Diolah oleh : Seorang sahabat

Idea hebat yang baru atau perubahan besar jarang berlaku pada waktu biasa ketika sistem berjalan licin dan manusia berpuas hati.

Pada waktu kemelut barulah tercetus perubahan besar. Kini kita dalam waktu krisis. Tiada hari yang tanpa kisah bencana kewangan.

Berita muram terbaru datang daripada industri insurans Jerman yang menjangka 200,000 perniagaan akan lingkup di Eropah dan 62,000 pula di Amerika Syarikat pada tahun depan.

Ertinya, 2009 bukanlah awal tahun pemulihan ekonomi.

Mungkin dek suasana ekonomi yang ‘menarik’, laporan dari Jerman itu serentak dengan saranan Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz Al-Asheikh, agar negara-negara Muslim membentuk blok atau kumpulan ekonomi.

Ulasan beliau sempena khutbah nya kepada tiga juta jemaah haji yang herhimpun di padang Arafah. Ucapannya ditukil media sedunia yang menyifatkan bersifat politik dan ekonomi. Hakikatnya tidak.

Tema utamanya ialah seruan kepada Muslim agar menunjukkan kepada dunia “wajah cerah Islam’ iaitu menghulurkan maaf, cinta dan damai serta menjauhi sikap melampau yang menyulut pengganasan.

Bukan pertama kali mufti besar Saudi membuat seruan sedemikian. Yang terbaru ialah ulasannya mengenai kesulitan ekonomi dunia yang ditimbulkan dek keserakahan. Khususnya, ia mengenai kadar faedah yang merupakan asas kewangan antarabangsa yang disalahkannya.

Beliau berhujah agar negara Muslim menolak kadar faedah dan melaksanakan ekonomi sesuai dengan syariah demi membentuk “kuasa ekonomi yang ampuh”.

Bukan mufti besar Saudi saja yang mengambil pendekatan moral pada krisis ini. Para pemimpin agama di seluruh dunia juga menyalahkan keserakahan.

Idea kesatuan ekonomi Islam bukanlah baru. Ia sering diserukan. Mantan perdana menteri Pakistan, Encik Shaukat Aziz, amat menyokong idea ini.

Pertumbuhan menonjol perbankan Islam kebelakangan ini kerana kian ramai Muslim yang prihatin mengenai banyak aspek perbankan dan kewangan antarabangsa yang tidak selari dengan hukum Islam. Mereka menuntut alternatif.

Walaupun berkembang, ekonomi berlandaskan syariah masih kecil. Sistem ekonomi Barat masih dominan termasuk di Dunia Muslim.

Namun, ada perbezaan kini iaitu orde lama (sistem kewangan Barat) terbukti gagal. Dalam waktu tidak menentu ini, pemerintah dan negara cuba mencari jalan keluar untuk merangsang ekonomi.

Di negara Muslim, hal tadi seharusnya menumbuhkan semula minat pada sistem kewangan Islam dan kesatuan ekonomi. Ia perlu dicuba secara kecil kecilan dan dipupuk seperti pengalaman Kesatuan Eropah(EU).

>>> petikan di atas dari lidah pengarang Arab News pada 9 Dec 2008

Masyarakat dunia harus melihat agama Islam pada perspektif yang meluas dengan turut mengambil kira pencapaian penting dalam dunia islam. Satu pencapaian Islam yang harus dijadikan iktibar kepada masyarakat dunia – iaitu nilai-nilai Islam yang mengharamkan insurans dan kadar faedah.

Dunia berada ditengah2 krisis kewangan. Banyak yang ditulis mengenai pengharaman pembayaran insurans dan wang faedah dalam Islam. Dunia pernah mentertawakan pengharaman yang aneh ini, namun terdapat kebijaksanaan dalam nya.

Keprihatinan yang tersemat berhubung beberapa persatuan kewangan Islam adalah mengenai bahaya moral apabila kepentingan mereka yang membuat tuntutan mula menyimpang. Ini lah masalah dunia kewangan dan punca krisis hari ini. Ia disebabkan keinginan mereka yang membuat tuntutan itu ditentang. Jadi, ada sesuatu dalam kewangan Islam yang betul-betul masuk akal.

Dibawah ialah petikan dari rencana yang di tulis oleh William Pesek – wartawan kanan agensi berita Bloomberg:

Diperingkat jagat, aset perbankan Islam ditaksir AS$600 bilion hingga AS$650 bilion dan terus tumbuh 10 hingga 15 peratus setahun sepanjang sedekad lalu, menurut Celent, firma penyelidikan dan nasihat kewangan di Boston.

Ertinya, aset Islam boleh mencecah AS$1 trilion pada 2010, kata Alexa Lam, timbalan ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Sekuriti dan Dagang Depan Hongkong, dalam sidang EuroMoney di Hongkong bulan lalu.

Data dari Boston dan perspektif dari Hongkong ini menunjukkan dunia akan ingin menikmati sebahagian kewangan Islam.

Menurut Encik Badlisyah Abdul Ghani, ketua pegawai eksekutif CIMB Islamic, sayap perbankan Islam, bank kedua terbesar Malaysia: “Pai tadi kian besar”. Memang ia membesar pesat kerana bank pusat utama dunia menawarkan pinjaman sifar peratus (zero percent). Tanpa faedah????

Adakah dunia sudah mula akur pada nilai2 Islam? Sama2 lah kita lihat dan ikuti perkembangan ekonomi sejagat seterusnya.