Brokoli atau kobis yang berbunga jenis hijau, dapat membantu mengatasi masalah penyakit paru-paru. Bahan yang ditemui dalam brokoli iaitu Sulforapane boleh membataskan kemusnahan yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru yang serius. Kajian ini telah dilakukan oleh Johns Hopkins School of Medicine . Sulforapane dapat menambah aktiviti gen NRF2 dalam sel paru2 manusia yang mana dapat melindungi sel dari musnah disebabkan oleh toksik.

Sayur2an Brassica seperti brokoli ini juga dihubung kaitkan dalam merawat penyakit jantung dan strok. Kajian terus akan dilakukan untuk menambah perlindungan antioksidan terhadap paru2. 

Jika anda perhatikan pun, bentuk brokoli itu sendiri sudah hampir menyamai bentuk paru2 manusia. Dan sudah ditemui kelebihannya iaitu untuk merawat dan melindungi paru2 dari musnah oleh toksik. Dan sudah banyak kajian sains menjumpai sedemikian iaitu bahan untuk merawat anggota tubuh manusia adalah sama dengan bentuk anggota tubuh itu sendiri. Beberapa contoh lain seperti

– sejenis kacang yang berbentuk seperti buah pinggang  adalah baik untuk merawat buah pinggang,

– kacang walnut yang isinya berbentuk seperti otak adalah bagus untuk kecerdasan otak 

– Buah anggur yang tergantung sekelompok membentuk seperti jantung, adalah baik untuk kesihatan jantung.

– Hirisan karot yang kelihatan seperti mata manusia, adalah baik untuk mata.

– Dan sebagainya rahsia2 yang menjadi misteri tentang kebesaran Allah S.w.t.