Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. Haiiizz sedih sungguh keadaaan di Zimbabwe ni. Kadar inflasinya terlalu tinggi. kalau nak dibandingkan dengan Malaysia ni, jauh sangat2 la wahai saudara2 semua. Bolehkah saudara2 bayangkan, rakyat di sana rata2 mempunyai duit yang bertambun2, tetapi mereka masih lagi miskin. Pelik bunyinya kan?

Ini kerana kadar inflasinya telah mencapai hyper-inflasi. Cuba bayangkan, duit yang bernilai 500 juta dollars Zimbabwe  yang baru dicetak pada bulan 5 yang lalu , lebih kurang nilainya dengan USD2 dollars sahaja.

inflation-1.jpg

Semua orang adalah billionaire. ……..

inflation-2.jpg

Untuk membeli makanan dalam paket plastik…… anda mesti mempunyai sekurang2nya 10 juta dollars

inflation-3.jpg

Untuk membeli sayur.. …5 juta

inflation-4.jpg

Untuk membeli telur…….. 6000 juta

inflation-5.jpg

Untuk membeli ayam….. berapa juta ?

inflation-6.jpg

Jika nak makan di kedai, jawabnya kena pikul wang lah …….

inflation-7.jpg

Bila dah dapat gaji bulanan…… …anda mesti sewa teksi atau lori untuk membawa pulang duit…..

inflation-9.jpg

Budak kat bawah ni dah jadi billionaire

inflation-10.jpg

Sampai orang pun dah malas nak kira duit,   mereka hanya kira timbang je

inflation-11.jpg

Maka oleh itu bersyukur lah dengan keadaan yang kita alami sekarang. Tetapi tidak bermakna kita harus berhenti dari berusaha untuk menjalankan undang2 Islam. Kerana kewajipan adalah tetap kewajipan. Jangan sampai kita jadi begini dahulu baru nak laksanakan undang2 Islam.  Marilah sama2 kita membantu agama Allah, insyaAllah Dia akan bantu orang2 yang membantu agamaNya. Jika kita bersyukur betul2, barulah usaha kita untuk menegakkan undang2 Islam dan mengangkat Islam kembali berlaku dengan tenang. Barulah boleh buat kerja dengan tenang dan berhikmah, bukannya buat kerja dengan mendesak2, terlalu emosi dan terlalu kasar dan tidak berpuas hati.  Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan berhikmah. Jika orang tidak mahu dengar lagi kata kita maka perlu banyak2 bersabar la, jangan kita pula mudah melenting.

Mahu mengajar orang yang jahil jangan pula sehinggakan kita yang jadi jahil sepertinya. Mahu didik orang yang jahat jangan pula kita yang jadi jahat sepertinya. Mahu bimbing orang yang sesat jangan kita pula yang sesat bersamanya.

Keadaan hyper inflasi seperti di atas ini boleh berlaku kerana banyak sebab yang antaranya kerana wujudnya sistem kapitalis dalam dunia ni. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Maka dengan itu tidak hairanlah banyak syarikat2 gergasi yang sebelum ini kukuh kewangannya pun boleh jatuh bankrup seperti yang banyak berlaku hari ini. Syarikat yang lebih kukuh akan membeli pula syarikat itu. ‘Only the strong survive’ , itulah konsep mereka. Maka jadilah manusia dalam keadaan bersifat tamak , monopoli dan pentingkan diri sendiri, na’uzubillahi min zaalik.

Di negara kita sekarang pun makin bermasalah juga. Mengapa tidaknya, golongan ahli agama dan para ustaz pun ada yang mengumpul harta banyak2 sangat. Dah kalau golongan2 ini pun mengumpul harta banyak2, anak2 murid yang lain semua apa lagi. Saling mengumpul harta la jawabnya kerana para ustaz pun boleh kumpul harta dunia ni banyak2. Sedangkan jika kita belajar sejarah Islam, nabi dan para sahabat agung semuanya menghabiskan harta untuk membantu golongan miskin , membebaskan hamba dan membantu agama Islam, masyaAllah. Dah banyak terbalik kita sekarang, hasil didikan British sejak dari MERDEKA (palsu) dahulu…….

Sepatutnya kita mesti ubah pola pemikiran kita. Bukan kerja mencari harta untuk menjadi KAYA, tetapi carilah harta banyak2 untuk bersedekah dan bahagi2kannya kepada golongan2 yang memerlukan dengan adil dan saksama. Itu baru cara terbaik sepertimana yang dilakukan oleh Nabi S.a.w dan para sahabat r.a. Kalau kita cari harta banyak2 dan kumpul setempat tanpa mengagih2kannya, apa guna harta tersebut?  Kalau nak simpan pun, simpan lah yang berpada2 sahaja dan bukannya melebih2.  Kena muhasabah diri dan kaji semula apa itu nilai yang berpada2 dan apa itu nilai yang melebih2. Sama2 kita fikir2 kan dan ambil pengiktibaran…….  ;)

Credit to photopumpkin.com