Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Testing testing. Nak tahu apa yang saya testing? Saya sedang test menggunakan Google Chrome versi Beta, iaitu pelayar internet terbaru yang boleh di download percuma di sini. Pelayar internet (internet browser) ini adalah dibuat khas oleh Google dan ini memberikan Google maju setapak lagi dalam bidang keinternetan dengan memiliki browser sendiri pula. Habis semua nak disapu bersih oleh pakcik Google kita ni ih ih ih. Dah la lepas satu2 website2 gergasi lain yang dibelinya. Agenda Google ini banyak menimbulkan tanda tanya juga sebenarnya, adakah dia mahu mengawal dunia satu masa nanti?  Hhhmmm

Setakat yang saya test gurau2 dengan Google Chrome ni, kelajuan melayari internet boleh tahan laju sikit dari Mozilla, kiranya boleh lah merempit bersama,  tetapi ini hanya dari penggunaan saya, lain orang mungkin lain pula keputusannya. Cuma ada juga beberapa kekurangan, contohnya bagi stumbler website StumbleUpon masih tidak dapat stumble dengan Google Chrome ni kerana tidak ada lagi plugin untuk StumbleUpon rasanya ni. Mungkin juga saya tidak tahu cara menginstallnya di Google Chrome ini. Maka jika ada sesiapa yang tahu, harap tolong beritahu di sini yer.

Dari segi rupa dan rekabentuk, Google Chrome menarik dan mungkin ramai kaum wanita yang suka rekabentuk sebegini. Ringkas, kemas, cantik dan padat. Apa yang saya lihat, rekabentuknya ala2 Netscape Navigator, cuma temanya lebih kepada kebiruan di mana Netscape lebih kepada kehitaman.

Penggunaannya pun saya rasa kekok lagi, mungkin kerana baru. Lama2 nanti akan jadi biasa la ni insyaAllah. Tetapi banyak keistimewaan yang dijanjikan oleh Google, seperti menambahkan sekuriti, tab dinamik (dengan mempunyai animasi apabila kita mengalih2 tab ke sebelah dan jika ditarik keluar dari ruangan tab akan menjadi satu tetingkap lain), kekotak URL yang juga menjadi kekotak search (2 dalam 1) dan beberapa lagi.  Tetapi banyak juga  keistimewaan2 yang dicedok dari pelayar internet lain seperti;

– Sistem tab – telah dimulakan pada IE 8.

– Thumbnail homepage – Telah diasaskan oleh Opera pada Speed dial nya.

– Chrome’s InCognito telah ada dalam IE8 sebagai InPrivate Browsing, dan juga telah ada dalam Safari 3 sebelumnya.

– Omnibar juga telah ada dalam Firefox.

Pendek kata, Google Chrome merangkumkan keistimewaan2 dari pelayar web lain di dalam pelayarnya. Bagi mereka yang menggunakan pelayar Mozilla Firefox, IE dan Opera sebelum ini, boleh lah merasakan ciri2 pada pelayar2 tersebut di dalam Google Chrome sekarang. Dan ditambah lagi dengan rekabentuk ala Netscape Navigator. 

Menurut pakcik Google sendiri, pelayar ini boleh mengelakkan berlaku crash semasa mengedit dokumen atau mengarang email. Juga ia dapat dilayari dengan lebih pantas, termasuk javascript pun dapat load dengan lebih pantas dari biasa. Ia juga dilengkapi dengan lebih banyak sekuriti, bagi mengelakkan pelayar mengeksploitasi maklumat pengguna dan mengelakkan malware. 

Walaubagaimana pun pelayar ini masih lagi panas dan perlu digunakan lebih lama lagi untuk betul2 mengetahui prestasinya. Sama2 kita lihat nanti sama ada pelayar ini akan bertahan dan akan dapat mengatasi Firefox dan pelayar2 lain atau tidak. Kerana mereka sekarang sedang bersaing dan di dalam dunia kapitalis tiada erti belas kasihan. Yang menang akan berada di atas. Yang penting, kita guna sahaja teknologi yang ada demi kebaikan bersama tetapi tidak bermakna kita perlu mengikut dan mengagung2kan mereka. Saya di sini hanya menyampaikan berita, tidak berniat untuk mengajak anda untuk menggunakannya. Use at your own risk. All the best and jazaakumullahu khoirol jazaa’  🙂