Assalaamu’alaikum w.b.t.. dan selamat sejahtera.  Nah, tak lama selepas Google membuat kejutan dengan Google Chrome nya, dan setelah banyak syarikat berasaskan internet telah dibelinya, sekarang Google sudah membeli satu syarikat dari Korea Selatan yang membikin software untuk blogging. Nama syarikat tersebut ialah Tatter and Company (TNC). Dengan ini ia dapat mengembangkan lagi penerajuannya dalam pencarian Internet di Asia.

Sepertimana pembelian Google terhadap platform Blogger pada tahun 2003, maka Google dapat memperbaiki lagi teknik2 untuk mencari dan mensintesiskan kandungan blog dan mengendalikan iklan2 dengan lebih tepat kepada pasarannya yang tertentu.  

Menurut kata Chang-Won Kim iaitu CEO TNC, Google telah berusaha sedaya upaya untuk menambah perkongsian pasaran di Korea kerana ramai pengguna Internet di sana telah terikat dengan servis2 ‘Web portal-style’. Servis2 itu telah menyalurkan pengguna2 melalui satu titik pusat bagi semua keperluan Internet mereka dan membataskan beberapa pelayaran beberapa laman yang berbeza yang membantu Google menjual lebih banyak iklan.

Platform baru yang telah dimiliki oleh Google sekarang itu dikenali sebagai textcube yang dulunya dikenali sebagai tattertools. Textcube adalah wordpress dalam versi bahasa Korea. Kalau anda pandai berbahasa korea, maka boleh lah anda membuka satu blog dengan platform Textcube😀

 

Diolah dari laporan  Associated Press