Assalaamu’alaikum w.b.t…… Laporan terkini dari BBC News menyebutkan bahawa sekarang ini ada satu trend iaitu menggunakan beberapa jenis dadah untuk menambahkan keupayaan minda. Semakin ramai orang menggunakan dadah preskripsi seperti Ritalin untuk merangsangkan kekuatan otak. 

Professor Barbara Sahakian dari Universiti Cambridge menyatakan berdasarkan dari kajiannya, 17% pelajar dari beberapa universiti di Amerika Syarikat mengakui mengambil penstimulasi Ritalin (methylphenidate) – suatu jenis dadah yang direka untuk merawat kanak2 hyperaktif – untuk memaksimakan kekuatan pembelajaran mereka.  

1 dari 5 orang dari 1,400 orang yang memberi respon kepada kajian Nature mengatakan bahawa mereka mengambil Ritalin, Provigil (modafinil) atau beta-blockers untuk tujuan bukan perubatan. Mereka menggunakannya untuk merangsangkan fokus, konsentrasi dan memori. Dan dari mereka, 62% telah mengambil Ritalin dan 44% Provigil (sejenis dadah yang biasanya digunakan untuk meringankan keletihan di siang hari bagi mereka yang mengalami masalah tidur malam).

Kebimbangan oleh pakar2 ialah penggunaan yang semakin meluas terhadap golongan yang muda lebih2 lagi kanak2. Tetapi ada juga golongan pakar yang mengatakan sekiranya ia dapat membantu untuk merangsangkan pemikiran dan membantu dalam pembelajaran, apa salahnya untuk digunakan. Ini lah isu yang diperdebatkan pada pagi Isnin 13 Oktober di Kings Place, London. 

Anda juga mahu berdebat tentang perkara ini? Apa yang bagus bagi anda? Menggunakan dadah tersebut untuk merangsang minda atau menjauhkannya?  ……. Sama2 kita fikirkan mana yang terbaik.

 

Laporan asal dari BBC News