Assalaamu’alaikum w.b.t.. dan selamat sejahtera. Sana politik sini politik, tak habis2 dengan politik. Kali ni saya mahu sentuh sikit tentang politik, tetapi bukan politik di Malaysia tetapi politik di Israel. Menurut laporan dari Associated Press yang terbaru, seorang menteri kabinet Israel iaitu Rafi Eitan mengatakan adalah tidak salah untuk menculik presiden Iran iaitu Ahmadinejad. Dan untuk pengetahuan, Rafi Eitan ini juga lah orang yang bertanggung jawab menculik mastermind Nazi iaitu Adolf Eichmann ke muka pengadilan di Israel.
Rafi Eitan yang sudah berusia 81 tahun, juga adalah seorang agen Mossad. Dia telah menculik Eichmann dari Argentina pada tahun 1960 dan membawanya ke Israel. Eichmann telah dibicarakan atas tuduhan menjalankan ‘penyelesaian terakhir’ Adolf Hitler untuk membunuh orang2 Yahudi Eropah.
Laporan itu lagi mengatakan bahawa Ahmadinejad sebolehnya mahu menghapuskan negara Israel itu dari peta dunia. Iran sedang membangunkan teknologi nuklear yang mana telah menyemarakkan kemarahan orang2 Yahudi.
Yang peliknya, hasrat Ahmadinejad itu lah yang mahu didakwa di muka pengadilan oleh menteri tersebut. Sedangkan, pencerobohan mereka sendiri ke atas Palestine selama ini tidak pula mahu dibawa ke muka pengadilan. Hhhmmmm …….
Okt 23, 2012 @ 02:12:43
Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your point.
You obviously know what youre talking about, why throw away
your intelligence on just posting videos to your blog when
you could be giving us something enlightening to read?
Ona