Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera. HHmm  , anak siapa la mereka semua ni ya? Comel2 sungguh! Itulah dia saudara dan saudari, semua haiwan yang diciptakan oleh Allah mempunyai kecomelan dan keunikan yang tersendiri. Manusia manakah yang mampu membuatnya? Dan adakah mereka terjadi dengan sendiri tanpa pembuat?  Mana mungkin terjadi dengan sendiri jika sistem dalam tubuhnya teratur, warna2nya pelbagai dan teratur mengikut spesis, bentuk2nya juga teratur mengikut spesis dan pelbagai tanda lagi yang menunjukkan semua haiwan ini ada PENCIPTAnya, subhanAllah.

Kebanyakan gambar haiwan di bawah ini ialah gambar kucing, yang mana kita tahu Rasulullah S.a.w pernah membela dan berbuat sangat baik dan sayangkan kucing. Semoga kita tidak berlaku zalim dan kasar terhadap binatang kesayangan nabi ini.

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

“Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.

Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api.  Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih.

Jangan juga jadikan burung, atau apa sahaja binatang sebagai sasaran kita untuk memanah atau menembak untuk suka-suka. Selain tujuan untuk berburu untuk mendapatkan makanan. “Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.” Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Click to view next

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU.  Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.

Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing. Renung2 kan lah di situ dalam2.

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

Antara adab terhadap binatang iaitu memberi mereka makan dan minum. Ianya termasuk dalam kategori amal soleh dan mendapat pahala insyaAllah.

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.

“Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.

“Siapa yang tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” Muttafaqun ‘Alaih.

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

binatang comel

Sumber gambar2 dari  photopumpkin.com

kucing comel 2

Sumber gambar dari http://lovepenza.ru

kucing comel 4

Advertisements