Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Hhhmm dah lama tak dengar khutbah Jumaat yang tidak berunsurkan politik dan memberangkan iman seperti hari ini. Baru saya dengar hari ini pembangunan yang mesti dilakukan mestilah berdasarkan kepada jalan yang betul menurut Islam dan tidak bercanggah dengan aqidah. Alhamdulillah, satu perkembangan terbaru yang bagus dalam khutbah Jumaat kat kampung saya ni.

Apa yang mencuit hari saya tentang khutbah Jumaat tadi ialah tok khatib menyentuh tentang baru2 ini dalam pengundian artis (Undian SMS) dalam acara apa ntah, mengikut kajian lebih 4 juta lebih orang remaja mengundi untuk artis. Tetapi dalam pilihanraya, purata besar mereka tidak keluar mengundi. Bermakna sekarang ini artis lebih penting dari soal hidup-mati rakyat, ih ih ih.  Khutbah tadi menasihatkan kita agar tidak mengagung2kan artis dan hiburan yang melampau dan tanpa batasan mesti dibanteras.

Ini kerana hiburan tanpa batasan itu akan semakin meruntuhkan akhlak muda-mudi, siapa yang mengajar mereka kalau bukan artis? Oleh itu saya menyeru agar artis2 Malaysia kita ni berhati2 lah dalam mencorakkan hiburan kepada rakyat, kerana ia akan memberi pengaruh yang besar terhadap remaja.  Jaga lah aurat kalian, tutup lah aurat, jagalah ada sopan dan budi bahasa, jangan mencontohi perkara2 yang tidak senonoh kepada muda-mudi kerana anda menjadi idola kepada mereka. Anda sendiri memilih untuk menjadi artis, bermakna tanggungjawab anda lah untuk menjaganya. Jangan hanya pentingkan kepuasan nafsu sendiri sahaja.

Saya hormati beberapa orang artis wanita seperti Waheeda, Aishah, Sheila Rusly, Wardina dan beberapa orang lagi yang menjaga aurat mereka dan ini sekaligus membawa imej yang bagus kepada agama kita sendiri. Semoga artis2 lain yang ku sayangi dapat mencontohi gadis2 genit tadi yer :)  All the best …….