……. Sambungan dari Usaha untuk menyekat kemaraan Israel di Palestine

Assalaamu’alaikum w.b.t… Dan selamat sejahtera semua. Baru2 ini menteri pertahanan Israel telah bercakap bagi pihak mereka, bahawa mereka memohon maaf tentang apa yang berlaku di Gaza itu. Sungguh mudah dan enteng sekali ya bagi mereka.

Ketahuilah, itu hanya taktik bagi membiarkan dunia berada dalam keadaan tenang. Agar semua orang secara perlahan2 melupakan peristiwa tersebut. Supaya semua orang menumpukan urusan masing2 tanpa mempedulikan lagi peristiwa berdarah tersebut. Itu hanya taktik politik mereka, siapa tidak kenal dengan sejarah Israel yang telah banyak bermanis mulut selepas menumpahkan darah di bumi Palestine.

Oleh itu saya menyeru diri saya dan semua agar kita sematkan betul2 di dada kita tentang segala kezaliman Israel di sana. Selagi nyawa dikandung badan selagi itu kita tidak boleh percaya kepada taktik Israel yang kononnya menyahut seruan Tuhan untuk mengambil kembali bumi Palestine yang mana mengikut kepercayaan mereka, Palestine telah dijanjikan oleh Tuhan terhadap umat Yahudi.  Kerana itulah mereka bertungkus lumus ingin mendapatkan Palestine. Peperangan mereka di bumi Palestine ibarat satu JIHAD di jalan Tuhan kepada mereka.

Terlalu ta’asubnya mereka terhadap agama Yahudi yang mereka anuti itu, adakah Tuhan tidak adil kerana hanya mengangkat umat Yahudi sebagai umat yang mulia? Dan umat lain boleh dibunuh begitu sahaja seperti anjing2 liar?  Adakah umat lain tidak mempunyai HATI dan PERASAAN? Benarkah kepercayaan seumpama itu? Mereka kononnya berpegang kepada kitab Taurat (Perjanjian Lama). Kitab yang asalnya adalah firman2 Tuhan terhadap nabi Musa a.s tetapi telah banyak diubah oleh tangan2 kotor manusia, itulah satu kepercayaan yang bathil. Kerana itulah juga mereka telah cuba untuk menyalib Yesus / Isa a.s dulu, kerana keta’asuban mereka terhadap agama mereka menyebabkan mereka sudah tidak mementingkan KEMANUSIAAN dan BELAS KASIHAN sesama manusia lagi. Mereka hanya angkuh dan sombong dengan keturunan mereka sahaja.

Kerana itu lah juga di dalam Islam, melarang kita dari berbangga-bangga dengan keturunan kita. Kerana itu antara sifat orang2 Yahudi. Setiap orang akan dipertanggungjawab kan di atas niat dan amal masing2, bukannya kerana keturunan dan seumpamanya.  Seorang ayah yang kuat iman dan amalnya tidak semestinya diwarisi oleh anaknya, bak sebuah  lirik dalam sebuah nasyid oleh Raihan yang bertajuk  Iman mutiara.

Jangan dihentikan usaha membOIKOT

Janganlah usaha pemboikotan dan pengharaman barang2 keluaran syarikat dari Israel  dan sekutu2nya berhenti di sini sahaja. Selalunya begitulah, waktu yang genting baru masing2 nak boikot itu boikot ini. Tetapi selepas itu terus buat dek dan bawa hal masing2.

Ingatlah, tentera Israel itu mungkin tidak mempunyai dana yang terlampau banyak untuk terus menerus menyerang Palestine dalam waktu yang singkat. Tetapi di waktu JEDA atau masa istirehat ini lah mereka mengumpul kembali dana2 dari syarikat2 yang memberi sumbangan kepada mereka. Ingat lah, jika usaha memboikot berhenti secara beransur2 maka dana mereka akan bertambah banyak lagi dan serangan demi serangan lain pula boleh dilakukan.

Kita semua mesti ikhtiar untuk cuba menghalang juga dari Israel mendapatkan dana bagi ketenteraan mereka. Tetapi saya hairan, mengapa kerajaan tidak adakan satu akta atau undang2 agar mengharamkan secara jelas barang2 mereka dari berada di pasaran. Hukuman boleh dikenakan kepada mereka2 yang masih lagi menjual produk2 yang support Israel.

Mengapa ceramah2 oleh sesetengah pihak boleh dihantar FRU dan polis untuk menyekat dan melempar gas pemedih mata? Mengapa sesetengah orang yang menegur kerajaan atau bercakap sesuatu yang boleh menggugat kedudukan kerajaan  boleh dikenakan tindakan ISA dan macam2 lagi. Tetapi undang2 untuk mengharamkan penjualan produk2 yang support Israel tidak bersungguh-sungguh dikuat-kuasakan? Hanya diwar2kan di media massa dan banyak cakap dari kuat-kuasakan undang2.

Semoga rasa persaudaraan kita dengan umat Islam di Palestine tidak berhenti begitu sahaja. Dan semoga sifat kemanusiaan dan belas kasihan kita sesama manusia tidak kira agama dan keturunan tidak hilang begitu sahaja. Peace and justice for all🙂