Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera.  Menurut kajian terbaru dari Sweden tentang kesan2 dari radiasi, mengatakan bahawa kanak2 yang sedang membesar adalah 5 kali risiko mendapat kanser otak kesan dari penggunaan telefon bimbit / selular. Kajian itu telah dilaporkan pada persidangan antarabangsa tentang telefon bimbit dan kesihatan.

Professor Lennart Hardell dari hospital universiti di Orebro , Sweden mencadangkan agar kanak2 hanya menggunakan handsfree atau headset dari menggunakan telefon bimbit secara langsung ke telinga. Hanya penggunaan kecemasan sekali-sekala sahaja yang boleh bagi kanak2 dan remaja bawah umur 20 tahun terutamanya. Dan ini tidak merbahaya sangat kepada mereka yang berumur lebih 20 tahun kerana waktu itu otak mereka sudah berkembang dengan penuh / tidak lagi mengalami proses pengembangan mental.

Adalah penting perkara ini diperhatikan semula dan kawalan dari pihak2 tertentu terutamanya ibu-bapa adalah diperlukan terhadap kanak2.  Ini kerana dapat kita lihat sekarang bahawa kanak2 yang sedang membesar semakin ramai yang memakai telefon bimbit. Penggunaan sekali-sekala oleh kanak2 mungkin tidak mengapa, tetapi penggunaan kerap yang boleh membahayakan dalam jangka panjang mereka.

Sumber dari The Independent

 

Dan satu lagi kajian terbaru, di mana kajian ini adalah dari Klinik Cleveland, Center for Reproductive Medicine. Mengatakan bahawa meletakkan telefon bimbit yang di dalam mod bercakap di dalam poket seluar boleh memberi kesan kepada terjejasnya kualiti air mani.

Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Ashok Agarwal telah mengambil contoh air mani dari 32 orang lelaki dan membawanya ke makmal. Setiap contoh itu diletakkan dalam tiub kon kecil dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan ujian dan kumpulan kawalan.    Kumpulan kawalan tidak didedahkan kepada emisi telefon bimbit, tetapi diletakkan dalam keadaan dan suhu yang sama dengan kumpulan ujian.

Air mani kumpulan kawalan diletakkan 2.5 cm dari telefon bimbit 850mhz yang berkeadaan mod bercakap selama 1 jam. Pengkaji2 itu mengatakan bahawa 850mhz adalah frekuensi yang biasa terdapat pada telefon bimbit.

Secara keseluruhan, pengkaji2 mendapati bahawa penambahan dalam tekanan oxidatif seperti penambahan nyata dalam radikal bebas dan oksidan dan pengurangan pada anti-oksidan. Agarwal mengatakan bahawa itu bermakna pengurangan dalam kualiti air mani tersebut. Secara purata, 85% berlaku penambahan radikal bebas pada subjek kajian itu dan telah diketahui bahawa radikal bebas adalah dihubungkait dengan pelbagai penyakit pada manusia termasuklah kanser.

Dalam kajian sebelumnya , Agarwal dan pasukannya itu telah menemui bahawa lelaki yang menggunakan telefon bimbit lebih dari 4 jam sehari telah nyata menurun kualiti air maninya berbanding mereka yang menggunakan telefon bimbit kurang dari 4 jam. Dan laporan tersebut berdasarkan dari data kajian terhadap 361 subjek. 

Kajian ini tidak semestinya membuatkan anda sudah tidak boleh meletakkan telefon bimbit anda di dalam poket lagi kerana menurut Agarwal, “Kajian kami tidak mempunyai cukup bukti bagi anda berhenti meletakkan telefon bimbit di dalam poket anda. Ada banyak perkara lagi yang perlu dibuktikan sebelum kita dapat ke peringkat itu.” katanya.

Sumber dari CNN

 

Walaubagaimana pun, ianya adalah satu nasihat kepada kita agar berjaga2 dan tidak terlalu obses dengan telefon bimbit dan menganggapnya tidak merbahaya langsung. Mencegah lebih baik dari merawat.