Assalaamu’alaikum w.b.t……  Moshi-moshi,  ohaiyo gozaimas,  tabemashita-ka?  Booom!  Boom!  Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan yang mulia ini, biasanya kedengaran lah bunyi2 gegak gempita yang menyambut kedatangan Ramadhan. Tetapi masalahnya yang membunyikannya tu biasanya bukan hendak menyambut Ramadhan, tetapi saja2 bermain membakar duit, ih ih ih. Yang peliknya, apabila Ramadhan menjelang je banyak sangat mercun dijual di pasar2 dan kedai2.  Dah jadi macam adat pulak, ntah siapa yang ajar ntah.  Ni bukan marah berapi ni , tapi marah2 sayang ni hehe.

Teringat jugak waktu aku kecik2 dulu, aku pun sama bermain mercun, ih ih ih.  Mungkin kerana terpengaruh kerana semua kawan2 main sama. Itu lah kebiasaannya yang berlaku ke atas kanak2, iaitu TERPENGARUH dengan rakan sebaya. Dah tak kira bahaya atau tidak, janji puas hati mendengar bunyi bising ntah hapa hapa tu. Jika tidak dipantau oleh ibu bapa dan orang2 dewasa, maka jadilah kanak2 tersebut askar tak bergaji di bulan Ramadhan ni. Dan siapa guru besar utama yang asalnya mengajar kanak2 bermain mercun terutama di bulan Ramadhan itu masih menjadi misteri. Harap Tv3 ke Tv9 ke dapat kaji siapa dalang di sebalik semua ini.

Bulan ini alhamdulillah, saya rasa yang paling kurang bunyi mercun jika dibandingkan dengan tahun2 sudah. Tetapi ini berlaku di area tempat saya tinggal sahaja, saya tidak tahu bagaiman dengan area anda.  Mungkin ramai yang dah sedar dan insaf akan bahaya dan membazirnya bermain mercun yang tidak ada faedah langsung ni. Tetapi sikit2 tu ada la juga kedengaran. Harap jangan dia mula menggila dekat2 nak raya nanti sudah. Kerana ada juga biasanya dekat2 nak raya tu dia buat gila. Jangan jadi gila pada hari raya sudah.

Di kesempatan ini , saya mahu mengambil kesempatan yang sempat lagi ni untuk disampaikan, iaitu untuk memberi sedikit nasihat kepada peniaga2 mercun agar berhenti2 lah menjual mercun. Mengapa? Sila baca keburukan2 menjual mercun di bawah;

– Menggalakkan kanak2 membazir.

– Membahayakan diri kanak2 dan orang awam.

– Mengganggu ketenteraman awam, orang2 yang sedang solat dan sebagainya. 

– Mengkayakan pengilang2 mercun.

– Menggalakkan aktiviti membuang masa, membuang duit dan membuang anggota2 badan.

– Rezeki yang dicari sudah tentu tidak berkat kerana usaha menjual suatu yang tidak bermanfaat dan lebih kepada keburukan. 

Nah nampak kan, betapa banyak keburukan kesan dari menjual mercun terutamanya jenis yang berbunyi kuat itu. Maka bertaubat lah ya dan sama2 kita tidak menjual benda2 yang banyak keburukan dari kebaikan. 

Dan saya menyeru adik2 semua agar berhentilah bermain mercun. Isikanlah masa lapang adik2 dengan hobi2 yang berfaedah dan membina seperti membaca, tolong keluarga, berkebun, bersenam, mengembara, ambil foto2 cantik, melukis pemandangan dan keindahan dunia ni dan sebagainya. Dan para ibu bapa, abang2 dan kakak2 pantaulah adik2mu dari bermain mercun. Kalau nak main sangat pun, main sahaja bunga api yang tak keluarkan bunyi kuat tu. Semoga dunia ini bebas dari angkara mercun.  Dan sama2 kita hijaukan bumi kita dengan mengelakkan sebaik mungkin dari melakukan pencemaran. Jazaakumullahu khoirol jazaa’  :)