Assalaamu’alaikum w.b.t… Terlebih dahulu dimaklumkan, gambar ini bukan diambil sendiri oleh saya hehe. Ini sekadar iklan, untuk menambah keyakinan bahawa dunia ini ada penciptanya. Bukannya seperti yang ditekadkan oleh para atheist dan mereka yang tidak beriman. Mari kita cuba perhatikan gambar di atas, iaitu gambar seekor lalat. Dan sebelum itu sila klik gambar itu untuk perbesarkan dan perhatikan matanya.

Pada matanya itu ada susunan bintik2 bulat, yang tersusun kemas. Semua itu adalah kaedah MATEMATIK sebenarnya. Maka cuba tanya diri anda, adakah semua itu terjadi dengan sendiri?

Adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali ianya terjadi dengan sendiri. Mesti ada yang menyusunnya dan mereka cipta senibina tubuh lalat tersebut. Kerana amat mustahil boleh terjadi dengan sendiri sesuatu yang tersusun sekata, sejajar, selari. Dan Pencipta itu ialah Tuhan kita iaitu Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Betapa Maha Seni dan Maha Halus ciptaan2Nya. Macam lalat ni, dah lah halus, dengan rekabentuk yang canggih (termasuk bulu-bulu dan warna-warna), pastu dapat bergerak dan terbang merata2, makan minum dan sebagainya pulak tu, ih ih ih. SubhanAllah  …….

Oleh itu wahai para Atheist, mereka2 yang tidak beriman dan tidak percaya bahawa dunia ini ada penciptanya,  marilah sama2 kita renung kembali, fikir sedalam2nya, jangan ambil mudah dan mahukan kebebasan semata2, mari lah kita beriman kepada ALLAH S.w.t, demi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Yakinilah bahawa Allah itu ada, dan akan menghakimi kita di akhirat nanti dengan apa yang kita perbuat di atas dunia yang sementara ini. Maha suci Engkau ya Allah, tidak lah Engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, jauhkanlah kami dari azab api neraka,  amiin …….

Crane Fly – Tipula sp. : Credit to Matt Cole

Horse fly – Tabanus sudeticus : Credit to Welsh.lensman

Fly species : Credit to Mundo Poco

Fly on a Nettle Leaf : Credit to Shutterclick.com

Green bottle fly : Credit to mzephotos.com

…….

…….

Bacaan berkaitan:

Gambar2 Macro terbaru ambe

Mata lalat – Bukti kukuh bahawa Tuhan itu wujud – Video