Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Hhhmmm mungkin Google Chrome telah membuka mata team dari Mozilla firefox menyebabkan mereka pun bertungkus lumus untuk memperhebatkan Internet browser mereka sekarang. Memang betul2 bersaing mereka ni, tapi tak tahu lah lama mana Mozilla dapat bertahan. Mungkin last2 nanti akan dibeli oleh Google juga, wallahu a’lam.

Dengan itu Mozilla telah melepaskan pelayar internet terbaru mereka iaitu Firefox 3.1 Beta 1.  Pelayar ini menggunakan enjin TraceMonkey JavaScript dan perender Gecko versi 1.9.1. Tracemonkey ini dikatakan lebih 40 kali lebih laju dari enjin sebelumnya iaitu SpiderMonkey.  Di mana Google Chrome pula menggunakan enjin yang diberi nama V8, hhmm macam kereta plak yerrr.

Versi enjin perender Gecko terbaru ini dikatakan menyokong property tertentu pada CSS 2.1 dan CSS 3. Elemen2 bagi audio dan video bagi HTML 5 untuk masa hadapan juga terlibat. Dan banyak lagi ciri2 lain yang mana boleh dieksplorasi sendiri dengan mendownloadnya dari laman web utama Mozilla.com.  Tetapi biasanya versi Beta ini tidak stabil sepenuhnya.  Versi penuh yang stabil diberitahu oleh Mozilla mungkin akan dilepaskan pada akhir tahun ini.

Jika anda mahu mencuba keupayaannya dan membuat benchmark sendiri, maka anda boleh downloadnya dari laman web Mozilla.  Tetapi jika anda tidak mahu kecerewetan dengan pelbagai masalah, maka boleh tunggu hingga ke akhir tahun ini untuk mendownload.

Saya sekarang ini sedang bergilir-gilir menggunakan Linux Ubuntu dan Windows XP, kerana saya install kedua2nya dalam PC saya ni dengan membuat 2 pilihan boot. Maka untuk Windows XP , saya mungkin akan terus menggunakan Google Chrome kerana ianya amat baik sekali di situ. berbanding dengan Mozilla Firefox Tetapi untuk Linux Ubuntu ni, mungkin saya akan mengupgrade kepada Mozilla Firefox terbaru ini. Kerana Google Chrome masih tidak berapa stabil pada platform Linux ini. …….