Assalaamu’alaikum w.b.t…. Hari ni saya bukannya mahu mengajar kepada anda cara2 untuk membikin pilem. Bukannya mahu mengajar anda untuk menulis skrip sebuah filem. Bukannya untuk mengajar anda menjadi artis atau pak pacak. Dan bukannya untuk berkongsi filem untuk tontonan anda. Tetapi sekadar mahu menceritakan serba sedikit tentang pemutaran belit kebanyakan filem2 barat terhadap umat manusia semua.

Mengapa saya kata putar belit? Amat banyak putar belit sebenarnya, tetapi saya hanya mahu membawa beberapa contoh sahaja di sini. Yang lain2 nya anda mestilah mengkaji sendiri hehe.

Ingatkah anda kepada filem Jaws? Filem Jurassic Park? Filem Alien, Predator dan sebagainya? Yang mana mereka wujudkan watak sama ada binatang atau makhluk asing sebagai watak jahat. Sedangkan wahai tuan2 dan puan2, binatang mana ada yang jahat.  Yang jahat hanyalah manusia dan jin. Kerana apa?  Kerana hanya manusia dan jin yang dikurniakan akal, sedangkan binatang tidak dikurniakan akal oleh Allah S.w.t. Sebab itu lah mereka tidak ada syariat untuk dipatuhi, dan tidak diberi tugas untuk mentadbir bumi ini.

Adakalanya seseekor binatang itu mencederakan manusia atau lebih parah lagi memakan manusia. Itu bukannya kerana kejahatan mereka tetapi adalah lumrah/sunnatullah mereka. Dan sebenarnya kebanyakan binatang tidak mahu mencederakan atau memakan manusia pun kecuali dalam keadaan tertentu sama ada dia begitu terdesak kelaparan dan manusia pergi bermain2 dekat dengannya, ataupun merasa terancam dengan kedatangan manusia maka mereka bertindak untuk mempertahankan diri.

Maka nasihat saya , sama2 kita elakkan dari mendekati binatang2 yang merbahaya , berdoa minta perlindungan dari Allah selalu terutamanya apabila kita mahu keluar dari rumah atau melewati sesuatu tempat yang disyaki ada mara bahaya. Seperti mana yang diajar dalam Islam, jika kita berdoa dan membaca ayat Kursi sebelum keluar dari rumah, insyaAllah para malaikat akan datang menjaga kita.

Kemudian tentang makhluk asing di dalam filem. Yang tidak ada itu lah diada2 kan , itu lah kebanyakan idea yang keluar dari filem2 barat. Kononnya makhluk asing yang jahat, dan manusia di pihak yang baik. Sedangkan dalam masa yang sama manusia2 tadi melakukan seks bebas, minum arak, berjudi, pakai seksi2 dan sebagainya yang langsung tidak menunjukkan sifat2 takut kepada Tuhan dan menjadi hambaNya. Cara mereka mahu menunjukkan kepada kita bahawa hanya jenayah2 tertentu yang dipandang jahat sedangkan dosa2 seperti minum arak, berjudi, seks bebas dan sebagainya langsung tidak dilihat sebagai memberi kerosakan kepada manusia.

Kerana apa berlaku begitu? Kerana akal sudah tidak digunakan lagi dengan sebaiknya. Yang diikut hanya nafsu, maka muncul lah watak2 hero seperti Iron Man, yang mana tugasnya adalah membanteras pengganas. Sudah bagus di situ mereka mengajarkan kepada kita, agar kita membanteras jenayah seperti terrorism.  Tetapi dalam masa yang sama, watak Iron Man itulah yang minum arak, berjudi, melakukan seks bebas dan seumpamanya. Maka secara halusnya mereka mengajar kita bahawa adalah tidak salah melakukan dosa2 tersebut asalkan kita memerangi jenayah2 seperti terrorism dan sebagainya.

Begitulah seterusnya pada contoh2 lain yang mana terlalu ketara putar belit yang dilakukan demi mempengaruhi manusia agar semakin sesat dan terus sesat.  Sehinggakan jika perkara ini tidak dibendung, adalah tidak mustahil generasi akan datang sudah tidak kenal lagi mana yang baik dan mana yang buruk. Kerana watak2 hero pun melakukan pelbagai dosa dengan bersahaja.

Kesan darinya juga menyebabkan  apa yang baik sudah dinampak buruk manakala apa yang buruk pun sudah dinampakkan baik. Begitu juga diselitkan unsur2 sihir dalam filem , yang mana telah saya sebut kan dulu pada artikel yang bertajuk apa ntah saya pun dah lupa, huhu.  Tetapi pointnya, seperti filem Harry Potter, yang mana ada sihir putih (white magic) dan sihir hitam (black magic). Sedangkan tuan2 dan puan2, jika disebut sihir, maka tiada sihir yang baik. Semua sihir adalah diperolehi dari syaitan dari golongan jin.  Tetapi dalam filem tersebut, mereka mempengaruhi minda kita dengan mengatakan ada sihir yang baik dan ada sihir yang jahat.

Dan begitulah seterusnya pada hal2 yang lain lagi, yang mana saya alu2kan komen dari anda semua untuk berkongsi apa2 yang anda tahu berkenaan dengan putar belit filem dari barat. Yang mana orang2 kita sendiri sekarang pun sudah begitu terpengaruh untuk membikin filem2 seperti barat, dan wujudlah watak2 seperti Cicak Man dan sebagainya. Dah lah guna nama cicak, sebaiknya guna lah nama Ayam Man ke, Itik Man ke, Keluang man ke. Ini tidak, nama binatang yang rasulullah suruh bunuh itu lah yang digunakannya, ih ih ih. Tetapi kalau maksud mereka cicak yang dalam semak tu ok la hehe, cuma cicak rumah je yang masalah😀

Kesimpulannya, cara orientalis2 barat dan puak2 yang mahu memesongkan pemikiran manusia itu adalah sama seperti mereka2 yang memutarbelitkan fakta dan menuduh orang2 Islam itu sebagai PENGGANAS. Sudah terbukti, mereka tidak ada hujjah untuk melemah dan menghapuskan Islam, tetapi mereka hanya pandai PUTAR BELIT dengan menggunakan teknologi2 canggih dan gabungan kerja ramai. Mana boleh buat sorang2 kerja mereka tu, cuba buat sorang2 kalau boleh.  Mereka bukannya pandai sangat, tetapi kerana sudah dibiasakan ajar buat kerja2 tu jadi pandai lah, tetapi hakikatnya bukan pandai pun. Ibarat seekor burung, kemahirannya adalah terbang yang mana manusia pun tidak boleh terbang seperti burung. Itu adalah kemahirannya, tetapi tidak semestinya burung itu pandai.

Kerana orang yang pandai adalah orang yang mementingkan nasibnya di akhirat sana, itu lah orang yang pandai dan yang jauh pemikirannya. Bukannya hanya orang yang mementingkan dunia sehingga sanggup mencabuli nasib orang lain, menzalimi orang lain dan seumpamanya, sepertimana yang terjadi di semenanjung Gaza sekarang ini, na’uzubillah.

 

Bacaan berkaitan :

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood