini. Tuhan mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas lagi lalu hidup semula” (Raja-Raja 17: 21-22). Jika Jesus menghidupkan orang mati dengan pertolongan ALLah, Elisa lebih luar biasa lagi kerana apabila orang yang telah mati itu terkena mayatnya sahaja orang mati itu hidup semula, “…oleh sebab ketakutan (Orang Israel takutkan orang Moab), lalu mereka melemparkan mayat itu ke dalam kubur Elisa. Sebaik sahaja mayat itu terkena tulang-tulang Elisa, mayat itu hidup semula dan bediri tegak” (2 Raja-Raja 13: 21). Jelas sekali Elisa lebih luar biasa!

Sesungguhnya semua perbuatan luar biasa Jesus adalah mukjizat yang dikurniakan Tuhan kepadanya. Dari segi fizikal Jesus tidak mempunyai apa-apa kekuasaan. Ia melakukan perkara luarbiasa seperti meneduhkan ribut, menghidupakan orang mati, mengusir ruh jahat dari tubuh Magdalena dan lain-lain adalah dengan izin ALLah. Haqiqat ini telah disebut di dalam Bible, “Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata saya ini: Jesus orang Nasaret telah diberikan tugas oleh ALLah. Hal ini dinyatakan kepada saudara semua dengan mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh ALLah melalui Dia…” (Kisah Rasul-Rasul 2: 22). Inilah bukti Bible bahawa keluarbiasaan Jesus bukanlah hujah Jesus itu Tuhan.

Kepercayaan triniti bercanggah dengan kemurniaan akal

Trinity menyebut bahawa Bapa adalah Tuhan, Anak adalah Tuhan dan Roh Kudus (Roh ALLah) adalah Tuhan. Bapa berkuasa penuh, Anak berkuasa penuh dan Roh ALLah berkuasa penuh. Bapa adalah satu peribadi, Anak adalah satu peribadi dan Ruh ALLah adalah satu peribadi. Tetapi mereka bukan tiga tetapi satu. Bahasa apakah ini? Adakah bahasa Inggeris, melayu atau Italy? Trinity mengatakan peribadi, peribadi dan peribadi tetapi bukan tiga peribadi tetapi satu peribadi. Adakah definasi peribadi seperti ini pada mana-mana bahasa di dunia ini?

Jika seseorang itu mempunyai kembar tiga seiras yang sukar dibezakan, tiba-tiba seorang dari mereka melakukan jenayah maka bolehkah dihukum yang lain? Tentu jawabannya tidak boleh. Mengapa tidak boleh? Tidak boleh kerana anda adalah peribadi yang lain, maka keperibadian anda menyebabkan ia berlainan dari yang lain.

Apabila orang Kristian berkata dengan nama Bapa, Anak dan Roh ALLah, maka tiga gambaran berasingan akan terpahat dalam pemikiran. Bila dikatakan Bapa ia tidak bermaksud Anak dan bila dikatakan Anak ia tidak bermaksud Roh ALLah. Manusia tidak akan berupaya menyatukan gambaran ini bersekali antara satu sama lain.

Penganut Kristian menyebut dengan nama Bapa, Anak dan Roh ALLah. Tidak pernah kedengaran penganut Kristian menyebut dengan nama Anak, Bapa dan Roh ALLah. Anak sentiasa berada pada senarai kedua dari tiga. Apabila dikatakan Bapa, Anak dan Roh ALLah adalah satu peribadi dalam tiga peribadi, maka seharusnya Anak adalah Bapa dan Anak adalah juga Roh ALLah. Tetapi mengatakan Anak adalah Bapa adalah bidaah dan kesesatan pada pandangan Keristian..

Bible mengatakan Jesus dilahirkan dari seorang wanita dengan cara yang luar biasa. Namun Bible menyebut “Lebih-lebih lagi manusia adalah berengga dan anak manusia adalah ulat” (Ayub 25: 6). Siapakah anak manusia? Ia adalah Jesus, satu kenyataan yang jelas. Apakah nilai anak manusia di sini? Nilainya hanya ulat. Jika Jesus tidak termasuk dalam penilaian ini ayat di atas, adalah tidak benar kerana anak manusia disebut dalam Bible lebih banyak berbanding Anak ALLah.

Jesus digambarkan seperti ulat dan setiap manusia yang lahir oleh wanita adalah berengga yang lebih hina dari ulat. “Pada genap lapan hari Ia harus dikhatankan dan diberi nama Jesus, nama yang disebut oleh Malaikat sebelum ia dikandung ibunya” (Lukas 2: 21)

Jesus berada di dalam perut ibunya. Ia lahir dari perut ibunya sama seperti kita. Akal tidak dapat membayangkan makhluk yang lemah, lahir dengan bersalut kekotoran dan telah menyebabkan ibunya menderita selama empat puluh hari adalah Tuhan.

Orang yang paling layak sebagai Anak Tuhan

Jesus dilahirkan dengan cara luar biasa yakni tanpa ayah. Ia dilahirkan melalui Roh ALLah. Keluarbiasaan ini menjadi salah satu lagi hujah penganut Kristian tentang ketuhanan Jesus.

Namun setelah diteliti,  kelahiran Jesus tanpa bapa bukanlah luar biasa. Bible telah menyatakan terdapat seorang manusia yang terlebih ajaib dari Jesus dimana ia langsung tidak mempunyai salasilah iaitu, “Melkisedek adalah Raja Salem dan Imam ALLah Yang Maha Tinggi. Ia pergi berjumpa dengan Ibrahim untuk memberkatinya setelah Ibrahim kembali dari mengalahkan Raja-Raja. Ibrahim memberikan Melkisedek sepersepuluh dari harta yang dirampasnya. Menurut erti nama Melkisedek ialah  Raja Kebenaran. Oleh sebab dia adalah Raja Salem, maka namanya juga bermakna Raja Kesejahteraan. Ia tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai ibu, tiada salasilah keturunan, harinya tiada permulaan dan hidupnya tiada kesudahan dan ia dijadikan sama dengan Anak ALLah, ia tetap menjadi Imam selama-lamanya” (Ibrani 7: 13).

Bible sungguh menakjubkan! Disamping ia menerangkan sesuatu dalil, ia juga menerangkan dalil yang kelihatan nyata bertentangan. Ada mengatakan Malkisedek dikatakan sama dengan Anak ALLah kerana ia tidak diketahui salasilahnya. Namun ayat itu jelas mengatakan ia tiada permulaan dan tiada kesudahan. Ia adalah hujah yang kukuh untuk mengatakan Malkisedek juga harus dianggap Tuhan. Namun kenyataan itu sengaja tidak dilihat kerana hati dan perasaan penganut Kristian telah tertanam fatwa Paulus “…Aku menampakkan diri kepada orang yang tidak bertanya tentang Aku” (Korintus 1: 18). Maka Melkisedek adalah seorang tokoh yang dinyatakan terlebih ajaib dari Jesus tetapi tidak diakui sebagai Tuhan. Dan munggkin ada penganut Keristian mengatakan Malkisedik tidak layak dipanggil Tuhan kerana ia tidak berhubung kait dengan pengakuan dari langit yakni tiada kenyataan dari ALLah ia adalah Anak. Namun bagi penulis dakwaan ini hanyalah untuk menjawab tuduhan semata-mata.

Tiga keesaan yag  tertolak

Mengikut pengakuan rakan Anglican dan Seven-day, Kristian mempercayai Jesus semasa di dunia adalah Tuhan 100 %. Sebab itulah Jesus berkelakuan seperti manusia biasa, makan dan minum, keletihan, hidup kemudian mati. Rakan Anglican dengan tegas berkata Tuhan  itu satu. Dahulu kala Tuhan  sebagai Bapa, kemudian turun sebagai Jesus.

Kenalan Anglican juga berkata lagi, ketika Jesus disalib Ketuhanan Jesus berpisah dari jasad kemanusiaannya lalu kembali ke langit (Ke tempat yang tinggi). Ia bertujuan supaya badan kemanusiaannya bersedia untuk menebus dosa warisan, kerana yang menebus dosa warisan ialah Tuhan Anak bukannya Tuhan Bapa. Maka yang menyeru dengan seruan “Eli Eli (Tuhanku Tuhanku), mengapakah engkau meninggalkan aku?” (Markus 15: 34) itu ialah kemanusiaan Jesus. Maka dengan tafsiran ini Tuhan tetaplah satu bukan tiga. Penulis tidak mahu menyoal lanjut kerana baru sahaja berkenalan dengan kenalan Anglican itu, tetapi penulis mengerutkan dahi sebagai tanda persoalan. Mungkin ia menyedari simbolik persoalan penulis melalui kerutan dahi, ia berkata bagi orang yang mengimani Jesus ia bukanlah persoalan, tetapi bagi orang yang berfikiran kritikal ia tidak akan dapat memahaminya kerana kemampuan akal yang terbatas.

Penulis sungguh merasa kagum dengan kegigihan penganut-penganut Kristian ini mentafsirkan ayat-ayat  tentang Tuhan. Mengikut mereka di dalam diri Jesus terdapat unsur ketuhanan dan kemanusiaan. Maka yang meneduhkan rebut adalah ketuhanan Jesus dan yang memohon doa ketika Ia dikejar askar Rome ialah kemanusiaanNya.

Berdasarkan kenyataan kenalan Anglican yang mengatakan ketuhanan Jesus berpisah (meninggalkan) jasad kemanusiaanya hanya ketika penyaliban, bermakna ketika Ia dikejar askar Rome ketuhananNya masih bersatu dengan jasad kemanusiaan. Jadi kepercayaan Tuhan satu adalah tertolak total, kerana Jesus jelas menyeru Tuhan yang lain dari diriNya dengan doa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaanKu ini dariKu. Tetapi janganlah turut kehendakKu melainkan kehendak Bapa sahaja” (Matius 26: 39). Adalah mustahil Ia menyeru diriNya sendiri tetapi menyeru Tuhan yang kedua (Jesus sebagai Tuhan Anak menyeru Tuhan Bapa).

Jelas sekali ayat-ayat dalil triniti menunjukkan Tuhan adalah tiga yang berbeza. Mentafsirkan Tuhan adalah Esa (satu) dengan kaedah penjelmaan diri Tuhan kepada tiga oknum (peribadi) yang berlainan, adalah sesuatu yang mengundang kerumitan yang  disengajakan. Ayat-ayat seruan Jesus kepada Tuhan Bapa dan kata-kata Tuhan Bapa kepada Jesus (Lihat Hujah Trinity penganut Kristian) jelas menunjukkan ada dua Tuhan di sana (Dengan Ruh ALLah menjadi tiga Tuhan). Dan penganut Krisitian dengan gigih berusaha membuat tafsiran yang tersendiri bagi mengelakkan mereka dianggap menyengutukan Tuhan. Namun ia ibarat menampal kain yang telah reput, setiap kali ditampal ia akan koyak jua.

Adakah Tuhan itu dua?

Rakan dan kenalan Anglican, dan juga seven-day begitu bersemangat sekali mengatakan Tuhan adalah satu. Satu segi dari pendapat mereka ialah Jesus itu adalah Tuhan 100 % dan pada satu segi pula Jesus mempunyai dua unsur iaitu ketuhanan dan kemanusiaan yang bersatu padanya. Unsur ketuhanan ini dikatakan keluar masuk dari tubuh Jesus. Sewaktu meneduhkan rebut Jesus adalah Tuhan tetapi sewaktu Jesus berdoa di Taman Gatsemani dan mati di kayu Jesus adalah manusia 100 % kerana ketuhanan telah meninggalkanNya. Apakah yang sebenarnya?

Dalam Bible ada menyebutkan “Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar melitupi mereka dan terdengar suara dari awan yang berkata: Inilah AnakKu yang Ku kasihi. Dia menyenangkan hatiKu. Dengarkanlah Dia” (Matius 17: 5). Apakah tanggapan yang dapat dibuat pada ayat di atas? Pastinya tanggapan penganut Kristian ketika ini Jesus adalah manusia kerana unsur ketuhanan telah berpisah dari jasad kemanusiaannya dan Tuhan itulah yang berFirman dengan ayat Matius: 17: 5 itu kepada Jesus. Tetapi jika demikian jawabannya, adakah jawaban itu benar? Tidak, kerana ayat tersebut Jelas menyebut “Inilah AnakKu yang Ku kasihi…”. Maka jelas Jesus adalah Tuhan kerana Tuhan Bapa berada di sana menyebut Jesus sebagai AnakNya. Maka iktiqad mengatakan Tuhan hanya satu adalah tertolak. Kemudian apakah hujah penganut Kristian lagi untuk mengatakan Tuhan itu satu? Adakah penganut Kristian akan mengatakan pencetak Bible tersalah cetak perkataan Anak? Tentunya penganut Kristian tidak akan berani mengatakan demikian kerana jika mereka berkata demikian sudah pastilah Bible sekarang ini tidak terjamin lagi keasliannya. Jadi jika mengikut kalimah ayat Matius 17: 5 itu, Tuhan adalah dua.Tetapi mungkin penganut Kristian akan berkata pula bahawa kalimah anak itu bukan bermaksud anak haqiqi tetapi kiasan bahawa adalah Jesus adalah orang yang disayangi Tuhan. Jika pendapat ini dikemukakan, maka iktiqad trinity jelas telah berkubur.

Namun Bible telah memberikan keterangan bahawa masakini Tuhan penganut Kristian adalah dua (Tiga temasuk Roh ALLah). Bible menyatakan setelah Jesus bangkit kembali dari kematian, Ia diangkat ke langit oleh Tuhan Bapa dan didudukkan di sebelah kananNya. Markus dengan bimbingan Roh ALLah telah memberikan bukti bahwa iktiqad ketuhanan Kristian yang sebenar yang harus dipegang ialah Tuhan adalah dua dengan ayat berikut, “Setelah Tuhan Jesus berkata-kata dengan mereka, Ia diangkat ke langit dan duduk di kanan ALLah” (Markus 16: 19).

Jelas sekali Jesus tetap dianggap Tuhan sekalipun di saat-saat akhir Ia berada di dunia. Apakah maksud “Tuhan Jesus”? Adakah naskah Bible berbahasa Ibrani atau berbahas Semetik yang boleh menunjukkan “Tuhan Jesus” itu bukan bermaksud Jesus adalah Tuhan? Jika dikatakan ketika itu ketuhanan telah berpisah dari jasad kemanusiaanNya, mengapakah Bible masih menyatakan Jesus dengan kalimah “Tuhan Jesus”. Adakah kalimah ini salah penulisan? Jika salah penulisan, besar kemungkinan Bible tidak terpelihara dari kesilapan. Yang jelas jika ketika itu Jesus hanya kemanusiaan, maka kalimah Tuhan pada ayat “Tuhan Jesus” itu harus dihapuskan tidak kira pada Bible terjemahan ataupun Bible berbahasa Ibrani, ataupun berbahasa Semetik. Inilah sebabnya betapa pentingnya faktor bahasa di dalam panafsiran kitab suci, untuk mengelakkan salah andaian dan pertikaian.

Adakah Tuhan mati?

Mari kita ulang semula kenyataan Paderi Dummelow. Ia mengatakan bahawa dimana sahaja Anak berada disitulah juga Bapa harus berada demikian juga Roh ALLah, sebab tiga adalah satu menjadi tiga bentuk berbeza dari segi kewujudan yang berisi satu sama lain.

Apakah makna perkataan ini? Tanpa perlu kepada pakar bahasa, ia memberi makna dimana sahaja Anak berada disitulah Bapa dan Roh ALLah. Jesus menderita dan mati di tiang salib. Mereka bertiga adalah satu dan berisi dalam satu. Satu pertanyaan, benarkah Tuhan mati? Apakah jawaban penganut Keristian? Tentu jawabannya tidak kerana yang disalib adalah kemanusiaan Jesus bukan ketuhanannya. Mengapa tidak kerana mengaikut Paderi Dummelow Anak, Bapa dan Roh ALLah berada dimana-mana? Seharusnya penganut Keristian tidak ketawa bila diungkapkan kalimah “Tuhan sudah mati”.

Adakah Roh ALLah itu Tuhan?

Terdapat pertunjuk dari Bible bahawa Roh ALLah bukan Tuhan. Kenyataan ini pastinya akan ditertawakan oleh penganut Keristian. Tetapi bagi penulis, setiap kalimah dan ayat bagi sesebuah kitab yang dianggap suci tidaklah sebagai cakap-cakap kosong atau omongan yang tidak berguna. Pastinya penganut Keristian setuju 100 % jika dikatakan Bibbel bukan cakap-cakap dan omongan kosong yang tidak bernilai.

Penulis pernah bertanya kepada seorang rakan Anlican siapakah Sang Penghibur? Beliau mengatakan Sang Penghibur adalah Roh ALLah. Roh ALLah adalah salah satu dari tiga peribadi Tuhan yang menyingkapkan diriNya. Namun penulis telah menemukan ayat Bible yang menyatakan, “Namun aku mengatakan kebenaran ini kepadamu: Adalah berguna bagi kamu jika aku pergi. Sebab jika aku tidak pergi Penghibur itu tidak akan datang kepadamu. Tetapi jika aku pergi, aku akan mengutus dia kepadamu” (Yohanes 16: 7). Telah jelas dalam Bible Roh ALLah telah datang ke dunia semasa Jesus. Ia telah menaungi Elizabteh sebelum lahirnya Jesus, “Ketika Elizabeth mendengar salam Maria, meloncatlah anak dalam kandungannya, maka Elizabeth penuhlah dengan Roh Kudus” (Lukas 1: 41). Jika Roh ALLah dikatakan Sang Penghibur, Yohanes 16: 7 telah menolak pendapat ini kerana Roh ALLah telah datang menaungi Elizabeth. Tetapi Lukas 1: 41 pula menyatakan Roh ALLah telah datang sebelum Jesus. Apakah makna pertentangan-pertentangan ini?

Kemudian kita telah menemukan pula ayat berikut yang mengatakan, “Saudara-saudaraku yang tercinta, janganlah percaya pada setiap orang yang mengaku mempunyai Roh ALLah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui samada Roh yang ada pada mereka benar-benar berasal dari Roh ALLah atau tidak. Sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia” (1 Yohanes 4: 1). Mengapakah Bible menyamakan roh dengan nabi? Jika dilihat dari segi turutan ayat, seharusnya “…janganlah percaya sebab banyak roh palsu…”. Mengapakah disebut nabi palsu sedangkan pada permulaan ayat mengatakan “…janganlah percaya kepada ruh-ruh itu”? Maka jika dilihat pada struktur ayat, ia merupakan pertunjuk bahawa Sang Penghibur bukanlah Roh ALLah tetapi seorang manusia, dan ia seorang Nabi.

Kemudian Bible menyebutkan lagi, “Kemudian Musa berkata:…sebaliknya Tuhan, ALLah kamu akan mengutus seorang Nabi kepada kamu, Nabi itu akan seperti aku dan dia dari bangsa kamu sendiri…” (Ulangan 15: 15). Dan lagi, “Oleh itu Tuhan berfirman kepadaku (Musa): Aku akan mengutus seorang Nabi kepada mereka, Nabi seperti engkau, dan yang daripada bangsa mereka sendiri. Aku akan menyampaikan FirmanKu kepadanya, dan dia akan menyampaikan perintahKu kepada umat itu. Nabi itu akan berkata-kata demi namaKu…” (Ulangan 18: 18-19). Dan lagi di dalam Perjanjian Baru, “Musa pernah berkata: Tuhan, ALLah kamu akan mengutus seorang Nabi kepada kamu seperti Dia mengutus aku. Nabi itu akan datang dari bangsa kamu sendiri. Kamu harus mendengar semua yang dikatakannya” (Kisah Rasul-Rasul 3: 22). Siapakah nabi itu? (Lihat bab 12: beberapa peringatan penting: Taurat Musa dan Injil Isa yang asli telah diubah oleh orang Yahudi dan penganut Keristian).

Yang jelas ialah roh bukanlah nabi dan keduanya mempunyai perbezaan hakiki. Namun terdapat Paderi Uniterian Indonesia berkata mereka tidak mempunyai masalah dengan istilah-istilah yang berbeza di dalam Bible. Tentunya apabila seseorang yang telah berpegang kepada sesuatu kepercayaan, ia tidak akan merungkainya walaupun telah dijelaskan kesalahan pegangannya itu dengan bukti yang kukuh.

BAB 4

TRILEMMA  YANG TERBENAM

LINGKARAN YANG MEMBELENGGU

Penulis telah membentangkan  panjang lebar berbagai hujah dan dalil dari Bible untuk membahaskan konsep-konsep dan kepercayaan agama Kristian. Untuk tujuan tersebut penulis telah dan akan mengambil kira keseluruhan ayat-ayat yang berkaitan dalam rangka untuk berlaku adil. Dalam usaha membahaskan sesuatu konsep atau kepercayaan itu, disamping membentangkan ayat yang menjadi hujah, juga telah dibentangkan ayat-ayat yang saling bertentangan. Ini adalah untuk memenuhi hasrat rakan Roman Katholik dan  Seven-day yang mahukan penulis melihat keseluruhan Bible semasa membahaskan sesuatu doktrin itu.

Walaupun demikian, penganut Kristian tidak akan dapat lari dari dilemma yang telah mencengkam kuat sistem pemikiran mereka. Dilema itu ialah menolak penggunaan akal dalam memahami Bible atas dasar Bible sebagai wahyu Tuhan yang pasti benar. Seperti yang telah diterangkan, Bible menekankan fungsi akal untuk merenung dan memikir (Amsal 1: 4-7, Kesah Rasul-Rasul 26: 24-25), tetapi dalam masa yang sama Bible juga menolak penggunaan akal (1 Korintus 1: 18, 3: 16-20). Keadaan ini menyebabkan penganut Kristian akan  mempertahankan kepercayaan mereka dengan mengunakan hujah ayat tertentu, walaupun telah dibentangkan ayat-ayat lain yang menyanggahnya. Maka penulis tidak merasa hairan apabila rakan Seven-day diajukan persoalan perbezaan antara 3 salasilah Aminadab hingga keHezron (Ruth 4: 18-22) dan 4 salasilah (Lukas 3: 33-34), dengan cepat ia menjawab kedua-duanya benar atas alasan Bible wahyu Tuhan yang tidak pernah bohong. Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah Kristian mengajar angka 3 adalah bersamaan dengan angka 4 dan seseorang boleh lahir dari dua kemaluan ibu serentak.

Rakan Anglican penulis sewaktu ditemui menyatakan bahawa mereka mempercayai satu Tuhan tetapi menampakkan diri kepada tiga peribadi. Tuhan hanyalah satu. Jesus adalah Tuhan yang satu itu yang menampakkan diri dalam bentuk manusia 100 %. Demikian juga pendapat rakan Sevend-day. Sebab itu Jesus tidak berbeza dari manusia lain yang makan, minum, letih, mengantuk dan sebagainya, dan akhirnya mati. Namun apabila penulis bertanya, siapakah yang mentadbir alam ketika Tuhan turun sebagai manusia yang lemah dan suara siapakah yang berkata-kata dari langit yang menyatakan Jesus anaknya? Ketika ini ia kelihatan sedikit gugup dan menyatakan yang mentadbir alam dan yang berkata kepada Jesus dari langit adalah Kemuliaan Tuhan sendiri. Dari jawabannya itu penulis berkesimpulan Tuhan adalah dua (Selain dari Roh ALLah) walaupun penulis tidak membantah secara langsung. Dan kenyataannya yang mengatakan Kemuliaan Jesus di langit tertolak secara total dengan sanggahan ayat-ayat Bible yang banyak, yang menyatakan seruan Jesus yang menunjukkan maksud “Wahai BapaKu yang di langit…”. Jika penganut Keristian menggunakan dalih Anak bukan bermaksud anak haqiqi, pastinya kalimah Bapa tidak akan dapat dimaksudkan selain maksud haqiqi.

Tuhan juga telah memberi amaran tentang kecelaan berdusta, lebih-lebih lagi berdusta dengan menggunakan nama Tuhan. Dalam mengajarkan ajaran kelahiran semula Paulus banyak menyanggah Sabda Jesus terutama menidakkan kawajiban hukum Taurat. Namun bagi Paulus ini adalah satu perbuatan yang baik kerana walaupun ia menyanggah Sabda Jesus dan mengajar ajaran baru, Kemuliaan ALLah tetap semakin terserlah (Roma 3: 5-6). Namun ternyata Tuhan telah memberi amaran awal tentang kecelaan perbuatan sedemikian, “Jangan sebut namaKu untuk perbuatan yang jahat kerana Aku Tuhan, Allah kamu menghukum siapa sahaja yang menyalahgunakan namaKu” (Keluaran 20: 7).

Inilah dilemma yang tidak disedari oleh penganut Kristian. Ketidakupayaan menghubungkaitkan sesuatu ayat menyebabkan hujah mereka sentiasa terbuka untuk dicabar. Apatah lagi jika pertentangan itu melibatkan maksud dzahir yang nyata selain dari pertentangan tujuan. Dilemma ini tidak akan dapat diatasi walaupun hingga kehari Qiamat. Pertentangan ayat yang begitu ketara yang tidak dapat disatukan dengan apa cara juapun. Apabila hendak menentukan sesuatu hukum atau keputusan, mereka terpaksa memilih satu ayat sebagai hujah dan dalam masa yang sama terpaksa berkata, “Ayat yang lain tidak bertentangan, juga benar. Jesus disalib pada pukul 3 petang benar, disalib pada pukul 9 pagi juga benar, pada pukul 12 tengahari pun benar juga. Demikian juga ayat celaan berdusta adalah benar, perbuatan Paulus berdusta (melanggar Sabda Jesus) juga benar”.

Apabila cabaran datang dari pehak bukan Kristian untuk menguji kesahihan Bible, penganut Kristian akan berkata “Lihatlah Bible secara keseluruhan”. Apabila pehak yang menguji memetik satu ayat, mereka memetik ayat yang bertentangan pula. Contohnya apabila penulis memetik kata-kata Jesus bahawa Ia hanya diutus untuk Bani Israel (Matius 10: 5-6), mereka menghujah pula bahawa Paulus diperintahkan Tuhan menyebarkan doktrin Kristiannya keseluruh manusia (Kesah Rasul-Rasul 22: 18-21). Dan apabila dinyatakan kepercayaan kepada kedatangan Jesus untuk menghapus dosa dan membawa satu cara hidup baru kelahiran semula adalah ajaran Paulus (Lihat seluruh Roma), mereka menghujah pula tidak semua akan selamat melainkan menurut kehendak Tuhan Bapa (Matius 7: 21-23). Dan apabila diajukan cara hidup yang diperintahkan oleh Jesus adalah cara hidup Taurat  (Matius 5: 17-20), mereka menggunakan pula doktrin cara hidup baru kelahiran semula Paulus (Roma dan Kolose). Dan perkataan yang paling popular apabila mereka gagal menjawab mereka berkata “Kamu tidak faham, tetapi sudah menghakimi Bible”.

Siapakah yang mesti diutamakan? Adakah Jesus atau Paulus? Siapakah Tuhan bagi penganut Kristian, Jesus atau Paulus? Siapakah yang mendominasi kandungan Perjanjian Baru, Jesus atau Paulus? Mereka dalam dilemma untuk mencari bait-bait yang sesuai untuk menerangkan Jesus itu Tuhan dalam bentuk manusia 100 %, tiga tuhan dalam satu Tuhan. Maka dilemma bukanlah lagi kalimah yang sesuai bagi mereka tetapi trilemma yang begitu sulit difahami. Seorang pastor perempuan berbangsa Korea warga Amerika yang penulis temui pada bulan Disember tahun 2002, di dalam kapalterbang sewaktu penulis pulang dari Sabah ke Semenanjung, juga mengatakan “Trinity is very difficult to understand”. Kita biarkan sahaja trilemma ini diselesaikan oleh penganut Kristian dengan doktrin mereka, 2 adalah sama dengan 3 dan 3 juga adalah 2. Walau bagaimanapun, penulis sangat menghormati dan kagum dengan kegigihan rakan-rakan penganut Kristian keseluruhannya dalam mempertahankan kepercayaan mereka

DAKWAAN YANG GOYAH

Di dalam Bible ada menyebutkan setiap orang yang ingin memahami Bible mestilah dengan bimbingan Roh ALLah. Maka dengan itu orang yang cuba memahami Bible dengan tafsiran tersurat tidak akan mencapainya. Bible telah menyebutkan hal ini, “Oleh itu ketika kami menjelaskan hal tentang ALLah kepada orang yang mempunyai Roh ALLah, kami tidak berkata-kata menurut kebijaksanaan manusia tetapi menurut ajaran Roh ALLah. Sesiapa yang tidak mempunyai Roh ALLah tidak akan menerima kurnia daripada Roh ALLah, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggap suatu kebodohan sahaja…” (1 Korintus 2: 13-15). Kita boleh menerima hujah tersebut pada dasarnya, kerana manusia tetap memerlukan bimbingan Tuhan didalam memahami ajaran sesuatu kitab agama. Tetapi ini tidaklah bermakna akal tidak berfungsi secara total. Dengan kata lain kita berusaha memahami ajaran kitab tersebut dengan bantuan dan bimbingan Tuhan melalui doa dan pengharapan.

Rakan-rakan kita penganut Kristian sangat kuat berpegang kepada dalil di atas apabila memahami Bible. Secara logiknya apabila mereka sentiasa didalam bimbingan Roh ALLah, semestinya semua persoalan dan pertentangan ayat-ayat Bible dapat diselesaikan dan dijawab dengan mudah, sesuai dengan kewajaran akal dan norma-norma kejadian duniawi. Apabila diajukan pesoalan mengapakah Rut menyatakan Aminadab anak Ram anak Hezron, sedangkan Lukas menyatakan Aminadab anak Admin anak Arni anak Hezron, rakan Kristian kita tidak mampu menjawabnya? Kemanakah menghilangnya Roh ALLah ketika soalan-soalan diajukan? Kemudian jawaban yang diterima ialah “Salasilah kedua-duanya adalah benar. Bible tidak pernah bohong kerana ia wahyu Tuhan”. Inilah jawaban Roh ALLah yang menjelaskan Aminadab lahir dari dua kemaluan ibu  pada saat yang sama secara serentak, ia adalah cucu Hezron dan dalam masa yang sama ia juga cicit Hezron.

Apabila penganut Kristian gagal menjelaskan pertentangan ayat tersebut, mereka akan berlepas diri dengan mengatakan “Kamu tidak mendapat bimbingan Roh ALLah, sebab itu kamu gagal memahaminya. Kami berdoa agar kamu mendapat bimbingan Roh ALLah” (Ertinya Roh ALLah akan menjelaskan jalan untuk memahami bahawa 2 adalah 3 dan 3 juga adalah 2, Aminadab adalah cucu dan juga cicit Hezron). Atau mereka akan berdalih dengan mengatakan “Perbezaan itu tidak menjadi masalah bagi kami kerana yang penting ialah keselamatan melalui kematian Jesus”. Maka jika ini jawabannya, apalah erti ayat-ayat tersebut di dalam Bible sebagai sebuah Firman Tuhan dan apakah pengajaran yang didapati darinya? Tiada! Maka apabila tiada pengajaran ertinya ia adalah sebuah omongan kosong semata-mata. Jangan terkejut, ketawa dan mencebik bibi dengan hujah ini tetapi jawablah dengan logika norrmal!

Bible penuh dengan sindiran dan simbolik. Jesus (Sebenarnya Yudas) menjerit dikayu salib, memanggil Tuhan dengan penuh kekecewaan,  “Ya ALLahku, mengapa engkau tinggalkan aku!”. Kemudian Ia mati  setelah ditinggalkan Bapa yang enggan menolongnya. Inilah simbolik penganut Kristian ditinggalkan Roh ALLah apabila dihadapkan persoalan mengapa 2 dikatakan sama dengan 3, 70000 dikatakan sama dengan 7000. Ternyata pembabtisan dan kelahiran semula tidak menjamin Roh ALLah akan membantu menyelesaikan persoalan yang tidak masuk akal. Mereka hilang kebijaksanaan tanpa bantuan Roh ALLah. Cuma bezanya penganut Kristian tidaklah mati di kayu salib tetapi telah mati rohani dan akalnya.

ROH ALLAH TIDAK MEMBERIKAN ILHAM

Jelas sekali Roh ALLah tidak memberikan ilham kepada penganut Kristian hatta kepada pemimpin tertinggi gereja untuk mengatasi kebobrokan hidup manusia. Ayat-ayat Bible yang jelas menggambarkan kerendahan moral, dikatakan memberi manafaat dan mendidik manusia (Lihat Kidung Agung dan lain-lainnya). Yang jelas di Amerika berjuta-juta penduduknya adalah homoseks. Sekali lagi Paderi Agung Jimmy Swaggart, dalam buku kajiannya yang hebat Homosexuality berdoa “Amerika, Tuhan akan mengadilimu (menghancurkanmu). Jika Tuhan tidak mengadilimu, Dia harus meminta maaf kepada penduduk Sodom dan Gomorrah (Jika Tuhan menghancurkan penduduk Sodom dan Gomorah kerana mengamalkan seks sejenis, Ia juga harus menghancurkan Amerika. Jika tidak Tuhan harus mengakui Ia tidak berlaku adil kepada penduduk Sodom dan Gomorrah)”

Ketagihan arak dan alkohol sudah mula menjadi barah. Namun para cendikiawan Kristian masih belum memberikan fatwa mengharamkan tentang minum arak secara tegas dan berterus terang. Ruh ALLah nampaknya masih enggan menurunkan jalan penyelesaiannya kerana Ia sendiri mengilhamkan Firman keharusan minum arak. Kemudian keharusan itu menjadi barah yang mengakibatkan pula keruntuhan moral yang begitu teruk.

Bible yang penuh simbolik masih tidak difahami dengan sewajarnya oleh mereka yang mengaku memahami Bible dengan alasan telah hidup dengan cara baru kelahiran semula. Rakan Roman Kahtolik berkata Perjanjian Lama hanyalah sebagai sejarah dan nasihat semata-mata, bukan pegangan utama. Demikian juga dengan rakan Seven-day yang mempertahankan Perjanjian Lama. Kehidupan Solomon beristeri 700 orang dan bergundik 300 orang (Mengikut Bible) masih tidak difahami falsafahnya. Adakah bait-bait ayat-ayat Bible yang diyakini sebagai Firman tidak mempunyai apa-apa fungsi? Penulis tetap berlaku rasional, yang baik tetap diakui walau bukan dari ajaran agama anutan sendiri. Adakah ajaran kitab panduan hanya perkataan kosong tanpa pengajaran yang boleh dicungkil? Apakah pengajaran dari kehidupan Solomon itu? Tidak lain dari mengatasi keruntuhan moral manusia masa kini. Namun penganut Kristian samada Roman Katholik mahupun Protestant yang mengaku hidup cara baru dengan bimbingan Roh ALLah sepanjang masa telah gagal melihat simbolik ini.

Pada setiap bangsa yang beradab terdapat kelebihan wanita dan terdapat juga janda melebihi duda. Di Negara Inggeris, Jerman, Rusia dan lain-lain berjuta wanita melebihi lelaki. Di New York sahaja wanita melebihi satu juta dari lelaki. Bahkan jika ditolak semua lelaki gay masih terdapat sejuta wanita tanpa suami. Dikatakan wanita-wanita Amerika rela berkongsi suami dan rela tidak diberi nafkah asalkan terlepas dari status andartu. Mazhab Mormon nampaknya mendahului saudara-saudara mereka dari mazhab Roma Katholik, Protestant dan Seven-day. Pengasas mazhab Mormon Joseph Smith dan Brigham Young mendakwa menerima ilham pada tahun 1830, membenarkan poligami tanpa batas bagi mengatasi masalah kelebihan wanita ini.

TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA JESUS DAN PAULUS

Micheal H Hart, seorang sarjana Keristian berpendapat penghargaan terhadap pengasas agama Keristian haruslah dibahagi dua antara Jesus dan Paulus. Hart berkata Pauluslah yang sebenarnya pengasas agama Keristian. Ini terbukti sebahagian besar kandungan Bible Perjanjian Baru didominasi oleh Paulus.

Jika ditanyakan kepada penganut Keristian (melainkan seven-day setahu penulis) adakah mereka mengikut hukum dan ajaran Bible keseluruhannya? Mereka akan menjawab tidak. Apabila ditanyakan mengapa, mereka akan menjawab hukum-hukum itu adalah kuno dan tidak sesuai dengan hidup dizaman moden. Hidup dizaman moden adalah cara hidup baru ajaran Paulus. Tetapi jika kita mengingatkan mereka dengan ayat-ayat dari perkataan Jesus, mereka akan mendebat dengan ayat-ayat dari Roma, Korintus, Galatia, Efasus, Filippi, Kolose dan lain-lain.

Apabila ditanyakan pula siapa Tuhan umat Keristian, mereka akan menjawab Jesus. Namun apabila dikatakan Jesus adalah sama dengan Paulus (kerana ajaran Paulus lebih diutamakan), mereka akan meninggikan suara membantah. Namun tidak seorangpun penganut Keristian membantah apabila dikatakan Pauluslah mendominasi ajaran Keristian.

ENGGAN MENERIMA “BEBAS DARI KESALAHAN” ADALAH KUNCI KEBENARAN

Dalam perbincangan penulis dengan rakan-rakan dan kenalan Kristian mereka selalu berkata, oleh kerana penulis tidak mempercayai Bible maka penulis sengaja mencari-cari kesalahan Bible dan bukannya mencari kebenaran. Ini satu lagi trilemma bagi penganut-penganut-penganut Kristian. Mereka tersalah dalam kaedah dalam membuktikan kebenaran.

Seperti yang dijelaskan bahawa kebenaran ialah sesuatu yang diucapkan dan ucapan itu menepati kenyataan. Ucapan lahir dari hati, hati membenarkan penelitian akal dan akal meneliti dengan hukum fitrahnya. Inilah kebenaran (Lihat bab 1: Tujuan Hidup Manusia Untuk Mencapai Keselamatan dan Kebahagiaan: Haqiqat kebenaran). Namun penganut Kristian enggan menerima kaedah ini tetapi mendahulukan iman. Kemudian perkara yang diimani itu tidak boleh dipersoalkan, kerana mempersoalkannya dianggap sebagai tidak beriman. Bagi penganut Kristian manusia tidak layak mempersoalkan Bible walaupun terang-terang apa yang diperkatakan Bible itu diluar batas dan maksud kebenaran (Lihat bab 2: Pembedahan Berani Terhadap Bible: Pertentangan ayat dalam Bible).

Mengimani sesuatu tanpa mengkaji kebenarannya adalah perbuatan orang yang tidak mempergunakan kurniaan akal. Apabila prinsip ini dipegang, iktiqad yang tidak menepati kebenaran akan tetap dianggap benar. Jika prinsip bebas dari kesalahan adalah kunci kebenaran diguna pakai, nescaya beberapa prinsip agama Keristian pasti akan roboh.

KECELARUAN IKTIQAD

Kristian mengajarkan Jesus diutus ke dunia untuk menebus dosa warisan Adam. Dengan sifat kasihnya Ia tidak sampai hati untuk menghukum manusia. Tetapi Tuhan juga bersifat adil, maka Ia juga harus menghukum manusia. Maka dengan itu Ia mengutuskan Anaknya yang tunggal ke dunia untuk dikorbankan bagi menebus dosa warisan itu. Namun demikian iktiqad ini boleh dipersoalkan atau dikaji semula.

Benarkah Jesus Anak Tuhan? Mengikut rakan Anglican dan Seven-day, Jesus adalah Tuhan dalam bentuk manusia 100 %. Jika kenyataan ini diambil kira, adalah benar iktiqad bahawa Tuhan sendiri turun ke dunia untuk menebus dosa warisan Adam itu. Tetapi menurut kenalan Anglican pula di dalam tubuh Jesus terdapat unsur Ketuhanan. Tatkala Jesus di salib ketuhanannya berpisah dari jasad Jesus, kerana jasad kemanusiaan Jesus telah dinubuatkan untuk menjadi penebus dosa warisan Adam. Ketika itu Jesus adalah manusia 100 %.

Penulis tidak mahu mengukur tahap kekristianan rakan Seven-day, rakan dan kenalan Anglican. Tetapi olehkerana mereka kelihatan begitu yakin dengan keterangan mereka, maka penulis mengambil kenyataan mereka sebagai bukti bahan kajian.

Jika kenyataan kedua-duanya diambil kira, maka jelaslah iktiqad Jesus sebagai juru selamat penuh dengan kekeliruan. Jesus pada satu sisi sebagai Tuhan yang mengorbankan diri untuk menebus dosa manusia. Disini terbuktilah kasih sayang Tuhan yang amat sangat kepada manusia. Pada satu sisi yang yang lain Ia sebagai manusia yang teraniaya. Jesus tidak mempunyai kaitan dengan perbuatan Adam tetapi Ia dijadikan korban. Jesus jelas tidak bersedia untuk dikorbankan (Lihat bab 3: Iktiqad asas Kristian: Jesus enggan disalib dan merancang berjihad).

Yang jelas di sini terdapat dua pertentangan iktiqad yang tidak akan dapat disatukan sama sekali. Iktiqad pertama Jesus sebagai Tuhan yang turun ke dunia untuk menebus dosa manusia, dan kedua apabila Jesus (Yudas) menjerit “Eli, Eli Lama sabakthani..” diiktiqadkan pula Jesus ketika itu sebagai manusia yang ditinggalkan oleh Tuhan.

Demikian juga apabila penganut Keristian memahamkan maksud Tuhan  adalah zat yang satu tetapi mempunyai tiga peribadi iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus (Roh ALLah). Apakah maksud zat dan peribadi? Zat dan peribadi adalah maksud yang satu tetapi berlainan sebutan. Mengatakan zat dan peribadi adalah berlainan adalah tidak benar sama sekali. Maka apabila maksud zat dan peribadi adalah satu maksud, mengatakan Tuhan adalah zat yang satu tetapi mempunyai tiga peribadi adalah mengundang kecelaruan pemikiran tetapi wajib dianggap benar oleh penganut Keristian.

TERPEDAYA DENGAN SALAH FAHAM SENDIRI

Penganut Kristian begitu terpesona dengan kalimah al-Kitab yang banyak disebut dalam al-Quran. Mereka berlompatan dengan penuh gembira dan berkata “Nah lihatlah wahai orang Islam, bagaimanakah kamu berkata Kristian adalah agama palsu dan sesat sedangkan al-Quran di tangan kamu telah membenarkan Bible. maka jelaslah Bible adalah kitab Firman Tuhan dan al-Quran hanyalah untuk membenarkan Bible. demikian juga Muhammad adalah diutus untuk mengajak semua manusia beriman kepada ajaran Kristian”.

Namun apa yang dianggap oleh saudara penganut Kristian adalah ibarat orang yang berjalan di dalam gelap dengan tidak mempunyai lampu suluh. Al-Quran adalah perbendaharaan yang tidak terjangkau oleh orang yang buta tetapi hanya dapat dijangkau oleh orang yang mempunyai mata hati yang terang. Ilmu al-Quran (Ulum Quran) bukan semudah membaca Bible. Maka untuk mentafsir al-Quran bukanlah memadai dengan hanya tahu berbahasa Arab tetapi melangkaui segala selok belok lughah Arab. Di samping itu ilmu yang lain yang berkaitan mesti dikuasai dengan sebaik mungkin. Kemahiran ini sememangnya telah dikuasai oleh para imam dan ulamak mujtahid Islam yang begitu ramai pada zaman lampau. Penulis menasihatkan saudara Kristian supaya mempelajari ilmu al-Quran terlebih dahulu sebelum memetik ayat-ayat al-Quran, lebih-lebih lagi untuk menjadikannya hujah untuk membenarkan Bible anda.

Al-Kitab yang dimasudkan oleh al-Quran adalah Injil asli yang dibawa oleh Jesus dan bukanlah Bible masakini. Bible masakini adalah jelas bukan Injil Jesus (Lihat bab 11: Salah tafsran penganut Kristian terhadap ayat-aayt al-Quran: Anggapan al-Quran membenarkan Bible masakini). Ia adalah Bible Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Ia termasuklah ajaran-ajaran Paulus, Petrus, Timotius dan lain-lain yang ada antaranya tidak pernah pun berjumpa dengan Jesus. Bahkan tiada catitan sejarah bagaimana ia diterima dari Jesus. Demikian juga terdapat kitab-kitab Perjanjian Lama yang tidak dapat dipastikan penulisnya. Yang jelas Bible masakini adalah sebuah karangan yang telah diubahsuai (revised) beberapa kali dengan alasan untuk memperkemaskannya. Apakah maksud untuk memperkemaskannya dan wajarkah Firman Tuhan diperkemaskan oleh manusia? Yang jelas umat Kristian diberi ruang dan masa tidak kira berapa lama sekalipun untuk menunjukkan Injil Jesus.

Demikian juga ayat-ayat yang dipetik adalah bersumberkan dari al-Quran terjemahan yang belum tentu benarnya. Telah sedia maklum para Orientalis tidak tinggal diam melihat al-Quran yang mencabar kebenaran Bible. al-Quran telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa dengan tujuan untuk memalsukannya. Kalimahnya diubah dan diselewengkan secara halus untuk memesongkan maksudnya. Maka tidak hairanlah penganut Kristian bawahan menurut membabi buta tafsiran salah itu. Mengatakan al-Kitab yang disebut di dalam al-Quran sebagai Bible adalah satu contoh penganut Kristian yang terpedaya seperti terpedayanya mereka mempercayai Aminadab berstatus cucu dan cicit kepada Hezron, terpedaya dengan Paulus dan meninggalkan seruan-seruan Jesus sendiri.

PERLUKAH BANTUAN AL-QURAN UNTUK MEMBENARKAN BIBLE

Penulis telah meneliti beberapa artikel dari internet di ruangan dialog Islam Kristian. Terdapat beberapa penganut Kristian yang membahaskan doktrin keesaan dan membicarakan haqiqat yang dikatakan muslim. Penulis artikel tersebut kelihatan begitu mahir dan mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu al-Quran.

Penulis tidak ingin menurunkan satu persatu hujah dan ayat al-Quran yang digunakan oleh penulis artikel tersebut kerana ia memerlukan waktu dan ruangan yang agak banyak. Tetapi kesimpulan dari apa yang di perkatakan ialah, umat muslimin yang sebenar ialah penganut Kristian. Hujah ayat-ayat al-Quran yang digunakan ialah, Nabi-Nabi dahulu sehingga Isa Alaihissalam adalah orang Islam. Al-Quran juga menyebut dan membenarkan al-Kitab dan amalan-amalan Nabi-Nabi terdahulu diteruskan untuk diamalkan oleh umat Islam. Dikatakan juga mengatakan Nabi Muhammad mencipta al-Quran dengan meniru Bible.

Penulis tidak akan mengulas apa yang diperkatakannya kerana akan dijelaskan pada bab yang akan datang (Juga lihat keseluruhan bab 10, 11 dan 12 di muka hadapan). Pada bab tersebut penulis akan membahaskan apakah haqiqat yang dikatakan keesaan ALLah, haqiqat muslim, siapakah Jesus sebenarnya, apakah haqiqat al-Kitab yang disebut oleh al-Quran dan lain-lain. Cuma apa yang penulis ingin tanyakan kepada beliau dan juga penganut Kristian yang senada, mengapakah al-Quran digunakan untuk membenarkan Bible dan iktiqad Kristian? Adakah perbuatan ini untuk mengukuhkan hujah atau adakah ia diperlukan kerana kekurangan hujah? Atau adakah anggapan al-Quran diturunkan berfungsi membenarkan Bible? Jika demikian amatlah malang bagi Bible dan iktiqad Kristian kerana terpaksa menggunakan al-Quran untuk mengukuhkannya. Jika dikatakan Nabi-Nabi terdahulu beriktiqad dengan iktiqad Kristian, ia adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali kerana Nabi Adam sehingga Nabi Musa tidak pernah beriktiqad bahawa Jesus adalah Tuhan. Umat Islam tidak memerlukan Bible sebagai bukti kebenaran al-Quran kerana Bible masakini bukanlah Injil asli Jesus.

Di dalam kitab Kejadian, terdapat kenyataan tentang wasiat Ya’kub kepada anak-anaknya sebelum ia meninggal dunia. Namun tidak terdapat pengakuan yang sejelas di dalam al-Quran bahawa mereka tidak akan mengubah-ubah agama nenek moyang mereka Ibrahim. Yang dijelaskan hanyalah kedudukan-kedudukan anak-anaknya dan nasib mereka (Kejadian 48: 1-22, 49:1-28). Namun al-Quran dengan jelas menerangkan bahawa anak-anak Ya’kub akan teguh memegang iktiqad keesaan ALLah yakni Tuhan bapanya Ya’kub, Tuhan Ibrahim, Ismail dan Ishak. Namun tidak ada kenyataan yang jelas di dalam Bible dasar agama Ibrahim. Maka datanglah al-Quran menjelaskan bahawa dasar agama Ibrahim adalah menyembah Tuhan yang tunggal tanpa takwil yakni Ibrahim seorang Muslim. Maka atas dasar ini penulis ingin bertanya kepada saudara Kristian dimanakah fakta yang mengatakan Ibrahim (Dan juga Nabi-Nabi yang lain) mempertuhankan Jesus? Dan adakah tersebut di dalam Bible atau al-Quran bahawa Ibrahim mengajar Jesus itu Tuhan? Jika tidak terdapat walau satu faktapun, dimanakah kebenarannya kenyataan yang mengatakan umat Muslim sebenarnya adalah penganut Kristian sedangkan kalimah Muslim hanya disebut di dalam al-Quran? Apakah di dalam Bible tiada kenyataan apakah haqiqat Muslim sehingga terpaksa al-Quran dirujuk? Jika al-Quran dipercayai untuk dirujuk adakah ia tidak merosakkan kekristianan?

Iktiqad mempertuhankan Jesus hanya dicipta oleh Paulus dan rakan-rakannya (Lihat bab 3: Iktiqad asas Kristian). Maka Al-Quran diturunkan dengan fungsi yang jelas iaitu mengembalikan manusia kepada iktiqad Nabi-Nabi terdahulu daripada Nabi Muhammad, dari iktiqad syirik dan mempertuhankan manusia kepada iktiqad mepertuhankan ALLah yang tunggal tanpa takwil (takwil Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga) dan mengatur hidup manusia dengan peraturan yang jelas yang tidak pernah diturunkan kepada mana-mana Nabi sebelum ini.

PENGAKUAN SARJANA KERISTIAN

Di sini penulis memperturunkan pengakuan seorang sarjana Kristian yang menyatakan sebab-sebab beliau menganut agama Kristian. Beliau ialah Dr. Frank Kraen yang menulis buku bertajuk Mengapa Saya Menjadi Nasrani.

Pada halaman 21 di bawah tajuk Mengapa Saya Menjadi Nasrani Dr. Frank Kraen berkata “Perselisihan faham yang kekal menimpa berbagai gulungan Kristian sepanjang generasi, sama sekali tidak mempengaruhi pemikiranku. Bila anda bertanya kepadaku apakah aku percaya kepada trinity atau keesaan, sebenarnya sama sahaja dengan pertanyaan apakah rmazhabku”. Demikian jugalah jawabannya jika orang bertanya adakah aku percaya kepda trinity atau keesaan, adakah aku Katholik atau Protestan atau Mormon”. Berkenaan trinity ia berkata “Tentang pembicaraan trinity, apakah Tuhan satu dalam tiga oknum atau tunggal tanpa oknum, maka persoalan itu menjadi masalah yang tak sanggup aku mengerti. Persoalan ini jauh lebih tinggi dari kemampuan akalku untuk memahaminya. Tetapi ia tidak mempengaruhi kehidupanku sebagai seorang Nasrani selagi aku beriman kepada kekuatan Ilahiyyah yang begitu agung di dalam semua aktiviti kehidupanku. Orang yang menganggap Tuhan akan murka kepadaku kerana aku belum percaya kepada hal yang tidak dapat aku fahami, menurutku ia adalah persangkaan yang tidak benar sama sekali”.

Katanya lagi di bawah tajuk Kepercayaanku Kepada al-Masih Tidaklah Berdasarkan Kesaksian Rasmi,  “…bagiku tidaklah ada bezanya apakah Jesus tuhan yang turun dari langit lalu menghabiskan masa beberapa tahun di bumi atau Ia pemimpin diantara pemimpin-pemimpin yang bijak dan menghabiskan umurnya seperti makhluk yang lain (bagi menjawab persoalan adakah Jesus Tuhan atau Tuhan Anak, atau Tuhan menjelma menjadi manusia, atau manusia sendiri). Didalam keadaan ini aku menganggap apa yang dikata dan dilakukan oleh Beliau sudah cukup untuk memberi pengajaran dan satu keuntungan bagiku”.

Dalam tajuk Bagaimana Aku Memahami Agama Kristian, di halaman 201 ia berkata “Jesus datang untuk mengajar manusia bagaimana cara hidup di dunia, bukan untuk membangunkan agama baru yang dinisbahkan kepada diriNya. Jika aku membicarakan agama Jesus, aku membicarakannya dengan penuh bimbang dan ragu, sebab aku tidak percaya Jesus adalah pengajar agama dan upacara agama. Perkataan agama di dalam Perjanjian Baru hanya disebut dua kali. Sepanjang pengetahuanku, Jesus tidak pernah menyebut agama. Jesus memang seorang yang agung dalam segala hal. Namun aku tetap ragu bahawa beliau membangunkan agama baru, dengan maksud beliau membentuk satu kelompok yang dinamakan atas nama beliau”.

Dalam halaman 259 di bawah tajuk Kebimbangan Terhadap Keselamatan, ia berkata  “Keselamatan yang sebenar didalam hidup adalah berdasarkan amalan anda setiap hari. Keselamatan yang diimpikan setelah mati umpama pelangi yang nampak indah dan menarik. Bila anda mendekatinya ia ternyata hanyalah sebuah goresan yang gelap”. Ia menyambung lagi “Dalam ajaran Nasrani sendiri, aku tidak mengerti kepercayaan penebusan dosa. Aku diberi gambaran palsu bahwa kehidupan ini akan berkat hanya dengan kehidupan yang baik di akhirat. Sedangkan penebusan dosa tidak menjadi satu kekuatan bagiku untuk melepaskan diri dari penderitaan di dunia ini. Seharusnya ia menjadi satu kekuatan untuk mengangkat jiwaku ketahap kesempurnaan tertinggi agar aku boleh hidup bahagia di dunia ini”. Ia menyambung lagi “Sesungguhnya sangatlah salah mereka yang menggunakan kata penebusan dengan pengertian menyelamatkan manusia dari seksaan neraka Jahannam di akhirat kelak. Kerana ajaran seperti ini bukanlah ajaran Nasrani tetapi ajaran berhala kuno, yang diambil dari kepercayaan falsafah Yunani dan Mesir, yang merupakan kepercayaan kepada alam kedua yang bersifat rahsia”.

Pada halaman 256 Dr. Frank berkata lagi “Aku percaya orang akan beranggapan aku bukanlah seorang Nasrani yang baik dan punya iman dan aku akan dianggap kafir oleh majoriti orang Nasrani. Pada  pendapatku mereka menganggap diri mereka sahaja yang benar dan aku dianggap kafir kerana aku berkeyakinan bahawa bahagian terbesar dari pokok ajaran Nasrani adalah penjelmaan ajaran berhala”.

Pada fasal bertajuk Kebimbangan Terhadap Dokrin Pembahagian Masyarakat Dalam Kelas-Kelas beliau berkata “Prinsip-prinsip agama Nasrani belum pernah diuji dalam kehidupan yang nyata agar satu ketetapan diambil terhadap nilai-nilainya. Namun jika dunia telah mencubanya, maka waktu itu mereka berhak mengaku sebagai Nasrani kerana telah membuktikannya. Tetapi jika kita hanya membataskan kenasranian kita hanya didalam bentuk doa ratapan, puji-pujian dan melaksanakan upacara serta adat kebesaran mengikut tata cara penyembah berhala, maka kita tidak berrhak sama sekali mengaku sebagai Nasrani”.

Jika difahami benar-benar apa yang diperkatakan oleh Dr. Frank Kraen, jelaslah hujah-hujah mengapa beliau menganut Kristian adalah hujah yang tidak dapat dipertangungjawabkan. Ternyata hujahnya kosong dan tidak mempunyai nilai dari sudut ilmiah. Tetapi hal ini tidak menghairankan kerana ayat-ayat yang menjadi dalil iktiqad-iktiqad asas agama Kristian itu pun saling bertentangan dan sangat mengelirukan. Namun adakah Dr. Fraknk dianggap tidak memahami Bible dan salah pengertian terhadap tujuan dan fungsi kalimah-kalimah ayat di dalam Bible itu? Hanya tanggapan inilah sahaja yang menjadi hujah bahawa Dr. Frank bukanlah penganut Kristian yang sebenar dan ia telah menyebutkan persangkaan ini di atas.anggapan awal ialah Dr. yang tidak memahami Kristian, yang tidak mendapat bimbingan Ruh ALLah. Tetapi jika diukur pada ajaran Paulus, Dr. Frank adalah seorang Kristian sebenar kerana beliau hanya perlu mengimani Kristian sahaja tanpa mempersoalkan persoalan-persoalan yang ada pada ajaran Kristian

BAB 5

FAKTA-FAKTA YANG HARUS DIKETAHUI

TAURAT

Taurat adalah bahagian pertama kitab Perjanjian Lama. Dalam bahasa Ibrani ia dipanggil Thora bererti pengajaran atau pertunjuk hukum. Dalam bahasa Yunani ia disebut Penteuch. Penteuch seringkali disebut Taurat Musa. Taurat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu kitab Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan dan Ulangan. Lima bahagian ini banyak menyebut tentang peraturan agama dan hal hukum. Selain dari itu seperti Yoshua, Hakim-Hakim, Ruth dan lain-lain kebanyakannya menyebut peristiwa dan kesah-kesah sesuatu Nabi dan kaum sahaja.

Kandungan Taurat

Walaupun Taurat mengandungi peraturan-peraturan hukum bagi bangsa Israel, tetapi ia juga mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan akal yang normal. Terdapat beberapa pertentangan ayat, perbezaan jumlah, perbezaan salalsilah dan juga pertentangan maksud ayat. Dalam bab 2 telah diterangkan perbezaan-perbezaan tersebut, yang dilihat mustahil dilakukan oleh Tuhan.

Perselisihan tentang pengarang Taurat

Orang Yahudi dan Kristian percaya Taurat dikarang oleh Nabi Musa. Tetapi ada pendapat ia dikarang oleh Yoshua kerana Bible menyebut Ia adalah pengganti Nabi Musa (Ulangan 34: 5-12). Namun pendapat tersebut adalah dipertikaikan kerana di dalam Ulangan terdapat keterangan tentang kewafatan Nabi Musa, tidak mungkin Baginda dapat menceritakan kesah kewafatanNya setelah meninggal dunia. Nabi Musa hidup 1,500 tahun sebelum Jesus dan orang Israel pula dibuang ke Babel pada 600 tahun. Jadi masa antaranya ialah 900 tahun. Tidak mungkin sama Nabi Musa menulis  perkara-perkara yang berlaku sesudah kewafatanNya. Jelaslah bahawa pengarang Taurat yang merupakan Pejanjian Lama Bible adalah orang-orang yang tidak dapat dipastikan. Oleh yang demikian bagaimanakah kitab yang tidak dapat dipastikan pengarangnya dapat dipertanggugjawabkan sebagai sebuah kitab suci dari Tuhan.

BIBLE

Sebenarnya Bible yang ada sekarang ini bukanlah Injil Jesus yang asli. Ia adalah hasil tulisan mengenai Jesus selepas kewafatanNya. Injil yang asli telah hilang akibat penindasan kejam maharaja-maharaja Rome keatas penganut ajaran asli Jesus dengan hasutan orang Yahudi (Penganut ajaran asli Jesus disebut penganut agama Masehi dan penganut ajaran triniti disebut Kristian). Oleh itu mereka menggantikan dengan empat buah karangan iaitu Injil (mengikut perkataan orang Kristian) Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Selain dari empat Injil di atas, terdapat pula Surat Kiriman Rasul-Rasul. Empat Injil tersebut dan Surat Kiriman Rasul digabungkan yang kemudian dinamakan Perjanjian Baru. Perjanjian Baru ini digabungkan pula dengan Taurat (yang diragui sebagai Taurat asli Nabi Musa) yang kemudian dikenali sekarang ini The Holy Bible.

Injil Matius

Mengikut Bible, Matius adalah pengutip cukai (Matius 9: 9-13). Mengutip cukai adalah satu pekerjaan yang hina bagi orang Yahudi tetapi tidak bagi orang Kristian. Matius dianggap naik ke langit bersama Jesus tetapi pada pendapat lain ia mati ditembak di Athiopia pada tahun 62 masehi.

Kebanyakan penganut Kristian mengatakan Injil ini ditulis dalam bahasa Ibrani atau Suryani tetapi naskah tertua yang dijumpai adalah dalam bahasa Yunani. George Zwen penulis Lubnan mengatakan Matius menulis Injil ini pada tahun 39 masehi, manakala George Post pula mengatakan ia dikarang pada tahun 60 hingga 65 masehi. Perbezaan pendapat ini belum lagi diambil kira dengan pendapat-pendapat yang lain.

Injil Markus

Menurut ahli sejarah, Markus bukanlah dari dua belas orang pengikut Jesus. Ia berasal dari orang Yahudi dan antara orang yang terawal menerima seruan Jesus. Ia terpilih menyebarkan agama Masehi setelah mendapat ilham.

Dr. Post mengatakan Petrus menulis Injil ini. Tetapi pendapatnya dipertikaikan kerana Petrus adalah guru Markus. Tidak mungkin guru menulis Injil ini dan menisbahkan kepada muridnya kerana sepatutnya murid menulis bagi pehak guru. Dan tiada sejarah lain yang menyatakan penulis sebenar Injil ini.

Injil Lukas

Luka dilahirkan di Antoqiah. Ia bukan keturunan Yahudi. Ia dipercayai bukan bukan dari dua belas murid Jesus tetapi adalah murid Paulus. Dr. Post mengatakan Lukas menulis Injil ini ketika Paulus masih hidup tetapi Lanvousse mengatakan setelah Petrus dan Paulus mati. Horner pula berpendapat Luka menulis Injil ini pada tahu 53 atau 63 atau 65 masehi.

Injil Yohanes

Injil ini merupakan Injil terpenting diantara tiga injil di atas kerana ia lebih banyak memperkatakan ketuhanan Jesus. Yohanes juga dikatakan Rasul yang paling genius dikalangan Rasul-Rasul yang lain.

Para pengkaji mengatakan Injil ini dikarang oleh Yahya bin Zabdi, seorang penjala ikan yang disayangi oleh Jesus. Ada pula yang berpendapat Ia bukanlah seorang Rasul tetapi Yahya lain yang tiada kaitan dengan Yahya bin Zabdi. The Fourth Pospel as History menyebut Injil ini disusun oleh murid aliran Iskandariah. Dr. Post pula mengatakan ia ditulis pada tahun 95 tau 96 atau 98 masehi. Horner pula mengatakan ia ditulis pada tahun 70 atau 98 masehi.

Injil Barnaba

Kebanyakan kesah Barnaba disebutkan di dalam Kesah Rasul-Rasul bermula dari Kesah Rasul-Rasul 1: 1 hingga 15: 41. Barnaba dianggap sebagai guru yang ulung yang dikirim untuk memberi pertunjuk dan nasihat. Injil Barnaba mengiktirafnya sebagai Rasul Hawariyyun tetapi Injil yang lain darinya tidak mengiktirafnya. Ahli sejarah sepakat mengatakan naskah tertua ialah dalam bahasa Itali yang ditemui pada tahun 1709 masehi.

Injil ini berlainan dari Injil-Injil yang lain kerana ia tidak menganggap Jesus anak Tuhan tetapi manusia biasa, sembelihan yang dilakukan Nabi Ibrahim ialah keatas Nabi Ismail bukan Nabi Ishak, al-Masih yang dijanjikan bukan Jesus tetapi Nabi Muhammad dan yang disalib bukan Jesus tetapi Judas Iskariyot yang diserupakan dengan rupa Jesus. Tidak hairanlah jika Injil ini tidak diiktiraf oleh semua mazhab agama Kristian. Bahkan ia dikatakan sebagai Injil palsu yang dicipta oleh orang Islam untuk menguatkan hujah kebenaran Islam.

Surat Kiriman Rasul-Rasul

Merupakan sumber ketiga agama Kristian. Ia lebih mementingkan kepada penjelasan kepada ajaran Kristian. Ia mengandungi dua puluh risalah iaitu 1 dinisbahkan kepada Lukas,  14 risalah Paulus, 1 risalah Yaakub, 2 risalah Petrus, 3 risalah Yahya dan 1 oleh Yahuda.

Namun demikian risalah-risalah Paulus adalah lebih mendominasi bahagian ini. (Lihat  bab 3: Iktiqad asas Kristian: Paulus)

FAHAMAN-FAHAMAN KAUM MASEHI

Fahaman dizaman keesaan

Di sini penulis akan menyatakan gulungan-gulungan kaum Nasrani selepas Jesus. Secara umum difahamkan kaum selepas Jesus sehingga Paulus adalah disebut kaum Nasrani dan kepercayaan mereka disebut agama Masehi dan kaum-kaum selepas Paulus disebut penganut dan iktiqad Kristian. Pembahagian ini adalah untuk memudahkan kita memahami perkembangan iktiqad Kristian secara keseluruhan.

Gulungan Arius

Gulungan ini berfahaman ALLah itu esa dan Jesus adalah manusia biasa dan juga sebagai pesuruh ALLah. Gulungan ini merupakan yang terkemuka dan mempunyai pengikut yang ramai. Ia merupakan umat majoriti sebelum kepercayaan tiga Tuhan mendominasi umat Masehi sehingga dikenali sebagai umat Kristian.

Gulungan Paul Samosata

Gulungan ini mempercayai keEsaan ALLah dan Jesus manusia biasa pesuruh ALLah yang dijadikan ALLah dalam perut Maryam tanpa bapa. Mereka juga tidak mempercayai Kalimat dan Roh Kudus (Roh ALLah).

Gulungan Marcion

Gulungan ini mempercayai Tuhan ada tiga iaitu Tuhan Baik, Tuhan Sederhana dan Tuhan Jahat. Ia diasaskan oleh seorang Hawariyyun, ketua dikalangan murid Jesus.

Gulungan Barbariah

Gulungan ini mempercayai Jesus dan ibunya adalah Tuhan. Gulungan ini berkemungkinan masih ujud ketika al-Quran diturunkan.

Fahaman lama semasa triniti

Kepercayaan kepada tiga tuhan atau trinity bermula semasa persidangan Necea dan ia dikuatkuasakan selepasnya. Fahaman keesaan telah diasingkan dengan paksa dari gereja. Oleh kerana penganutnya lebih ramai, pemerintah Rome tidak dapat menghapuskannya. Oleh itu jalan yang diambil ialah mengasingkan pendita dan pejuang fahaman itu dari memasuki gereja. Ini menyebabkan mereka terputus hubungan dengan para pengikut mereka dan  tidak dapat menyampaikan ajaran keesaan. Disini bermulalah zaman kegelapan dan penyelewengan dari fahaman keesaan kezaman serba tiga.

Gulungan Mecadonius

Gulungan ini tidak mempercayai Ruh Kudus (Roh ALLah) itu Tuhan tetapi adalah makhluk dan menentang ajaran gereja yang mengatakan Ia Tuhan. Mecadonius dilantik menjadi ketua Gereja Konstantinople oleh Maharaja Konstantin II. Kepercayaan ini mendapat sokongan dan diterima ramai terutama oleh gulungan yang menganut faham keesaan.

Dalam persidangan Konstantinople (381 masehi), pendapat ini ditolak oleh gulungan berfahaman trinity yang mempercayai Tuhan Bapa, Anak dan Ruh Kudus (Roh ALLah), dan ajaran Mecadonuus dianggap sesat.

Gulungan Nestorius

Gulungan ini juga menolak kepercayaan Jesus adalah Tuhan. Mereka juga menentang ajaran di dalam diri Jesus terdapat sifat ketuhanan dan kemanusiaan. Mereka tidak terikat dengan upacara-upacara seperti agama masehi yang lazimnya.

Dalam persidangan Epasus, pendapat Nestor ditolak dan beliau dibuang ke Mesir, dan mati disana.

Gulungan Kyrillos Iskandariah

Gulungan ini menentang fahaman Nestorius. Mereka mempercayai di dalam tubuh Jesus terdapat tabiat ketuhanan dan kemanusiaan, tetapi tabiat ketuhanan menguasai tabiat kemanusiaan.

Gulungan Entiches Konstantinopolis

Gulungan ini berpendapat di dalam tubuh Jesus hanya terdapat tabiat ketuhanan sahaja tanpa tabiat kemanusiaan.

Dalam persidangan Kalsidoni, pendapat ini telah ditolak.

Gulungan Yaakubi

Diasaskan oleh Diaoscurus di Iskandariah. Gulungan ini mempercayai di dalam tubuh Jesus terdapat tabiat ketuhanan dan kemanusiaan yang bergabung menjadi satu tabiat.

Dalam persidangan Chalkedon, pendapat ini ditolak. Ini menyebabkan gereja Mesir memisahkan diri dari gereja Rome.

Gulungan Maroni

Diasaskan oleh Yahya Maroni yang mula menyebarkannya (667 masehi). Ia mengatakan Jesus mempunyai tabiat ketuhanan dan kemanusiaan tetapi dengan satu kehendak.

Dalam persidangan Konstantinople pada tahun 680 masehi, fahaman ini ditolak dan orang yang mempercayainya dikafirkan. Oleh kerana mereka tidak mempunyai kekuatan mereka ditindas dengan kejam. Mereka lari ke pergunungan Lubnan hinggalah gereja Rome datang memujuk mereka dan mereka kembali bersatu dengan gereja Rome.

Perkembangan iktiqad dari fahaman keesaan hingga kepada trinity

Agama masehi adalah agama samawi yang diturunkan kepada Jesus (Yang disebut Nabi Isa Alaihissalam dalam agama Islam). Tetapi selepas kematian Jesus, agama masehi telah mengalami zaman perkembangan dan perubahan yang dimulakan oleh Paulus (Lihat bab 3: Iktiqad asas Kristian: Paulus). Ketua-ketua agama masehi telah mengadakan dua puluh persidangan dari abad pertama masehi hingalah ketahun 1879. Diantara persidangan yang penting ialah persidangan Juruselam (105 masehi) yang diketuai paderi besar Yaakub Pesuruh, yang khas membicarakan hukum bersunat bagi orang bukan yahudi.

Berikut akan dibentangkan beberapa persidangan penting yang telah diadakan. Ia akan menerangkan bagaimana ajaran keesaan yang berasal dari Jesus berkembang menjadi ajaran trinity. Ia juga akan menjelaskan bagaimana ajaran-ajaran Bible Perjanjian Lama dan kata-kata Jesus di dalam Perjanjian Baru diengkari, sebaliknya perkataan pendita dan ketua-ketua agama dijadikan iktiqad.

Persidangan Nicea (325 masehi)

Sebelum persidangan ini, ketua-ketua gereja telah mula mengajarkan iktiqad mempertuhankan al-Masih (Jesus). Mereka telah memaksa orang ramai menganut iktiqad ini dan mengkafirkan orang yang menentangnya. Dalam masa ini bangkit Arius seorang pemuka agama masehi yang kuat, yang dipercayai masih berpegang kepada ajaran keesaan. Ia dengan berani menganjurkan kegiatan-kegiatan menentang gereja terutama gereja Iskandariah. Raja Konstantine mengarahkan keduanya berdamai tetapi gagal. Maka untuk itu, persidangan Nicea diadakan.

Dalam persidangan Nicea, 2,048 uskup (pemuka agama) telah hadir dijemput oleh raja. Ia dipengerusikan oleh raja dengan menyerahkan tongkat dan pedang kerajaan sebagai janji orang yang menerima keputusan persidangan akan diberi kuasa dalam kerajaan. Berbagai fahaman telah diutarakan seperti fahaman Sibelius, Mercion dan lain-lain. Hadir juga Paulus (Uskop Antioqia) yang mengutarakan Jesus adalah Tuhan.

Keputusan yang diambil ialah menetapkan tiga ketuhanan (Triniti), Jesus disalib untuk menghapus dosa manusia, melarang ketua agama yang kematian isteri berkahwin (Kata Paulus: seorang suami bagi seorang wanita sahaja) dan menetapkan kitab yang wajib diikuti serta memusnahkan kitab yang bertentangan dengannya.

Dengan kekuasaan raja, keputusan yang diambil telah dipaksakan kepada seluruh orang masehi walaupun keputusan minoriti. Fahaman triniti Paulus hanya diterima 318 uskup dan 1,730 lagi menentang. Antara kitab yang diharamkan ialah surat kedua dan ketiga Yahya, surat Yaakub, surat Yahuda, surat kedua Petrus dan surat Paulus kepada orang Ibrani.

Persidangan dikritik hebat kerana ia dipengerusikan oleh raja Konstantine yang belum memeluk agama masehi. Oleh itu bagaimana kecenderunganya kepada sesuatu pendapat boleh diterima. Iktiqad trinity hanya diputuskan kerana takutkan raja sedangkan fahaman keesaan Tuhan merupakan pegangan majoriti penganut agama masehi. Jadi jelas fahaman trinity adalah iktiqad yang dicipta dan datang kemudian. Pendapat Arius yang hadir tentang keesaan Tuhan disokong oleh 700 uskup tetapi gereja Iskandariah memonopoli persidangan dan mengutuk Arius. Fahaman trinity Paulus dipersetujui raja walaupun ia hanya disokong 318 uskup. Maka atas sebab keputusan persidangan tidak diterima ramai, kitab-kitab yang diharamkan diedarkan semula kepada orang ramai. Dengan demikian di dalam Bible mengandungi kitab Perjanjian Lama dan Baru, dimana berlaku pertentangan antara Perjanjian Lama dan Baru; dan pertentangan antara ajaran Jesus dan Paulus.

Persidangan konstantine I (381 masehi)

Dalam persidangan Nicea, keputusan menentukan bahawa Jesus adalah Tuhan Anak yang mempunyai zat yang qadim dengan zat Tuhan Bapa. Tetapi tidak ada keputusan tentang Roh Kudus (Roh ALLah), adakah ia juga Tuhan atau ia roh yang dijadikan Tuhan. Ini disebabkan  persidangan itu penuh kacau bilau.

Pastor Macedonius mengatakan Roh Kudus (Roh ALLah) adalah makhluk yang dijadikan Tuhan. Ia diterima dengan baik oleh pengikut Arius dan turut menyebarkannya. Bishop Iskandariah menentang kuat fahaman ini dan mengusulkan kepada raja supaya satu persidangan diadakan untuk menolak fahaman Macedonius.

Hanya 150 uskup sahaja hadir dengan didominasi oleh Boshop Iskandariah. Ketetapan diambil ialah Ruh Kudus adalah Tuhan berserta Tuhan Bapa dan Tuhan Anak (Jesus). Gulungan Macedonius dikutuk dan dikafirkan. Dengan kehadiran yang sedikit keputusan tidak diiktiraf sebagai keputusan sejagat.

Persidangan Ephesus I (431 masehi)

Pastor Neastur menolak iktiqad ketuhanan Jesus. Ia mengatakan Jesus bersatu dengan Tuhan bukanlah secara haqiqi tetapi simbolik atas ketaatan dan anugerah. Jadi Jesus bukanlah Tuhan atau pun Tuhan Anak. Neastur menyebarkan fahamannya secara terbuka sewaktu menjadi ketua gereja Konstantinople (428-431 masehi).

Sekali lagi Bishop Iskandariah menjadi dalang. Ia, uskup Rome dan Iskandariah menganjurkan persidangan dengan kehadirann 200 uskup. Neastur dan uskup Antioqia tidak hadir, patrich Konstantine meninggalkan persidangan.

Keputusan yang diambil ialah Maryam adalah ibu Tuhan, Jesus adalah anak Tuhan dan juga Tuhan dalam satu peribadi dengan tabiaat ketuhanan dan kemanusiaan. Maka iktiqad triniti menjadi bertambah masyhur.

Neastur dilaknak, dikutuk dan dihalau ke Mesir.

Persidangan Chalkedon (451 masehi)

Persidangan Ephesus tidak dapat menghentikan pertelingkahan tentang unsur ketuhanan dan kemanusiaan Jesus. Walaupun Neastur dihalau ke Mesir tetapi pendapatnya berkembang di Timur Tengah. Gereja Katholik juga menentang persidangan Ephesus kerana mereka diasingkan dari persidangan itu dan berpendapat persidangan Ephesus hanya untuk mengukuhkan pendapat Bishop Iskandariah. Mereka mengatakan persidangan Ephesus sidang pencuri. Kemudian persidangan Chalkedon diadakan dengan dihadiri puteri raja Rome dan suaminya.

Persidangan penuh kerusuhan dan ketegangan. Keputusan diambil ialah, Jesus mempunyai tabiat ketuhanan yang berdiri sendiri dan tabiat kemanusiaan yang juga berdiri sendiri, yang mana kedua-dua tabiat itu berada di dalam diri Jesus.

Persidangan ini mengutuk Meastur dan juga persidangan Ephesus.

Pemisahan gereja Barat dan gereja Timur

Gereja Mesir menolak keputusan persidangan Chelkedon dan sangat marah terhadap penghinaan keatas Patrich mereka Neastur. Mereka menganggap ia satu penghinaan terhadap tanah air mereka walaupun ia berpunca dari segi agama. Mereka tetap menganggap ALLah adalah zat yang satu tetapi mempunyai beberapa peribadi dan Jesus hanya mempunyai tabiat kemanusiaan semata-mata.

Akibat perselisihan ini timbullah pula mazhab Yackub al-Barazi yang mengatakan Jesus mempunyai tabiat yang satu.

Persidangan Konstantinople II (553 masehi)

Dalam kacau bilau iktiqad ini, terdapat pula uskup yang berpendapat Jesus tidak mempunyai haqiqat, hanya khayalan semata-mata. Untuk menolak pendapat ini persidangan Konstantinople diadakan dengan kehadiran 140 oang. Ia mengukuhkan pendapat Jesus dua tabiat dan melaknat pendapat Jesus satu tabiat.

Persidangan Konstantinople III (380 masehi)

Pada tahun 667 masehi muncul pula Yuhana Marun yang mengatakan Jesus mempunyai dua tabiat satu kehendak kerana ia bertemu dalam satu peribadi Jesus. Maka persidangan ini diadakan dengan kehadiran 289 uskup untuk menolak fahaman ini.

Jika ditinjau sehingga persidangan Konstantinople III, jelaslah fahaman keesaan agama masehi telah berubah jauh dari mengesakan ALLah kepada fahaman triniti. Ia bermula dari persidangan Nicea dengan dimulakan oleh Paulus. Juga jelas sekali ia bukan ajaran Jesus.

Persidangan-persidangan lain sehingga tahun 1869 masehi

Persidangan ketujuh (754 masehi)

Keputusan persidangan ialah melarang mengambil gambar dan patung semasa beribadah dan diharamkan mengambil syafaat dari Maryam.

Persidangan kelapan (787 masehi

Dikenali juga sebagai persidangan Nigisia. Keputusan diambil ialah menjunjung tinggi gambar Jesus dan pendita. Gambar-gambar itu hendaklah diletakkan dibanyak tempat supaya menarik perhatian orang agar berfikir tentang Jesus dan ibunya.

Persidangan kesembilan (1123)

Keputusan yang diambil ialah uskup bukanlah hanya bertugas sebagai hakim negeri tetapi sebagai paus sendiri.

Persidangan kesepuluh (1139 masehi)

Diadaka di Rome dengan dihadiri 1000 uskup. Persidangan bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan antara gereja Timur Yunani dan gereja Barat Latin. Ia menemui kegagalan.

Persidangan kesebelas (1179 masehi)

Diadakan di Rome. Paus dipilih melalui suara 2/3 bilangan kardinal. Sudah ada kepercayaan bahawa roti adalah simbolik kepada tubuh Jesus dan arak adalah simolik darahNya.

Persidangan kedua belas (1215 masehi)

Diadakan di Rome. Keputusan diambil ialah Paus berhak meneliti dan menjadi perantaran permohonan pengampunan dosa dari orang awam kepada Tuhan.

Persidangan kesembilan belas (1542 masehi)

Diadakan di Rome. Keputusan diambil ialah menolak fahaman mazhab Protestan.

Persidangan kedua puluh (1869 masehi)

Diadakan di Rome. Persidangan menetapka Paus adalah ma’sum yakni suci dari dosa.

Dari keterangan rengkas di atas jelaslah bahawa iktiqad trinity sekarang adalah hasil dari perkembangan yang memakan masa yang panjang. Ia bukanlah ajaran Jesus yang jelas tetapi adalah hasil dari pemikiran Paulus yang diperolehi dengan undian persidangan yang dibuat akibat dari pertikaian pendapat yang berlaku dan ia diterima sebagai iktiqad resmi, walaupun dengan majority yang kecil. Kemudian sejarah menceritakan hasil dari iktiqad trinity ini dipaksakan dengan kejam oleh gereja Barat keatas orang ramai yang tidak menerimanya.

Sebab-sebab pemisahan gereja Timur dan gereja Barat

Pada dasarnya pemisahan antara gereja Timur dan Barat adalah berkisar dari segi kepercayaan dan kekuasaan. Gereja Timur dan penganutnya mempercayai Roh Kudus (Roh ALLah) adalah keluar dari Bapa semata-mata sedangkan gereja Barat mempercayai Ia keluar dari Bapa dan Anak sekali. Semasa Bishop Konstantinople (gereja Timur) sedang menduduki tampuk pemerintahan, ia mengeluarkan pendapat Roh Kudus keluar dari Bapa semata-mata tanpa merujuk kepada gereja Rome (gereja Barat).

Apabila Bishop Konstantinople dipecat, gereja Rome memutuskan bahawa Ruh Kudus  keluar dari Bapa dan Anak pada persidangan Konstantinople (869 masehi) dan sesiapa yang hendak membincangkan soal agama dikehendaki memohon kelulusan gereja Barat. Tetapi apabila Bishop gereja Timur itu kembali berkuasa, mereka menolak pula keputusan gereja Barat itu pada satu lagi persidangan Konstaninople (879 masehi).

Kekejaman gereja Barat

Gereja Barat telah melakukan berbagai kekejaman terhadap gereja Timur yang bertentangan pendapat dengan mereka. Gereja memonopoli hak mentafsir Bible dan segala tafsirannya dianggap ajaran agama yang tidak boleh disanggah walaupun ia tidak selari dengan ajaran Jesus di dalam bible itu sendiri. Pendita yang bercanggah pendapat dengan gereja disingkirkan, dituduh murtad, Injil catatan mereka dituduh palsu dan mereka dibunuh. Antara mereka ialah Arius yang mengajarkan fahaman keesaan dan Tatianus murid Tustinus, dan juga Abelard yang berpendapat bahawa penyaliban Jesus bukanlah jalan yang sebenar untuk mendapat pengampunan Tuhan malah lebih mudah dari itu (Lihat bab 3: iktiqad asas Kristian: percanggahan ayat dosa warisan). Satu majlis kehakiman telah menghakimi beliau, buku-buku beliau dimusnahkan dan beliau dibakar hingga mati.

Pada kurun ke 13, gereja Katholik Rome telah menjalankan dasar paksaan memasukkan orang ramai kedalam agama Kristian. Barang siapa yang engkar dihukum dengan hukuman yang berat seperti dikerat lidah, dicungkil mata, diseksa sampai mati malah dibakar hidup-hidup. Ini jelas bercanggah dengan ajaran kasih sayang yang diajarkan Jesus. Kemuncaknya pada tahun 1204 masehi, Pope telah mengarahkan serangan untuk merampas kota Konstantinople dari tangan orang Yunani. Konstantinople telah dikuasai selama 12 tahun hingga tahun 1216 masehi. Dalam tempoh tersebut gereja Barat telah melakukan berbagai kekejaman. Di negeri kekuasaan gereja Konstantinople seperti Syria, Mesir dan Palestin, gereja-gereja mereka ditutup, uskup-uskup dipenjarakan supaya hubungan dengan pengikut mereka terputus. Dengan ini ajaran yang bertentangan dengan gereja Barat dapat dilenyapkan. Ini menyebabkan gereja Syria, Mesir dan Palestin lebih suka mendekati penduduk tempatan dari hidup dibawah kekejaman gereja Rome.

Kuasa authoriti Pope

Dalam gereja Katholik Barat sejak awal-awal tahun masehi, Pope mempunyai kuasa mutlak. Segala perintahnya tidak boleh disanggah dan sesiapa yang menyanggah arahan atau fatwa Pope dianggap rosak imannya dan juga dianggap melanggar perintah Negara, kerana negara wajib mematuhi arahan Pope.  Kekuasaan Pope begitu tinggi sehingga ia boleh mencipta undang-undang yang bersifat memaksa. Pada tahun 359 masehi, Maharaja Velentine I disusuli Theodosius I mengeluarkan perintah hukuman keras keatas sesiapa yang menentang pendapat gereja. Akibatnya pada tahun 385 masehi aas arahan Maharaja Maximus, orang Pricily Sepanyol telah dihukum bunuh kerana engkar arahan gereja. Pada tahun 430 masehi, St. Agustinus mengatakan kekuasaannya melebihi segala kekuasaan. Ia mengeluarkan undang-undang menghukum orang-orang yang menentang gereja. Kemuncaknya ialah pada persidangan di Rome tahun 1215, Pope diisytiharkan mempunyai kuasa meneliti dan menjadi perantara pengampunan dosa manusia.

Pope juga berhak menentukan kitab yang boleh dibaca dan yang tidak boleh dibaca. Beberapa tahun selepas St. Agutustinus meninggal, Uskup Rome telah mengeluarkan daftar kitab-kitab dan buku-buku yang diharamkan dibaca. Antaranya Injil-injil gulungan keesaan seperti Arius dan buku-buku ilmu pengetahuan. Injil-injil yang bertentangan dengan iktiqad triniti diarahkan untuk dibakar dan dihapuskan.Ini menyebabkan buku-buku falsafah dan buku-buku ilmu pengetahuan yang sangat tinggi nilainya hanya tersimpan diperpustakaan kerana rakyat dilarang membacanya kerana dianggap bertentangan dengan agama (Lihat bab 3: iktiqad asas Kistian: Paulus: berlebih-lebihan menggunakan akal). Akibatnya semasa kekuasaan Pope, Eropah berada didalam kegelapan sehingga bermulanya zaman pembaharuan. Namun tidak begitu kehendak Tuhan. masih terdapat Injil-injil yang mengajarkan iktiqad keesaan yang berjaya diselamatkan seperti Injil Barnaba dan juga menuskrip-manuskrip yang ditemui di Gua Qamran (Lihat tajuk Naskah dari Gua Qamran).

Bible menolak iktikad Pope berhak mengampunkan dosa manusia

Sebenarnya iktiqad Pope boleh meneliti dan menjadi perantara untuk mengampunkan dosa manusia adalah tidak benar. Ia tidak mempunyai dalil dari Bible. Ia hanyalah keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kardinal.

Pope hanyalah sebagai guru yang memimpin dan memberi pengajaran kepada penganut Kristian. Yang memberi keampunan adalah Tuhan kerana orang yang membuat kejahatan dan kebajikan dialah yang mendapat ganjaran pahala dari Tuhan. Bible telah menegaskan haqiqat ini dengan ayat, “Kami hanyalah hamba ALLah yang memimpin kamu percaya kepada Kristus. Kami hanya menjalankan tugas masing-masing yang diberikan oleh Tuhan. Aku menanam benih Apolos menyiramnya, tetapi ALLah sendiri yang menyebabkan benih itu tumbuh” (1 Korintus 3: 5).

Kemunculan mazhab Protestan

Banyak pendapat gereja Barat yang tidak disenangi oleh gereja Timur. Ini menyebabkan timbul suara-suara yang menentang pendapat-pendapat yang dianggap tidak berdasarkan ajaran Bible.

Pada kurun ke 16 suara-suara penentangan semakin lantang menyeru pembersihan gereja dari pendapat-pendapat yang bercelaru dan mengkritik amalan-amalan buruk ketua gereja. Seorang penganut Kristian Belanda bernama Erasmus telah menyeru dan menganjurkan orang ramai supaya membaca dan memahami semula Bible serta membetulkan semula tafsiran-tafsirannya. Kemuncak penentangan ini ialah apabila Martin Luther (1483-1546 masehi) menulis buku Doctrin of Cristianity yang kemudian menjadi pelopor mazhab Protestan.

Dasar-dasar Protestan

Mazhab Protestant menjadikan Bible satu-satunya sumber ajaran Kristian dan mana-mana pendapat yang tidak ada di dalamnya adalah ditolak. Oleh yang demikian setiap orang berhak membaca Bible dan mentafsirkannya mengikut kemampuan masing-masing. Amalan agama juga dibolehkan dalam bahasa kaum masing-masing. Mengikut rakan Anglican, mereka juga menolak adat-adat yang telah begitu sebati diamalkan yang kemudiannya dianggap sebagai ajaran agama

Gereja Protestant juga tidak mempunyai kepimpinan umum. Setiap gereja mempunyai ketuanya sendiri, yang berperanan memberi pertunjuk dan bimbingan kepada sesiapa yang mahu berdikari dalam memahami Bible. ketua gereja tidak berhak menjadi perantara pengampunan dosa dan juga dibenarkan berkahwin.

Protestant juga menolak iktiqad yang menyatakan santapan rohani mempunyai hubungan dengan Jesus. Ia hanya sebagai peringatan semata-mata.

Protestan meneruskan dasar kekejaman

Walaupun pada awalnya mazhab Protestan muncul sebagai bantahan terhadap kekejaman gereja Katholik, namun setelah mereka mendapat kekuasaan mereka juga menjalankan dasar yang sama. Kaum Protestan meneruskan kefanatikan Katholik malah lebih kejam lagi. Pada tahun 1553 masehi atas fatwa Calvin, Serfitus dari Sepanyol telah dihukum mati  kerana  membantah triniti.

Pada abad keenam belas, Socinus mengeluarkan pendapat Tuhan adalah satu dan menolak triniti, dan Yesus bukan Tuhan. Mereka berpegang kepada toleransi dan menolak memaksakan pegangan dengan kekerasan.  Gerakan ini timbul di Itali. Mereka lari ke Swissland tetapi di usir dengan kejam oleh Calvin sehingga mereka lari pula ke Transvalnia dan Poland.

Yang jelas berlaku ialah, dahulunya Pope memaksakan ajarannya kepada gereja dengan ketat. Tetapi Protestan pula memaksakan seluruh pegangan kepada Bible, yakni Bible mengikut kefahaman mereka sahaja.

NASKAH DARI GUA QAMRAN

Penemuan yang menggemparkan dunia

Pada tahun 1941 beberapa peniaga barang-barang pasar gelap berbangsa Arab dari Jordan telah datang ke Juruselam. Oleh kerana masa itu perang dunia ke II sedang bergelora, mereka melalui jalan-jalan rahsia atau jalan tikus. Secara tidak sengaja mereka telah memasuki saebuah gua berukuran 9m x 2m x 3m. Di dalamnya mereka menemui 40 buah tempayan yang masih baik. Mereka memeriksa isinya dengan harapan menemui emas atau barang-barang berharga. Namun yang dijumpai adalah naskah-naskah lama yang tiada nama penulisnya. Mereka membawa pulang naskah-naskah itu dengan harapan ia boleh memberikan keuntungan atau dijual.

Setelah meminta berapa nasihat, mereka membawa naskah-naskah kuno itu kepada seorang pakar bahasa Assyria bernama Anthonius Yasua Samuel. Setelah diselidiki ia bukanlah berbahasa Assyria tetapi berbahasa Ibrani (Hebrew). Namun Samuel memeliharanya walaupun ia belum mengetahui adakah naskah-naskah itu bernilai dari segi ilmu pengetahuan. Peniaga Arab tadi pun telah menjual sebahagian darinya kerana ada yang memikirkan ia adalah barang yang penting yang mungkin akan memberi menafaat dalam bidang penyelidikan. Salah seorang yang menerimanya ialah Prof. Sukenik dari Universiti Hebrew

Akhirnya naskah-naskah itu sampai ketangan sarjana Belanda Paderi J.P.M Van Der Ploeg. Kemudian diketahui bahawa gulungan naskah-naskah itu adalah catatan-catatan kitab Perjanjian Lama iaitu Taurat kitab Nabi Yeyasa, kitab Nabi Habakuk dan beberapa catatan puji-pujian termasuk Mazmur. Kemudian naskah yang ada pada Samuel itu diserahkan pula kepada The American School of Oriental Researh. Di situ ia diselidik dengan lebih mendalam, diteliti dengan kanta khas dan dikenal pasti ia ditulis di atas kulit kambing yang dimasak secara khusus. Beberapa sarjana yang pakar seperti Dr. Wiliam H Brounlee dan Dr. John C Trever telah berhasil mengenal kandungannya lalu mengirimkan hasil penyelidikan mereka kepada Prof. William F Albricht dari Hopkins Universiti. Dr. Albricht mengakui pendapat Dr. Brounlee bahawa naskah-naskah itu sangat lama di abad pertama sebelum masehi atau lebih lama lagi.

Penemuan itu memberi kesan yang besar besar dalam bidang kaji purba terlebih lagi terhadap agama Kristian. Pada tahun 1949 PBB mengirimkan wakilnya di Pelestin Philippe Lippens dengan bantuan kerajaan Jordan, dan mereka menemui gua yang lain. Tempayan yang ada ditangan Prof. Sukenik diuji dan ternyata ia dari gua tersebut. Pada bulan Februari 1956 gua yang kesebelas telah dijumpai pula.

Penemuan hasil kajian naskah-naskah tersebut

Penemuan naskah-naskah kuno tersebut bukan sahaja menarik minat pehak-pehak yang disebutkan, tetapi juga menarik minat Universiti Hebrew, universiti kepunyaan orang Yahudi. Ia disebabkan Perjanjian Lama yang juga dikenali sebagai Taurat Musa yang asli masih tidak ditemui.

Hasil penyelidikan menunjukkan pada abad pertama, di sekitar pergunungan Qamran terdapat satu kaum Kristian bernama kaum Essennes. Penyelidikan menunjukkan mereka telah menyembunyikan kitab-kitab Nabi Yeyasa dan Injil asli yang diterima dari Nabi Isa Alaihissalam kerana penindasan yang sangat kejam kerajaan Rumawi atas pengaruh Kristian Ketholik.

Ilmu pengetahuan adalah jambatan dan penunjuk kebenaran, tidak seperti Kristian masa kini yang menolak akal dan penyelidikan. Sebahagian dari naskah-naskah itu telah dicetak, contohnya naskah Yesaya A yang ditulis di atas kulit sebanyak 15 kolum, apabila dijahit panjangnya lebih kurang 15 meter selebar 10 inci, telah diterbitkan oleh Miller Burrows.

Yang paling menggemparkan lagi, terdapat naskah yang menceritakan peperangan antara cahaya dan kegelapan. Dalam kisah itu disebutkan terdapat seorang Guru Benar, yang digambarkan sebagai seorang Rasul  yang dimusuhi orang Yahudi. Diceritakan juga Ia dikejar-kejar untuk ditangkap dan disalib namun Tuhan ALLah telah menyelamatkanNya. Musuhnya akhirnya disiksa Tuhan dengan penindasan demi penindasan yang menyebabkan kehancuran bagi mereka. Dr. Teacher berpendapat Guru Benar itu adalah Jesus al-Masih. Dr. Teacher juga telah membuktikan dalam majalah ilmiah Journal of the Jewish Studies, bahawa di dalam naskah tersebut terdapat keterangan ada orang lain yang telah merosakkan ajaran Guru Benar itu. Menurut Dr. Teacher lagi, kaum Kristen zaman permulaan itu berpendapat perosak ajaran asli Jesus adalah Paulus. Kaum Kristian ini menurut Father Yean Danielou dari Perancis, dalam bukunya Dead Sea Scrolls and Primitive Christiantity, yang disebut Ebionim dalam bahasa Ibrani yang bermaksud gulungan Yahudi miskin yang menganut ajaran tauhid dan Jesus bukan anak Tuhan, tetapi sebagai Nabi Yahudi. Kemudian sarjana Perancis Duppont Somme berkata di dalam bukunya The Meaning of Dead Sea Scrolls, “Dengan terjumpanya naskah-naskah Qamran ini, persoalan-persoalan sulit dalam agama Kristian dapat disorot dengan cahaya baru”.

Gulungan Essanne dan Ebion adalah kaum-kaum (Rasul-Rasul) yang diperingatkan oleh Paulus untuk dihindari kerana ia menganggap mereka adalah rasul-rasul palsu (2 Korintus 11: 1-4), sedangkan Pauluslah sebenarnya yang telah memalsukan ajaran dan perintah Jesus. Kaum Essane dan Ebion ini masih lagi mengamalkan ajaran Taurat sebagaimana perintah Jesus, bersunat  dan menolak penyaliban Jesus. Namun Paulus dengan undian angkat tangan (Lihat Perkembangan iktiqad agama Masehi: Persidangan-persidangan yang dilakukan) telah memperolehi berkuasa atas nama maharaja Rome. Kaum Essanne dan Ebion ini tertindas dan tidak diperdulikan selama 19 abad. Sekarang kitab-kitab yang mereka sembunyikan telah ditemui. Zaman ini gereja tidak bekuasa lagi untuk membakar kitab-kitab ini dan membunuh professor-profesor dan memusnahkan Universiti-universiti. Maka ia boleh dicetak dan dibahaskan dengan bebas untuk menyerlahkan kebenaran.

Dari naskah-naskah abad ke 19 itu, terbukalah rahsia bahawa Jesus tidak disalib. Guru Kebenaran itu telah diselamatkan ke tempat lain.Dalam naskah itu disebutkan pula akan datang Nabi Yang di tunggu-tunggu. Ia datang dan wafat, dan umatnya berkembang menjadi umat yang paling ramai di dalam dunia. Sarjana Kristian berkata jika naskah-naskah tersebut dikaji dan disebar dengan meluas, nescaya runtuhlah atau sekurang-kurangnya haruslah dinilai kembali keimanan Kristian sekarang ini. Kesah penemuan-penemuan Gospel atau naskah ini pernah disiarkan dalam Discovery channel Astro pada pertengahan tahun 2007. Terdapat seorang Uskup yang berkata naskah-naskah itu tidak akan diperdulikan dan agama Kristian sudah cukup dengan Bible yang sedia ada. Penulis berkeyakinan bahawa orang Kristian tidak akan menerima kesaksian naskah-naskah tersebut walaupun yang mengkaji dan merumuskannya sarjana Kristian sendiri. Dogma trinity dan metos penyaliban akan terus dipertahankan dengan apa cara sekalipun walaupun dengan mematikan kemurnian akal. Jika naskah-naskah tersebut dijumpai pada lima atau enam abad yang lalu nescaya ia akan dibakar hangus tanpa meninggalkan kesan.

ALLah Maha Kaya. Naskah-naskah itu tersimpan selamat selama 19 abad dalam tempayan dengan keadaan diluarnya haru biru peperangan. Daerah itu diperintah silih berganti dan dengan penjajahan Kristian dan Yahudi yang bersekongkol, menghancur lumatkan kekuasaan Islam Namun Tuhan ALLah telah membuka rahsia Gua Qamran, untuk membuktikan kepalsuan iktiqad yang dipegang berabad-abad lamanya.

Bersambung ke

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 6 – 8

Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh