Kebiasaannya manusia yang berjantina lelaki yang menjadi pemangsa kepada manusia wanita. Tetapi ini berlainan sekali dengan labah-labah. Labah-labah betina biasanya menjadi pemangsa kepada labah-labah jantan, terutamanya yang lebih kecil. Banyak hipotesis telah dibuat yang menunjukkan bahawa labah-labah betina memakan labah-labah jantan sama ada sebelum mereka berkawan atau selepasnya.
Dalam satu kajian di Universiti Miami terhadap sejenis spesis labah-labah iaitu Hogna helluo, biasanya labah-labah jantan yang lebih besar dari labah-labah betina tidak menjadi mangsa. Sedangkan labah-labah jantan yang lebih kecil, 80% nya akan dimakan oleh labah-labah betina.
Dan keputusan-keputusan ujian terhadap spesis-spesis labah-labah lain pun menunjukkan hasil yang sama. Para pengkaji mendapati bahawa saiz labah-labah jantan adalah relatif kepada labah-labah betina menentukan berapa kerap kanibalisma seksual berlaku dalam sesuatu spesis itu.
Sumber dari Jurnal Universiti Chicago
Jan 06, 2009 @ 15:29:10
kenapa dia makan ha sedangkan mereka berkawan