Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh

BAB 6

SATU PENILAIAN KRITIS

Pada bab-bab dan perenggan di atas, penulis telah mengemukakan hujah akal dan Bible sendiri untuk membuktikan bahawa kesahihan Bible sebagai firman Tuhan wajar dinilai semula. Pada bab-bab dan perenggan tersebut, penulis masih lagi bernada lembut kerana ia masih diawal pembuktian. Tetapi pada bab ini penulis merasakan sudahlah sampai keperingkat yang memerlukan ketegasan untuk membuat kesimpulan. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kepercayaan bahawa Bible adalah kitab suci dari Tuhan adalah wajar dinilai semula. Ia berdasarkan dari hujah-hujah berikut dengan berpandukan perkara-perkara yang telah dibahaskan pada bab-bab yang lalu,  iaitu:

Ø Iktiqad ketuhanan Kristian tidak mempunyai dasar yang kukuh walaupun dari Bible sendiri kerana kalimah anak dan bapa tidak menunjukkan makna haqiqi yang konsistant. Terdapat ayat yang menunjukkan makna anak dan bapa secara simbolik bermaksud kasih sayang.

Ø Jesus tidak pernah mendakwa dirinya Tuhan. Bahkan terdapat ayat-ayat yang menunjukkan maksud bahawa Jesus adalah Nabi yang diutuskan Tuhan. Iktiqad ketuhanan Jesus adalah tafsiran ketua-ketua gereja yang tidak berdasarkan dalil dari pengakuan Jesus.

Ø Dosa warisan dan penyaliban yang dikaakan untuk membersihkan dosa warisan, bukanlah ajaran Jesus tetapi ajaran Paulus. Paulus telah membatalkan perintah Taurat yang merupakan sebahagian Bible sedangkan Jesus diutus untuk menjalankan perintah Taurat.

Ø Di dalam Bible, terdapat pertentangan ayat yang begitu ketara dan diluar fitrah seperti perbezaan salasilah, jumlah harta benda, nama-nama keturunan dan lain-lain. Pertentangan ini tidak dapat disatukan sama sekali dengan apa jua tafsiran. Jika ada sekali pun, ia hanya andaian semata-mata tanpa fakta sokongan samada dari segi lughah bahasa Ibrani asli, segi periwatan atau sebab dan tujuan ayat.

Ø Bible mengandungi ayat-ayat yang bercampur aduk diantara Firman Tuhan Bapa, perkataan Tuhan Anak, perkataan Rasul dan perkataan orang yang tidak dikenali. Demikian juga dengan beberapa surah Perjanjian Lama, penulisnya tidak dapat dipastikan.

Ø Jesus hanya diutus kepada bangsa Israel sahaja dan bukan kepada bangsa lain. Penyebaran Kristian kepada bangsa lain adalah perbuatan Paulus. Jika ada dalil yang mengatakan arahan Tuhan untuk menyebarkan Kristian kepada bangsa lain, ia tiada bernilai lagi kerana ajaran kelahiran semula sangat bercanggah dengan ajaran Taurat yang diperakui Jesus untuk dipatuhi. Maka kekristianan orang bukan Israel adalah wajar dipersoalkan.

Ø Terdapat surah yang menceritakan bab moral yang rendah seperti Kidung Agung, kesah perzinaan mertua dan menantu, anak dan ibu dan lain-lain. Surah dan kesah ini hampir mustahil dapat dikategorikan untuk mendidik manusia tetapi menghampiri cerita pornografi. Maka ayat yang menekankan keseluruhan Bible adalah mendidik moral seperti 2 Timotius 3: 16-17 yang telah disebutkan dalam bab 2, sewajarnya dinilai semula atau lebih tegas dibuang dari daftar Bible.

Ø Pengasas agama Kristian sebenarnya bukanlah Jesus tetapi Paulus. Ia mendominasi hala tuju ajaran Kristian dengan fahaman kelahiran semulanya yang menolak hukum Taurat yang diperintahkan Jesus untuk dilaksanakan.

Ø Struktur ayat-ayat Bible sangat nyata perkataan manusia. Sarjana-sarjana Kristian sendiri telah menjelaskannya. Bahkan Bible sekarang bukan Bible yang dibawa oleh Jesus tetapi karangan Matius, Markus, Lukas dan Yohanes. Dakwaan mereka menulis Bible dengan bimbingan Ruh ALLah adalah dipersoalkan kerana mustahil Ruh ALLah memberikan fakta-fakta yang saling bercanggah antara satu dengan yang lain.

Ø Pertentangan dasar agama Kristian adalah atas perkara pokok bukan cabang. Ini menyebabkan berlaku perbalahan serius antara ketua-ketua mazhab demi mempertahankan pendapat mereka, bahkan juga antara Kristian Katholik dan Protestant.. Dasar ketuhanan tanpa dalil yang kukuh menyebabkan penganut bawahan dipaksa mempercayai iktiqad yang tidak dapat dibuktikan oleh fitrah akal.

Ø Ketua gereja tidak mempunyai dalil untuk memonopoli penafsiran Bible. Ia dibuat untuk mempertahankan kekuasaan gereja. Tiada dalil yang melarang sesiapa sahaja untuk mentafsir Bible. Maka penganut bawahan berada didalam kegelapan iktiqad kerana mengikut pendapat ketua gereja secara membuta tuli. Ketua gereja juga tidak berhak menjadi perantara pengampunan dosa kerana Bible sendiri menentangnya.

Ø Ajaran gereja menyebabkan kegelapan tamadun. Terdapat ahli sains yang dibunuh kerana mengajar teori yang dianggap bertentangan dengan ajaran gereja. Contohnya Isac Newton dibunuh kerana mengajar teori tarikan graviti yang dianggap menyalahi ajaran gereja. Demikian juga dengan Galileo Galilie kerana mengatakan matahari adalah pusat cakera bukannya bumi. Akibatnya pemerintah terpaksa memberontak dari memisahkan diri dari gereja. Dengan ini barulah ilmu sains dapat dikembangkan. Maka masyhurlah ungkapan “serahkan agama kepada gereja dan serahkan negara kepada pemerintah”.

Ø Bible masa kini adalah kitab yang telah mengalami beberapa proses penyemakan dan perubahan. Adalah tidak wajar sama sekali sebuah kitab Tuhan disemak dan dibuat perubahan semula. Jelas bahawa Bible masa kini adalah bukan Injil Isa Alaihissalam.

Ø Apabila Bible telah dibuktikan mengandungi berbagai fakta yang boleh dipertikaikan dan ia tidak dapat pula dipertahankan dari sudut ilmiah, maka kepercayaan terhadap kesuciannya sebagai kitab suci dari Tuhan wajar adalah diragui. Maka perkara yang paling wajar dilakukan ialah menilai semula dan menolaknya. Maka adalah peluang yang seluas-luasnya diberi kepada penganut Kristian untuk menyanggah bukti-bukti bahawa Bible bersih dari kesilapan dan kesalahan.

BAB 7

AL-QURAN

Al-QURAN ADALAH WAHYU DARI ALLAH TAALA

Penegasan dari al-Quran sendiri

Dari zaman lampau lagi hinggalah kezaman ini tidak putus-putus para orientalis telah cuba mencari bukti untuk mengatakan al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka cuba meragu-ragukan al-Quran dengan mengatakan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bukanlah menerima wahyu dari ALLah Taala tetapi mempelajarinya dari seorang tukang besi berbangsa Rome.

Di Mekah, terdapat seorang pandai besi berasal dari Rome yang mengambil upah untuk membuat pedang. Ia memang dikenali ramai di Mekah. Dia bukanlah seorang ahli syair atau ahli falsafah, juga bukan seorang guru bahasa, dan ia tidak begitu fasih berbahasa Arab (hanya pandai berbahasa Arab pasar).  Ia hanya pandai menempa besi bagi membuat pedang. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pernah datang dua kali ke tempat beliau berkerja, kerana tertarik dengan kepandaiannya yang sememangnya diperkatakan orang ramai.

Kunjungan Nabi ke tempat pandai besi ini rupanya tidak berakhir begitu sahaja. Ia adalah peluang keemasan bagi orientalis Barat untuk membuat tohmahan kepada Nabi dengan mengatakan Baginda telah belajar untuk mencipta al-Quran dari pandai besi itu. Antara orientalis tersebut ialah orientalis Inggeris J Alberry dan Alfred Geom, orientalis German Jeseft Shacht, orientalis Austria Goldzeiher dan orientalis Amerika Mc Donald.

Namun ALLah Taala melalui al-Quran telah mendedahkan kebodohan orientalis itu dengan kaedah yang paling mudah dengan ayat yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa mereka (orang-orang kafir) berkata: Hanya manusia yang mengajarnya. Sedang lidah (bahasa) orang yang mereka cenderung memperkatakan itu bahasa bukan Arab, dan ini (al-Quran) adalah bahasa Arab yang asli (terang)” (an-Nahl 16: 14: 103). Akal manusia yang waras tidak akan dapat menerima bahawa orang Rome yang bertutur dengan bahasa Arab pasar dapat mengajar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam al-Quran yang mempunyai nilai bahasa yang sangat  tinggi. Sedangkan ahli-ahli syair Arab hanya mengenali pandai besi tersebut sebagai pembuat pedang sahaja.

Nabi Muhammad juga adalah seorang yang ummi yakni seorang yang buta huruf. Baginda tidak pandai menulis dan membaca, bahkan tidak pernah belajar menulis dan membaca. Baginda pun tidak pernah tersenarai sebagai salah seorang penyair Arab sebanding dengan Antarah dan Amrul Qais, iaitu penyair tesohor masa itu. Juga tidak pernah dan memang tidak terdapat orang yang ummi di dunia ini dari zaman dahulu hingga sekarang ini, yang mampu mencipta sebuah kitab yang begitu lengkap dan sempurna, yang mempunyai nilai sastera dan pengajaran yang tiada bandingan. Para sarjana orientalis yang menghambakan diri belajar berbagai ilmu itupun masih tidak mampu mencipta sebuah buku yang sesempurna al-Quran. Kenyataan telah membuktikan setiap karangan atau ciptaan mereka pasti ada sarjana lain yang membantah atau menciplaknya. ALLah Taala telah mendedahkan tohmahan bodoh mereka itu dengan FirmanNya bermaksud, “Dan tidaklah engkau (Muhammad) membaca sebelumnya sebuah kitab pun, dan tidaklah engkau tulis dengan tangan kanan engkau. Andai kata demikian nescaya ragu-ragulah orang-orang yang membatalkannya (al-Quran)” (al-Ankabut 29: 20: 48), yakni jika benar Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam pernah belajar menulis dan membaca maka tidaklah perlu mereka membuang masa mencari bukti-bukti yang palsu untuk membenarkan tohmahan mereka itu. Yang palsu tidak dicari bukti kepalsuannya kerana ia akan terserlah sendiri.

Sesungguhnya al-Quran diturunkan oleh ALLah bukanlah secara sia-sia dan sebarangan. Kerana ALLah Taala menurunkan al-Quran dengan dua sifat iaitu Maha Bijaksana dan Maha Berilmu. Dengan kedua-dua sifat tersebut ALLah Taala mengetahui tahap kemampuan manusia, maka Ia menurunkan perintah-perintah dan peraturan-peraturan yang sesuai dengan fitrah manusia. Dan peraturan-peraturan itu pula sesuai dengan seluruh bangsa, zaman dan keadaan. Firman ALLah bermaksud, “Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) menerima Quran dari sisi (Tuhan) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Berilmu” (an-Naml 27: 19: 6).

Al-Quran adalah sastera di atas sastera

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di zaman turunnya al-Quran, perkembangan sastera Arab telah mencapai kegemilangannya. Pertandingan mencipta sya’ir dan puisi adalah menjadi tradisi dalam masyarakat Arab. Sya’ir-sya’ir yang memenangi pertandingan digantung di dinding Ka’bah, dihormati dan dimuliakan kerana ia dipandang sebagai puncak keindahan bahasa.

Pada suatu masa terdapat usaha menterjemah kitab Veda Hindu ke bahasa Arab. Ada di kalangan orng Hindu berkata kitab Veda boleh ditiru susunan ayatnya, tetapi mereka tidak mahu menirunya untuk menjaga keasliannya.Fahaman ini menjalar di kalangan sesetengah orang Islam bahawa janganlah mencuba meniru ayat-ayat al-Quran kerana untuk menjaga kesuciannya. Lantaran ini bangkitlah beberapa pakar bahasa mengatakan boleh sahaja mencuba meniru ayat-ayat al-Quran jika mampu.

Al Walid bin Mughirah, seorang sasterawan terkemuka di zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah diminta oleh Abu Jahal memberikan pendapat tentang bahasa al-Quran. Kata al-Walid, “Demi ALLah saya adalah seorang yang paling pintar menilai syair. Demi ALLah, perkataan Muhammad itu bukan sekali-kali sya’ir. Kata-katanya manis didengar, indah diucap, puncaknya menimbulkan buah, dasarnya memancarkan kesuburan. Perkataannya berada dipuncak dan tidak dapat diatasi dan yang dibawahnya menjadi tidak bernilai”. Seorang dusun dari bani Ghafir bernama Anis iaitu saudara kepada Abu Dzar Ghafiri, berkata kepada Abu Dzar “Saya telah bertemu seorang yang beragama seperti agamamu. Dia mengatakan dia utusan Tuhan ALLah”. Lalu Abu Dzar bertanya, “Apa kata orang tentang dirinya?” Anis menjawab “Ada orang mengatakan dia seorang penyair, ada yang mengatakan dia seorang tukang tenung dan ada yang mengatakan dia seorang ahli sihir”. Tanya Abu Dzar bertanya lagi, “Bagaimana pendapatmu sendiri tentang dia?”. Jawab Anis, “Aku pernah mendengar perkataan tukang tenung tetapi ini bukanlah perkataan tukang tenung. Aku telah menbandingkannya dengan syair-syair tetapi ini bukanlah syair. Pendek kata, demi ALLah dia adalah benar dan penyair adalah bohong”.

Sebagaimana diketahui,  sekarang terdapat kelompok orang Arab yang beragama Kristian sejak dari zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi. Mereka terdapat di Syria, Lubnan dan Palestin. Di Mesir terdapat ramai Kristian Qibti. Mereka semua ini berbahasa Arab. Terdapat ramai di kalangan mereka ahli sastera. Namun tiada seorang pun dari mereka dapat meniru al-Quran. Bahkan berlaku sebaliknya iaitu untuk memperkayakan lagi mutu sastera mereka, mereka menyelidiki dan memakai pula gaya bahasa al-Quran.

Al-Quran sumber segala ilmu pengetahuan

Di dalam al-Quran terdapat begitu banyak ayat-ayat yang menyatakan berkenaan ilmu pengetahuan. Terdapat pokok dan sumber ilmiah yang begitu tinggi mengenai alam di dalamnya. Al-Quran membicarakan soal kejadian langit dan bumi, dan kejadian-kejadian antara keduanya, “ Tidakkah orang kafir mengetahui bahawa langit dan bumi dahulunya sekepal (bersatu) lalu Kami pisahkan keduanya, dan Kami jadikan dari air tiap sesuatu yang hidup…Dan Kami jadikan bumi ini peneguh (gunung-gunung) supaya mengukuhkannya (sebagai penahan dari tiupan rebut yang kencang) dan Kami jadikan (di celah-celahnya) jalan-jalan… ” (a-Anbia’ 21: 17: 30-31). Al-Quran juga menyentuh tentang perjalanan bintang, bulan dan matahari yang beredar  pada orbitnya masing-masing. Dengan peredaran bumi mengelilingi matahari dan bulan pula mengelilingi bumi dengan teratur, menerbitkan keadaan malam dan siang. Al-Quran menyebutkan bermaksud, “Dan matahari berjalan ditempat peredarannya yang tetap. Demikianlah ditentukan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan bulan pun telah Kami tentukan ia melalui tempat laluannya sehingga ia kembali seperti mayang yang tua. Dan matahari tidak akan mencapai bulan dan tidak malam mendahului siang (tidak akan berlanggar keduanya), dan masing-masing beredar pada falak masing-masing” (Yaasiin 36: 23: 38-40).

Dan al-Quran menceritakan pula kejadian manusia bermaksud, “Dan sesungguhnya Kami jadikan manusia itu dari air sarinya dari tanah” (al-Mu’minun 23: 18: 12). Segala makanan berasal dari tanah. Di dalam tanah terkandung segala zat seperti kalsium, potassium, nitrojan dan sebagainya. Zat-zat ini diserap oleh tumbuh-tumbuhan yang mana ia menjadi makan manusia. Makanan yang baik akan menghasilkan pertumbuhan badan yang baik. Dan lagi bermaksud “Kemudian Kami jadikan ia setitik mani yang disimpan ditempat yang terpelihara (rahim)” (al-Mu’minun 23: 18: 13). Dengan Kuasa ALLah, mani lelaki dan obari perempuan yang sangat halus bertemu hasil dari perhubungan suami isteri, lalu menjadi nutfah. Dalam masa 40 hari nutfah itu bertukar menjadi mudghah iaitu segumpal darah. Ia tesimpan dengan selamat dan aman, suhu yang seimbang dan mendapat makanan yang secukupnya di dalam rahim ibu. “Kemudian Kami jadikan pula mani itu segumpal darah, kemudian Kami jadikan segumpal darah itu segumpal daging, dan Kami jadikan tulang, dan tulang-tulang itu Kami jadikan segumpal daging” (al-Mu’minun 23: 18: 14). Kemudian melalui peroses pembesaran selama sembilan bulan sepuluh hari, lahirlah sebagai bayi yang kemudian menjadi manusia dewasa.

Al-Quran juga membicarakan tentang lautan dan ombak. Seorang ahli pelayaran bernama Mr. Brown selalu membaca al-Quran semasa belayar berulang alik dari England ke India. Beliau sangat kagum dengan ayat-ayat mengenai lautan, sedangkan dalam penyelidikannya tentang sejarah hidup Nabi Muhammad, beliau mendapati Baginda tidak pernah membaca dan tidak pernah melayar lautan selama hidupnya. Maka dari mana Nabi Muhammad belajar jika tidak dari Tuhan. Lantas  ia memeluk Islam.

Demikian juga al-Quran telah menyentuh tentang pertanian, “Dan kami tiupkan angin sebagai penjodoh (untuk mengahwinkan tumbuh-tumbuhan), lalu Kami turunkan air dari langit, lalu Kami beri minum dengannya. Padahal bukanlah kamu jadi penyimpannya (perbendaharaannya)” (al-Hijr 15: 14: 22). Angin menjadi egen pendebungaan menyebabkan berpadunya spora dan stigma (dalam istilah moden) lalu menjadi bunga, kemudian menjadi buah.

Al-Quran jug telah menyebut secara simbolik tentang penemuan-penemuan sains masakini. Contohnya kenderaan di darat dan di laut yang bermaksud, “Dan lagi ayat (tanda keterangan) bagi mereka ialah Kami angkut keturunan mereka di dalam bahtera yang penuh muatan” (Yaasiin 16: 23: 42). Dan lagi bom dan periuk api perang bermaksud “Katakanlah, Dia Yang Berkusa mengirimkan dari atas kepalamu azab, dan dari bawah kakimu…”(al-An’am 6: 7: 65).

Demikianlah antara dasar-dasar ilmu yang telah ditunjukkan oleh al-Quran. Untuk menyelidiki keseluruhan sumber-sumber ilmu dari al-Quran tidaklah memadai dengan manuskrip sekecil ini tetapi memerlukan tajuk yang khusus dan mengambil masa yang tidak berpenghujung. Firman ALLah bermaksud, “Dan sesungguhnya al-Quran itu di dalam induk al-Kitab (Di dalam Luh Mahfudz- Peringatan kepada penganut Kristian, al-kitab di sini bukan bemaksud Bible. Lihat bab 11: Salah tafsiran terhadap ayat al-Quran)) di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilai dan maksudnya) dan amat banyak mengandungi hikmah (ilmu pengetahuan)” (al-Zukhruf 43: 25: 4) Namun para sarjana Islam telah banyak memperkatakan tajuk ini dengan begitu panjang lebar.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seorang ummi.

Ummi adalah bermaksud buta huruf. Buta huruf bermaksud bukan sahaja tidak tahu menulis dan membaca tetapi juga tidak pernah mengenal huruf dan tidak pernah belajar apa-apa ilmu. Al-Quran telah menjelaskan bermaksud, “Dialah yang mengutuskan dari kalangan kaum yang buta huruf, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat (yang membuktikan keesaan) ALLah dan membersihkan mereka (dari iktiqad sesat) serta mengajarkan mereka kitab ALLah (al-Quran) dan hikmat (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata” (al-Jumu’ah 62: 28: 2). Keterangan-keterangan di atas tadi telah dijelaskan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seorang ummi.

Berdasarkan kenyataan hidup dari dahulu hingga sekarang tidak pernah dan tidak akan pernah ada seorang yang ummi boleh mengarang sebuah kitab yang sangat ajaib. Para orientalis yang sentiasa mencuba membuat tohmahan terhadap peribadi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu pun dipertikaikan kewibaannya. Jika ada yang mengemukakan sesuatu pendapat maka ada yang membantahnya, menyebabkan pendapat pertama menjadi tiada bernilai sama sekali.

Selain dari mentohmah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam pernah belajar dari tukang besi berbangsa Rome, mereka juga mengatakan Nabi Muhammad menciplak Bible. Sejarah Islam menceritakan bahawa setelah menerima wahyu pertama, isteri Baginda Siti Khadijah telah membawa Baginda menemui bapa saudaranya Warqah bin Naufal. Dikatakan oleh sesetengah ahli sejarah, Warqah adalah pendita Nasrani yang masih berpegang kepada nilai-nilai ajaran asli Nabi Isa Alaihissalam. Warqah membenarkan yang datang menemui Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah Malaikat Jibril, yang pernah datang kepada Nabi Musa Alaihissalam. Kata Warqah lagi, jika ia masih muda ia akan mempertahankan Baginda dari gangguan yang mungkin datang dari kaumnya  Namun tiada catatan dari mana-mana ahli sejarah muktabar yang mengatakan Baginda belajar sesuatu dari Warqah. Dan Islam tidak menjadikan pengakuan Warqah ini sebagai hujah utama tentang kebenaran al-Quran. Ia hanyalah dokumen sejarah semata-mata.

Namun ajaran yang dibawa oleh seorang yang ummi ini telah berjaya mempengaruhi hati dan jiwa seluruh umat manusia. Ajaran-ajarannya berkembang menjadi nadi kehidupan masyarakat. Bahkan seorang sejarawan Perancis sidio telah berkata bahawa undang-undang pemerintahan Napoleon Bonaparte adalah dinukilkan dari kitab feqah Syarah al-Dardir ‘ala Matan Khalil iaitu kitab perundangan feqah dari mazhab Maliki.

Kehidupan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diluar pengaruh sistem kekeluargaa dan persekitaran.

Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam hidup dalam tiga fasa keadaan yang berlainan. Fasa-fasa ini memustahilkan beliau mencipta al-Quran melalui akalNya sendiri.

Nabi Muhammad sebelum lahir telah kehilangan bapanya. Baginda tidak pernah merasai belaian dan kasih sayang seorang bapa, hanya dipelihara oleh ibuNya dalam waktu yang singkat. Semasa bayi pun beliau hanya disusui oleh ibu susuan. Jadi sejak lahir ia telah berada di luar lingkungan kekeluargaan yang menolak kemungkinkan ia dipengaruhi oleh keluarganya dalam menuturkan al-Quran.

Dalam usia yang begitu muda Baginda telah kehilangan pula ibunya. Kemudian Baginda hanya dipelihara oleh bapa saudaraNya Abu Talib. Itupun Abu Talib tidak pernah mengajarnya membaca dan menulis, dan erti kehidupan. Abu Talib hanya berfungsi sebagai pelindung Nabi Muhammad dari gangguan musuh-musuhnya.

Kemudian Nabi Muhammad pula hidup di dalam keadaan masyarakat yang jahiliah yang begitu tenat. Hampir tiada dari ahli masyarakat yang tidak menguburkan anak perempuan hidup-hidup, berzina, minum arak, memperdagangkan manusia dan lain-lain. Namun di dalam keruntuhan akhlak, moral, dan pemikiran masyarakat jahiliah, mereka masih dapat melihat keperibadiaan yang menakjubkan pada Nabi Muhammad hingga mereka menggelar Baginda sebagai al-Amin yakni orang yang dipercayai.

Nabi Muhammad hidup di abad ke 6. Kajian sains hanya timbul lebih kurang di abad ke 9 atau 14. Ertinya kajian sains hanya tumbuh berabad-abad lamanya setelah Baginda wafat. Adalah mustahil sama sekali orang yang buta huruf (Buta kayu pada istilah zaman sekarang), dapat menceritakan proses kejadian manusia dengan begitu tepat dengan kenyataan dzahiriahnya (Lihat surah al-Mu’minun 23:18: 12-14). Adakah akal manusia dapat menerima seorang manusia yang buta huruf, yang hidup di padang pasir, seorang pengembala biri-biri dapat memikirkan tentang proses kejadian manusia dengan lengkap dan dapat pula menyebut tentang cakerawala? Jika ada cubalah berikan namanya.  Ini adalah satu dripada hujah yang tidak dapat ditolak oleh akal yang sihat bahkan tidak terdapat seorangpun sarjana dan ahli sains yang dapat menyangkal proses kejadian manusia itu. Apakah yang dapat kita semua katakan selain daripada mengakui Baginda adalah seorang Rasul yang berkata-kata dengan wahyu Tuhan. Cubalah carikan seorang yang terbukti bodoh dari kecil hingga ke tua yang dapat mencipta kitab seumpama al-Quran. Ini suatu cabaran abadi dari penulis kepada rakan Kristian.

Pandangan sarjana bukan Islam terhadap Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam

Jules Masserman, ahli psikologi dan professor dari Universiti Chcago Amerika Syarikat mengkategorikan pemimpin agung dunia kepada tiga syarat:

1. Pemimpin harus memberi perhatian dan menyediakan sumber-sumber dan asas kesejahteraan kepada  orang yang dipimpinnya.

2. pemimpin harus menyediakan satu organisasi sosial di mana orang akan merasa aman di dalamnya.

3. pemimpin harus menyediakan satu kepercayaan bagi pengikutnya.

Penulis ingin mengajak para pembaca menilai dua orang pemimpin besar dunia dan meneliti adakah mereka memenuhi ketiga-tiga kategori tersebut. Budha hanya menekankan aspek kerohaniaan dan tidak menyediakan undang-undang kehidupan yang lengkap, maka ia hanya layak dikategori ketiga. Demikian juga Jesus, ia hanya menekankan aspek kerohanian tetapi tidak menekankan aspek peraturan hidup. Jadi Ia hanya layak dikategori ketiga. Demikian juga Kong Fu Tze hanya menyediakan dasar-dasar kerohanian tetapi tidak menyediakan perundangan social. Maka dia juga hanya berada dikategori ketiga.

Jesus jika ditinjau dari kenyataan Bible, tidak menyediakan peraturan dan undang-undang kehidupan. Walaupun peraturan kehidupan ada dinyatakan di dalam Perjanjian Lama, ia tidak bernilai lagi kerana Perjanjian Lama tidak di amalkan oleh orang Kristian selain dari mazhab Seven-day. Mungkin kenyataan ini akan menyebabkan rakan-rakan Kristian dan Budha tersinggung. Tetapi penulis akan bertanya semula adakah ketiga-tiga tokoh di atas menyediakan satu perundangan sosial kepada pengikut mereka. Ketiga-tiganya tidak memperundangkan hukum mandatory (jenayah) kepada pengikutnya. Yang jelas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyediakan peraturan hidup yang cukup lengkap meliputi peraturan zahir kehidupan dan bathin kepercayaan untuk manusia.

Kemudian kita lihat pula apa pandangan beberapa sarjana bukan Islam terhadap Nabi Muhammad:

1. Muhammad adalah satu jiwa yang bijaksana dan pengaruhnya dirasakan, dan tidak akan dilupakan oleh orang-orang di sekitarnya (Diwan Chandra Sharma, sarjana Hindu dalam bukunya The Prophet of the East).

2. Saya telah mempelajari dia, lelaki luar biasa. Dan menurut saya tanpa anti Kristian, di adalah penyelamat umat manusia (George Bernard Shaw dalam bukunya The Genuine of Islam).

3. Saya ragu apakah ada orang yang lain yang boleh merubah keadaan manusia sebagaimana yang dilakukan oleh dia (R.V.C Bodley dalam bukunya The Messenger)

4. Satu keuntungan yang sangat unik dalam sejarah, Muhammad adalah pendiri satu Negara, satu kerajaan dan satu agama (R. Bosworth dalam bukunya Mohammed and Mohammedanism)

5. Muhammad adalah peribadi pintar yang paling berjaya (Encyclopedia Britannica edisi II).

6. Garry Miller berpendapat “Bahawa al-Quran bukanlah karangan Muhammad kerana tiada satu pun ayat atau surah yang menceritakan hal-hal keluarga Baginda. Tetapi al-Quran menyebutkan hal-hal keluarga Jesus dengan begitu terperinci. Sedangkan Muhammad seorang yang buta huruf” (Garry Miller telah memeluk Islam).

7. Mungkin pemimpin teragung sepanjang waktu adalah Muhammad yang mengkombinasikan ketiga-tiga syarat pemimpin adalah Muhammad. Dan tangga seterusnya adalah Musa (Nabi Musa Alaihissalam adalah turutan kedua bukannya Jesus). (Meserman).

8. Ahli falsafah, ahli pidato, Rasul, pemimpin negara, pejuang, pencetus idea, penemu keyakinan yang rasional, penemu dua puluh kerajaan di dunia dan menjadikan ia satu kerajaan spiritual dia adalah Muhammad. Berdasarkan semua standard kebesaran dan kejayaan yang boleh diukur, kita dapat (hendak) bertanya apakah ada orang lain yang lebih agung dari Muhammad (Lamartine dalam Sejarah Turki volume II halaman 276-277).

Al-Quran tidak dapat ditiru atau diciplak

Telah dijelaskan bahawa oleh kerana ketinggian bahasa dan maksud kandungan al-Quran melebihi segala bahasa dan sastera manusia, maka tidak terdapat sarjana dan cerdik pandai zaman berzaman yang mampu meniru al-Quran. Pada zaman Nabi Muhammad Salllalahu Alaihi Wasallam, Musailamah al-Kazab (Musailamah sipendusta) telah mengaku dirinya Nabi. Bagi membuktikannya ia telah mencipta satu ayat berkenaan katak. Namun ayatnya telah dijadikan bahan ketawa oleh orang-orang di masa itu. Inilah bukti yang menunjukkan al-Quran bukanlah ciptaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tetapi adalah wahyu dari ALLah Taala.

Allah Taala telah mencabar orang-orang yang meragui al-Quran adalah dari ALLah Taala dengan dua rentetan cabaran. Cabaran pertama bermaksud, “Bahkan adakah mereka berkata: Dia (Muhammad) mengada-adakan al-Quran. Katakanlah: Cubalah kamu ciptakanlah sepuluh surah yang seumpama (al-Quran), dan panggillah orang yang sanggup menolongmu, jika kamu dari (kalangan) orang-orang yang benar” (Hud 11: 12 13). Kemudian ALLah mencabar orang-orang yang ragu itu untuk kali kedua bermaksud, “Bahkan adakah mereka berkata: Dia (Muhammad) mengada-adakan (al-Quran). Katakanlah: cubalah kamu perbuat satu surah yang seumpamanya, dan panggillah penolongmu, jika kamu orang-orang yang benar” (Yunus 11: 38). Jelaslah ALLah Taala telah mencabar membuat sepuluh surah seperti atau seumpama, atau sebanding, ataupun mirip-mirip al-Quran. Kemudian ALLah mencabar lagi dengan cabaran membuat hanya satu sahaja surah. Namun hingga kini tiada siapa pun yang mampu menyahut cabaran itu. Para orientalis yang bermulut murai, hanya mampu mencipta tohmahan yang tidak ilmiah. Tetapi mereka jelas tidak mampu menyahut cabaran ALLah Taala tersebut.

Al-Quran terpelihara sepanjang zaman

Pada dasarnya keaslian al-Quran tetap terpelihara adalah melalui tiga keadaan. Pertama keadaan sebelum pengumpulan, kedua keadaan semasa pengumpulan dan ketiga selepas pengumpulan.

Pada sebelum pengumpulan di zaman Sayyidina Abu Bakar As-syiddik, al-Quran adalah dalam bentuk hafalan. Apabila wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam, Baginda membacakan kepada para Sahabatnya. Seluruh Sahabat yang ada ketika itu menghafalnya. Ia juga ditulis di atas tulang dan kulit-kulit binatang seperti unta dan kibas. Semasa Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam masih hidup, Baginda sentiasa menyemak hafalan Sahabat-Sahabat itu. Sedangkan hafalan Baginda disemak oleh Malaikat Jibril pada setiap bulan Ramadhan. Keadaan ini berjalan sehinggalah kewafatan Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan pada zaman pemerintahan Sayyidina Abu Bakar Radhiallahuanh.

Semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar, berlakulah perang Yamamah dimana ramai huffadz (penghafal) al-Quran) mati syahid. Oleh kerana dibimbangi al-Quran akan lenyap, Sayyidina Abu Bakar dan semua Sahabat Besar mengambil keputusan untuk membukukan al-Quran. Untuk tujuan ini beberapa Sahabat yang utama diberi tanggung jawab melakukannya. Semua Sahabat dipanggil untuk memberikan ayat-ayat yang dihafalnya. Krateria yang ketat dikenakan kepada penghafal seperti ingatan yang baik, kuat hafalan, peribadi yang baik seperti tidak pernah membuat dosa besar, dipercayai ramai dan lain-lain. Ayat-ayat yang diambil disemak dengan penuh teliti bagi memastikan ia tidak dicampur aduk dengan perkataan manusia. Maka ayat-ayat yang dihafal oleh penghafal yang mengikut kriteria yang ditetapkan itu dikumpul dan dibukukan. Maka atas kaedah inilah al-Quran menjadi sebuah musyhaf yang menjadi pegangan orang Islam masakini.

Selepas pembukuan tersebut, menjadi fitrah umat Islam menghafal al-Quran. Menghafal al-Quran merupakan satu perbuatan yang sangat mulia dan mendapat pahala yang besar dari ALLah Taala. Telah thabit dari Hadith-Hadith Nabi Muhammad Sallallalhu alaihi wasallam kelebihan menghafal al-Quran. Di seluruh pelusuk dunia tumbuh seperti cendawan di musim hujan madrasah-marasah mengahafal al-Quran yang dikenali sebagai Tahfidz, dan penghafalnya dikenali sebagai Huffadz. Mereka inilah sebagai pakar rujuk dalam masalah kemurnian al-Quran dimana apabila naskah baru selesai dicetak, ia hendaklah disemak oleh Huffadz. Biasanya di setiap negara, satu badan induk ditubuhkan yang terdiri dari Huffadz-Huffadz terpilih untuk memastikan al-Quran yang dicetak adalah asli sebagaimana naskah Induk di zaman Sayyidina Abu Bakar dahulu. Inilah usaha dan faktor yang menyebabkan al-Quran sentiasa terpelihara keasliannya.

Namun haqiqat yang sebenar yang menyebabkan al-Quran terpelihara zaman berzaman ialah atas Kehendak ALLah  sendiri. ALLah Taala sendiri hendak memastikan firmanNya terpelihara, Ia melantik diriNya sendiri sebagai pemelihara al-Quran. FirmanNya bermaksud, “Kamilah yang menurunkan peringatan (al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah yang menjaganya” (al-Hijr 15: 14: 9). ALLah Taala memelihara al-Quran melalui dada-dada Huffadz. Huffadz-Huffadz yang ikhlas ini adalah pertaruhan ALLah Taala bagi memastikan keaslian al-Quran dimana merekalah pedang yang tajam untuk mencantas tangan-tangan kotor yang cuba memalsukan al-Quran. Contohnya pada akhir tahun sembilan puluhan terdapat percubaan mencipta al-Quran dimana ayat-ayatnya mirip-mirip ayat yang asal, dan surahnya dinamakan surah al-Muslimun,dan disebar melalui internet. Namun ia dengan begitu mudah dikesan dan dibenteras oleh Huffadz-Huffadz ini.

ALLah Taala tidak pernah berjanji untuk memelihara kitab Taurat, Zabur dan Injil yang asli yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Isa Alaihissalam, kerana kitab-kitab tersebut bersifat setempat dan khusus kepada sesuatu kaum sahaja. (Lihat bab 3: Iktiqad asas agama Kristian: Paulus: Paulus menyanggah suruhan Jesus). Dan tidak hairanlah Taurat, Zabur dan Injil asli telah hilang, kemudian diganti dengan karangan-karangan orang lain, dan kemudian di rivised (disemak dan diubahsuai) silih berganti (Lihat bab 2: Pembedahan berani terhadap Bible: Bible masakini bukan Injil asli Jesus).

Al-Quran memuliakan ilmu dan falsafah

Falsafah secara umum bererti satu jalan untuk mengetahui sesuatu menurut kemampuan akal manusia. Didalam bahasa Arab disebut hikmah. Dengan akal manusia menilai, mengkaji dan membuat rumusan tentang haqiqat sesuatu. Demikian juga akal berfungsi menilai dan mengkaji sesuatu ajaran adakah ia benar ataupun palsu. Dengan akal lahirnya ilmu samada ilmu itu dari pembelajaran ataupun pengalaman.

Islam sangat memandang tinggi orang yang  berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu bererti orang yang memuliakan akal yang dikurniakan ALLah Taala. Manusia tidak akan dapat mengenal Tuhan melainkan dengan ilmu yang terbit dari penggunaan akal dengan cara yang betul (Lihat bab 1: Tujuan hidup manusia untuk mencapai keselamatan dan kebahagiaan: Syarat untuk mengenal Tuhan). Maka rahsia ketuhanan yang disebut oleh ayat-ayat al-Quran hanya dapat dikaji oleh orang-orang yang mempunyai akal yang sempurna. Mengetahui haqiqat ketuhanan hanyalah diperolehi oleh orang yang mempunyai hikmah kerana sehalus-halus perkara adalah yang berkaitan dengan ketuhanan. Dan alat memperoleh hikmat tidak lain melainkan akal. Akal yang sihat adalah seampuh-ampuh alat untuk memperolehi ilmu sejati dan alat penimbang penyisih antara agak-agak dan kesimpulan yang benar. Demikian juga orang yang dapat memahamkan al-Quran, melihat yang mana pertunjuk yang hukum, yang mana wajib yang mana haram dan dapat mengqiaskan perkara cabang dengan yang pokok, merekalah orang yang memperolehi hikmah. Sesungguhnya hikmah itu terlebih luas dari ilmu bahkan dikatakan hujung ilmu itu adalah permulaan hikmah. Orang yang tamat pengajian adalah dikatakan hanya orang yang berilmu. Ia hanya dikatakan mempunyai hikmah apabila ia dapat menghasilkan karya ilmiah hasil dari kajiannya sendiri. Firman ALLah Taala di dalam al-Quran bermaksud, “Dia menganugerahkan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya…” (al-Baqarah: 1: 1: 269).

Kekayaan yang sejati adalah hikmah. Hikmah menimbulkan kecerdasan akal, keluasan ilmu, ketinggian budi dan keupayaan menjadikan agama sebagai ritual kehidupan didalam masyarakat. Orang yang kaya dengan harta tetapi jika tidak dikurniakan ALLah Taala hikmah adalah seorang yang miskin. ALLah Taala menyambung FirmanNya bermaksud, “…barangsiapa yang diberi hikmah, maka sesungguhnya ia telah dikurniakan kekayaan yang banyak” (al-Baqarah 1: 1: 269).

Manusia yang terlebih hikmat diantara makhluk ialah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalaam. Tiada termaktub disalam sejarah umat manusia bahawa terdapat seorang yang buta huruf yang mampu menuturkan perkataan yang sangat ajaib (al-Quran). Baginda hidup ditengah-tengah masyarakat  berakhlak buruk seperti menjalankan perhambaan, menyembah berhala, perzinaan, mengamalkan riba bahkan menanam anak perempuan hidup-hidup. Mustahil samasekali seorang manusia yang hidup diluar pengaruh kekeluargaan, persekitaran dan pelajaran mampu mencipta suatu ajaran yang sangat lengkap meliputi kehidupan dunia dan akhirat jika tidak dengan bimbingan langsung dari ALLah Taala (Lihat fasal Nabi Muhammad seorang ummi dan kehidupan Baginda diluar pengaruh kekeluargaan dan persekitaran).

Al-Quran diturunkan untuk semua makhluk

ALLah Taala telah menegaskan haqiqat bahawa al-Quran diturunkan untuk menjadi penyuluh kehidupan manusia dengan FirmanNya di dalam al-Quran yang bermaksud, “Tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam” (al-Anbia’ 21: 17: 107). Dan lagi FirmanNya lagi bermaksud “Maha berkat (suci) Tuhan yang menurunkan Fuqan kepada hambaNya, untuk memberi peringatan kepada seluruh alam” (al-Furqan 25: 18: 1).

Kesamarataan taraf

Pokok ajaran Islam ialah mencari kemuliaan martabat di sisi ALLah Taala melalui iman yang jitu dan dengan amal salih yang ikhlas. Tidak ada perbezaan warna kulit, suku dan bangsa dalam mencari kemulian di sisi ALLah. Al-Quran tidak pernah mengajar adanya ras di dalam kehidupan dan juga tiada kasta di dalam beribadah. Di dalam sembahyang berjemaah sesiapa sahaja tidak mengira bangsa boleh menjadi imam jika mempunyai kelayakan, semasa sujud kepala sama-sama mencium bumi.  Demikian juga di dalam mengajar dan menuntut ilmu, sesiapa sahaja boleh meperkatakan Islam mengikut kemapuannya dan apabila ia bercakap tentang Islam itu sesiapa juga dikehendaki mendengar dengan taat walau ia ulama besar sekalipun. Ini berlainan sekali dengan agama Kristian dimana hanya paderi sahaja yang berhak mentafsir Bible. Demikian juga dengan agama Hindu, pada zaman dahulu orang awam tidak dibenarkan membaca kitab Veda dan jika orang awam mendengar bacaan Veda telinganya hendaklah dituang timah cair.

Keadilan untuk semua

Keadilan al-Quran tidak mengira rakyat biasa ataupun pemerintah. Peristiwa perisai Khalifah keempat Sayyidina Ali Radhiallahu Anh yang dicuri oleh seorang Nasrani adalah bukti terbaik. Kadhi yang beriman, Syuraih telah memutuskan perisai itu adalah hak orang Nasrani itu kerana Sayyidina Ali gagal menunjukkan bukti ia kepunyaannya. Rahmat ALLah terus menyerlah apabila orang Nasrani itu memeluk Islam kerana terpesona dengan keadilan Islam. Undang-undang al-Quran tidak mengira darjat. Nabi pernah bersabda menyatakan bahawa kehancuran sesuatu bangsa akan berlaku jika rakyat biasa melakukan kesalahan akan dihukum tetapi jika orang kenamaan melakukan kesalahan dilepaskan. Bainda menegaskan  jika anaknya Fatimah mencuri, ia juga akan dikenakan hukum potong tangan. Dengan kata yang lebih jelas, sistem al-Quran adalah sistem yang membawa bahagia bagi seluruh manusia dan memimpin kearah kesempurnaan hidup.

Bersesuaian dengan fitrah manusia

Islam, satu-satunya cara hidup yang menepati fitrah kejadian manusia. Al-Quran telah menjelaskan, “Maka tegakkanlah wajah engkau kapada agama dalam keadaam lurus. Fitrah (Itulah agama yang sesuai ) yang diciptakan keatas manusia. Sekali-kali tidak ada pertukaran perbuatan (ciptaan ALLah)…” (ar-Rum 30: 21: 30).

Agama yang lurus juga disebut agama hanif yakni agama yang diturunkan dari langit, yang dibawa oleh Nabi-Nabi, yang bermaksud agama yang tidak menyimpang dari asas kebenarannya, yang membawa ajaran tauhid. Namun ia sudah banyak diselewengkan oleh anak cucu dan keturunan Nabi-Nabi itu. Nabi Ibrahim dan Ismail ALaihissalam mendirikan ka’bah sebagai kiblat pertama supaya manusia menyembah ALLah tetapi manusia tidak menyembah ALLah tetapi menyembah berhala. Yang paling nyata sekarang ialah bagaimana ajaran tauhid telah menjadi triniti, diselewengkan oleh pendita-pendita Krisitan (Terutama Paulus).

Oleh yang demikian ALLah Taala memerintahkan manusia menghadapkan diri kepada agama fitrah yakni agama yang ajarannya di dalam keawajaran akal. Manusia dikehendaki mengembalikan diri kepada kejadian diri yang murni,  dari bercampur aduk dengan kepercayaan karut marut kepada kepercayaan ketuhanan yang Maha Esa. Inilah kepercayaan asli dari ALLah yang dicipta atas diri manusia yang mana ia tidak akan dapat ditukar ganti dengan kepercayaan karut dan syirik.

Syumul, fleksible dan praktikal.

Al-Quran sangat mengambil berat kemashalatan hidup penganutnya. ALLah Taala yang menciptakan fitrah manusia maka Dialah jugalah yang mencipta undang-undang yang sesuai denganya. Manusia dipikulkan dengan taklif yang menyebabkan ia menjadi khalifh di muka bumi, yang mana ia tidak boleh ditukar ganti. ALLah Taala mewajibkan penganut agamaNya sembahyang. Rukunnya berdiri tetapi jika sakit dibenarkan sembahyang duduk dan berbaring. Demikian juga diwajibkan berpuasa tetapi jika sakit dibenarkan diganti dengan membayar fidyah, atau jika dalam perjalanan dibolehkan berbuka dan diganti di hari yang lain. Islam mengharamkan sesetengah haiwan dari dimakan tetapi dalam keadaan putus makan ia dibenarkan untuk dimakan sekadar mengelakkan kematian. Demikian juga al-Quran membenarkan mengambil pembalasan tetapi ia boleh di tukar dengan kemaafan. Sesungguhnya begitu banyak kemudahan yang diberikan al-Quran kepada orang-orang yang mempercayainya. Al-Quran telah menyebutkan haqiqat ini, “…ALLah menghendaki keringanan untukmu dan tidak menghendaki kesukaran…” (al-Baqarah 2: 2: 185).

Al-Quran mementingkan kesejahteraan hidup

Al-Quran mengharamkan manusia dari mengambil bahan-bahan makanan yang mendatangkan kemudharatan kepada kehidupan dan tubuh badan. Al-Quran mengharamkan arak kerana arak apabila telah ketagih menjadi punca segala kejahatan dan kemudharatan. Orang yang mabuk akan hilang pertimbangan. Ia juga merosakkan akal fikiran. Al-Quran juga mengharamkan judi kerana judi mendatangkan ketagihan yang mengakibatkan papa kedana. Sering kali terjadi seorang anak memukul bahkan membunuh ibunya kerana berkehendakkan wang untuk berjudi. Demikian juga al-Quran mengharamkan sembelihan untuk berhala dan bertenung nasib kerana ia adalah satu kebodohan yang bertentangan dengan naluri tauhid.

Hukum jenayah Islam seringkali dimomok-momokkan sebagai zalim dan menindas. Al-Quran menyatakan hukuman bagi orang yang mencuri, “Dan lelaki yang mencuri dan perempuan maka hendaklah kamu potong tangan mereka atas apa yang mereka perbuat itu., sebagai contoh menakutkan dari ALLah. Dan ALLah adalah Maha Gagah lagi Bijaksana” (al-Ma’idah 5: 6: 38). Penulis pernah berbahas dengan seorang penganut Budha pada tahun 1990. Ia mengatakan hukum potong tangan bagi pencuri ini tidak begitu adil. Penulis menjelaskan kepadanya untuk memotong tangan pencuri adalah memerlukan syarat-syarat yang ketat iaitu hendaklah dipulangkan dahulu barang yang dicuri, jika telah tiada hendaklah membayar harganya, barang yang dicuri itu tersimpan rapi, tiada unsur kebuluran kepada sipencuri dan lain-lain. Dan lagi penulis berkata mengapa orang takut untuk mencuri di zaman Jepun? Kerana Jepun akan menjatuhkan hukum mengerat tengkuk orang yang didapati mencuri. Dan lagi apabila orang telah melihat seseorang itu kudung tangannya kerana dihukum, maka orang yang lain akan takut untuk mencuri pula. Demikian pula hukum bagi penzina dan perogol “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera dengan seratus rotan…” (an-Nur 24: 18: 2). Penulis juga pernah berbahas dengan penganut Hindu yang mengatakan hukuman ini sangat berat. Penulis bertanyakan kepadanya, apakah dia rasa memadai dengan hukuman penjara empat tahun jika adiknya dirogol? Penulis menyatakan bahawa kemaluan perempuan suci adalah melambangkan kemuliaan dirinya. Maka sesiapa yang memusnahkan kemuliaan itu tanpa hak (perkahwinan), maka kesakitan dan kehinaan yang setimpal adalah deraan dengan rotan seratus kali. Kedua-dua penganut agama bukan Islam itu terdiam tidak berkutik. Sebagaimana kerasnya hukuman bagi mereka yang menjatuhkan maruah diri, bergitu jugalah kerasnya hukuman bagi orang yang menfitnah orang yang mulia peribadinya. Al-Quran telah menjelaskan hal ini iaitu “Orang yang menuduh perempuan terhormat  (berbuat zina) dengan tidak mengemukakan empat orang saksi, maka hendaklah kamu dera (rotan) dengan lapan puluh rotan dan jangan diterima kesaksian (kata-kata saksi) dari mereka…” (an-Nur 24: 18: 4). Hukum-hukum ini jika secara sepintas lalu kelihatan kejam tetapi ia mampu menyelesaikan semua masalah moral dan jenayah yang sering dilakukan oleh manusia. Antara denda Rm1,000.00 dan sebat jika merogol, hukum yang manakah mendatangkan ketakutan bagi manusia? Sudah pasti hukum sebat akan mendatangkan ketakutan bagi manusia untuk melakukan jenayah rogol.

Al-Quran telah menyebutkan kepentingan kesejahteraan hidup ini dengan ayat, “Dan setengah mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksaan neraka” (al-Baqarah 21: 2: 201).

Tiada percanggahan antara ayat-ayat al-Quran

Al-Quran ayat-ayatnya begitu jelas. Setiap apa yang disebutkan begitu terang tanpa kesamaran dan perselisihan. Ia belrlainan sekali dengan Bible dimana ayat-ayatnya bersimpang siur dan menyukarkan sekali untuk dipertemukan daalm satu titik penyelesiaan. Penulis telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar dalam bab-bab yang lalu.Sesuatu kitab itu dikatakan mempunyai pertentangan ayat apabila terdapat ayat-ayatnya saling bertentangan secara fizikal yang mustahil dapat dipersatukan. Tetapi jika terdapat ayat-ayat yang kelihatan bertentangan tetapi dapat dipersatukan dengan begitu mudah dan diterima akal, maka itu bukanlah satu pertentangan.

Untuk membuktikan al-Quran tiada pertentangan ayat penulis membuka ruang cabaran dengan memberikan contoh ayat al-Quran yang kelihatan bertentangan. Dalam al-Quran ada menyebutkan, “Orang-orang yang meninggal diantara kamu sedang mereka meninggalkan isteri (janda), hendaklah isteri-isteri (janda) itu menahan diri (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari…” (al-Baqarah 2: 2: 234). Ayat ini menyatakan janda yang kematian suami tidak dibenarkan berkahwin selama 130 hari. Tetapi dalam ayat yang lain menyebutkan pula “Dan orang-orang yang meninggal antara kamu sedang ia meningggalkan isteri, hendaklah (boleh) ia berwasiat untuk isteri mereka supaya diberi tempat (tidak disuruh berpindah) hingga setahun…” (al-Baqarah 2: 2: 240). Adakah ia bertentangan? Penulis akan memberikan masa seketika kepada para pengkritik al-Quran untuk memberikan komentar sebelum ianya dijawab.

Ayat pertama jelas menyatakan perempuan perempuan yang kematian suami tidak dibenarkn berkahwin selama tiga bulan sepuluh hari. Tujuannya ialah untuk memastikan ia tidak mengandungkan anak dari arwah suaminya. Ini kerana dalam masa tersebut kehamilan telah dapat dipastikan. Tujuannya ialah untuk menentukan nasab anak yang akan dilahirkan jika ia mengandungkan anak dari arwah suaminya. Manakala ayat yang kedua menyatakan seseorang suami yang sedang sakit dibolehkan meninggalkan wasiat, jika ia meninggal isterinya dibenarkan tinggal dirumah walaupun setelah habis tempoh iddah empat bulan sepuluh hari, dan jangan dikeluarkan. Ia bertujuan memberi peluang siisteri memulihkan diri dari kesedihan dan juga untuk menguruskan anak-anak. Tetapi jika selepas tempoh tiga bulan sepuluh hari ia ingin meninggalkan rumah tidaklah ditegah. Inilah maksud dan kaitan kedua-dua ayat tersebut.

Al-Quran telah menjelaskan haqiqat ini dengan ayat “Tiadakah mereka memerhatikan al-Quran? dan jika ia adalah dari yang lain dari ALLah sesungguhnya mereka dapati di dalamnya pertentangan yang banyak” (an-Nisa’ 4: 5: 82). Yang jelas hingga ke saat ini tiada seorang pun sarjana dunia yang dapat mencari kelemahan al-Quran. Jika ada hanyalah tuduhan-tuduhan yang dicipta dari kesilapan dan kesalahan mentafsir al-Quran.

Pengakuan sarjana-sarjana bukan Islam

Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang tahan diuji. Ia adalah sebuah kitab yang boleh dicabar dari segala sudut.  Mungkin penulis akan dituduh bersikap ekstrim bagi mempertahankan kitab agama anutan sendiri. Untuk bersikap adil maka penulis memperturunkan pendapat dan kata-kata sarjana-sarjana bukan Islam tentang al-Quran.

1. “Sebuah mu’jizat dari kemurnian gaya bahasa, kebijaksanaan dan kebenaran” (Paderi R Bosworth Smith dalam bukunya Mohamed dan Mohammedanisam)

2. “Setiap saya mendengar al-Quran dibacakan, seolah-olah saya sedang mendengar muzik, dalam alunan melodi, seolah-olah terdapat suara yang terus-menerus memukul dram yang seperti memukul hati saya” (A J Abbery dalam Terjemahan al-Qurannya).

3. “Al-Quran adalah Injil kepunyaan Muhammad dan lebih dihormati dari kitab suci lainnya, lebih dari Perjanjian Lama orang Yahudi ataupun Perjanjian Baru orang Kristian” (J Shillidy D D dalam The Lord: Jesus in The Quran)

4. “Simfoni yang tiada bandingnnya. Suara yang benar-benar dapat menggerakkan manusia menangis dan luar biasa gembira (Marmaduke Pictall dalam terjemahan al-Qurannya. Ia telah memeluk Islam sebelum menterjemahkan al-Qurannya itu)

Keterangan-keeterangan di atas adalah sebahagian kecil bukti yang dapat penulis nyatakan, yang menunjukkan al-Quran adalah kitab (Firman) dari ALLah Taala. Untuk menyingkap bukti-bukti yang lebih banyak lagi, memerlukan masa dan tenaga yang panjang dan banyak. Ia boleh didapati dari buku-buku dan thesis yang ditulis oleh ulama’ dan juga sarjana-sarjana yang lain.

BAB 8

ALLAH TAALA MENGIKUT AL-QURAN

ALLAH TAALA ADALAH ESA

Keesaan ALLah Taala merupakan paksi aqidah Islam dan puncak kepercayaan. Mengakui bahawa ALLah adalah Tuhan yang Tunggal. ALLah, adalah nama dari Yang Tunggal itu. Mengakui bahawa tiada Tuhan selain Dia, yang tiada bersekutu (bersyarikat) dengan yang lain. Tiada yang menyerupaiNya, tiada yang sebanding denganNya, tiada yang dapat dicontohkan denganNya dari segi ZatNya, SifatNya, NamaNya dan PerbuatanNya. Tiada Ia penolong atau teman hanya Dia semata-mata. ALLah Taala sendiri memperakukan diriNya sebagai Tuhan dengan FirmanNya bermaksud, “ALLah tiada Tuhan melainkan Dia…” (al-Baqarah 2: 3: 255). Mustahil Dia lebih dari satu atau mempunyai teman, kerana jika berteman maka berbahagilah KuasaNya. Jika berbahagi kuasa maka kuranglah kuasaNya.

Pengakuan atas Keesaan dan KetunggalanNya dinamakan aqidah Tauhid yakni aqidah yang menjadi sorotan dari fikiran yang berbagai-bagai kepada kesatuan fikiran bahawa Dialah Yang Tunggal. Al-Quran telah menyatakan haqiqat ini dengan ayat bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad dan ajarkanlah kepada umat manusia) Dialah ALLah Yang Esa. ALLah adalah Pergantungan. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada sesuatupun yang menyerupainya (sebanding denganNya)” (al-Ikhlas 112: 30: 1-4).

Maha  Suci ALLah Taala dari mempunyai anak

Haqiqat ini adalah lanjutan dari penjelasan ALLah Taala yang Esa. Apabila ALLah Taala bersifat Esa yakni tunggal, maka semestinyalah Ia tidak mempunyai keluarga atau teman. Al-Quran menolak sama sekali kepercayaan ALLah Taala mempunyai anak. Demikian juga al-Qurn menolak apa juga istilah yang dihadapkan kepada ALLah yang mendatangkan syak wasangka bahwa Ia mempunyai keluarga. Oleh yang demikian al-Quran menolak kepercayaan Isa Alaihissalam itu anak Tuhan atau Tuhan yang menjelmakan diri sebagai Anak, dan juga kepercayaan bahawa Uzair adalah anak Tuhan. Al-Quran telah menegaskan haqiqat ini dengan ayat bermaksud, “Dan mereka berkata: ALLah telah mengambil anak. Maha suci Dia. Bahkan kepunyaanNyalah segala apa yang ada di langit dan bumi, kepadaNyalah semuanya menyerahkan diri” (al-Baqarah 2: 2: 116).

Apabila ALLah Taala tidak mempunyai anak, maka mustahil bagiNya mempunyai isteri, kerana isteri adalah perantaraan bagi mendatangkan anak. Mempercayai ALLah Taala mempunyai anak dan isteri adalah menyimpang dari landasan tauhid yang khalis. Pada hal selain dari ALLah Taala itu adalah ciptaanNya belaka. Al-Quran menjelaskan lagi haqiqat ini dengan ayat bermaksud, “Dan mereka menjadikan bagi ALLah sekutu-sekutu daripad Jin, padahal Dialah yang menjadikan mereka (Jin dan Manusia). Dan mereka mengada-ngadakan (mengarang-ngarangkan kepercayaan) bagiNya anak lelaki dan anak perempuan dengan tiada mengetahui (bahawa ALLah Taala itu Esa). Maha Suci dan Maha ALLah Taala daripada apa yang mereka sifatkan itu” (al-An’am 6: 7: 100).

Maha Suci ALLah Taala daripada tiga

Apabila ternyata Tuhan maha suci dari berkeluarga, maka maha suci Ia dari berbilang-bilang. Dengan yang demikian al-Quran menolak iktiqad Tuhan itu satu tetapi menampakkan diri kepada tiga peribadi. Haqiqat ini telah diterangkan denga jelas dalam tajuk keesaan ALLah yang lalu. Al-Quran telah menjelaskan haqiqat ini dengan ayat bermaksud, “Janganlah kamu katakan Tuhan itu tiga, berhentilah kamu (Jangan sekali-kali kamu berani kamu berkata demikian) itu lebih baik. Sesungguhnya ALLah itu Esa , Maha Suci Ia daripad mempunyai anak…” (an-Nisa’ 4: 5: 171)

Tiada penyerupaan dan tiada kekurangan bagi ALLah Taala

Al-Quran menyebut Tuhan dengan kalimah Rabb, Ilah dan Maalik. Ketiga-tiga kalimah itu adalah bermaksud Tuhan. Maksud Tuhan ialah suatu Zat yang mencipta dan memelihara alam, dan Zat yang bergantung sekelian makhluk dan alam kepadaNya. ALLah adalah kuasa punca ujudnya dan kuasa tertinggi alam maya. Yang Maha Gagah Perkasa, Pengatur perjalanan alam dan makhluk dengan bijaksana, dan dengan penuh keadilan.

Oleh kerana ALLah Taala merupakan kuasa tertinggi alam, maka wajib bagiNya bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Sifat kesempurnaan adalah sifat yang bersalahan dengan sekelian makhluk. Makhluk adalah zat yang bersifat lemah dan baharu (diujudkan dari tiada kepada ada kemudian ditiadakan-mati). Yang baharu adalah berbilang-bilang dan yang berbilang-bilang akan bertelingkah  Jika Tuhan seperti makhluk maka Ia bersifat lemah dan yang lemah adalah makhluk bukanlah Tuhan sama sekali. Inilah kalimah yang sangat jelas dan mudah difahami oleh akal manusia yang normal.

Tanpa memerlukan pakar bahasa, al-Quran telah menyatakan dengan bahasa yang terang dan sangat mudah difahami akan haqiqat kesucian ALLah Taala dengan ayat yang bermaksud, “Dialah ALLah tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dia Yang Maha Pemurah dan Penyayang (mengasihani). Dialah ALLah tiada Tuhan melainkan Dia, Maha Raja (Penguasa), Maha Suci, Maha Sejahtera, Yang mengurniakan Keamanan, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Gagah, Yang Mempunyai Kebesaran, Maha suci ALLah dari apa yang mereka (orang kafir dan orang musyrik) persekutukan. Dialah ALLah Maha Pencipta, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, bagiNyalah nama-nama yang baik, bertasbih kepadaNya sekelian yang ada di langit dan di bumi, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (al-Hasyr 59: 28: 22-24).

Bersambung ke

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 9 – akhir

Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips

Download e-book penuh