Assalaamu’alaikum w.b.t…. Di mana2 di serata dunia ini ada perlawanan bolasepak. Tidak kira besar, kecil, tua, muda, kebiasaannya orang meminati bolasepak. Dari perlawanan tahap kampung hinggalah ke Piala Dunia, akan selalulah ada orang yang menyokong dan meminati bolasepak. Melihat manusia2 berebut2 mengejar bola di tengah padang, dan cuba mencari pintu gol untuk menyumbat bola, ih ih ih. Mungkin tulisan kali ini akan menyebabkan ramai yang tersinggung, maka terlebih dahulu saya memohon maaf. Bukannya saya mahu menyinggung sesiapa, tetapi sekadar mengajak untuk membuka minda agar kita melihat mana yang lebih penting dari yang kurang penting.

Selalunya, peminat bolasepak akan hafal benar nama2 pemain bolasepak. Dan tidak sukar bagi mereka untuk mengingati nama keseluruhan pemain dalam satu2 pasukan, terutamanya pasukan2 yang diminati oleh mereka. Nama2 seperti Ronaldo, Ronaldinho, Christiano Ronaldo, David Beckham, Zinedine Zidane adalah antara yang pernah menyebabkan ramai peminat bolasepak tergila2. Bukan gila yer, tetapi tergila2, ada perbezaan tu hehe.

Yang sedihnya, jika ditanya tentang nama2 para sahabat nabi yang berjuang menegakkan Agama Islam yang suci ini, nescaya akan terkebil2 lah mata mereka untuk menjawabnya. Nama2 seperti Umar AlKhattab, Zaid bin Thabit, Khabbab bin Alarat, Abu Hurairah, Fatimah, dan sebagainya radhiallahu anhum, mungkin terlalu asing bagi mereka. Dan adakalanya hanya diketahui sekadar nama, tetapi sejarah nya langsung tidak diketahui. Maka sebagai seorang Islam, yang mengaku sebagai umat Muhammad S.a.w, tidakkah kita merasa malu pada diri sendiri kerana nama2 pemain bolasepak kita hafal dan tahu background hidup mereka sedangkan nama2 para sahabat nabi yang telah banyak berjasa kepada kita dengan menyebarkan Islam kita abaikan?

Selalunya alasan yang diberikan apabila tidak mengetahui sejarah tentang sahabat2 nabi adalah kerana tidak minat. Minat mereka lebih kepada bolasepak daripada sejarah perjuangan para syuhada’ dan ulamak. Maka tidak kah kita tertanya2, besar sangatkah bolasepak itu? Penting sangatkah bolasepak sehingga kadangkala sehingga sanggup tinggalkan solat wajib kerana untuk menunggu melihat perlawanan yang hanya merebut sebiji bola di tengah padang itu? Dan tidak kurang juga, ada yang sanggup bertumbuk dan bergaduh disebabkan oleh bolasepak. Itu tidak masuk lagi yang berjudi dengan bertaruh wang terhadap mana2 pihak yang menang.

Bukanlah maksud saya untuk mengajak kita membenci permainan bolasepak, tetapi kadangkala kita meletakkan permainan bolasepak ini terlalu tinggi tempat dari yang sepatutnya. Ini lah satu perkara yang perlu dilihat balik dan direnung2kan bersama agar kita tidak terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Permainan yang asalnya hanya untuk menyihatkan tubuh badan dan merapatkan ukhuwwah, tetapi kini bukan hanya menjadi permainan untuk merebut piala dan kejuaraan, tetapi juga kadang kala membawa kepada pengabaian melakukan solat, pergaduhan, perjudian, dan beberapa perkara yang tidak diingini lagi. Sehinggakan ada anak2 muda yang fikirannya tidak ada lain yang difikir, iaitu bola, bola dan bola. Makan bola, tidur bola, agaknya nak mati nanti pun bawa bola ke kubur, na’uzubillah.

Mari kita tanya diri kita, permainan bolasepak ini boleh mendekatkan diri kita kepada Allah atau tidak? Adakah dengan melihat permainan bolasepak dapat menambah iman kita terhadap Allah? Maka jika tidak, pandai2 lah kita bezakan mana yang penting dan mana yang kurang penting. Saya di sini hanya mahu mengajak kita utamakan mana yang lebih penting, dan tidak meletakkan yang kurang penting itu di tempat yang tidak sepatutnya. Terutama bagi adik2 yang masih di peringkat membesar tu, sebaik2nya tumpukanlah pada pelajaran lebih2 lagi pelajaran Agama Islam, jangan nak asyik bola aja.

Cukup lah bolasepak itu menjadi satu riadhah untuk menyihatkan tubuh badan , sambil merapatkan ukhuwwah antara satu sama lain. Tidak perlulah dijadikan bolasepak itu sebagai suatu bidang untuk mencari kemewahan, kemegahan, populariti dan melalaikan anak2 muda dari berada di jalan yang betul2 bermanfaat. Dan yang sedihnya lagi sekarang ini , bolasepak pun sudah disertai oleh para wanita,  tetapi itu di negara lain lah. Harap2 tidak terjadi di negara ini wanita bermain dan bertanding bolasepak. Cuma yang sudah terjadi ialah wanita bermain futsal.  Kalau aurat tu dijaga dengan baik lain lah sikit, tetapi ini dengan aurat lagi terdedah , ih ih ih x boleh jadi tu.

Dan bagi peminat bolasepak yang tidak tahan sangat untuk melihat bolasepak, cukuplah sekadar melihat sahaja. Tidak perlulah kita memuja2 pemain, terlalu emosional untuk melihat kemenangan pasukan kegemaran kita, dan menghafal serba serbi tentang pemain2 bolasepak. Ada banyak perkara lain lagi yang lebih penting dibuat, terutamanya perkara2 atau kerja2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah S.w.t untuk kebahagiaan diri kita juga di dunia dan di akhirat, insyaAllah…….🙂