Assalaamu’alaikum w.b.t…. dan selamat sejahtera.  Harap maaf, ini bukannya review untuk memuji filem Hollywood Superhero Movie ini, tetapi review negatif semata-mata.  Dan saya terpanggil untuk melakukan review ini kerana filem ini begitu mencemar duli dan mengajar banyak sangat perkara tidak senonoh. Dan bukan filem ini sahaja, filem ini cuma di antara filem2 yang semakin banyak mengajar perkara2 yang tidak elok dan boleh merosakkan akhlak muda-mudi sekarang. 

Apa yang menjadi masalahnya?  Yang menjadi masalahnya memang banyak. Cuma saya hanya mahu menyentuh tentang satu perkara sahaja yang mana satu perkara ini pun sudah dapat memberi kesan buruk kepada kemanusiaan itu sendiri. Dimana dalam filem ini terdapat banyak sangat perkataan MENCARUT dan lawak2 seksual. Boleh dikatakan selang tidak lama mana, satu perkataan mencarut keluar dari mulut beberapa pelakon dalam filem tersebut. 

Lawak yang merapu sudah satu hal, ditambah lagi dengan perkara yang saya sebutkan tadi. Dan yang hairannya filem sebegini lepas ditayangkan di pawagam di negara kita, ih ih ih. Ingatlah, filem2 sebegini akan memberi kesan kepada jiwa terutama jiwa anak2 muda yang sedang mencari identiti diri. Islam tidak melarang untuk berhibur, tetapi biarlah ada batasannya. Hiburan tanpa batasan sebegini amat merbahaya dan boleh menjadi virus dalam masyarakat kita. Dan saya menyeru kepada pihak2 yang berwajib, agar memantau filem2 sebegini dari ditayangkan secara umum di negara kita ini. Sedikit-sedikit lama2 jadi bukit. Cegah sebelum parah.

Filem2 sebegini sepatutnya diberikan LARANGAN dari menonton oleh pihak berkuasa. Sekurang2nya remaja dan siapa sahaja akan terdetik di hati mereka tentang keburukan filem tersebut. Ini kerana biasanya para remaja tidak berfikir panjang dalam mencari satu hiburan untuk diri mereka. Jika tiada peringatan terhadap mereka, maka mereka mudah hanyut dibawa arus. Dan sekurang2nya agar ada juga peringatan dan masyarakat juga akan menjadi lebih berhati2. Jika tidak, ianya akan menjadi semakin biasa, dan lama2 akan menjadi satu budaya yang tidak salah untuk diamalkan, na’uzubillah …….