Assalaamu’alaikum w.b.t….  Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Sesuai dengan ayat yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “ – Surah At-Thiin : Ayat 4 .  Tetapi tidak semuanya baik dari segi perangai hehe.  Macam-macam perangai kita semua ni, dan biasanya kita tidak akan perasan dengan perangai kita sendiri. Kerana apa? Kerana kita selalunya perasan diri kita baik2 belaka, orang lain lah yang buruk2 tu.

Dengan hanya perasan diri kita sahaja yang baik, maka sifat2 buruk yang ada pada diri kita akan terlindung, terhijab dari mata hati kita. Ditambah lagi dengan bisikan musuh tradisi kita di alam ghaib sana. Maka semakin kita ta’asub dan  merasa bahawa kita sahaja yang baik.  Lebih-lebih lagi jika kita dikurniakan sedikit ilmu, termasuk lah ilmu agama. Maka dengan mudahnya kita akan merendah2 kan orang lain yang kita nampak ada kekurangan dan kelemahan.

Kita lupa bahawa kita juga digelar ‘insan’ iaitu ‘pelupa’ dan selalu lupa. Dan kita lupa pada hadith yang bermaksud “Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik2 orang bersalah ialah orang yang bertaubat“.   Biasanya apabila kita menghukum seseorang akibat kesalahannya, kita terus menghukumnya tanpa belas kasihan. Kita terus meletakkan kesalahan padanya tanpa mengira apa tujuan kita yang sebenarnya. Bagi kita, rekod orang itu telah buruk kerana melakukan kesalahan, maka kita terus save rekod tersebut tanpa memikirkan sama ada orang itu sudah bertaubat atau belum atau akan bertaubat kemudiannya insyaAllah.

Begitu lah kalau hati sudah busuk, dan makin membusuk tanpa disedari. Tiada lagi hikmah, tiada lagi kelembutan, tiada lagi tawadhuk dan sifat kesian belas sesama manusia. Yang tinggal hanya kebencian dan kemarahan, serta terus merasa diri ini baik dan tiada keburukan langsung.

Ada juga yang terlalu ta’asub dengan agama, sehinggakan mudah mengkafirkan orang lain, mudah mengatakan orang itu adalah ahli neraka, umpama kita pulak pemilik syurga itu ih ih ih.  Ingatlah, berlebih2an atau GHULUW itu amat dilarang dalam agama.  Ghuluw dalam agama adalah yang paling dilarang dalam Islam.  Kerana dengan Ghuluw la mudah menyebabkan kehancuran, perbalahan, perselisihan faham, memburukkan nama Islam dan seumpamanya. Lebih2 lagi jika masing2 EGO dengan pendapat masing-masing. Maka tiada lagi tujuan sebenar dalam berdakwah. Tiada lagi perasaan kasih sayang sesama manusia sepertimana dakwah para nabi terhadap umat2nya. Yang tinggal sekarang hanya dakwah EGOISTIK, dakwah menunjuk2, dakwah melepaskan kemarahan semata2, na’uzubillah.

Nasihat ini ditujukan juga kepada diri saya. Dan jika ada yang ingin mengatakan bahawa saya juga Ghuluw, saya juga berdakwah dengan kekerasan , maka silakan lah.  Memang saya akui banyak juga kesilapan saya, sepertimana yang telah banyak disebut di tulisan2 yang lepas, saya juga banyak melakukan kesilapan. Memang tidak lari gunung dikejar punya. Tetapi mungkin ada juga tulisan2 saya yang menimbulkan salah faham orang, dan tak diakui aku jugak banyak salah faham pada tulisan2 orang lain huhu. Biasa la tu, nama dah manusia kan, so saling tegur menegur lah kita.  So ambe terima saja lah jika ada teguran2 buat ambe,  x guna jugak aku melenting, aku jugak yang susah keh3

Saya sedia mengaku kesilapan2 saya,  tetapi adakah anda juga sedia mengaku kesilapan2 anda? Adakah anda sedia mendengar jika seseorang menegur anda? Nak tahu mari la cuba try test. Tengok melenting ke tidak anda. Kalau melenting tu maknanya ada lah 2 3 ekor jin yang tersumbat kat tubuh anta / anti tu 😀

Salah faham akan sentiasa timbul selagi masing2 EGO dengan kebendulan masing2. Dan terlalu melebih2 dalam berdakwah dan seumpamanya. Kan nabi dah sebut yang bermaksud “Sebaik2 perkara adalah pertengahannya” , tak begitu? Kalau dah terasa HOT tu, atau naik bulu roma tu tak ada lain la tu, semuanya angkara makhluk2 halus tu mahu menghancurkan kita, terutamanya iman kita.

Sebab itu Saidina Omar akan lari dari menghukum seorang Yahudi yang mengejek2 nya, kerana dia tahu tidak guna dia cari pasal dengan Yahudi tu semata2 kerana kemarahan peribadi , bukan marah kerana Allah. Maka sabar amat penting, tak perlu nak tunjuk2 pandai, tak ada siapa nya yang nak puji kita kalau kita menunjuk2. Tak dapat duit pun, tak dapat award pun. Dapat dosa ada laaa

Memang panjang lagi yang hendak ditulis, tetapi cukup setakat ini dulu. Mohon maaf andai ada yang terasa. Ini tidak lain adalah peringatan bersama termasuklah tukang tulis yang serba kureng ini. Semoga memberi manfaat bersama. Jazaakallahu khoirol jazaa’, baarokallahu lakum 🙂

~ Ahmad Nizam not Ahmadinejad  😀 ~