Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Menurut satu kajian dari pasukan ahli Akademi pediatrik Amerika, kanak2 yang berumur 5 tahun ke bawah dinasihatkan agar jangan membela atau bermain dengan binatang peliharaan eksotik seperti hamster, landak, anak ayam, cicak, kura-kura, kerana risiko membawa dan menjangkiti penyakit dan kuman merbahaya. Selain dari hanya membawa kuman berpenyakit, dikhuatiri juga binatang2 eksotik itu akan menggigit, atau mencakar yang menyebabkan tersebarnya penyakit kepada kanak2.

Kanak2 yang sedang membesar berisiko tinggi kerana tahap imunisasi mereka yang masih berkembang dan mereka biasanya memasukkan tangan mereka ke dalam mulut tanpa membasuhnya terlebih dahulu, terutamanya selepas memegang haiwan peliharaan.  

Walaupun begitu, ramai juga yang membela binatang2 peliharaan tadi tetapi tidak dijangkiti apa2 penyakit pun. Bagaimana pun, langkah pencegahan dan berhati2 perlu diambil kerana kajian itu dibuat berdasarkan apa yang telah berlaku.  

 

Olahan dari  Laporan oleh Akademi Pediatrik Amerika, Edisi Oktober. Bacaan selanjutnya di abcnews 

–>  Di rumah saya sendiri ada bela hamster dan kura2. Tetapi adik saya yang bela, bukan saya. Dan umur adik lelaki saya itu pun sudah 14 tahun. Mungkin saya akan beri amaran padanya setelah dia pulang dari asrama nanti insyaAllah, agar dia lebih berhati2.