PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MELAKUKAN PERSETUBUHAN
1. Bertaubat dan Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya. Diharapkan pertemuan buat kali pertama, ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.
Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :
اللــــــهُمَّ إنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا
Ertinya :
Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik tempat masuk dan tempat keluar ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah tersebut.
3. Sembahyang Sunnat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :
اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ
YA Allah, berkatilah bagiku disisiku ahliku, Dan berkatilah bagi ahliku disisiku. Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik. Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan. Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan berilah rezeki kepada akud aripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayingku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.
Beramah Mesra
Selepas itu sisuami hendaklah memusingkan badannya dan hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih paha seraya memberi salam kepadanya.
Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.
5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas umbun-umbun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-
اللــــــــــــــهم إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه
Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu. Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.
.
matju
Jan 17, 2009 @ 23:44:07
tahniah kerana mampu mewujudkan blog sebegini bagus kerana mampu menambahkan kefahaman orang ramai terhadap permasalahan agama
amir
Jul 31, 2009 @ 00:49:40
alhamdulillah..bagus informasi yg telah dipaparkan ni..secara ringkasnya dpt memberi gambaran kasar tentang kaedah jimak di dalam islam..tp satu jer kurang.. ayat2 doa tu ada barisnya tak cukup etc..menyukarkan pembaca yg bukan warga arab utk menghafal..kang tersilap baca lain plak jadinya… 😀
Ahmad Nizam
Jul 31, 2009 @ 11:20:26
Salaam wahai amir. terima kasih kerana memberi ingatan pada soal baris dan tulisan kecil. Nanti ambe cuba cari jalan nak besarkan dia. Jazaaakallahu khoirol jazaa’ 🙂
Ahmad Nizam
Jul 31, 2009 @ 11:41:11
Ok dah besarkan dia. Tentang beberapa ayat yang tidak cukup baris tu diharap rujuk kepada yang tahu. Biasa lah adat dalam belajar, sama seperti kita baca buku, kena sahihkan lagi dengan orang yang lebih arif. Buku itu hanya bahan rujukan. Di sini hanya disediakan bahan mentah yang di copy dari website lain. Semoga berjaya 🙂
zara17
Dis 01, 2009 @ 12:22:20
satu informasi yang berkesan buat yang baru berumah tangga dan yang ihgin berumah tangga.disebalik perkahwinan itu ada kemanisan.jauhi maksiat kerana cara yang halal telah ada.
syera
Sep 25, 2010 @ 22:16:45
bagus ada laman blog seperti ini.kerana dapat memberi panduan dan info kepada semua muslimin dan muslimat.Saya berharap agar laman blog seperti ini dapat ditambah info2 lagi selepas ini…terima kasih.
Lia
Okt 28, 2010 @ 09:34:34
Salam ustaz, sya mempunyai bakal suami yang sangat sya syangi..Kami memang bercadang mahu berkahwin.Maslahnya skrang, dia pernah menyatakan hasrat ingn melakukan jimak melalui dubur..Apa yang perlu sya lakukan?sya tahu slah.perlukah sya tinggalkannya?Mohon nasihat
Ahmad Nizam
Okt 28, 2010 @ 19:43:38
Wa’alaikumussalaam w.b.t……. Saudari Lia, sebaiknya saudari nasihat elok2 bakal suami saudari itu dan memberitahu dengan jelas . Walau bagaimana pn, jika dia dah jadi suami saudari sekali pun, jika suami saudari itu mahu lakukan sedemikian, saudari boleh ENGKARI nya kerana itu perbuatan DOSA / MAKSIAT. Perbuatan itu HARAM, maka seorang isteri masih boleh TIDAK TAAT dalam soal ini …….
Semoga dipermudahkan urusan saudari. Tentang tinggalkan dia atau tidak itu, terpulang kepada saudari sendiri. Janji, mana2 perbuatan yang HARAM , sebaiknya ditinggalkan 🙂
ross
Nov 03, 2010 @ 00:01:34
minta izin saya ‘copy & paste’ artikel ini ke blog saya…sebagai panduan & bagi menambah ilmu kita bersama teman2 yang lain…terima kasih..
andalas
Nov 28, 2010 @ 19:31:19
Assalamualaikum
Berdasarkan kepada yang sunat, makruh dan haram sepertimana yang telah dihuraikan di atas, adakah boleh berlaku dalam konteks suami isteri Islam berbuatan persetubuhan ini dilabelkan sebagai merogol yang ditakrifkan jika apabila isteri enggan mengadakan hubungan seks sepertimana termaktub dalam undang-undang di negara-negara barat.
Yang peliknya tidak kurang badan-badan Islam luar negara menyetujui undang-undang manusia ini.
Wassalam 1929hrs.281110.
witha
Dis 14, 2010 @ 11:16:05
ini sangat berguna bagi pasangan suami istri yang belum mengetahuinya..
yusoff
Feb 05, 2011 @ 21:45:04
Islam agama paling sempurna sampai cara berjimak suami isteri pun ditunjukajar.Beradab sopan ketika jimak.
Nuraeni
Ogo 23, 2011 @ 13:17:32
thank’s info’a…
hijabrockersl
Ogo 28, 2011 @ 00:10:34
Berbunga2 hati baca artikel ni. MashaAllah indahnya Islam.
Tok Awang Pho
Sep 09, 2011 @ 20:23:21
Bagaimana pula Tok-tok Imam,yang menikahi pasangan yang ketelanjuran ,sudah punya isi 1@ 2 bulan ,,dalam kandungan.tanpa pengetahuan mak ,bapak,adek,kakak,saksi dll.
Tok Awang Pho
Sep 09, 2011 @ 20:24:05
Bagaimana pula Tok-tok Imam,yang menikahi pasangan yang ketelanjuran ,sudah punya isi 1@ 2 bulan ,,dalam kandungan.tanpa pengetahuan mak ,bapak,adek,kakak,saksi dll.???
Hafiz Amurwabhumi
Sep 09, 2011 @ 22:11:02
bagus
R & N
Feb 09, 2012 @ 22:33:49
Syukron…..