Assalamu’alaikum w.b.t….  Bersambung lagi kita dari topik pertama iaitu Sejarah kemasukan Kristian di Kepulauan Melayu – Bahagian 1.  Sekarang ini kita memasuki bahagian 2 nya dan kita akan terus menjurus kepada sejarahnya di Tanah Melayu / Malaysia dan akan diterangkan mengenai beberapa iman-iman asas dalam Kristian, yang mana iman-iman itu begitu berlawanan dengan apa yang diajar oleh para nabi dahulu dan sudah tentulah ianya bukan ajaran Yesus tetapi ajaran Paulus yang telah banyak menokok tambah dan merosakkan ajaran Yesus.

Terpautnya gereja Roman Katolik dengan tradisi purbakala hanya merupakan satu segi sahaja. Gereja itu juga sebahagiannya di bawah pimpinan alim-ulamak Amerika, merancang untuk masa depan. Gereja ini memberikan perhatian yang besar terhadap latihan2 jabatan pendeta2 peribumi  dan memberikan perhatian yang khusus terhadap pendidikan Roman Katolik.

Orang2 Melayu di Malaysia hampir semuanya dari awal sudah tidak menerima ajaran Kristian itu malah hanya menerima ajaran Islam. Lebih-lebih lagi hanya ajaran Islam yang lebih sesuai dengan masyarakat Melayu yang rata2 nya berbudi bahasa dan berakhlak tinggi dari dulu. Cuma sekarang ini kita lihat ramai juga orang Melayu telah murtad dari Islam dan memeluk agama Kristian, kerana terdedahnya kepada pelbagai budaya dan pengaruh  yang tidak elok di negara kita. Ditambah lagi dengan kejahilan, dan tiada nya usaha umat Islam sendiri untuk mempertahankan umatnya dan menegakkan Hukum Islam. Dakwah2 umat Islam pun tidak sehebat dakwah yang dilakukan oleh umat Kristian. Itu yang perlu diperhatikan dengan sebaik mungkin oleh umat Islam kita sekarang.  Siapa yang silap?  Kita sendiri yang silap kerana tidak berminat dengan dakwah dan masing2 menjaga tepi kain masing2 sahaja.

Meskipun banyak terdapat pertentangan dan perselisihan pendapat di dalam dunia Kristian sendiri, namun perasaan persatuan mereka masih ada. Sebagaimana yang terbukti dalam peristiwa yang berlaku dalam tahun 1961, pada persidangan Dewan Gereja2 Sedunia di New Delhi.  Wakil2 dari gereja2 bukan Roman Katolik dari seluruh dunia telah berkumpul bersama2, sementara gereja Roman Katolik telah mengirimkan pemerhati2 dan dalam tahun 1962, satu pertemuan sidang atau Konsili Gereja Roman Katolik sedunia telah diadakan di Rome, Italy, dengan dihadiri oleh kaum Kristian yang bukan Roman Katolik sebagai pemerhati dan tetamu.

Persatuan ini telah ternyata dalam kata2 yang tegas iaitu ‘Iman Kristian’. Persatuan itu adalah suatu persatuan dalam Kristus. Di dunia barat, yang dengan kuatnya dipengaruhi oleh agama Kristian, sistem tarikh didasarkan kepada tahun2 sebelum dan selepas kedatangan Yesus / Nabi Isa a.s. Menurut istilah yang tradisional , tiap2 tahun dikatakan sebagai tahun Masehi atau tahun A.D (Anno Domini).

Iman Kristian menganggap setiap tahun , setiap hari, seluruh peredaran masa , sebagai suatu proses yang tidak berlaku secara terpisah dari Tuhan. Meskipun demikian , sebagai suatu perkara yang khusus, keimanan ini mengumumkan suatu proses yang lahir dari kekekalan, daripada kerajaan Tuhan, yang menerusi zaman dunia, tetapi tidak bersamaan waktu dengannya. Proses ini lah yang menjadi pemusatan tahunan gereja dengan pesta besarnya.

Di bahagian yang jauh lebih besar dari dunia Kristian, , anasir2 yang berikut ini merupakan hak milik yang umum. Tahun gereja bermula dengan empat minggu sebelum hari Natal, dengan pengharapan akan kedatangan Kristus. Segera sesudah itu, pada Hari Natal / Krismas, gereja merayakan kedatangan Yesus ke dunia, hari lahirnya. Gereja memperingati penderitaannya dengan dan untuk dunia dalam minggu kudus sebelum hari Paska dan khususnya pada Hari Jumaat Agung, hari Yesus yang didakwa Kristian di salib. Kemudian pada Hari Paska, hari kebangkitan Yesus dirayakan, hari pertama setiap minggu, iaitu Hari Minggu, juga pada mulanya disediakan bagi memperingati peristiwa itu. Pada hari raya Pantekosta (Whitsun) gereja merayakan kedampingan Tuhan dengan perantaraan Ruhul kudus, yang mengiringi kehidupan dunia tepat pada waktunya sehingga saat perwujudan kerajaan Tuhan, ketika Tuhan akan menjadi semuanya di dalam sekalian.

Pada hari minggu sesudah Hari Paska, banyaklah gereja dengan khusus merenungkan dan mengenangkan peristiwa ini , yang berasal dari kekekalan, dalam pemandangan keadaan Tuhan sebagai Trinity / Tri-Tunggal. Dengan istilah Tri-Tunggal ini iman Kristian membayangkan keadaan Tuhan sebagai wujud tunggal dengan tiga pernyataan nya, sang bapa, sang anak, ruhulkudus. Dengan demikian iman itu mengumumkan keEsaan Tuhan yang telah menciptakan Bumi dan Syurga, yang menyelamatkan manusia dan membaharui dunia.

Sejarah agama Kristian menunjukkan bahawa keutamaan yang pokok tidaklah terletak sentiasa dan di mana2 bahagian yang sama dalam tahun Kristian. Pada apa yang dinamakan Gereja Latin (gereja barat yang berbahasa Latin), pengutamaan yang besar terletak pada penyaliban Yesus dan pengorbanannya untuk dunia. Di Gereja Orthodox Yunani dan Gereja Orthodox Rusia, pengutamaan diberikan kepada kebangkitan Yesus dan perayaan Hari Paska. Dalam kalangan orang2 Protestant di Indonesia pada sekitar tahun 60an,  Hari Natal telah menjadi hari perayaan yang terkemuka. Di Filipina, orang2 yang beragama Kristian dalam abad ke 17 memberikan perhatian besar terhadap minggu kudus dan terhadap Hari Sakramen Kudus, hari Khamis kedua setelah Pantekosta dan pada waktu itu pengorbanan jasmani Yesus telah dirayakan dengan suatu pawai Sakramen.

Sakramen ditakrifkan sebagai satu perbuatan penyelamat dan / atau tanda2 yang nyata tentang kurnia Tuhan. Sejumlah besar gereja2 Kristian mempunyai 2 jenis Sakramen yang sama; Baptisan dan Penjamuan. Baptisan ialah pembasuhan dosa oleh Yesus dan tanda kemasukan ke dalam persekutuan iman iaitu gereja.  Di mana gereja sudah lama terdiri, pembaptisan biasanya diberikan kepada anak2 kecil dan ibu bapanya atau kadang2 ibu bapa angkatnya menjadi penjamin untuk mengasuh penganut Kristian itu pada masa depan. Di dalam beberapa golongan Kristian, sakramen ini hanya diberikan kepada orang2 dewasa, apabila mereka itu dengan sedar memasuki persekutuan iman. Di dunia yang bukan barat dan di dunia barat sekarang ini, pembaptisan ini juga dilakukan kepada anggota keluarga yang bukan Kristian ketika mereka itu menjadi anggota gereja.

Sakramen yang kedua, salah satu sakramen yang menduduki tempat di tengah dalam gereja2 yang secara sungguh2 memberi tekanan bahawa sakramen merupakan satu perbuatan penyelamat, ialah Penjamuan atau Ekaristi (Eucharist). Dengan tanda2 lahir, roti dan air anggur maka pengorbanan jasmani dan darah kristus diulang pada tiap2 waktu sebagai satu korban yang tidak berdarah, dan dengan komuniti penganutnya akan ikut serta dalam pengorbanan ini dan dengan demikian penganutnya akan mendapat rahmat daripadanya. Pada gereja2 dan golongan keagamaan yang lain, misalnya pada kebanyakan gereja2 protestant, Penjamuan dirayakan sebagai satu tanda komuni yang nyata dengan Yesus yang telah disalib dan dibangkitkan, dan sebagai penjamuan dari golongan orang yang percaya.

Gereja2 seperti Roman Katolik mempunyai 5 jenis sakramen yang lain lagi. Setelah baptisan, tibalah pula sakramen penguatan (confirmation) iaitu tahbis kepada kesaksian kepada keimanan melalui penyentuhan tangan dan peminyakan yang dilakukan oleh seorang uskup; dalam sakramen pengakuan , pembuat dosa yang sudah menyesal itu diberi pengampunan terhadap dosanya dengan ucapan2 perantara dari seorang pendeta;  dengan sakramen perkahwinan maka satu perjanjian suci antara suami dengan isteri diciptakan, dan dari sana lahirlah anak2 sebagai anggota baru gereja itu;  dengan sakramen Imamat, pendeta (yang dalam gereja Roman Katolik terus tidak kahwin)  ditahbiskan untuk berbakti kepada gereja, dan terutama sekali untuk perayaan2 Ekaristi; dan dengan jalan sakramen Minyak Suci maka gereja memberi pertolongan kepada orang yang sakitnya seberat2 nya.

Gereja Roman Katolik disusun secara bertingkat2, dengan Paus di Rome di atas sekali sebagai wakil Yesus di muka bumi ini. Dalam pentadbiran gereja dia dibantu oleh sebuah dewan pembesar2 gereja yang bernama Kardinal. Paus menjadi uskup Rome sebagai pengganti Saint Peter (Petrus), kerana menurut pandangan Roman Katolik, Yesus Kristus telah menganugerahkan kepada Petrus kekuasaan yang tertinggi di atas gereja. Sekali2 dalam sejarah gereja Roman Katolik satu Sidang Umum (Konsili) diadakan, iaitu satu perhimpunan uskup2 dari seluruh dunia yang diketuai oleh Paus, untuk memutuskan tentang hal2 mengenai kepercayaan dan moral.

Di luar dewan ini juga Paus boleh berbicara dengan kekuasaan tertingginya yang mutlak sebagai seorang guru, sesudah berunding dengan pembesar2 gereja dan memutuskan sesuatu iktikad yang pada waktu itu menjadi pegangan di gereja, untuk dikanunkan sebagai iktikad gereja pada keseluruhannya. Hal ini dilakukan terhadap dogma yang bertalian dengan Mariam, ibu Yesus Kristus yang mendapat tempat terkemuka dalam pemujaan Roman Katolik. Setelah pemeriksaan dilakukan tentang soal itu oleh pembesar2 gereja yang layak, Paus juga boleh mengumumkan dengan upacara anggota2 gereja yang tertentu yang telah meninggal dunia sebagai orang2 kudus (saints) iaitu mereka melihat Tuhan  dan dengan demikian harus dihormati dan didoakan oleh gereja. Oleh sebab ini lah di gereja2 ROman Katolik dan di rumah2 kediaman, akan ditemui bukan saja patung Yesus Kristus dan Mariam tetapi juga patung2 orang2 kudus (saints).

 

Pihak Kristian di gereja Vatican City, Rome telah pernah membuat rancangan agar seluruh Indonesia, Mesir dan benua Afrika menjadi Kristian pada tahun 2000, tetapi alhamdulillah usaha mereka tidak berhasil malah kita saksikan semakin ramai jumlah umat Islam di dunia sekarang ini.

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.” Surah At Taubah : Ayat 32

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam (neraka) Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” Surah Al Anfaal : Ayat 36

 

Antara kaedah2 dakwah di zaman moden yang dilakukan oleh umat Kristian ialah melalui persekolahan , media-media, secara tidak rasmi dan pertubuhan2 khas. Banyak pertubuhan yang ditubuhkan oleh Kristian antaranya;

1. Pertubuhan kebangsaan St Vincent De Paul, Malaysia – Pertubuhan ini adalah cawangan daripada Pertubuhan  Kebajikan Antarabangsa yang berpusat di Paris. Pertubuhan ini bertujuan membantu orang2 miskin yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama, berupa derma siswa, buku2 teks sekolah, yuran dan seragam sekolah, memberi makanan kepada orang2 miskin, melawat hospital2, memberi pekerjaan dan projek persendirian. Pertubuhan ini beralamat di Petaling Jaya.

2. Persatuan Jururawat Katolik Malaysia – Ditubuhkan pada tahun 1947. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan hubungan antara jururawat Katolik , mengambil bahagian dalam kemajuan jururawat, mengadakan seminar, hari jururawat, menyuarat tahunan, majlis sosial, surat berita, majalah dan lain2. Pertubuhan ini adalah cawangan kepada Pertubuhan Jururawat Katolik Antarabangsa di Belgium. Cogankatanya adalah ‘Kasih sayang dan Perkhidmatan’.

3. Persatuan Sekerja Pemuda Kristian YCW Malaysia – Merupakan cawangan kepada Persatuan YCW Antarabangsa. Bertujuan menggalakkan semangat kerohanian Kristian, memahami orang lain tanpa mengira bangsa dan agama dan memberi latihan kepada semua pemuda di semua peringkat.

4. Liga Wanita Katolik – Bertujuan menggalakkan perasaan kerjasama sosial dan kerjasama antara wanita Katolik semua bangsa. Perjumpaan bulanan diadakan setiap hari Jumaat. Terdapat juga pertubuhan lain yang mencontohi pertubuhan ini , tetapi tidak jelas tujuannya kerana sebab2 politik.

5. Dan sebagainya …….

 

Ahli sejarah Welles dalam bukunya, ‘Pengenalan sejarah Manusia’ mengatakan , “Besar kemungkinan bahawa agama Kristian yang diamalkan oleh penganut2 Kristian sekarang tidak dikenali oleh Nabi Isa a.s”. Maka kesimpulannya Kristian yang tersebar luas ke seluruh dunia sekarang ini bukannya ajaran tulin dari Yesus / Nabi Isa a.s malah telah ditokok tambah, diubah suai mengikut selera dan bercampur aduk dengan segala macam percanggahan. Adalah diharapkan agar umat Kristian buka lah pintu hati dan berfikirlah dengan sedalam-dalamnya, jangan hanya menurut kata gereja secara membuta-tuli kerana manusia masing2 dianugerahkan oleh Allah S.w.t satu akal yang tidak ternilai harganya. Gunakanlah ia sebaik mungkin demi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat.

 

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan.” Surah Al Baqarah : Ayat 256

“Dan katakanlah (Hai Muhammad), “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang mahu kufur engkar biarlah dia mengengkarinya.” Surah Al Kahfi : Ayat 29

“Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya). Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil dan menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?” Surah Aali Imran : Ayat 69 – 71

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al Maidah : Ayat 51

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani”. Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur′an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur′an dan kenabian Muhammad s.a.w.).” Surah Al Maidah : Ayat 82 – 83

“Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah : “Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nya lah kembali (kita)” Surah As Syuura : Ayat 15

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.  Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Surah Al Mumtahanah : Ayat 8 -9

 

 

Rujukan :

1 – AlQuran Al Karim

2 – Agama2 di Gugusan Pulau2 Melayu – P.e. de Josselin de Jong , Oxford University Press.

3 – Menghadapi ancaman pengkristianan – Nahmar Jamil

 

 

Bacaan berkaitan dengan Kristologi  :

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 - 2

Jesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

About these ads