Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Ini hanya pesanan ringkas dari saya. Berhati-hatilah terhadap pendakyah2 Kristian yang memutar belitkan maksud AlQuran dan AlHadith.  Ini kerana sudah banyak berlaku tuduhan2 terhadap AlQuran dan AlHadith yang tidak berasas dan diputarbelitkan maksud serta huraiannya sehingga menjadi kan maksudnya jauh lari dari maksud asal. 

Mereka tidak memahami keseluruhan hadith dan mereka tidak menghayati tentang jalan cerita suatu hadith itu. Kerana ada hadith yang tegas dan ada yang dalam maksud tidak  begitu tegas. Dan dalam sirah nabi juga ada terdapat gurauan2 yang mana ada di kalangan pendakyah Kristian menganggap gurauan2 dan ketawa2 nabi itu sebagai ketawa perli dan buruk. Terutamanya dalam bab rumahtangga / nikah kahwin, mereka tidak faham betapa nabi adalah contoh terbaik dalam bab berumahtangga. Sudah tentu ada asam garamnya, sedangkan lidah lagi tergigit. Tetapi sebagai contoh, perselisihan kecil dalam rumahtangga nabi mereka perbesar2kan dan menjadikannya sebagai satu contoh buruk yang dilakukan oleh Rasulullah S.a.w.

Sedangkan perselisihan2 kecil itu adalah sebagai pengajaran kepada kita. Betapa Rasulullah S.a.w mahu mengajar kita cara menyelesaikan perselisihan2 dalam rumahtangga agar tidak semakin merebak dan bertambah buruk.  Kerana itulah hal2 rumahtangga boleh dirujuk kepada rumahtangga nabi dan sahabat. Bagaimana nabi tangani segala permasalahan dalam rumahtangga.  Dan macam2 lagi pendakyah2 Kristian mencari2 kesalahan dalam hadith yang mana tidak relevan sama sekali. BUkan NYATA seperti kesalahan di dalam Bible mereka yang mana budak tadika pun boleh nampak.

Maka berhati2 lah terhadap dakyah2 manusia2 yang tidak faham itu.  Berhati2lah membaca apa2 tulisan di internet yang menghina Islam lebih2 lagi menghina Nabi Muhammad S.a.w.  Sila rujuk para alim ulamak jika ada anda terbaca suatu yang meragukan dan berunsur penghinaan terhadap Islam.  Dan tulisan2 penghinaan itu banyaknya dalam bahasa Inggeris dan semakin diperbanyakkan dalam Bahasa Malaysia sekarang ini.  Banyak hadith2 nabi yang diputar belitkan oleh mereka, yang mana mereka menerangkan maksud yang jauh lari dari maksud sebenar dan mengubah serta  menokok tambah cerita. 

Maka sekali lagi saya tegaskan, berhati2 lah ketika membaca di internet, lebih2 lagi tentang penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.a.w.  Dan saya berpesan juga kepada umat Kristian, jika mahu berdakwah pun berdakwah lah dengan jalan yang baik, jangan mereka cerita dan menipu kerana Yesus pun tidak ajar anda semua supaya menipu.  Mari kita berhujjah dengan hujjah2 yang beserta dalil dari kitab masing2 dan menggunakan akal yang sihat.  Jangan dicemari akal kita dengan propaganda2 yang menipu dan tuduhan yang tidak berasas.

Jangan kerana anda kalah berhujjah dengan Islam maka anda mereka2 cerita dan mula ajar diri dengan menipu.  Anda sendiri tahu cara itu bukan cara yang betul dan beradab. Adakah Yesus tidak mengajar anda supaya beradab dan berakhlak mulia?

Dan kepada umat Islam, sama2 lah kita lengkapkan diri kita dengan ilmu2 Islam yang jelas agar kita tidak salah faham dan mudah terjerat dengan perangkap2 yang disediakan oleh pendakyah2 Kristian.  Dan ketahuilah wahai pendakyah Kristian,  kami tidak terdesak dalam berdakwah, bukan seperti yang anda semua fikirkan. Bahkan kami hanya menjalankan tanggung jawab yang mana TIADA PAKSAAN di dalamnya, kerana TIADA PAKSAAN dalam Islam. Kami hanya mahu memberitahu tentang kebenaran kerana kasihan kami kepada anda semua juga. Dan kami tidak diajar untuk menipu dalam berdakwah kerana itu perbuatan yang sia2 malah menambah dosa lagi.  Semoga Allah menetapkan iman kita dan membantu hamba2Nya yang berada di jalanNya, amiin.