Assalaamu’alaikum w.b.t…… Memandangkan ada seorang pengunjung ke blog ini yang telah memberi komen di ruangan Dialog antara Muslim dan Kristian 13, dan telah mengaku bahawa dia tidak percayakan Tuhan, maka saya tergerak hati untuk membuka topik ini dan mengalu-alukan sesiapa jua yang merasakan dirinya sebagai Atheis dan tidak percayakan kewujudan Tuhan untuk berdialog di sini. Berikan hujjah-hujjah mengapa anda mengatakan bahawa Tuhan itu tiada dan kami akan memberi kan pula hujjah-hujjah mengenai adanya Tuhan itu. Semoga dialog yang akan berlangsung dilakukan dengan berlapang dada dan tidak terlalu provokasi.

Terlebih dahulu saya memulakan perbincangan dengan mengatakan bahawa Tuhan itu wujud dan bukti utamanya adalah wujudnya semua makhluk yang berada dalam keadaan terurus seperti terurusnya sistem tubuh manusia, sistem tubuh binatang, sistem pada pokok, peredaran bulan, kejadian hujan, segala makhluk berpasangan , sistem suria dan sebagainya. Dan segala keadaan itu mustahil terurus tanpa adanya Yang Menguruskannya iaitu Tuhan. Dan mustahil adanya sesuatu itu tanpa penciptanya, dan akal pun turut akan mengakuinya sekalipun nafsu anda ada yang tidak mengakui. Dan pencipta segala pencipta mestilah berbeza keadaannya dengan pencipta-pencipta barang biasa yang ada di muka bumi ini. Dan mesti ada satu pencipta yang mencipta segalanya dan Dia lah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Itu sahaja sebagai pemula bicara, dan saya bawakan satu dalil dari Firman Tuhan yang bermaksud;

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa′at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” Surah AlBaqarah : Ayat 255  @  Ayat Kursi

– Update 2/9/2008

Berikut adalah beberapa dialog seorang Ateis yang berlaku dalam Dialog antara Muslim dan Kristian tidak lama dulu. maka saya masukkan kandungan beberapa dialog itu ke sini jua …….

  1. saya seorang ateis.Apa yang ada pada tuhan? Saya percaya bahawa dunia ini terjadi dengan sendirinya. Cari bukti bahawa tuhan yang menjadikan dunia ini

  2. Slmt sejahtera wahai Anonymous, semoga anda sihat-sihat selalu. Sila perkenalkan nama saudara terlebih dahulu. Dan sekiranya saudara berminat, mahukah saudara berdialog dengan saya dalam ruangan yang lain? Saya syorkan kita berdialog secara berlapang dada dalam ruangan Muslim dan Ateis? Saudara setuju? )

  3. Salam buat semua.

    Saya sangat setuju jika tuan Hikmatun menyediakan satu ruang dialog dengan athies pula. Salam buat anonymous.

    Tetapi saya mengesyorkan sebelum ia dilakukan. Iaitu saudara harus memberikan tempat kepada mata dan akal anda berfungsi dengan sempurna.

    Saya tahu bahawa atheis mengutamakan logika dan akal dalam menentukan kepercayaan. Sebab itulah anda tidak percayakan Tuhan kerana anda rasa lebih logik dipercayai alam terjadi dengan sendiri.

    Jadi atas logik juga, jika tuan Hikmatun memberikan hujah yang menepati kewajaran akal maka hendaklah anda akur.

    Dan lagi hendaklah hujah anda berlandaskan contoh dan falsafah yang menepati kewajaran akal, jangan hujah yang menampakkan kebodohan. Dan lagi jika benar pada akal akui sahaja jangan berpusing sana sini. Jika berpusing sana sini perbahasan ini tidak akan habis sampai saudara mati.

    Ok, saya setuju Hikmatun sebagai pengerusi perbahasan. Dan saya cadangkan saya, Mahmud, Kunam dan lain-lain hanya mencelah berdasarkan hujah tuan Hikmatun, jangan masukkan topik baru. Sebab apa? Nanti susah anonymous nak menjawab bila banyak sangat soalan, jadi ribut taufaan pulak. Setujukah Mahmud dan Kunam?

  4. Salaam pada semua teman2,

    Selamat pagi. Udah sarapan? Semuga hari ini dan hari2 yang akan datang akan sentiasa ceria dan tenang dan semuga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amiin.

    Harap Anonymous akan ketengah dan jangan terus jadi anonymous – tak bernama – jer…

  5. […] Memandangkan ada seorang pengunjung ke blog ini yang telah memberi komen di ruangan Dialog antara Muslim dan Kristian 13, dan telah mengaku bahawa dia tidak percayakan Tuhan, maka saya tergerak hati untuk membuka topik […]

  6. Salaam all. OK harap maaf, selepas ini tutup bicara tentang Atheis di sini. Tentang saudara anonymous tu pun mungkin dia hanya datang mencelah dan terus hilang sahaja tu. tetapi jika dia ingin berdialog tentang perkara ini boleh lah klik link di bawah

    https://hikmatun.wordpress.com/2008/08/19/dialog-antara-muslim-dan-atheis/

    Dan dialu2kan kepada sesiapa sahaja untuk berdialog di situ dan dijemput khas kepada sesiapa sahaja yang merasakan dirinya sebagai atheis untuk memberikan hujjah-hujjah anda. Tafadddhol )

  7. Let me be a person without a name. No hikmatun.Saya di sini bukan untuk singgah lalu sahaja.Saya singgah di sini dengan seribu satu pertanyaan tentang aspek ketuhanan dan kejadian manusia.Boleh sesiapa di sini memberikan fakta yang munasabah sedikit tentang konsep ketuhanan?
    Jika ada,silakan.

  8. salam to anonymous..
    well,its a coincidence we are here.but we are sorry anonymous.in this blog,we just discuss about kristian n islam ONLY. saya syorkan sudara pergi ke blog yang telah disediakan oleh saudara hikmatun kita seperti di atas.

  9. owh adiza rupanya. Sebenarnya wahai saudari, saya juga menyokong alexious dengan hujah-hujahnya yang lepas. Saya lihat hujah-hujah saudari kedengaran kasar, bongkak, dan ada yang tidak masuk akal.
    Baiklah saudari,kita tutup cerita tentang ateis. Mari kita berhujah tentang konsep ketuhanan dalam kristian dan pandangan saudari tentangnya.

  10. Salaam all. Wahai anonymous, saya minta kerjasama agar sekurang2nya berbincang gunakan nama samaran. INi agar tidak menambahkan kekeliruan kepada kami semua, maklum lah masing2 sibuk dengan kerja juga. Saya harap budi baik saudara , gunakanlah nama samaran agar tidak bertukar, kerana terlalu ramai orang komen guna anonymous tu )

    Dan sekiranya saudara mahu bercakap tentang atheis, sekali lagi saya jemput ke link di bawah

    https://hikmatun.wordpress.com/2008/08/19/dialog-antara-muslim-dan-atheis/

    Saudara boleh komen pada ruangan yang saya bagi tu. Dan jika sekiranya mahu mahu bercakap tentang Kristian, silakan di sini. Dan sila ajukan soalan berkenaan Kristian dan Islam. Jika mahu soal tentang atheis, maka komen pada ruangan yang saya bagi di atas tu yer )

  11. anonymous, di Ogos 19th, 2008 pada 3:13 pm Kata:
    owh adiza rupanya. Sebenarnya wahai saudari, saya juga menyokong alexious dengan hujah-hujahnya yang lepas. Saya lihat hujah-hujah saudari kedengaran kasar, bongkak, dan ada yang tidak masuk akal.
    Baiklah saudari,kita tutup cerita tentang ateis. Mari kita berhujah tentang konsep ketuhanan dalam kristian dan pandangan saudari tentangnya.

    Ulasan: Kasar? Berbudi bahasanya si tidak bernama ini.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  12. salam to insan yang tak bernama…
    sungguh cantik susunan ayat anda di atas. mungkin dalam spm,anda mesti A1 kan…? pandai betul kalau anda bukan melayu ,dalam spm boleh dapat A1.saya pun susah nak dapat A1 wahai anonymous. tapi anda sedikit dalam kebo****n bila anda sendiri yang tak beragama,tak percaya tuhan or whatever u call it,dengan senang hatinya beri komen tentang hujah2 saya yang lepas.
    anda dahlah tak beragama,ada hati pulak nak komen tentang hujah2 saya? kalau kritikan membina,saya terima wahai anonymous.
    tapi saya tak suka cara anda komen hujah saya. insan2 berilmu dalam blog ni(bukan awak) pun memberi saya teguran yang bagus kalau saya silap.
    baiklah,mari kita berhujah tentang sesuatu yang anda mungkin tak puas hati tentang konsep ketuhanan kristian dan islam.
    silakan…

  13. Disebabkan hikmatun ingin saya kenalkan nama saya,saya gunakan nama ini saja.

    Saya adalah anonymous yang sebentar tadi.Baiklah adiza.Pertama sekali,saya nak tanya saudari.Apa yang saudari tahu serba sedikit tentang ateis? sorry.Sebentar lagi baru saya akan mulakan pertanyaan saya tentang konsep ketuahanan kristian dan islam. Terlebi dahulu,sila jawab soalan saya di atas.

  14. Biar saya yg jawab hehe. Atheis ni secara mudahnya disebut satu FAHAMAN tidak percayakan kewujudan Tuhan. Dan konsepnya juga turut berada dalam FAHAMAN komunis, dan antara FAHAMAN yang mempopularkan atheis ini adalah komunis la yang diasaskan oleh Karl Marx.

    Dan begitu juga ramai manusia sudah menjadi atheis yang keluar dari agama2 yang sedia ada, kerana begitu terpengaruh dengan konsep keduniaan dan lupa bahawa kita semua datang dari Allah dan akan pergi mengadap Allah selepas kita MATI nanti )

  15. Saya mahu bertanya kepada Jerry, adakah saudara sudah tidak percayakan Tuhan dari awal atau apa agama saudara sebelum ini? Dan mengapa timbulnya rasa saudara untuk bertanya di sini?

  16. baiklah jerry. ini sahaja yang saya tahu serba sedikit perihal ateis ni.

    dalam zaman dahulu lagi pada peradaban Barat, telah muncul sekelompok manusia yang cabar mencabar sesama sendiri.
    terutamanya golongan THESIS dan ATHEIS.

    adakah anda tahu apa maksud THESIS dan ATHEIS wahai jerry…?
    THESIS ialah golongan yang berpegang pada kewujudan tuhan. manakala ATHEIS adalah manusia yang macam anda. kalau tak silap saya, pertelagahan tersebut berlaku dalam kurun ke-6 (SM).

    terdapat 6 basic utama dalam pemikiran ateis di barat.
    1-humanisme
    2-rasionalisme
    3-logisme
    4-pemikiran saintifik
    5-empirisisme
    6-naturalisme

    saya nak tekankan tentang basic logisme,pemikiran saintifik dan empirisisme.

    LOGISME…
    hanya perkara yang lojik sahaja diterima sebagai basic kepercayaan manusia.
    but what about spiritual jerry? bila bercakap tentang lojik, of coz kita akan gunakan akal bila kita nak menentukan lojiknya sesuatu perkara isn’t it? who give u the brain to think jerry? adakah terjadi dengan sendiri? show me the proof kalau otak manusia itu terjadi dengan sendiri…

    PEMIKIRAN SAINTIFIK…
    hanya perkara2 yang dapat dibuktikan secara saintifik(ilmiah) sahaja dapat diangkat sebagai kebenaran objektif atau yang nyata.
    hmm… its all about the stupid science right..? kalau Allah tak jatuhkan buah epal atas kepala Isaac Newton tu, dah tentu satu dunia ni takkan tahu what’s the gravity is…

    EMPIRISISME…
    hanya perkara yang dpt dikesan secara pancaindera manusia sja diiktiraf sebagai hakikat kehidupan manusiawi.
    really…?

    wahai jerry,saya akan tutup ceritatentang ateis ini dengan diakhiri..
    PENCARIAN TUHAN MEMERLUKAN LANDASAN DAN GANDINGAN KETINGGIAN WAHYU SEPERTI YANG DICERAKIN OLEH Ibnu Rusyd, al-Kindi dan al-Farabi.

  17. Pada hikmatun. Saya berketurunan yahudi.

  18. Mm bagus penerangan oleh saudari Adiza, alhamdulillah. MOga Jerry dapat menjawab persoalan dalam penerangan tersebut.

    Saudara Jerry mengatakan bahawa saudara keturunan Yahudi. Sejak bila saudara belajar Bahasa Melayu dan pandai bercakap Melayu? maaf ini bukan perli yer, tetapi pertanyaan kerana mahu tahu susur galur FAHAMAN anda. Kerana saya ternyata sudah Islam dari awal dan saya memang orang Melayu dan menetap di terengganu , Malaysia.

    Dan jika saudara mengatakan saudara adalah Yahudi, maka dari mana negara asal saudara sebelum ini. Adakah ibu dan bapa Jerry keduanya Yahudi?

  19. Agak memberangsangkan jawapan adiza. Sepertinya saudari mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama-agama di dunia ini. Saya bagi lagi satu soalan. Ini yang terakhir.
    Mungkin saudari adiza atau yang lain-lain tidak pernah dengar tentang Zar. Saudara hikmatun pernah dengar ke? Jika tidak, jangan sesiapa pun yang memberi jawapan yang tidak munasabah.

  20. Ye,kedua ibu bapa saya yahudi. Saya berasal dari Moscow,Russia. Saya memang berkawan dengan ramai pelajar melayu di universiti disana. Saya juga fasih berbahasa melayu.
    Saya berada di sini untuk beberapa bulan sahaja kerana ingin berjumpa dengan kawan lama yang beragama kristian.

  21. Mmmm terima kasih atas maklumat tersebut dan welcome to Malaysia. Harap saudara suka berada di negara ni. OK silakan saudara Jerry menerangkan tentang Zar ……. insyaAllah saya akan menyusul kemudian kerana saya mahu solat dulu ni )

  22. what a good question jerry!
    Zar berasal dari Mesir n ia merupakan perbomohan dan perubatan melalui muzik.
    setahu saya la kan,zar ni dikaitkan dengan ajaran agama islam.
    tetapi zar ini kurang popular dan ia cuma pertunjukan dijalanan untuk meraikan kelahiran para wali yang dikenali sebagai maulid atau mawalid.(betulkan jika saya salah).

  23. Welcome to Malaysia. May you have a fruitful and memorable stay here, short though it may be.

    Adiza.. Zar ni is a kind of ritual jugak kan? Saya dengar ni minggu lepas tapi masa tu saya tak concentrate sangat.

  24. #
    anonymous, di Ogos 18th, 2008 pada 9:00 pm Kata:

    saya seorang ateis.Apa yang ada pada tuhan? Saya percaya bahawa dunia ini terjadi dengan sendirinya. Cari bukti bahawa tuhan yang menjadikan dunia ini
    ______________________________________________

    Salam Jerry, selamat datang ke blog hikmatun.

    Diantara “perkara yg ditetapkan(diatur)” dan “perkara yg dianggap tidak diatur” terdapat garis pemisah yg SANGAT HALUS.

    sebagai contoh:
    seorang yg mati dilangar kereta di tengah jalan, timbul persoalan.
    1. adakah dia telah diatur oleh TUHAN untuk mati sebegitu dimasa itu.
    ATAU
    2. adakah dia seperti seorang “Atheis fikirkan”. perkara ini berlaku dgn tiada siapa aturkan.

    garis pemisah yg SANGAT HALUS.

    kembali kpd penciptaan dunia.
    “pada pengetahuan anda. didalam alam semesta ini terdapat berapa planet yg mempunyai hidupan seperti di bumi?” tentulah satu sahaja kan ? bumi kita.

    secara ringkas planet bumi terjadi hasil dari kedudukannya yg SESUAI. barulah wujud hidupan.
    apakah keadaan yg sesuai itu ?
    1. jarak dari matahari
    2. kecondongan paksi
    3. luar dari laluan komet, metriot, dan bahan angkasa yg lain.
    4. keadaan atmosfera bumi yg sesuai utk hidupan, yg memakan masa 2billion tahun untuk terjadi. Hidupan yg bermula hanya dari molekul asid amonia.
    5. dan lain2.

    perkara diatas saya masukkan untuk menerangkan betapa JIKA bumi kurang condong walau 1darjah, terlebih dekat ke matahari lebih dari 1km, dan lain-lain maka HIDUPAN TIDAK akan WUJUD dibumi ini.

    kemudian, berapa jumlah galaksi, bintang di dalam galaksi dan planet-planet yg mengorbit bintang itu yg diketahui oleh manusia.?? tentulah tidak terkira jumlahnya. itu belum dikira galaksi yg belum diketahui.

    pointnya disini, hanya satu planet yg mempunyai kehidupan berbanding seluruh alam ini. BERAPA NISBAHNYA ?

  25. Alhamdulillah, SubhanAllah, MasyaAllah, suatu perspektif saintifik yg cantik di bawa oleh saudara Kunam ) Maka yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan perlu menjawab, mengapa hanya BUmi sekarang ini yang nyata ditemui mempunyai penghuni dan alam sekitar yang stabil. Dan mengapa di planet2 lain tidak ditemui, yang ada hanya ANDAIAN2 dan SANGKAAN mereka yang bergelar SAINTIS. Sedangkan dari dulu hingga sekarang mereka tidak dapat membuktikan dengan JELAS kehidupan di planet lain.

    Adakah semua ini terjadi dengan sendiri tanpa ada yang mengurus dan merancangkannya? )

  26. “(Dialah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” Surah Al Mulk : Ayat 2

    HIdup kita semua ini hanyalah satu UJIAN dari TUHAN. Menguji manusia mana yang akan menjadi baik atau jahat. Dan ujian itu hanya berlaku di BUMI ini, bukannya di planet2 lain. Perbuatan baik atau jahat akan dibalas di akhirat nanti. Jika sekiranya tidak wujud Tuhan dan akhirat, bermakna MANUSIA bebas melakukan apa saja. Manusia tidak perlu takut DOSA kerana tiada hukuman untuk akan datang.

    Dan pemikiran tiada TUHAN ini lah satu FAHAMAN yang paling bahaya di dunia. Kerana ia akan mewujudkan masyarakat yang tidak takut DOSA, walaupun sesetengah Atheis itu mengaku moral dan akhlaknya baik, tetapi adakah semua begitu? Kita lihat sejarah KOMUNIS dan PENJAHAT-PENJAHAT yang rata-rata tidak percayakan Tuhan. NAma mereka sahaja Kristian, Muslim , hindu atau sebagainya, tetapi HATI mereka tidak yakin adanya PEMBALASAN kemudian hari dan tidak yakin ada Satu KUASA yang sentiasa melihatnya.

    Sekian dulu )

  27. walaupun tidak sesuai untuk dibangkitkan dibawah tajuk ini,
    satu persoalan yg bukan utk dijawab untuk Jerry.
    Mengapa hanya bumi kita sahaja yg mempunyai kehidupan?
    dlm erti kata lain.
    Mengapa bumi kita unik ?

  28. Saudara Hikmatun,
    Sekira tidak sesuai, post-post berkaitan Atheis silalah boleh dipindah ke tajuk yg saudara telah wujudkan. hanya cadangan )

  29. Saudara Kunam sndr pun sudah menjawab sndr di atas sana hehe, kerana hanya environment BUMI yang sesuai untuk kehidupan melangsungkan penghuniannya di dunia ini . Apa pun hanya Allah yang Mengetahui sebab nya yang sebenar.

    Dan jika saudara Jerry mahu tahu tentang Alien / UFo yang didakwa berasal dari planet lain, ketahuilah mereka itu hanya penghuni BUMI ini juga. Cuma mereka berada dalam alam yang sama dengan kita tetapi DIMENSI yang berlainan. Mereka itulah JIN , suatu mahluk ghaib yang dicipta oleh ALLAH yang insyaAllah boleh dilihat dalam keadaan tertentu dan orang-orang tertentu sahaja.

  30. Kunam said : ” Saudara Hikmatun,
    Sekira tidak sesuai, post-post berkaitan Atheis silalah boleh dipindah ke tajuk yg saudara telah wujudkan. hanya cadangan :)”

    –> Amat bagus sekali cadangan saudara itu. DUn worry, insyaAllah i will do it. Kita tengok dulu perjalanannya macam mana, nanti saya bungkus apa2 yang berkaitan dengan Atheis ni dan masukkan ke tajuk baru tu. Syukron ya akhi, jazaakallahu khoir )

  31. jerry, di Ogos 19th, 2008 pada 4:55 pm Kata:
    Ye,kedua ibu bapa saya yahudi. Saya berasal dari Moscow,Russia. Saya memang berkawan dengan ramai pelajar melayu di universiti disana. Saya juga fasih berbahasa melayu.

    Ulasan: Hmm? -)

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

  32. salam to all…
    baiklah.kita tutup cerita about ateis ni. x berkesudahan nanti. mana peginya jerry? da takut ke..?