Assalaamu’alaikum w.b.t….  Huhu Kategori lelaki Malaysia tak dapat nombor 5 pun. Manakala kategori wanita Malaysia hanya mampu menduduki nombor 2 melalui cik Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman kita dari Akademi AlQuran tu. Walaupun terkilan kerana kategori lelaki Malaysia tidak dapat jadi johan, tetapi saya amat kagum dan tertarik dengan johan kategori lelaki dari Indonesia itu. Bacaannya begitu mantap dan padanlah beliau menjadi johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-50 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) yang diadakan di , Pulau Wan Man, Kuala Terengganu kali  ini, masyaAllah.

Dan satu lagi yang tidak disangka, johan kategori wanita adalah dari negara Thailand, negara yang sedang berkecamuk dan di bawah pemerintahan kerajaan bukan Islam itu pun boleh menjadi Johan, SubhanAllah.

Apa2 pun semoga kita dapat mengambil pengajaran dari ayat2 yang dibaca kerana itulah tujuan utama penurunan AlQuran ke muka Bumi ini. Dan keindahan mengalunkannya adalah untuk memantapkan lagi keyakinan terhadap ayat2 Tuhan yang dibaca dengan berseni dan penghayatan yang mendalam. Dan membaca AlQuran dengan memperindahkan suara adalah sunat hukumnya.

Kalaulah mereka2 yang masih belum beriman dengan ayat2 Allah itu dapat menghayati dan mendengarnya dengan baik masyaAllah, hati yang keras pun akan luntur dan menangis dengan bacaan ayat2 dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang itu.