Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera.  Hhhhmm saya terserempak dengan beberapa keping gambar iklan ni kat internet ni, ada baik nya juga saya berkongsi dengan anda semua.  Sekurang2 nya agar sesiapa yang masih menghisap rokok tu agar tersentak sedikit dalam sanubari anda hehe. Saya dulu pun seorang perokok tegar, layan abang Surya  :D,  tetapi selepas dengar ada fatwa mengatakannya haram dan memang amat membahayakan pun, maka alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat mengatasi ketagihan menghisap rokok.

Semuanya bermula dari dalam diri kita sendiri sebenarnya, semua orang boleh berhenti merokok, antara nak atau tidak je. Banyak kaedah untuk berhenti merokok yang telah disebarkan dan ada yang berjaya dan ada yang tidak berapa berjaya. Tetapi x apa, saya cuba lagi bagi di sini cara2 berhenti merokok dan berkaitan dengan pengalaman saya sendiri dalam berhenti merokok. Semoga anda berjaya, amiin.  Tips2 nya akan diberikan di bahagian bawah sekali nanti, sila saksikan terlebih dahulu gambar2 tentang bahaya merokok ni…….

smoke-1.jpg

smoke-2.jpg

smoke-3.jpg

smoke-4.jpg

smoke-5.jpg

smoke-6.jpg

smoke-7.jpg

smoke-8.jpg

smoke-9.jpg

smoke-10.jpg

smoke-11.jpg

smoke-12.jpg

smoke-13.jpg

smoke-14.jpg

Pictures credit to photopumpkin.com

Antara kaedah berhenti merokok versi saya:

– Cuba tanamkan dan tekadkan dalam hati bahawa aku ingin BERHENTI merokok kerana rokok itu HARAM dan banyak membawa bahaya bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada orang2 awam. Dan aku tidak mahu tambah dosa aku yang sudah tersedia banyak ni.

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al Baqarah : Ayat 195

– Amalkan makan makanan yang dapat membuang toksik dari dalam badan. Ini kerana ketagihan yang kita alami adalah disebabkan oleh beberapa jenis toksik dalam badan yang berasal dari tembakau dalam rokok tersebut. Apabila toksik telah dibuang dari semasa ke semasa maka ketagihan insyaAllah makin berkurang, tetapi dengan syarat anda jangan menghisap rokok dahulu semasa menyahtoksik ini. Biar toksin semua keluar, nanti anda akan rasa perbezaannya insyaAllah dalam sebulan sahaja.

Begitu juga dengan minuman, amalkan meminum minuman yang beralkali contohnya, kerana ia boleh meneutralkan asid dalam badan. Ingat, jangan hisap rokok semasa mengamal makan dan minum untuk nyahtoksik ini, kerana jika anda hisap rokok juga, sama macam anda buang dan bawa masuk kembali toksik tersebut, maka ia tetap tidak hilang.  Cekalkan semangat dan lawan perasaan anda, insyaAllah tak lama, dalam sebulan jer.  Susah2 dahulu senang2 kemudian.

– Cuba berpakat dengan kawan2 yang juga merupakan perokok. Kerana jika adanya persaingan dan muafakat begini, maka semangat anda semakin kuat dan keinginan untuk melawan nafsu juga semakin kental insyaAllah. Sama ibarat seperti solat sunat terawih, jika anda solat sorang2 di rumah, perasaan malas tu lebih dan payah untuk melakukan banyak rakaat. Tetapi apabila di masjid dengan berjemaah, suasana nya jadi lain dan anda bertambah semangat,  tak begitu? Masing2 pun boleh bagi dorongan dan motivasi antara satu sama lain.

– Elakkan dari berada di hadapan perokok lain semasa melawan nafsu ini. Jika anda sentiasa bergaul dengan perokok, dugaan anda terlalu besar dan daya tarikan untuk merokok tinggi. Sebaik2nya cuba elakkan dari berada dekat dengan orang yang menghisap rokok. Bagi dia habis hisap rokok dahulu kalau nak bersembang dengannya pun.

– Sentiasa lihat gambar2 seperti di atas, yang boleh menimbulkan keinsafan di dalam hati. Ini kerana manusia sentiasa lupa, maka kita perlu sentiasa diperingatkan.  Selalu lah jenguk orang2 sakit atau ambil tahu tentang permasalahan penyakit sekarang ini. Ini dapat mendidik kita agar sentiasa berwaspada dan menjaga diri kita dari terkena penyakit yang tidak diingini, na’uzubillah.  Mencegah adalah lebih baik dari merawat.

– Kasihanilah diri sendiri, keluarga dan orang ramai.  Jika anda merokok, maka anda bukan sahaja membahayakan diri anda tetapi orang lain. Maka jika kita pupuk perasaan sayangkan manusia lain, insyaAllah kita akan cuba berhenti dari mencemarkan bumi ini. Lagi pun Allah tidak suka kepada manusia yang melakukan kerosakan.

“Dan apabila ia berpaling ( dari kamu ), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak dan Allah tidak menyukai kebinasaan “. Surah Al Baqarah : Ayat 205

– Lantik seseorang menjadi penasihat anda. Jika anda mempunyai seorang isteri maka isteri anda paling sesuai. Tujuannya adalah untuk memberi dorongan kepada anda atau mengingatkan anda di kala anda buat2 tidak teringat / termahu hisap rokok.

– Fikirkan lah bahawa menghisap rokok itu juga adalah satu PEMBAZIRAN.  Banyak duit yang anda boleh jimatkan terutamanya di zaman harga barang naik sokmo sekarang ini.

– Ada orang yang mengatakan cari alternatif selai menghisap rokok dengan memakan gula2 atau benda2 manis. Tetapi bagi saya dan saya pasti perokok2 sendiri pun bersetuju, jika kita makan gula2, atau benda2 untuk pemanis mulut maka selera untuk menghisap rokok semakin membuak sebenarnya. Maka cara itu tidak sesuai saya rasa.

Yang bagusnya cuba minum air suam / mineral banyak2. Kalau mulut tawar, selera untuk menghisap rokok jadi kurang sedikit.  Dan cuba juga elakkan makan sampai terlalu kenyang. Ketahuilah , jika anda makan banyak sampai kekenyangan terlajak, SELERA untuk menghisap rokok pun akan semakin membuak juga. Sebab itu bulan puasa ni adalah bulan terbaik bagi mereka2 yang ingin berhenti merokok.

– Dan akhirnya, berdoalah banyak2 kepada ALlah agar Dia bagi kekuatan kepada anda untuk berhenti merokok.  Usaha dengan sebaik mungkin untuk berhenti dengan langkah2 di atas. Dan akhirnya tawakkal kepada ALlah, insyaAllah anda akan berjaya untuk BERHENTI MEROKOK.   Wallahu a’lam  :)