Assalaamu’alaikum w.b.t…….  Masih tidak berhenti lagi serangan demi serangan ke atas Palestine. Sememangnya ia tidak akan selesai kerana matlamat Israel belum tercapai. Saudara2 kita di Palestine terutamanya di semenanjung Gaza sedang dalam kesengsaraan, sedangkan kita di sini masih ada lagi yang berhibur tanpa batasan. Ntah di mana perasaan dan penghayatan kita terhadap pahit getir yang dialami oleh saudara kita di sana.

Terharu saya melihat jutaan manusia berkumpul di seluruh dunia, bersatu suara agar kedamaian dan keamanan kembali di bumi Palestine. Dan bersatu hati mengutuk perbuatan rejim yang paling jahat dan zalim di dunia iaitu rejim Israel. Begitu juga banyak suara dari pemimpin2 dunia yang mengecam tindakan rejim Israel dan mengutuk mereka.

Dan tidak ketinggalan ada juga suara2 dan tunjuk perasaan dari orang2 Yahudi sendiri di Israel sana yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mereka dan mahukan keamanan. Tetapi tidak pastilah apa matlamat mereka. Adakah semata2 sandiwara agar dunia bersimpati dengan mereka dan tidak akan mengambil tindakan terhadap rakyat Israel.  Tetapi harapan saya agar mereka betul2 ikhlas dalam melaungkan slogan keamanan itu.

Sememangnya dunia mengharapkan kepada PBB agar dapat berbuat sesuatu demi menyekat kemaraan dan pencerobohan terus menerus rejim Israel ke atas Palestine. Tetapi malangnya, PBB masih lagi mengguna pakai kaedah kuasa Veto. Selagi kuasa Veto masih digunakan, selagi itulah impian untuk melihat askar Israel berundur amat tipis.

Apa tidaknya, Amerika Syarikat adalah antara negara yang memiliki kuasa Veto di PBB. Dan kita ketahui kerajaan Amerika Syarikat adalah sekutu rapat dengan kerajaan Israel. Maka selagi Amerika Syarikat tidak menyokong resolusi untuk berdamai di semenanjung Gaza  dan menyekat serta mendakwa Israel di atas jenayah yang dilakukan, maka selagi itulah PBB tidak dapat mengeluarkan apa2 dakwaan terhadap Israel.

Oleh itu mereka sepatutnya fikir semula tentang penggunaan kuasa Veto itu, kerana ia akan menyebabkan ketidak-adilan berlaku. Sepatutnya suara ramai ataupun undian melalui mesyuarat lebih ditumpukan daripada mengikut kuasa2 Veto dari negara2 besar yang tertentu yang mana negara2 itu sendiri pun bukannya bagus sangat. Ntah siapa yang mencipta kuasa Veto itu dulu ntah. Ia seperti sudah dirancang awal2 lagi oleh pihak2 tertentu demi kepentingan peribadi mereka.

Oleh itu alternatif lain perlu diadakan oleh PBB dan menggugurkan penggunaan kuasa Veto. Dan sememangnya harapan ini adalah ibarat angan2 Mat jenin kerana kuasa2 besar dunia yang memiliki kuasa Veto itu sama sekali tidak akan membiarkan kuasa Veto mereka dilucutkan.

Walaubagaimana pun, kuasa Veto itu hanya lah kuasa kemegahan di dunia ini yang hanya sementara. Golongan2 yang memiliki kuasa tersebut hanya diuji untuk melihat sejauh mana mereka akan sombong dan angkuh di muka bumi ini.

Bersambung ke  Usaha untuk menyekat kemaraan Israel di Palestine