1)      PENGERTIAN

Fasakh bererti : membatalkan perkahwinan melalui kuasa qadhi,  sekiranya didapati sesuatu sebab atau kecacatan samada pada isteri atau suami, oleh yang demikian pihak isteri juga pihak suami bolehlah melaporkan kepada kadhi sebab-sebab ianya menuntut fasakh itu.

2)      SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH

1.      Dengan sebab didapati sesuatu kecacatan pada suami atau isteri seperti gila, sopak, kusta, mati pucuk, (‘Unnah pada lelaki) dan sebagainya.

2.      Dengan sebab suami menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya dan tidak diketahui samada hidup atau mati.  Bila berlaku hal yang demikian pihak isteri melaporkan kepada kadhi untuk menuntut fasakh.

3.      Dengan sebab murtad salah seorang dari suami isteri atau kedua-duanya sekali.

4.      Dengan sebab salah seorang dari suami isteri memeluk agama Islam dan tidak diikuti oleh seorang lagi hingga selesai idah, maka terfasakhlah nikahnya, tetapi sekiranya yang seorang lagi mengikut memeluk agama Islam dalam masa idah, tidaklah terfasakh nikahnya.

5.      Dengan sebab suami melakukan persetubuhan syubhah (salah sangka) dengan ibu atau anak kepada isterinya (anak tiri suami) dengan yang demikian maka terfasakhlah nikah isterinya.

6.      Suami tidak mampu membiayai nafkah, tempat kediaman atau membayar maskahwin, apabila terdapat hal yang demikian, pihak isteri bolehlah memberitahu qadhi, dan qadhi boleh menfasakhkan nikah itu setelah diberi tempoh kepada suami untuk menjelaskannya tidak kurang dari tiga hari.

3)      PERINGATAN

Nikah  yang difasakhkan tidak boleh dirujuk semula, sekiranya bekas suami isteri ingin hidup bersama kembali, hendaklah dilakukan akad yang baharu, ini adalah berlainan dengan talak biasa yang mana  perkahwinan boleh disambung semula selama isterinya itu sedang dalam idah kecuali cerai talak tiga.  Perkahwinan tidak boleh disambung semula dengan rujuk atau akad baharu sehingga bekas isteri  berkahwin lebih dahulu dnegan seorang yang lain kemudian diceraikan dan selesai dari idah pula.


Wallahua’lam

Sumber : 1. http://www.unitagamakmb.com