Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ….  Di sini saja nak parking beberapa video yang membuktikan bahawa dakwaan Saiful Bukhari bahawa dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim adalah tidak berasas dan tiada bukti sama sekali. Laporan perubatan pun menafikan bahawa dia pernah diliwat.  Semoga yang masih tidak menonton lagi video2 ini dapat menontonnya dan menilai sendiri.

 

Bagus Hospital Pusrawi kerana berani mengemukakan fakta yang benar walaupun terpaksa menghadapi risiko2 yang tertentu. 

Dan sila perhatikan video di bawah ini baik2 dan dengar baik2 apa yang Dato Najib Tun Razak cakap. Dia mengatakan bahawa dia TIDAK PERNAH MENGENALI BUDAK SAIFUL itu sebelum ini. Logik kah? Sedangkan dulu Saiful pernah bekerja dengan Anwar Ibrahim. Saiful juga pernah mengambil gambar bersama pegawai di pejabat Dato Najib pada 12 Februari lalu. Logikkah Dato’ Najib tidak pernah mengenali Saiful sebelum ini? Menggelabahkah Dato Najib menjawab soalan wartawan sehinggakan tidak disedari bahawa dia telah menjawab satu fakta yang betul2 tidak rasional? 🙂

Saya tidak menuduh atau memburukkan sesiapa. Tetapi anda semua dapat saksikan sendiri video tersebut dan buat lah penilaian secara professional.