Assalaamu’alaikum w.b.t……  Masih lagi bersambung dari dialog-dialog sebelumnya, dan tak tahu bila akan berakhir. Saya hanya tunggu isyarat dari pihak yang di sinun. Dialog kali ini akan cuba ditumpukan kepada soal Penyaliban Yesus. Kerana saudara Alexious amat bertegas memegang keyakinannya itu iaitu Yesus mati di tiang salib. Dan ini lah merupakan aqidah utama Kristian iaitu, Yesus diutuskan untuk menebus dosa warisan, mati di tiang salib dan bangkit kembali dan naik ke langit untuk berada di sisi tuhan.

Sebelum ini , setelah lama berdialog, Alexious telah mengakui bahawa Yesus itu bukan Tuhan dan hanya rasul Allah,  dia pun sudah mengakui adanya percanggahan dalam Bible, dia juga mengatakan dia tidak setuju dengan dengan Kristian barat dan sebagainya.  Maka kali ini kami akan cuba menekankan bab penyaliban itu kerana dia masih berpegang teguh dengan pendapatnya itu.  Selamat berdialog dengan baik 🙂

Topik ini adalah sambungan dari

Dialog antara Muslim dan Kristian 12