Assalaamu’alaikum w.b.t…. awal ke tidak awal, baik saya ambil kesempatan ni cepat2 sebelum tiada kesempatan nanti  hehe. Lagi pun internet duk menggila akhir2 ni, kang x sempat aku nak ucapkan Slmt hari raya kang.  OK, ambe di sini menyusun sepuluh jari tangan (khas untuk lelaki sahaja), memohon ampun dan maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap , serta menguntumkan senyuman untuk anda semua sambil mengucapkan  Salam Aidil Fitri 1429, taqobbalallahu minna wa minkum  solehul a’maal.  

 

salam aidil fitri 

Izinkan saya berceloteh sedikit berkenaan hari raya yang bakal menjelang ini.  Masyarakat kita sudah dibiasakan terutamanya di kalangan kanak2 bahawa bila raya jer mesti disambut dengan bunga api dan mercun. Dah jadi macam simbolik pula. Ibu bapa pun kalau boleh nasihat2kan lah anak2 tu dan didik mereka agar tidak bermercun di hari raya. Hari raya bukan hari untuk bermain mercun tetapi hari untuk bermaafan, ziarah-menziarahi dan bertakbir banyak2. 

Dan bagi pengguna jalan raya, jangan jadikan jalan raya itu tempat berlumba. Kerana biasa lah, hari raya ni orang berebut2 sikit nak pulang beraya dan sebagainya, jalan pun bertambah sesak. Masing2 berkejar dan yang tidak pernah jadi pelumba jalanan pun turut sama berlumba pada hari tersebut hehe. 

Bagi yang buat kuih2 raya tu pula, jangan leka sangat dan buat kuih sampai membazir. Biasa lah keghairahan untuk menyambut raya tu, tetapi jangan diturutkan sangat yer, bersederhana lah. Begitu juga yang perempuan2 tu, samai ada yang 10 pasang baju untuk raya, apa kes ntah, jangan mare no.

Lepas tu adik2 tu jangan lah jadikan raya ni sebagai peluang untuk anda menjadi OKB (Orang Kaya Baru) dengan niat nak bantai duit raya banyak2. Kalau dah ada rejeki kamu tu ada lah, tak perlu kamu mintak sana mintak sini seperti peminta sedekah pula. 

Hhhhmm banyak pulak aku membebel, apa2 pn maaf kan saya yang serba kurang ini, lahir dan batin. Salam Aidil Fitri 1429. :)